Pages

Wednesday 26 September 2018

Bagaimana Kedudukan Hadis menurut pandangan Kasim Ahmad dan apakah perbezaan pandangannya dengan pandangan penulis Moden di Timur Tengah seperti Ahmad Amin dan Dr Taufiq al-Sidqi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



Pengenalan
Artikel ini menerangkan tentang kedudukan hadis menurut pandangan Kassim Ahmad (kini almarhum) dan membuat perbandingan di antara pandangan beliau iaitu seorang tokoh penulis nusantara dengan penulis moden di Timur Tengah seperti Dr Ahmad Amin dan Dr Taufiq al-Sidqi. Diperjelaskan terlebih dahulu latar belakang Kassim Ahmad yang boleh diakses di http://kassimahmad.blogspot.my/ dan beberapa artikel berkenaan dengan Kassim Ahmad.

Latar Belakang Kassim Ahmad
Kassim Ahmad adalah pemikir dan falsafah utama Malaysia. Kassim Ahmad, berasal dari Bukit Pinang, Kedah, dan sekarang menetap di Tanjung Bunga, Pulau Pinang (Yuswan Yunus 1998) (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016). Beliau meraih tajuk berita nasional pada tahun 1950-an dengan disertasi mengenai watak Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), klasik klasik sastera Melayu. Di dalamnya dia mencabar tafsiran tradisional dan menjadikan wira yang kini hinggap Hang Tuah sebagai tidak lebih daripada sebuah istana, dan menaikkan anti-pahlawan Hang Jebat sebagai pahlawan sejati, sanggup membunuh bahkan sultan dalam mempertahankan kehormatan dan prinsipnya. Kassim dipenjarakan selama hampir lima tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA 1960) kerana berani untuk menyatakan secara terbuka pandangan politiknya, satu pengalaman yang dia terangkan dalam bukunya, Universiti Kedua (Universiti Kedua). Kassim sekali lagi menggoncang dunia Melayu dengan menulis sebuah buku yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula di mana dia mencabar kesempurnaan kata-kata yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w. Kassim Ahmad menerima Anugerah Doktor Kehormat Persuratan yang dianugerahkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985 (Yuswan Yunus 1998), negara ini tidak nampak sesuai untuk menghormati intelektual awam yang hebat ini (Kassim Ahmad 2005)

            Yuwan Yunus menghuraikan latar belakang Kassim Ahamad di dalam sebuah artikel yang telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1998 (Yuswan Yunus 1998). Tulisannya memperihalkan bagaimana kecaman diterima Kassim Ahmad selepas menulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula sehingga Kassim Ahmad digelar sebagai anti-hadis, dituduh murtad dan buku itu diharamkan untuk bacaan umum.

Kassim tabah menghadapi semua rintangan itu dan meneruskan minatnya dalam bidang penulisan yang diminati sejak kecil lagi. Buku yang mencetuskan kontroversi itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Ahmad Abd. Halim Atiah di Kaherah dan ke dalam bahasa Inggeris oleh penerbit di Arizona Amerika Syarikat. Kedua-duanya diterbitkan pada tahun lalu. Kembali kepada zaman kanak-kanaknya Kassim Ahmad, minat membaca telah berputik sejak umurnya lapan ta-hun. Ibu bapanya mengajar di Bandar Baru Kedah dan keluarganya melanggan Warta Negara yang terkenal pada masa itu. Impiannya semasa kecil ialah untuk membaca semua benda yang boleh didapati. Tetapi pada realitinya sekarang (ketika artikel “Kassim Ahmad bukunya gemparkan negara ditulis), Kassim hanya dapat menumpukan perhatian kepada beberapa bidang yang amat diminati kerana terlalu banyak bahan bacaan yang terdapat dan faktor kesuntukan masa.

Menyentuh mengenai pendidikannya, Kassim menuntut di Universiti Malaya (Singapura), dari tahun 1954-58 bagi peringkat ijazah pertamanya dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi peringkat Sarjana antara tahun 1959-61. Sebelum itu beliau merupakan penuntut Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar. Sekarang ini beliau menumpukan sepenuh masanya kepada bidang penulisan di samping diberikan kepercayaan selaku Pengerusi Koperasi Pelaut Pulau Pinang sejak tahun lalu atas desakan ahlinya. Koleksi peribadinya itu merangkumi pelbagai subjek. Antaranya sejarah, ilmu politik, kritikan karya sastera, falsafah, ekonomi, laporan pelbagai topik, isu-isu semasa, biografi, undang-undang dan tidak ketinggalan tafsir al-Quran dan hadis. Beliau mempunyai 10 buah tafsir yang mula dikumpul sejak usianya 17 tahun, dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Koleksi sasteranya tidak tertumpu kepada bahasa ibunda tetapi meliputi sastera Inggeris, Cina dan India. Karya pertama nukilannya ialah suntingannya kepada Kisah Pelayaran Abdullah pada tahun 1960, diikuti suntingannya kepada Hikayat Hang Tuah pada 1964. Selepas itu menyusul pelbagai buku lain seperti Characterisation in Hikayat Hang Tuah' (1966), antologi sajak dan cerpen, Kemarau Di Lembah (1967) dan Dialog Dengan Sasterawan (1979).

Dalam era 1980-an, Kassim menghasilkan beberapa buku seperti Universiti Kedua - Kisah Tahanan Di Bawah ISA (1983), Teori Sosial Moden Islam (1984), Hadis Satu Penilaian Semula (1986), Quo Vadis, Bangsaku? (1989) dan Intelektualisme Melayu: Satu Polemik' (1989). Karya kreatifnya berterusan pada era 1990-an dengan terhasilnya, Bush's New World Order or Pax Americana pada 1991. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Basheer A. Mahmood di Baghdad setahun kemudian.

Tahun 1992 juga, Kassim menghasilkan Hadis - Jawapan Kepada Pengkritik'. Yang terbaru November tahun lalu, beliau menghasilkan Esei-Esei Politik terbitan Fajar Bakti. Dalam perancangannya sekarang ada tiga projek penulisan yang perlu diselesaikan. Yang pertama kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi buku Mencari Makna - Sebuah Kenangan Hidup dan satu lagi, Hikayat Abdullah (edisi baru), bekerjasama dengan Yayasan Karya Agung. Kedua-duanya dijangka siap hujung tahun ini. Sementara satu lagi hasil kerjanya adalah usahanya sendiri tanpa kerjasama mana-mana pihak iaitu Quran Agung. Ia merupakan sebuah terjemahan al-Quran berdasarkan kaedah tafsir saintifik.

Kassim Ahmad merupakan pelopor dan pengasas Gerakan Anti Hadis (GAH) di Malaysia, ketua Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang kemudiannya ditukarkan kepada Forum Iqra’ (FORIQ) dan sering dijadikan kajian oleh penyelidik di dalam serta di luar negara berkaitan GAH di Malaysia. Selain itu, buku-buku beliau mendapat perhatian daripada masyarakat dunia sehingga diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dipasarkan di peringkat antarabangsa. Beliau juga mempunyai jaringan sosial dan pemikiran dengan tokoh-tokoh GAH di luar Malaysia, bahkan berjaya menarik perhatian golongan tertentu sehingga diadakan seminar khusus untuk mengkaji pemikiran beliau. Kassim Ahmad juga berjaya menempatkan dirinya di media sosial dan media massa dalam pelbagai isu (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016).

Kedudukan Hadis Dan Fahaman Anti Hadis:
Kedudukan Hadis dalam syariat Islam telah mendorong hadis Nabi s.a.w tetap dipelajari. Hadis tetap menjadi sumber penghujahan dan pendalilan utama kebanyakan karya penulisan walaupun karya-karya tersebut tidak dikategorikan dalam bidang hadis (Fauzi Deraman 2009). Al-Qur’an dan al-Hadith Nabi s.a.w adalah sumber kedua syariat Islam. Ia merupakan sesuatu yang disepakati umat Islam sepanjang zaman (Fauzi Deraman 2017).             Selain daripada sumber kedua umat Islam, hadis juga berperanan sebagai (a) memperkuatkan hukum dalam al-Qur’an, mentatafsir maksud dalam al-Qur’an dan mengadakan dan memperjelaskan hukum yang tidak disebut di dalam al-Qur’an (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003).

Sungguhpun ramai kalangan umat Islam yang mengiktiraf hadis sebagai sumber kedua selepas al-Qur’an, namun terdapat segelintir golongan yang menyeleweng umpamanya golongan syiah. liberal dan anti hadith (Faizal bin Ahmad Shah 2017).  Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas al-Qur’an. (Abur Hamdi Usman et al. 2016).

Menurut Dr. Mustafa al-Siba’ie sejarah kemunculan kumpulan yang tidak menerima hadith ini telah muncul di zaman al-Imam as-Shaf’ie lagi iaitu pada kurun kedua hijrah. Perkara ini telah dihuraikan oleh Al-Imam As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm. Malah beliau telah memperincikan lagi perbahasan tersebut di dalam kitab Ar-Risalah (Ahmad Sanusii Azmi et al. 2011).

Ancaman terhadap kedudukan Hadith yang bermula selepas fitnah pembunuhan ke atas Saidina Uthman r.a telah mendorong kearah lahirnya manhaj dan kaedah yang dibentuk oleh Ahl al-Hadith. Manhaj ulama Ahl al-Hadith ini memiliki peranan dan sumbangannya dalam menjaga keautoritian Hadith sebagai sumber ilmu dan ketamadunan di dalam Islam (Muhammad Arif Yahya 2016).

Metode Penafsiran Hadis Kassim Ahmad
Menurut Faizal Ahmad di dalam pembentangan kertas kerja di Wacana Nabawi 2017, menyatakan bahawa metode yang digunakan oleh golongan anti hadis ialah dengan mengkritik hadis-hadis sahih terutamanya hadis Sahih al-Bukhari (Faizal bin Ahmad Shah 2017).

Menurut Fauzi Deraman (Ishak et al., 2007) dalam sebuah artikel berjudul Autoriti Hadis dan Penjelasannya telah menyentuh kekeliruan awal Hadis yang timbul dari sudut pandangan individu. Beliau menyatakan perdebatannya bahawa pergerakan anti-Hadis yang bermula pada zaman moden dimulakan oleh kaum Orientalis diikuti pengikut mereka di kalangan umat Islam. Di Malaysia, kumpulan anti-Hadis telah memulakan pergerakan mereka melalui kemunculan buku Hadis: Satu Penilaian Semula oleh Kassim Ahmad. Para sarjana Islam tempatan telah menerbitkan banyak buku untuk menjawab kekeliruan hasil daripada karya Kassim Ahmad tersebut (Mohd al’Ikhsan Ghazali et al. 2015).

Dalam kajian kritiknya terhadap hadis, Kassim Ahmad dilihat menggunakan beberapa metode yang dibinanya sendiri antaranya (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016):

i            Mentafsirkan Nas al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan kefahamannya sahaja serta tidak memahami nas secara dasarnya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui penulisan beliau, antaranya adalah:

a.      Tafsiran perkataan “al-hikmah”.
Kassim Ahmad menyatakan bahawa kalimah “al-hikmah” adalah merujuk kepada al-Quran, bukan sunnah. Beliau menolak dakwaan bahawa sunnah merupakan wahyu daripada Allah. Menurutnya tafsiran Imam al-Shafi’e yang mengatakan hikmah adalah hadis tidak munasabah kerana tidak memberikan hujah yang kukuh untuk diterimanya sebagai satu kepastian. Kassim menganggap tafsiran yang dibuat oleh al-Syafie dengan mengutip pandangan ahli-ahli yang dipersetujui dan terus membuat kesimpulan perkataan hikmah hanyalah sunnah. Menurutnya, pandangan ahli-ahli yang dipersetujui dan terus membuat kesimpulan perkataan hikmah hanyalah sunnah.

b.      Tafsiran ayat وأطيعوالله ورسوله
Kassim Ahmad menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah al-Taghabun ayat 12 bahawa tugas Rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah iaitu al-Quran. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, hanya al-Quran yang menjadi warisan baginda. Oleh itu, kalimah Rasul di dalam ayat tersebut bukanlah dikhususkan kepada Nabi Muhammad, tetapi Rasul secara umum. Maka perkataan Rasul harus dibezakan daripada perkataan Muhammad kerana perkataan Rasul itu membawa maksud wahyu Tuhan. Beliau menolak sama sekali bahawa makna taat kepada Rasul itu bermaksud berpegang kepada hadis atau sunnah. Tuhan. Beliau menolak sama sekali bahawa makna taat kepada Rasul itu bermaksud berpegang kepada hadis atau sunnah. (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016)

c.       Perkataan  لمستم النساء dalam kes batal wuduk kerana menyentuh wanita.
Dalam mentafsirkan kalimah  لمستم النساءdalam ayat 43 surah al-Nisa’, Kassim mengatakan, “ungkapan “menyentuh wanita” (Arab: massa, yamussu bermaksud sentuh) di sini suatu peribahasa yang bermaksud bersetubuh bukan pegang. Menurut Kassim Ahmad tafsiran bahawa menyentuh wanita itu membatalkan wuduk adalah tidak tepat” (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016)


