Pages

Sunday, 15 April 2012

Ujian Dakwah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Ankabut ayat 1 -3 :

الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)

Maksudnya: Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Di dalam hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut tentang ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya. Sabda baginda:

عَنْ مَصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ أبِيهِ قَالَ: قلَتْ ياَ رَسُولَ اللهِ أىُّا لناسِ أشَدُّ بَلأَ قَالَ: اَلانبِياءَ ثُمَّ المَّا لِِحُونَ ثُمَّ الأمثلُ فاَلا ءَ مَثَلُ مِنَ النَّاسِ يُبْتَلَى الرِّجُلُ عَلى حَسَبِ دِينِهِ فَأنْ كَانَ فِي بَلاءهِ وَإنْ كَانَ دِينِهِ ِقَه خَفِّفَ عَنهُ

Maksudnya: Daripada Mus'ab bin Saad daripada ayahnya, katanya: Kataku: Wahai Rasulullah!, Siapakah manusia yang tersangat kuat terkena ujian? Kata baginda: Para Nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang seumpama itu. Seseorang itu diuji mengikut agamanya. Jika dia di dalam agamanya begitu kuat, dilebihkan dalam ujiannya, dan jika tipis dalam agamanya diringankan daripadanya (HR Ahmad)

اِذَا أَحَبَّ للهُ عَبْدًا أَلصَقَ بِهِ البَلأَ

Maksudnya: Apabila Allah menyangi seseorang hamba, Ia mengenakannya bala (HR Ibnu Hibban)







1 comment:

  1. God will not give you what you cannot overcome...

    ReplyDelete