Pages

Friday 12 August 2016

Perbezaan antara hadits Fard dan hadits Gharib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين


Sedikit bacaan di hari yang berkat ini semoga hamba dan Muslimin sekelian sentiasa dalam kasih sayang Allah.

Hadits Fard dan Gharib iaitu dua lafaz yang bersamaan pada isthilah seperti menyebutkan dia oleh Ibnu hajar dalam al-Nukhbah dan al Munawi dalam al-Taarifat dan dalam Syarah al-Nukhbah dan Abu al-Thaib al-Abadi dalam Aun al-Maabud.

Akan tetapi mereka menyebut bahawa Gharib iaitu apabila dilihat pada asal sanad yakni tempat berkisar sanad atasnya sekalipun berbilang2 taruq/laluan kemudian daripadanya maka dinamakan dia fard mutlak.

Adapun apabila berbilang-bilang turuq/laluannya pada permulaan dan terdapat fard/tertunggalnya daripada sesetengah perawi umpama hadits yang meriwayatkan dia dari seorang sahabat oleh berbilang2 daripada beberapa Tabiiin dan Tafarrud/tertunggal ia dengan riwayatnya daripada seorang yang setengah  mereka itu seorang yang satu maka dinamakan dia fard nisbi dan dinamakan dengan demikian kerana keadaan tafarrud iaitu hasil dengan nisbah bagi sesaorang yang tertentu atau sifat yang tertentu atau negeri atau Bandar. Membuat mithal mereka itu bagi Fard Mutlak dengan hadits:


إنما الأعمال بالنيات


 Maka sesungguhnya tafarrud Umar dengan dia dan tafarrud Alqamah bin Waqqas dengan dia dari Umar dan tafarrud Muhammad bin Ibrahim at Tamimi daripada Alqamah dan tafarrud dengan dia oleh Yahya bin Sa
daripada Muhammad kemudian meriwayatkan dia oleh ramai perawi daripada Yahya

Membuat contoh mereka itu bagi fard Nisbi yang hasil tafarrud padanya dengan nisbah bagi seorang yang tertentu dengan hadits:

Bahawa ini hadits meriwayatkan dia oleh Imam Bukhari dan Muslim dan selain keduanya daripada beberapa orang sahabat akan tetapi pada salah satu daripada riwayat Imam Muslim iaitu tafarrud dengan riwayatnya dari Abdil Malik bin Al Sobah oleh rawi yang satu iaitu Abu Ghassan al Mismaie Malik bin Abdil Wahid.

Memithal mereka itu bagi hadits yang hasil tafarrud dengan nisbah bagi sifat yang tertentu seperti hadits riwayat Muslim dan Tarmizi dan Abu Daud dalam Sunan dan Abdur Razak dalam Musannaf dan Ibnu Abi Syaibah dalam Musannaf bahawa Nabi saw sentiasa membaca dalam solat aidil Adha dan Fitri dengan surah Qaf da Iktarabatis saangah.


 أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في الأضحى والفطر بـ ق والقرآن المجيد واقتربت الساعة.

Maka ini hadith iaitu meriwayatkan dia oleh Ubaidilah bin Abdullah bin Utbah dari Abi Waqid al Laithi dan tidak meriwayatkan dia dai Ubaidillah dari mana-mana thiqah melainkan Hamzah bin Saied dan sesungguhnya meriwayatkan dia dari Hamzah oleh Imam-iman seperti Malik dan Ibni Uyainah dan selain keduanya.