Perbandingan Pandangan Kassim Ahmad Dengan Ahmad Amin Dan Dr Taufiq al-Sidqi
Pada pendapat penulis, ketiga-tiga tokoh Kassim Ahmad, dan Dr Taufiq al-Sidqi terdapat persamaan iaitu mereka adalah golongan yang mengingkari hadis (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003) pada masa kini iaitu pada abad ke 21. Perbezaan pula amat ketara sekali. Manakala, Ahmad Amin tidak menyeleweng seperti kedua-dua tokoh tersebut.

Kassim Ahmad sungguhpun masih mengakui bahawa Rasulullah s.a.w ialah pesuruh Allah dengan menyampai wahyu iaitu al-Qur’an al-Kareem. Namun selepas baginda s.a.w wafat, al-Qur’an ialah warisan Nabi Muhammad s.a.w semata-mata. Beliau menolak pendapat ulama seperti Imam As-Syafie dan Imam al-Bukhari dan hanya berpegang kepada al-Qur’an semata-mata. Kassim Ahmad mendahulukan pandangan logik akalnya, dan juga reaksi para pemikir lain dalam sesuatu isu, berbanding dalil-dalil naqliyyah yang telah jelas kesahihannya (Mohd al’Ikhsan Ghazali et al. 2015)(Abur Hamdi Usman et al. 2016). Menurut Kassim Ahmad, beliau hanya menolak hadith yang jelas bertentangan dengan al-Quran sahaja manakala hadith yang tidak bertentangan dengan al-Quran beliau menerimanya sebagai sumber kedua umat Islam. Beliau memberikan contoh Piagam Madinah sebagai Sunnah Nabi yang seharusnya diterima pakai oleh umat Islam pada hari ini (Ahmad Sanusii Azmi et al. 2011)

Dr Taufiq Sidqi juga dikategorikan oleh al-Siba’i di dalam (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003) merupakan golongan yang menyeleweng dan mengingkari hadis sebagaimana Kassim Ahmad. Ini jelas di dalam arikel beliau yang menyatakan bahawa Islam hanyalah al-Qur’an semata-mata (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003). Sidqi adalah orang yang pertama kali menuliskan pemikirannya tentang hadis melalui sebuah artikel dalam majalah Al-Mannar dengan judul yang sangat kontroversial yaitu, “Al-Islam Huwa Al-Qur’an Wahdahu” (ajaran agama Islam adalah ajaran Al-Qur’an itu sendiri). Karyanya ini diperdebatkan selama empat tahun sejak ditulisnya. Melalui karya ini, Sidqi menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan Sunnah (Hadis), kerana Al-Qur’an telah memberikan berbagai jawaban terhadap segala persoalan yang ada dalam kehidupan (Syahudi Ismail 1995).

Menurut Dr Taufiq Sidqi, semua orang Islam tidak ada yang meragukan keabsahan Nas Al-Qur’an, sedangkan terhadap hadis ada orang yang meragukannya, sebab hadis baru ditulis beberapa abad setelah Rasul s.aw wafat. Sementara Al-Qur’an ditulis pada saat Nabi masih hidup.  Al-Qur’an adalah kriteria dan petunjuk abadi bagi seluruh manusia segenap zaman. Bagi masyarakat zaman sekarang, sunnah Nabi telah kehilangan nilainya dan hanya memiliki pengertian bagi generasi-generasi pertama muslim sahaja. Dr Taufiq Sidqi menyatakan, dimanakah letak kearifan, jikalau sebahagian iman diletakan dalam Al-Qur’an sedang sebagian lain dalam Hadis. Untuk mendorong hujahnya, beliau memetik ayat al-Qur’an surah al-An’am (6): 38 (Syahudi Ismail 1995).

Berbanding dengan Ahmad Amin, beliau merupakan sarjana Islam yang hanya mengeluarkan pendapat dengan mendakwa pemalsuan hadis telahpun muncul bermula sejak zaman Nabi s.a.w berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w di atas adalah pendapat yang datangnya daripada Ahmad Amin (Ahmad Amin 1968). Di dalam buku yang ditulis olehnya yang bertajuk Fadjar Islam iaitu sebuah buku yang mengupas perkembangan fikiran dikalangan umat Islam sejak zaman permulaan dakwah Nabi Muhamamd s.a.w. hingga ke-era permerintahan kerajaan Umawy. Buku Fadjar Islam ini mempunyai 392 halaman di mana kandungannya mengandungi 6 bab iaitu bab 1: Bangsa Arab di masa Jahiliyyah, bab 2 : Agama Islam, bab 3 : Bangsa Parsi dan pengaruhnya, bab 4: Pengaruh Yunani Romawi, bab 5: Pemerintahan Kebangkitan Ilmu Keagamaan dan bab 6: Golongan-golongan Keagamaan (Ahmad Amin 1968) (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003).  Pada pendapat penulis, Ahmad Amin tidaklah menolak hadis atau tergolong dengan golongan anti hadis. Beliau hanya terkeliru dengan rentas masa pada masa yang tepat bilakah proses pemalsuan hadis bermula.

Kesimpulan
Para sarjana Islam menyatakan bahawa golongan anti-hadis bermula dengan serangan orientalis Barat yang mengkaji tentang Islam untuk memerangi Islam. Matlamat utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam. Ini terbukti dengan merujuk kepada perkembangan anti hadis pada zaman mutakkhir iaitu apabila seorang Yahudi bernama Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar pada tahun 1873 dalam bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian dia mengajar di Maktab Zionis Budapest selama 15 tahun untuk melahirkan graduan-graduan zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari Sunnah. Maka, pemikiran Barat ini telah mempengaruhi kaum muslimin yang menolah hadis (Abur Hamdi Usman et al. 2016).      Sebagai kesimpulannya, penulis lebih suka mengambil jalan tengah untuk tidak mengkafirkan Kassim Ahmad, Ahmad Amin dan Dr Taufiq Sidqi kerana mereka masih beriman dengan Allah s.w.t. Semoga coretan kecil ini menjawab persoalan seperti tajuk perbincangan kita untuk subjek Kajian Hadis Masa Kini (PPPH 3163).





Rujukan
Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh & Azman Abdul Rahman.  2016. Golongan Anti Hadis : Isu Dan Cabaran. 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016, Kuala Lumpur: Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD).

Ahmad Amin.  1968. Fadjar Islam. Jakarta: PT. Bulan Bintang.

Ahmad Sanusii Azmi, Mohd Yusuf Ismail & Zulhilmi Mohamed Nor.  2011. Gerakan Anti-Hadith Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran Melalui Internet. Jurnal Penyelidikan Islam 24:
Faizal bin Ahmad Shah.  2017. Penyelewengan Terhadap Makna Hadith Dan Kesannya Kepada Umat Islam. Wacana Hadith Nabawi 2017, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Fauzi Deraman.  2009. Pengajian Hadith Di Malaysia : Satu Tinjauan. Dlm. Mustaffa Abdullah, Fauzi Deraman & Faisal Ahmad Shah (pnyt.). Khazanah al-Qur’an & al-Hadith Nusantara, hlm. 213–236. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Fauzi Deraman.  2017. Sejarah Gerakan Anti Hadith Global Dan Di Malaysia. Wacana Hadith Nabawi 2017, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah.  2003. Kajian Hadis Masa Kini. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kassim Ahmad.  2005. Blog Kassim Ahmad.Kassim Ahmad. http://kassimahmad.blogspot.my/

Mohd al’Ikhsan Ghazali, Siti Salwa Md. Sawari & Muhammad Fathi Yusuf.  2015. The Severity of Anti Hadith Groups (AHG) Thought: Solutions, Challenges and Barriers. Mediterranean Journal of Social Sciences 6(3): 127–135. http://www.mcser.org/journal/index.php/mjss/article/view/6473

Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh, A.A.R.  2016. Metode Kassim Ahmad Dalam Kajian Hadis : satu penilaian dalam timbangan metode ilmiah ulama hadis. HADIS : Jurnal Ilmiah Berwasit 11(Jun): 49–69.

Muhammad Arif Yahya.  2016. Manhaj Ahl al-Hadith : Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 283–290.

Syahudi Ismail.  1995. Hadiths Nabi Menurut Pembela, Pengingkar dan Pemalsunya. Jakarta: Gema Insani Press.

Yuswan Yunus.  1998. Kassim Ahmad bukunya gemparkan negara. Utusan Malaysia, 14 March. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm