Pages

Monday, 21 May 2012

Menyakat, bergurau dan bergurau senda : apa perbezaannya?



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Pada hari Khamis yang lepas 17/5/2012, semasa penulis sedang di dalam kenderaan untuk pulang ke rumah  selepas waktu kerja, penulis telah mendengar siaran berita di radio berkenaan dengan ramai lelaki yang masih belum berkahwin. Di Malaysia peratusan bagi lelaki yang masih belum berumahtangga adalah sebanyak 60.4% berbanding wanita sebanyak 39.4%.

Penulis teringat kepada seorang kenalan yang juga seorang guru bahasa Inggeris dari Padang, Sumatera ketika kami sama-sama menunggu solat Asar semasa kami di Masjidil Haram pada September 2011. Menurutnya kadar usia perkahwinan di Indonesia secara puratanya ialah pada usia seawal 16 atau 17 tahun bagi perempuan dan 25 tahun bagi lelaki. Mendengar komentarnya itu, penulis memaklumkan bahawa kadar usia perkahwinan di Malaysia agak sedikit lewat iaitu purata 25 tahun bagi wanita dan 28 - 30 tahun bagi lelaki. Beliau turut menambah bahawa, fenomena berkahwin lambat adalah tanda-tanda negara maju yang mana populasi rakyatnya berkahwin lewat selain merancang mendapat bilangan anak yang tidak ramai.  Terdetik di dalam hati penulis, itu komen dia..

Merujuk kepada perangkaan di atas, nampak jelas anggapan penulis adalah meleset sama sekali.  Mungkin pendapat sahabat dari seberang itu ada benarnya. Mungkin Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Ramai di kalangan kaum lelaki di Malaysia yang mungkin memasuki pasaran pekerjaan dengan usia yang muda tanpa tanpa memiliki Ijazah sebagai tiket bagi sandaran mencari pekerjaan. Ini boleh dilihat trend pelajar yang memasuki  IPTA/IPTS, pelajar wanita lebih mendominasi kemasukan ke universiti-universiti tempatan atau luar negara berbanding pelajar lelaki. Oleh kerana sistem di Malaysia ini menggunapakai sistem yang berasaskan pendidikan dan pengiktirafaan melalui anugerah sijil dan ijazah, maka ramai kaum lelaki   mempunyai gaji yang lebih rendah berbanding wanita.

Pada pendapat penulis, walaupun gaji yang rendah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada fenomena berkahwin lewat, masih terdapat faktor-faktor lain seperti selesa dengan keadaan membujang, tidak sekufu dan lain-lain faktor yang menjadi penentu yang mempengaruhi keputusan mana-mana pasangan untuk mendirikan rumahtangga. Namun Islam datang membawa rahmat dan penyelesaian kepada isu sosial ini. 

Islam telah memberi panduan kepada umatnya di dalam mencari jodoh. Sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ(رواه الشيخان)- متفق عليه 
Maksud :“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Begitulah indahnya Islam membantu umatnya dalam menyelesaikan masalah mencari pasangan. Memandangkan ianya merupakan hadith Rasulullah SAW, ianya tidak boleh diubah. Hadith ini juga diterima pakai untuk wanita. Maknanya, jikalau kita mencari pasangan, sebaik-baiknya pilihlah yang mempunyai pegangan agama. 

Di dalam konteks mewujudkan perhubungan (building relationship), ketidakserasian di antara pasangan dapat diselesaikan sekiranya kedua-dua mereka dapat memahami apakah makna kehidupan, apakah tujuan kehidupan alam rumahtangga, apakah manafaat umat Islam mendirikan rumahtangga, memahani peranan isteri/suami. Jikalaulah kedua-dua pasangan redha meletakkan Allah SWT sebagai tunjang utama, maka ketidakserasian itu insyaallah dapat diselesaikan.

Suka penulis berkongsi pengalaman tentang permasalahan tidak sekufu ini. Kufu adalah hak wanita di dalam memilih pasangan. Mungkin bagi ramai lelaki beranggapan bahawa sekufu adalah dirujuk daripada perspektif kemampuan dari aspek kewangan. Anggapan itu ada benarnya. Iaitulah apabila pasangan itu berumahtangga, penerimaan kedua-dua keluarga dan masyarakat adalah lebih mudah untuk mereka. Penerimaan masyarakat dan keluarga amat penting dalam membina keyakinan diri lelaki. Kufu dari aspek sama dari segi intelektualnya, professionnya, gajinya, keturunannya dan apa-apa sahaja kayu pengukur yang diguna pakai oleh masyarakat.   Bagi wanita pula, seorang lelaki yang kukuh dalam aspek ekonomi adalah sesuatu yang penting tetapi tidak utama. Yang paling utama (top priority) bagi wanita ialah lelaki yang bakal dikahwininya itu mempunyai sikap sebagai pelindung, penyayang, kebolehan untuk memimpin, kebolehan untuk membuat keputusan, pendidik dan teman yang setia kepada isteri. Teman dalam konteks ini ialah bukan sahaja teman untuk diajak bicara malahan juga teman yang sama-sama untuk ke masjid, teman yang sama-sama menunaikan haji dan umrah. Itulah sebaik-baik teman bagi wanita di dalam perjalanan iaitulah bersama mahramnya. Manakala kufu dari persektif Islam pula ialah kedua-dua pasangan mempunyai cita-cita yang sama ke arah Islam dan menyumbang untuk Islam (zakat/sedekah dsb)


Apabila kedua-dua pasangan melihat "teman" daripada perspektif yang berbeza. Maka wujudnya amaran awal (red flag) kepada keduanya. Umpamanya si lelaki memandang "teman" sebagai seorang yang tahan bergurau sepertinya, kasar sepertinya dan boleh menerima setiap kata-katanya sebagai satu bentuk gurauan. Pada pendapat penulis, kedua-dua pasangan harus bersikap matang dalam perhubungan. Memang gurauan merupakan salah satu medium untuk mengikat kasih sayang. Tetapi setiap kita harus sedar jenis-jenis gurauan yang digunakan. Hakikatnya dalam konteks gurauan ada 3 peringkat iaitu:

1. Menyakat
2. Bergurau
3. Bergurau senda

Ketiga-tiga jenis gurauan ini mempunyai impak yang berbeza-beza kepada si penerima. Contohya, apabila kita menyakat pasangan dengan menghantar email sambil "alert" pasangan kita melalui sms untuk supaya menyediakan tisu banyak-banyak sebelum membaca email yang dihantar tersebut. Sangkaan si penerima sudah tentulah email yang diterima adalah berita yang tidak bagus.  Penulis bawakan contoh yang lain pula, kita menyorokkan selipar rakan kita ketika beliau berada di dalam masjid. Kita berasa seronok melihat pasangan atau rakan kita kelam kabut mencari seliparnya. Berdekah-dekah kita ketawa kerana kita menyangka bahawa kita bergurau dengannya. Tetapi sebaliknya pasangan atau rakan kita akan melabelkan kita sebagai seorang kaki buli.

Begitu juga bergurau. Gurauan yang berbentuk sindiran ataupun yang berbentuk menghina sifat-sifat peribadi seseorang seperti pendek, gemuk, hitam juga boleh mengguris hati bagi yang mendengar gurauan kita. Begitu juga dengan tindakan kita dengan memanggil seseorang dengan perkataan yang tidak sedap di dengar.. contohnya "Hoi jantan.. aku ada produk bagus ni, engkau hendak tak?". Panggilan beginikah yang kita anggap gurauan  yang dituntut oleh agama kita? Kita berbangga bahawa kita dibesarkan dari keluarga yang sangat suka bergurau. Kita berbangga kita ramai kawan maya di facebook dengan gurauan kita. Kita berbangga kerana kita berasal daripada sebuah negeri yang kebanyakkan rakyatnya bercakap kasar. Kita menyalahkan rakan atau pasangan kita yang berbeza cara dibesarkan, berbeza latarbelakang, berbeza pendidikan dan berbeza komuniti yang digauli kerana beliau tidak pandai bergurau dan tidak dapat menerima gurauan kita. Tetapi kita tidak menilai diri sendiri bahawa kitalah sebenarnya yang kurang bijak menggunakan kelebihan yang ada pada kita. Kerana kitalah yang tidak pandai menyesuaikan diri. Kita beranggapan bahawa semua orang sama sehingga kita melayan semua orang main semberono sahaja. Tetapi kita tidak pula bersikap terbuka apabila rakan atau pasangan kita berkasar dengan kita contohnya apabila kita menerima sms yang kasar bunyinya, kita tidak boleh menerimanya. Kita tidak boleh bertoleransi kepada rakan kita. Pada pendapat penulis, jika kita "associate" kan diri kita sebagai mewakili sesuatu kelompok masyarakat yang mempunyai ciri-ciri unik setempat, ianya merupakan tanggapan yang tidak tepat. Apabila akhlak kita buruk, kita tidak boleh mengaitkan diri kita dengan masyarakat bahawa memang kebanyakkan orang dari negeri tempat asal kita memang kasar. Mengapa masyarakat sesuatu tempat perlu dipertanggungjawabkan jika akhlak kita buruk? Ahkhak kita adalah mencerminkan siapa diri kita dan ianya tidak mewakili negeri tempat kita dilahirkan. Memang secara amnya kita akan mewakili negeri asal kita, tetapi secara khususnya kita adalah dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lakukan. Contoh yang tepat, jika kita membuat sesuatu kesalahan, hanya kita sahaja yang akan menerima hukuman. Bukan semua orang yang berasal dari negeri yang sama dengan kita boleh bersetuju dengan pendapat kita dan boleh menerima gurauan kita. Bukankah itu "common law"? Melibatkan orang lain untuk mengukuhkan hujahan biarlah logik dan "reasonable".

Manakala bagi gurauan senda pula, kita mesti bijak menggunakan kaedah ini dalam sesebuah perhubungan. Sebaik-baiknya hendaklah bersederhana. Sebaik-baiknya lakukanlah setelah kita berumahtangga. Suka penulis kongsikan bersama sebuah hadith Rasulullah SAW:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Di antara (tanda-tanda) sebaik-baik Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dirinya".
 
Ada juga lelaki akan menggunakan kedudukan kewangan dan status pekerjaannya yang rendah sebagai "instrument" untuk menyatakan bahawa beliau tidak sekufu dengan wanita terbabit. Telah dinyatakan diatas tadi bahawa kufu merupakan hak wanita. Biarlah wanita yang menggunakan haknya dalam mencari dan menentukan pasangan. Jikalau kita rujuk mana-mana kitab karangan ulama-ulama yang terkenal, kufu memang positif hak wanita. Lelaki begini mempunyai "low self esteem" dan "keep dwelling self pity" akan keadaan dirinya. Malahan sanggup mengisytiharkan dirinya sebagai lelaki tidak berguna kepada pasangannya melalui email. Email ialah salah satu bentuk komunikasi bertulis. Memang tindakan lelaki itu secara dengan sengaja mendokumentasikan kelemahan dirinya secara bertulis. Bijakkah tindakan begitu? Islam melarang keras kita mendedahkan kelemahan diri sendiri. Jika benarpun diri kita ini lelaki tidak berguna, kita wajib secara senyap-senyap untuk memperbaiki taraf kehidupan kita.  Wajib kita bangkit untuk memperbaiki kelemahan diri kita. 

Firman Allah SWT: 

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah :286]


Kadang-kala isu-isu kecil diangkat menjadi isu besar. Tidak pandai bergurau dijadikan alasan untuk memutuskan perhubungan. Itulah umat Islam akhir zaman. Kita nampak isu-isu kecil, sehingga kita tidak nampak manafaat yang besar dalam institusi perkahwinan. Beliau sendiri mengaku mahukan pasangan yang ada agama, tetapi beliau tetap menolak orang yang mempunya ciri-ciri beragama kerana menganggap isu-isu yang kecil adalah halangan besar untuk mencipta kebahagiaan. Begitu juga kisah ketika orang-orang Iraq datang berjumpa khalifah Umar Abd Aziz untuk menanyakan tentang kain yang terkena darah nyamuk, sama ada sah atau tidak solatnya. Tetapi tidak nampak isu yang mereka telah membunuh Saidina Hussain di Karbala itu meruapakan isu yang lebih besar. Masyaallah....

Begitu juga dengan melakukan solat istikharah untuk meminta bantuan Allah dalam membuat keputusan. Dangkalnya pemikiran kita dengan mengatakan bahawa tiada petunjuk itulah "petunjuk" bagi pasangan terbabit. Suka penulis ingatkan bahawa kita bangun mendirikan solat untuk meminta Allah memberikan petunjuk dalam membantu kita membuat keputusan. Fikiran mestilah lapang dan tenang ketika melakukannya. Review semula cara kita bersolat, mungkin cara kita solat tidak betul. Mungkin niat kita tidak betul. Pada pendapat penulis, jika kita meminta keampunan daripada Allah, nescaya diberikanNya. Jika kita meminta rahmat daripada Allah, nescaya diberikanNya. Jika kita meminta petunjuk daripada Allah, nescaya diberikanNya. Dirikan lah solat dengan cara sabar dan tekun.. insyaallah, Allah akan beri seperti mana yang kita mahu.

Ada juga seseorang individu yang mengharapkan mempunyai banyak persamaan dengan pasangannya. Baginya persamaan adalah faktor utama kepada kebahagiaan. Bangganya dia sambil memetik kata-kata daripada seorang pakar motivasi terkenal. Boleh penulis rumuskan di sini bahawa beliau merupakan "strong believer" kepada pakar motivasi tersebut. Mungkin kita terlupa bahawa walau bagaimana hebat pun pakar motivasi tersebut, beliau tetap manusia. Kita ada panduan yang lebih baik lagi berbanding dengan pendapat pakar motivasi tersebut iaitulah Quran & Sunnah. Sebagaimana yang firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 12:



 يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Inilah kata-kata Allah.... mana lebih hebat daripada kata-kata pakar motivasi tersebut? Pada pendapat penulis, apabila pasangan kita adalah berbeza dengan kita , itu merupakan rahmat Allah. Berpeganglah kepada tali Allah bahawa Allah sedang menunjukkan kekuasaannya kepada kita. Jadi, mengapa kita mesti percaya dengan setiap apa sahaja yang dikatakan oleh orang lain walaupun dia seorang pakar motivasi terkenal? Tidakkah kita berfikir?  Oleh itu, jangan rasa kecewa jika kita tidak dapat pasangan yang sama dengan kita. Dengan ketidaksamaan, akan wujud toleransi, kerjasama, memahami, dan yang paling penting ialah perasaan hormat kepada pasangan masing-masing. Persamaan yang dituntut dalam Islam ialah kedua-dua pasangan mestilah sama-sama mempunyai minat dan kecenderungan yang sama ke arah Islam.


Penulis juga pernah mendengar seorang rakan menyatakan "Saya tak pernah contact ex-wife saya, tapi dia yang contact saya... saya ni keras hati..." Bunyi begitu sombong dan bangganya dia. Mungkin niat tersebut perlu diperbetulkan. Tidak menghubungi bekas isteri dengan alasan sudah tiada ikatan perkahwinan di antara mereka semata-mata kerana Allah itu adalah betul. Jikalau perbuatan kita hanya kerana ingin menunjukkan "power" keras hati kita, kita yang akan rugi kerana hati kita sedang sakit. Dan kita perlu sedar hati kita sedang sakit sebenarnya. Dan sejak 17/5/2012, penulis juga sudah berhenti menghantar sms kepada rakan ini kerana tiada respond yang diberi. Mungkin benar kenyataannya, dia memang keras hati. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang boleh mengubah pendiriannya. 

Islam mengajar kita bagaimana untuk merawat hati. Hati perlu dirawat jika sakit. Antara kaedah rawatannya ialah dengan membaca Al-Quran. Namun begitu, apa yang penulis perhatikan pada hari ini, kita membaca Al-Quran setiap hari, tetapi akhlak kita tidak seperti Al-Quran. Kepada pembaca, ambillah iktibar daripada penulisan ini bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Luas kuasa dan rahmatNya.  Letakkan Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan. Insyaallah, kita tidak terpesong dari jalanNya. 

10 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Screw him. You don’t need him in your life.

    Don’t waste your time with those who are not worth it, have higher standards, believe in yourself and respect yourself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you very much for your concern. Yasmin Mogahed wrote and I agreed with her:

      It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease. - Yasmin Mogahed.

      Delete
    2. So true..

      I read somewhere that -

      People who likes to 'make fun' of people all the time is termed as 'mental abuser'.

      People who does it once in a while is called 'rude', 'cruel' and 'nasty'.

      Emmm..wonder why his first marriage came to an end. He may be the problem after all. Good riddance.

      Delete
  3. Dik, lupakan je lelaki ni.

    Akak rasa..both of you dari 2 opposite ends (too obvious). Dia tidak mempunyai keyakinan diri. Ego pun ya. Mungkin sebab tu juga perkahwinan dia yang terdahulu tidak kekal. Tak boleh perempuan lebih dari dia.

    Ada hikmah apa yang berlaku ni..

    Adik kena yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang tidak menghampakan kita.

    ReplyDelete
  4. Kenapa you removed my comment? Maaf sekiranya telah menyakitkan hati you.

    You deserve better, dear sister.

    It is better for you to realize now, then be sorry later.

    If he were to go down on his knees and apologize to you later..please ask him to go and fly kite.

    You do not need him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear sis, awfully sorry, I have accidentally removed your earlier comment. Thank you for your concern.

      Delete
  5. Dear Sis Asma,

    This is my 2 sen..

    You seem to be suffering from letting go. You must let go for greater contentment of the heart and mind. Somethings are not worth an extended cry.

    Stop harping on the individual you are ranting about in your post. The individual has figured out how his life should be.
    Give yourself a chance to meet other people (he is not the only male alive). Move on..

    I am sure you are already aware that even our Prophet (pbuh) behaved very prudently, considerately and in accordance with the demands of good conscience when it came to joking.."I will joke, but I only speak the truth."

    ReplyDelete
  6. Dear Harith, the thing is... that particular individual did not speak the truth when he joked. It is unfortunate many times the oppressor is oblivious to the fact that he is oppressing another individual by his actions or words. Nevertheless, thank you for dropping by..

    ReplyDelete