Pages

Tuesday, 8 May 2012

Kesan pengaruh Hindu-Budha terhadap masyarakat Asia Tenggara

 

1.0       PENGENALAN

Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di benua Asia bahagian tenggara. Kawasan ini meliputi Indochina dan Semenanjung Tanah Melayu serta kepulauan di sekitarnya. Sempadan Asia Tenggara terbatas dengan Republik Rakyat China di sebelah utara, Lautan Pasifik di timur, Lautan Hindia di selatan, Teluk Benggala, dan benua India di barat.

1.1       Geologi Asia Tenggara

 Asia Tenggara terbahagi dalam dua kelompok besar iaitu Asia Tenggara Daratan (ATD) dan Asia Tenggara Maritim (ATM).

Negara-negara Asia Tenggara Daratan (ATD) adalah:

a.       Kemboja
b.      Laos
c.       Myanmar
d.      Thailand; dan
e.       Vietnam

Sementara itu, kelompok Asia Tenggara Maritim ialah:

a.       Brunei Darussalam
b.      Filipina
c.       Indonesia
d.      Malaysia
e.       Singapura; dan
f.       Timor Leste

1.2       Nama Asia Tenggara

Nama untuk kawasan Asia Tenggara ini pertama kali dipakai pada abad ke-20. Sebelumnya Asia Tenggara dikenal dengan nama India Belakang (jika dibandingkan dengan negara India). Sub-kawasan Asia Tenggara terdiri dari sebelas negara, beberapa di antaranya berada di daratan utama (mainland), yang juga dikenali sebagai Asia Tenggara Daratan (Indocina) dan sebahagian lagi  merupakan kepulauan (Asia Tenggara Maritim), yang dikenal dengan istilah beragam, seperti Kepulauan Selatan (Nan Yang, Cina dan Vietnam), Kepulauan Melayu (Malay Archipelago menurut A.R. Wallace), Malayunesia (Logan), Indonesia (Logan dan Adolf Bastian), Hindia Timur (Oost-Indie, Belanda), Malaysia, Insulinde (oleh orang Hindia Belanda di awal abad ke-20), atau Nusantara (oleh masyarakat Indonesia). Agak menarik apabila Semenanjung Malaya dimasukkan dalam wilayah kepulauan walaupun masih tersambung dengan benua Asia.

Geografi Asia Tenggara dapat dilihat seperti di peta dibawah:
                       
Gambarajah 1: Peta Asia Tenggara


1.3       Agama di Asia Tenggara

Agama yang dianuti oleh penduduk Asia Tenggara adalah pelbagai ragam dan tersebar di seluruh wilayah. Agama Buddha menjadi majoriti anutan bagi masyarakat penduduk di Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam dan Kamboja. Agama Islam pula dianuti oleh majoriti masyarakat penduduk di Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam  dengan Indonesia menjadi negara dengan penganut agama Islam teramai di dunia. Agama Kristian menjadi majoriti anutan bagi masyarakat penduduk di Filipina. Sementara itu, di Singapura pula agama dengan pemeluk majoriti penduduknya adalah agama yang dianuti oleh orang Tionghoa seperti Buddha, Taoisme, dan Konfusianisme.
Walaupun begitu, di beberapa daerah dan kepulauan tertentu pemeluk agama yang bukan majoriti seperti Hindu di Bali dan Kristian di Maluku dan Papua. Manakala agama Islam menjadi anutan bagi masyarkat di selatan Thailand dan Pulau Mindanau di Filipina iaitu selatan Filipina. 
Di dalam  esei ini, kita akan membincangkan artikel-artikel yang berhubungan dengan agama Hindu dan Buddha. Agama Hindu dan Buddha digabung kerana keduanya memiliki sumber yang sama, iaitu aliran agama Brahmanisme dan dengan begitu banyak istilah-istilah yang pengertiannya mempunyai persamaan. Selain itu kedua-dua agama Hindu-Buddha ini pernah menjadi satu agama rasmi ketika pemerintahan kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun pada masa kini rata-rata pengkaji sejarah dan juga kerajaan pemerintah di kebanyakkan negara di Asia Tenggara menganggap   agama Hindu dan Buddha ini merupakan agama yang berbeza.



2.0       RINGKASAN SEJARAH ASIA TENGGARA

Sejarah Asia Tenggara telah dimulai sejak zaman prasejarah. Masyarakat dan kebudayaan di Asia Tenggara, kemudiannya berkembang menjadi berbagai ragam budaya dan bangsa yang berbeza serta mempunyai ciri-ciri etnik yang tersendiri. Pada awalnya, sosio-budaya, sosio-ekonomi, sistem pemerintahan, bahasa, seni malahan pemikiran masyarakat Asia Tenggara berkembang dengan pengaruh dari budaya Hindu dan budaya Budha. Pada masa pra dan pasca kolonialisme, budaya Arab dan budaya dari Eropah juga memiliki pengaruh yang besar bagi pembentukkan budaya masyarakat Asia Tenggara pada umumnya. Malahan kedatangan budaya Arab dan Eropah telah membawa gelombang besar dalam pembentukkan budaya, ekonomi, politik, struktur undang-undang dan kepercayaan agama di Asia Tenggara.



2.1       Kedatangan agama Budha di Asia Tenggara

Buddha Theravada, adalah salah satu aliran agama Buddha. Theravada berasal dari dua kata dalam bahasa Pali iaitu : Thera dan Vada. Thera bermaksud sesepuh, dan vada membawa erti ajaran atau perkataan. Jadi, Theravada bermaksud Ajaran Para Sesepuh.

  2.2     Kedatangan agama Hindu di Asia Tenggara

Agama Hindu di dalam Bahasa Sanskert bermaksud: Sanātana Dharma iaitu "Kebenaran Abadi"[1], dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal dari negara India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini[2] . Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama Kristian dan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir satu juta jiwa[3].

Penganut agama Hindu majoritinya terdapat di negara India. Di sini terdapat sekitar 90% penganut agama ini. Agama ini pernah tersebar di Asia Tenggara kira-kira abad ke-15, lebih tepatnya pada masa keruntuhan Majapahit. Pada ketika itu agama ini digantikan oleh agama Islam dan juga Kristian. Pada masa kini, majoriti pemeluk agama Hindu di Indonesia adalah masyarakat Bali, selain itu juga yang tersebar di pulau Jawa, Lombok, Kalimantan (Suku Dayak Kaharingan), Sulawesi (Toraja dan Bugis - Sidrap).


2.2.2    Konsep Hindu – Dewa Dewi

Dalam ajaran agama Hindu, Dewa adalah digambarkan sebagai makhluk suci, makhluk supernatural, penghuni syurga, setaraf dengan malaikat, dan merupakan manifestasi dari Tuhan Yang Maha Esa. Kata “dewa” berasal dari kata “div” yang bererti “bersinar”. Dalam kitab suci Reg Weda, Weda yang pertama, disebutkan terdapat 33 Dewa, yang mana ketiga puluh tiga Dewa tersebut merupakan manifestasi dari kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Di antara Dewa-Dewi dalam agama Hindu, yang paling terkenal sebagai suatu konsep adalah: Brahmā, Wisnu, Çiwa. Mereka disebut Trimurti.

Dalam kitab-kitab Weda dinyatakan bahawa para Dewa tidak dapat bergerak bebas tanpa kehendak Tuhan. Para Dewa juga tidak dapat menganugerahkan sesuatu tanpa kehendak Tuhan. Para Dewa, sama seperti makhluk hidup yang lain yang mana Dewa juga bergantung kepada kehendak Tuhan. Filsafat Advaita (yang bererti: “tidak ada duanya”) menyatakan bahawa tidak ada yang setara dengan Tuhan. Dan para Dewa hanyalah merupakan perantara antara Tuhan dengan umatnya.


2.2.4    Perbezaan di antara agama Buddha dan Hindu

Sebelum kita membincangkan kesan pengaruh agama Buddha dan Hindu di Asia Tenggara, menurut pengkaji sejarah walaupun kedua-dua agama ini daripada aliran sumber yang sama, namum terdapat perbezaan yang amat ketara. Perbezaan ini seterusnya dapat dilihat oleh kita dengan jelas ke atas kesan dan pengaruhnya terdapap masyarakat di Asia Tenggara. Antaranya ialah:

1.  Idea Hindu berkenaan Brahman sebagai sumber kenyataan, dan semangat kesucian ditolak Buddha. Buddha tidak percaya wujudnya Tuhan.

2.      Buddha menyatakan bahawa tidak ada roh , yang ada ialah pusingan Karma.

3.      Dharna telah ditafsirkan semula oleh Siddartha.

4.   Siddarhtha menolak sistem kasta kerana tidak bersesuaian dengan perjalanan karma. Beliau percaya semua manusia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecahayaan.

5.     Siddhartha tidak mengiktiraf golongan Brahmin dan amalan mereka seperti menjadikan haiwan sebagai korban.

6.    Aspek-aspek dalam Hindu yang diteruskan oleh Buddha ialah kepercayaan dan amalan Moksha, Samsara, dan Ahisma.


3.0       KESAN PENGARUH HINDU-BUDHA TERHADAP MASYARAKAT ASIA TENGGARA


Dengan tersebarnya ajaran agama Hindu dan Buddha sebelum zaman pra-kolonial di Asia Tenggara, terdapat sangat jelas kesan-kesan dan pengaruhnya terhadap masyarakat di negara-negara Asia Tenggara yang boleh bahagikan kepada kesan positif dan negatif kepada aspek-aspek seperti berikut:

a. Politik
b. Ekonomi
c. Perundangan
d. Kepercayaan dan Pemikiran
e. Kebudayaan dan seni

3.1       Kesan ke atas sistem politik  (Sistem Beraja dan Maharaja)

3.1.1    Konsep Ketuhanan


a.   Di Burma, Thailand, dan IndoCina pengaruh Budha Theravada meninggalkan kesan dan pengaruh yang amat tinggi di mana membolehkan kedudukan raja sangat penting dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang.

b. Kepercayaan kepada Buddha dan keyakinan terhadap sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.

c.   Di Burma Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang berasaskan pada penguasaan pihak pemerintah ke atas buruh. Kedaulatan raja hasil daripada pengaruh Budha dan Hindu. Kawasan istana dianggap suci. Rakyat perlu mengikut peraturan seperti menundukkan kepala dan membuka kasut sebagai tanda menghormati raja.

d.    Raja Nguyen anggap dirinya Thein-tu - anak tuhan, hak memerintah sebagai wakil tuhan.

e.    Ketuanan raja Kampuchea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 - 1970 ) dianggap suci.

f.   Raja Siam berteraskan konsep divine kingship yang dipengaruhi unsur Budha dan Hindu


3.1.2    Peranan Raja dan Maharaja di Asia Tenggara


1.    Burma
a.     penaung dan pengembang agama
b.    penakluk negeri.
c.     tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.
d.    pemberi pengesahan kepada sistem politik dan sosial.
e.     menjamin pengekalan adat resam tempatan dan mempunyai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan datang.

Ciri-ciri kekuasaan raja Burma:
i..    Pengumpulan gajah putih.
a.     Dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa raja - gagah dan negara semakin makmur.
b.    Gajah putih sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.



2.    Vietnam
a.     Raja sebagai sumber ilmu dan kemakmuran ekonomi serta ayah kepada rakyat. Sebab manusia diberi keupayaan yang berbeza dan raja memiliki kelebihan.

3.    Kemboja
a.    Rujukan undang-undang dan pertuturannya dianggap undang-undang.
b.    Tempat menaruh harapan kepada mereka atau rakyat yang menghadapi masalah.
c.    Raja merupakan lambang kemamkmuran negara. Tiada raja bermakna negara musnah.

4.   Siam/Thailand
a.    Raja dianggap sebagai pelindung rakyat
b.    Raja mempunyai kuasa mutlak semua aspek yang ada di bumi.
c.    Peranan Raja Siam sangat penting dalam pembagunan Siam semasa Dinasti Chakri 1782 - 1910:
      

Peranan Rama Satu (1782-1809).
i.     Mengeluarkan undang-undang seperti yang diperlukan.
ii.    Memastikan upacara negara dijalankan.
iii.   Menjadi penaung kepada Buddhaisme.
iv.   Menggalakkan kesusasteraan rakyat.
v.    Mengubahsuai tradisi Ayudhya yang berkaitan dengan undang-undang cerai, kesusasteraan dan sejarah, undang-undang agama, dan istiada negara. - Revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia untuk menentukan nasib dan negara.

Peranan Rama Dua dan Tiga
i.     Melaksanakan upacara negara
ii.    menjamin keamanan dalam negeri.
iii.   Mempertahankan negeri daripada tekanan luar.
iv.   Memperkembangkan keintelektualan - Rama 3

Ciri-ciri kekuasaan raja Siam:
i.     Pengumpulan gajah putih - simbol kebebasan raja



3.2       Kesan Keagamaan dan  Adat  Kepercayaan

Teras kepercayaan agama Hindu berdasarkan telah meninggalkan kesan negatif dan positif terhadap masyarakat di Asia Tenggara dalam aspek-aspek berikut:

1.      Hukum Karma
·      Dengan adanya Hukum Karma ini ianya dapat membuat penganut agama Hindu agar sentiasa berbuat baik sesama makhluk.
·  Ini kerana tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan baik dan berbakti semasa hidup.


2.  Pembahagian kasta berdasarkan hiraki berikut: Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra, Harijan. Biasanya Harijan langsung tidak termasuk dalam sistem kasta ini kerana ia merupakan golongan Harijan merupakan golongan yang paling terkebawah sekali dan golongan yang tidak boleh diusik kerana kedaifannya.

·         Ciri-ciri Sistem Kasta
 a.       Merupakan sebuah fenomena seluruh masyarakat penganut agama Hindu

b.  Dianggotai oleh kumpulan-kumpulan turun-temurun dan endogamous. Jika dilihat dari segi varna terdapat empat kumpulan kasta iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya, dan Sudra, sedangkan Harijan adalah diletakkan di luar batasan kasta. Kumpulan-kumpulan varna ini terbahagi kepada jati-jati atau kasta-kasta kecil yang juga bersifat turun-temurun dan endaogamous.

c.   kasta-kasta varna dan jati telah disusun mengikut hiraki dengan Brahmin yang tertinggi dan Harijan yang terendah.

d.  Setiap kasta varna dan jati mempunyai pertalian tradisi dengan satu atau dua pekerjaan.

e.       Hubungan antara kasta-kasta diutarakan melalui gagasan kesucian dan kekotoran.

f.       Idea-idea keagamaan Hindu tertentu seperti samsara, karma, moksha, ahisma, dan dharma disebarkan melalui sistem kasta.

·         Samsara: perihal pusingan kelahiran, kematian dan kelahiran semula
·         Karma: tindakan ke arah kebaikan
·         Moksha: perihal membebaskan kewujudan masalah-masalah yang tidak ada penghujungnya.
·         Ahisma: merupaka satu doktrin tidak melakukan kekejaman.
·         Dharma: tugas-tugas moral

g.      Susunan hiraki dalam sistem varna adalah tetap sepanjang masa, tetapi dalam sistem jati boleh berubah mengikut peredaran masa.
·         Amalan-amalan yang berkaitan dengan Sistem Kasta.

h.      Sati iaitu janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakarkan dirinya bersama mayat suami yang meninggal dunia.

i.        Larangan terhadap janda untuk berkahwin semula.

j.        Perampasan harta pusaka keluarga daripada orang yang memeluk agama lain atau disingkirkan daripada kasta.

k.      Perkahwinan di peringkat kanak-kanak.

l.        Penghinaan terhadap kasta Harijan yang dihalang daripada  memasuki kuil, sekolah dan kawasan kediaman kasta tinggi. Harijan juga tidak dibenarkan memiliki tanah atau mengkaji kitab suci Hindu.
·         Amalan-amalan lain dalam adat Hindu

m.    Pembunuhan anak-anak kecil perempuan kerana kesulitan membayar mas kahwin atau mencari pasangan daripada kasta yang lebih.

n.      Perhambaan

o.      Thugee iaitu perompak membunuh orang sebagai menunaikan kehendak dewi Kali

p.      Mempersembahkan manusia sebagai korban kepada Tuhan


3.3       Kesan ke atas pemikiran

Pengaruh Hindu-Buddha juga telah meninggalkan kesan ke atas pemikiran masyarakat Asia Tenggara. Yang mana pengaruh dari India ini telah meninggkatkan peradapan di mana kedudukan Raja pada zaman tersebut mempunyai fungsi dan kebolehan sebagai seorang shaman. Raja sebagai shaman ditakrifkan sebagai pawang atau bomoh yang mempunyai ilmu mentera dan jampi serapah. Hasil daripada kepercayaan ini, rata-rata masyarakat Asia Tenggara pada ketika itu mempunyai pemikiran bahawa Raja mempunyai kelebihan dan dapat menguasai alam ghaib yang boleh mempengaruhi kehidupan individu-individu dalam masyarakat. Kebolehan raja yang memiliki kuasa yang luar biasa ini telah meletakkannya di satu kedudukan yang tinggi dalam strata sosial masyarakat. Jelaslah menunjukkan bahawa seseorang raja perlu meyakinkan rakyat dalam taraf pengetahuan yang difahami oleh rakyat sendiri iaitu dalam bentuk data dan sistem sosial yang telah wujud sebeum tibanya pengaruh dari India[4].

3.4       Kesan ke atas sistem undang-undang

Kesan pengaruh Hindu-Buddha juga dapat dilihat dengan jelas. Ini kerana Raja dianggap sangat istemewa kerana kedudukan Raja yang mempunyai kredibiliti sebagai jelmaan dewa-dewa. Raja juga dianggap mempunyai kekuasaan mistik yang luar biasa. Oleh kerana itu, apa sahaja yang diucapkan oleh Raja adalah merupakan undang-undang yang mesti dipatuhi. Malahan terdapat juga kanun diraja dan kanun rakyat yang bersandarkan kuat kepada kitab dharmasastras (kanun manu) dan kitab arthasastreas (permasyoran politk)[5].  Jika dibandingkan kedua-dua jenis undang-undang ini, kanun diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh penaruh Hindu-Buddha kerana golongan aristokrat lebih menerima pakai unsur-unsur agama dan budaya dari India demi kepentingan kedudukan mereka yang prestij itu.

3.5       Kesan ke atas sistem ekonomi

Pengaruh Hindu-Buddha telah meninggalkan kesan yang sangat ketara di kalangan rakyat dan masyarakat Asia Tenggara. Pada zaman tersebut Raja dianggap pemerintah yang wajib ditaati. Rakyat ataupun masyarakat daripada strata bawahan yang terdiri daripada nelayan dan petani terpaksa membayar ufti yang berupa bentuk emas atau pun cukai daripada hasil pekerjaan mereka kepada Raja melalui pegawai-pegawai Raja yang dilantik khas untuk melaksanakan kutipan cukai daripada rakyat kelas bawahan.

Disebabkan terdapatnya susunan hiraki dalam susunan kasta yang pengaruhnya datang daripada India, masyarakat bahawan pada zaman pra-kolonial di Asia Tenggara hanya mampu mempunyai pekerjaan yang setara dengan kelas dan status sosialnya. Dari aspek ekonomi masyarakat pada zaman tersebut tidak mampu menaik taraf kehidupan mereka kepada taraf yang lebih baik kerana susunan hiraki yang mengikut kasta adalah sebagai sebahagian daripada kepercayaan keaagamaan.

Selain daripada itu ajaran Buddha juga menganjurkan raja sebagai cakravin atau raja yang memerintah di dunia atas apa jua kekuatan sama ada agama ataupun ketenteraan (politik dan ekonomi).


3.6       Kesan ke atas seni budaya dan adat resam

Khazanah kebudayaan India lebih diminati dari falsafah agamanya sehingga falsafah itu diabaikan dan diubahsuai menjadi seni[6]. Misalnya banyak tarian-tarian keagaaman telah diadaptasi menjadi sebagai tarian seni dan kebudayaan di India dan telah meresapi kepada masyarakat Asia Tenggara yang menganut agama Hindu. Sementara itu gajah telah dinaik taraf sebagai binatang diraja dan memperoleh kedudukan yang mulia bagi agama Hindu dan Buddha.  

Ciri-ciri Indianisasi juga dapat dilihat jelas terhadap kesenian tempatan yang berunsur India yang berevolusi menerusi penyebaran agama Hindu. Pengaruh konsep drama dan pementasannya juga di adaptasi daripada kitab-kitab Hindu dan tulisan daripada India. Cerita-cerita metos agama Hindu tersebut juga telah disadur menjadi versi kesusasteraan dan seni budaya tempatan.      

Tulisan yang utama pada zaman Hindu-Buddha ialah tulisan Nagari Pallava (Buddha) dan Sanskrit (Hindu). Huruf Devanagari (satu dari tulisan kuno India selain dari tulisan Kharosthi dan Brahmi) dari bahasa Sanskrit[7]. Wujudlah juga bahasa yang berbeza iaitu bahasa dalam istana yang digunakan oleh golongan bangsawan manakala bahasa luar istana digunakan oleh golongan rakyat biasa. Manakala kesan lain yang bersifat baru iaitu lebih bercorak feudal, egocentrisme dan lain-lainnya dalam masyarakat dan individu juga berubah meniggkatkan kemahiran perindustrian dan perhubungan perdagangan. 


3.7       Kesan ke atas ilmu pengetahuan

Akibat daripada penggaruh Hindu-Buddha terdapat juga kesannya keatas ilmu pengetahuan. Menurut Soekmono[8] membahagi empat kumpulan jenis kitab dari India iaitu:

a.   Kitab keagamaan (tutur);

b. Kitab hukum (sastra yang dibahagi kepada kitab umum dan kitab khusus/casana yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti kitab-kitab untuk menentukan hak, status dan kewajiban pendita misalnya kitab Rsicana);
c.   Kitab epik-lagenda (wiracarita), misalnya yang utama ialah Ramayana, Mahabhrata dan Bhagava-Gita; dan

d.   Lain-lain kitab termaksuklah keagamaan, kesusilaan dan kitab-kitab huraian sejarah seperti Nagarakrtagama (cerita peringatan ke atas raja Hayam Euruk dan kekuasaan Majapahit di rantau ini ditulis oleh Prapanca, pemuisi istana yang mengelola biara-biara agama Buddha bagi pihak kerajaan), Niddesa sebagainya.


Agama Hindu adalah agama yang mempunyai program atau bentuk serta mempunyai ketua agama yang khusus. Faktor-faktor ini menyebabkan agama itu lebih dianggap longgar berbanding agama Buddha dalam cara penyebarannya sehingga memudahan sinkritisme dengan animisme tempatan (kepercayaan primodial). Justeru itu juga maka ajaran Cakti dan Tantra (mengutamakan aspek-aspek sihir dan ghaib) lebih popular dari ajaran Hindu yang sebenarnya. Menurut Coedes[9], contoh sinkristisme ini dapat dilihat pada inskripsi di Jawa misalnya yang menyebut tentang tiga aliran agama iaitu Saira (peyembahan Siva, agama Hindu), Sogata (Buddha) dan Rishi (penganut fahaman aliran lama). Manakala dalam unsur Brahmanisme dapat dikategorikan kepada dua iaitu yang pertama Brahmanisme rakyat dan keduanya ialah Brahmanisme istana.


4.0       KESIMPULAN

Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi tersebut, berbagai-bagai aspek kehidupan dari India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran Sindharta Gautama Buddha. Pada peringkat awal, agama ini berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan Asia Timur amnya terbahagi kepada 2 fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Buddha Hinayana. Apa yang didapati, penyebaran agama Buddha ini telah mendapat tempat di Asia Tenggara terutama di Tanah Besar Asia Tenggara dan di Asia Timur. Jika dibandingkan dengan penyebaran agama Hindu, agama Buddha telah mendapat tempat yang lebih berbanding agama Hindu. Agama Hindu lebih mendapat tempat daripada golongan bangsawan dan raja-raja. Hal ini sebab di dalam fahaman agama Hindu, wujud konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Justeru itulah, agama Buddha telah mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.

Di Asia Tenggara, fahaman agama Buddha yang tersebar di sini ialah agama Buddha fahaman Theravada. Ajaran agama Buddha Theravada dikatakan lebih mirip kepada fahaman agama Buddha yang asal. Ajaran ini telah tersebar hingga ke sebelah Timur. Antara negara-negara yang paling kuat menerima pengaruh agama ini ialah Thailand, Myanmar, Kampuchea dan Laos. Kesan-kesan tinggalan ajaran ini di negara-negara tersebut masih wujud misalnya bangunan Angkor Wat di Kampuchea. Kedatangan ajaran agama Buddha ke Tanah Besar Asia Tenggara sebenarnya telah berlaku pada kurun-kurun terawal masihi lagi. Hal ini terbukti melalui kesan-kesan tinggalan kerajaan-kerajaan klasik seperti Dvaravati (Mon) dan Funan. Kesan tinggalan kerajaan ini menunjukkan kekuatan pengaruh Buddha telah menular di tapak-tapak tersebut.

Sejak dari abad ke-16 lagi, Kerajaan Mon didapati tanggungjawab menyebarkan agama ini hingga ke negara Myanmar. Agama ini tersebar dengan luas sekali juga atas sokongan daripada golongan pembesar dan raja. Misalnya, usaha yang dimainkan oleh pemerintah Thai yang bernama Lopburi yang telah meminta rakyatnya supaya menukar fahaman-fahaman klasik seperti animisme dan kepercayaan kepada matahari kepada agama Buddha[10]. Di Myanmar, agama Buddha telah mempengaruhi sebahagian daripada sistem kehidupan masyarakatnya. Undang-undang biara atau dikenali dengan Sangha telah dibentuk di Myanmar. Raja-raja Myanmar juga kini bertindak sebagai penaung kepada agama Buddha. Raja-raja juga menggalakkan pembinaan kuil Buddha dengan lebih banyak.

Bagi masyarakat di Asia Timur, mereka lebih terdedah kepada fahaman ajaran Buddha Hinayana. Secara keseluruhan, intipati ajaran ini agak berbeza daripada fahaman yang asal. Hal ini kerana fahaman ini telah mengalami asimilasi dan penyesuaian dengan cara hidup masyarakat tempatan. Namun begitu, intipati asal ajaran Buddha tidak diubah. Perkembangan ajaran Buddha Hinayana didapati bermula di China sejak abad ke-3. Oleh sebab ajaran Buddha mudah difahami dan tidak menekankan hidup berhieraki maka penyebarannya lebih luas.

Selain itu, fahaman agama ini digunakan untuk menenang keadaan apabila negara di dalam keadaan huru-hara. Namun begitu, penyebaran agama Buddha ini mendapat tentangan daripada ajaran tempatan yang lain seperti Confucius dan Shintoisme. Pemerintah China juga didapati menggunakan petua ini untuk menenangkan keadaan huru-hara. Di Jepun, proses asimilasi dengan ajaran Shintoisme dilakukan.

Secara keseluruhannya, ajaran Buddha mendapat sambutan baik di Asia Tenggara. Namun begitu, penyebaran ini di Asia Timur mendapat sedikit tentangan. Agama Buddha dianggap sebagai ajaran yang bersifat sederhana.








Rujukan


1.   Abdul Rahman Hj. Abdullah.  (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur, Utusan Publications And Distributors.

2.   Abdul Rahman Hj. Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications.

3. Abu Talib Ahmad, ( 1991 ), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Bab 1.    

4.   Bhaskarananda, Swami, "Meditation: Mind & Patanjali's Yoga", Viveka Press, 2001. ISBN 1-884852-03-3

5. Bhaskarananda, Swami, "Ritualistic Worship and Its Utility"

6. Bhatia V.P., "Secularisation of a Martyrdom", Organiser, 11-11998.

7. Coulson, Michael, "Sanskrit: An Introduction to the Classical Language", Hodder & Stoughton, 1992. ISBN 0-8442-3825-2

8. Bowes, Pratima,"The Hindu Religious Tradition: A Philosophical Approach", Allied Pub., 1976. ISBN 0-7100-8668-7

9. Encarta, Hinduism Flood, Gavin (Ed.), "Blackwell companion to Hinduism", Blackwell Publishing, 2003. ISBN 0-631-21535-2

10. Frawley, David, "Hinduism and the Clash of Civilizations", Voice of India, 2001. ISBN 81-85990-72-7

11. Fox, Michael Allen, "Deep Vegetarianism", Temple UniveResity Press, 1999.   ISBN 1-56639-705-7

12. Fuller, C.J., "The Camphor Flame", Princeton UniveResity Press, 2004. ISBN 0-691-12048-X

13. Harshananda, Swami, "A Bird's Eye View of the Wedas" in "Holy Scriptures: A Symposium on the Great Scriptures of the World" (2d Ed.). ISBN 81-7120-121-0

14. Klostermaier, K, "A Survey of Hinduism", SUNY Press, 1994.

15. Osborne, E, "Accessing R.E. Founders & Leaders, Buddhism, Hinduism and Sikhism Teacher's Book Mainstream.", Folens Limited, 2005.

16. Radhakrishnan, S. (trans.), "Bhagavad Gita", Harper Collins, 1995. ISBN 1-85538-457-4

17. Renou, Louis, "The Nature of Hinduism", Walker, 1964.

18. Rinehart, Robin (Ed.), "Contemporary Hinduism", 2004. ISBN 1-57607-905-8





[1] Hindu juga dikenal dengan Hindū Dharma atau Vaidika-Dharma dalam beberapa bahasa India modern, seperti bahasa Hindi, Bbahasa Bengali, dan beberapa turunan Bahasa Indo-Arya, juga beberapa dialek Bahasa Dravida seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Kannada.

[2] Hinduism and the Clash of Civilizations oleh David Frawley, Voice of India 2001. ISBN 81-85990-72-7

[3] Major Religions of the World Ranked by Number of Adherents, Adherents.com (data 2005)
[4] ME 2604: Sejarah Asia Tenggara (Kebudayaan dan Alam Manusia), ms 120
[5] ME 2604: Sejarah Asia Tenggara (Kebudayaan dan Alam Manusia), ms 119
[6] ME 2604: Sejarah Asia Tenggara
[7] ME 2604: Sejarah Asia Tenggara (Kebudayaan dan Alam Manusia), ms 125
[8] ME 2604: Sejarah Asia Tenggara (Kebudyaan dan Alam Manusia), ms 125
[9] The Indianised, ms 146
[10] The Star, 18 Oktober 2002

7 comments: