1.0 PENGENALAN
1.1 Arkeologi
Arkeologi berasal daripada perkataan Greek
iaitu Arkhailogia yang bermaksud
barang- barang purba. Arkeologi telah bermula lebih dari 100 tahun tetapi hanya
terdapat sebilangan kecil sahaja yang meminati dan mengamalkan bidang ini
sehingga akhir abad ke-14. Lebih 500 tahun dahulu telah wujud apa yang
dikatakan “kabinet- kabinet diraja” yang mengandungi barang- barang purba dan
barang- barang inilah yang menjadi sumber utama bagi kebanyakan muzium yang
ditubuhkan selepas tahun 1800.[1]
Selain itu, arkeologi juga dikatakan bermula
setelah penemuan artifak yang wujud di
Afrika Timur dan penemuan penting seperti makam Tutankhamun di Mesir. Tambahan
lagi, konsep mencintai arkeologi juga semakin mendapat tempat setelah kisah
pengembaraan dan penjelajahan lahir daripada penemuan dan pengumpulan dalam
bidang arkeologi.[2] Walaupun kegiatan gali cari barang-
barang purba atau eskavasi yang dilakukan adalah penting namun para arkeologis
mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu mereka perlu menerangkan,
mengelaskan, merekodkan dan menterjemahkan apa- apa sahaja maklumat yang wujud
sama ada dari kepingan pepaku, patung-
patung mahupun serpihan tembikar.[3] Namun bagi orang kebanyakan istilah
arkeologi menggambarkan pengembaraan, harta karun dan kisah- kisah yang pernah
berlaku dalam tamadun purba seperti Mesir dan Mesopotamia.[4]
Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi ke-4,
arkeologi merupakan kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan terutama kebudayaan
prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan- kesan tinggalannya.[5] Amalan cara hidup masyarakat seperti
kegiatan pemburuan, petempatan, teknologi, sistem kepercayaan, dan hubungan
luar sesama manusia adalah termasuk dalam pengkajian para arkeologis. Menurut
pendapat sejarawan barat iaitu Frank Hole dan Robert F. Heizer, arkeologi
merupakan satu arahan atau kaedah penyelidikan masa lalu yang menggambarkan
data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta kegiatan peninjauan untuk
menjadikan seseorang itu faham tentang teori ahli arkeologi.
[6]Menurut pandangan ikatan ahli- ahli
arkeologi Malaysia pula, arkeologi merupakan satu disiplin yang menekankan
pendekatan antara disiplin.[7] Pandangan ini bertepatan dengan sifat
arkeologi itu sendiri yang multi- disiplin dan memerlukan disiplin ilmu lain
dalam melengkapkan bidang pengkajiannya. Oleh itu, arkeologi dapat memberi
sumbangan melalui pelbagai kaedah dan pendekatan dalam masalah sejarah
kebudayaan zaman prasejarah, protosejarah dan sejarah serta dalam bidang
antropologi budaya.
Arkeologi merupakan salah satu daripada
bidang sains dalam mendapatkan bukti- bukti fizikal masyarakat silam yang telah
pupus dan untuk mengetahui sejarah dan tamadun masyarakat terbabit. Tujuan
utama mempelajari arkeologi hanyalah semata- mata untuk memahami kemajuan
kebudayaan dan sosial masyarakat, membina semula sejarah dan kebudayaan
manusia, mengkaji dan menganalisis proses perkembangan sesuatu budaya.
Bidang arkeologi juga boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu arkeologi klasik yang merujuk kepada pengkajian
sejarah yang berlaku di Greece dan Rome iaitu bermula pada 4000 hingga 1500
B.P. Arkeologis awal yang kagum dengan tamadun Greek dan Rom hanya menumpukan
perhatian mereka terhadap pencarian mata wang lama dan bentuk- bentuk ukiran
sahaja. Namun begitu, penekanan juga hanya diberikan terhadap pengumpulan dan
penyusunan dan biasanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja daripada untuk
pengetahuan umum.[8]
Arkeologi klasik ini mencirikan kepada proses mencari perkaitan antara
peristiwa sejarah pada zaman klasik.
[9] Jenis arkeologi yang seterusnya ialah
arkeologi awam yang memerlukan tugas para arkeologis untuk memulihara dan
melindungi tinggalan purba malah turut bertanggungjawab memberi pendedahan
kepada masyarakat umum tentang kepentingan tinggalan arkeologi. Selain itu,
arkeologi sejarah pula merupakan pengkajian terhadap tinggalan tapak- tapak
peninggalan purba yang didasarkan kepada
sesuatu tempoh dalam lingkungan peristiwa sejarah.[10] Arkeologi maritim dan underwater
pula merujuk kepada kaedah penerokaan bahan-bahan purba yang dijalankan di
bawah dasar laut serta pelabuhan seperti kajian terhadap kapal-kapal karam dan
sebagainya. Underwater arkeologi
adalah berkenaan dengan kapal-kapal karam di Mediterranean iaitu di sekitar
Florida dan kawasan-kawasan lain.[11] Namun, sikap manusia kini yang menggangap
bahawa underwater arkeologi lebih dikaitkan dengan peninggalan harta
karun dan muncullah satu golongan yang dikenali sebagai antikuarian yang
bertindak menghapuskan data sebelum para arkeologis sampai di tempat tersebut.
Teknik- teknik merekod khas perlu diaplikasi bagi mendapatkan bukti- bukti
kapal karam di kawasan tersebut.
2.0 ARKEOLOGI BERSIFAT RENTAS DISIPLIN
Sejarah adalah pengetahuan bagi masa yang
lalu dan mempunyai nilai-nilai berguna dalam kehidupan manusia . Arkeologi
adalah salah satu cabang sejarah tersebut. Arkeologi adalah satu disiplin
membina semula masyarakat silam terutama yang tidak mempunyai rekod-rekod
bertulis melalui kajian-kajian rekod arkeologi seperti artifak, ekofak, ciri-ciri
(feature) dan data-data konteks yang ditemui di tapak-tapak tertentu. Melalui
penemuan-penemuan tersebut , ahli-ahli arkeologi boleh menghuraikan keadaan
sesuatu kelompok masyarakat silam dari pelbagai aspek umpamanya aspek pola
ekonomi, petempatan, kebudayaan,kronologi menurut ruang masa tertentu iaitu
zaman Paleolitik, Neolitik ,gangsa, zaman Besi dan lain-lain. Menurut Gordon
Childe iaitu seorang ahli sejarah arkeologi ada menyatakan bahawa
,"Arkeologi sebenarnya mengkaji semua perubahan dalam dunia material yang
diakibatkan oleh kegiatan manusia serta rekod arkeologi yang terdiri daripada
tinggalan hasil tingkah laku manusia silam dan apa sahaja yang mereka lakukuan
." Bukti-bukti arkeologi adalah testimoni sejarah yang lebih dipercayai
(reliable) daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk kepada ruang
dan wakti tertentu. Namun begitu timbul masalah sehingga kini berikutan semua
jenis tinggalan artifak, sisa makanan, tempat kediaman, perkuburan dan segala
tinggalan fizikal yang dapat dikesan di sesuatu tapak sebahagian besarnya telah
musnah atau mengalami pereputan.
Oleh itu, kajian arkeologi merupakan
kombinasi ilmuan sains tulen dan sains sosial. Kombinasi disiplin sains tulen
dan sains sosial ini telah menjadikan arkeologi bersifat rentas disiplin untuk
mengukuhkan penemuan artifak dan fakta sejarah. Arkeologi adalah satu disiplin
yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kepelbagaian ilmu- ilmu lain.
Hal ini dibuktikan oleh pandangan para tokoh arkeologi iaitu J.de.Leaf yang
menyatakan bahawa arkeologi sebagai disiplin sains dan cabang kepada sejarah.
Ini membawa maksud bahawa terdapat disiplin ilmu lain dalam arkeologi atau
lebih dikenali sebagai sifat arkeologi itu sendiri yang multi- disiplin. Multi-disiplin dalam arkeologi meliputi
disiplin prasejarah, sejarah, antropologi, sains, arkeologi maritim, biologi,
geografi dan botani. Kepakaran dalam kepelbagaian disiplin ini amat diperlukan
bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dalam setiap eskavasi yang dilakukan oleh
para arkeologis.
2.1 Disiplin Prasejarah
Prasejarah merupakan zaman sebelum
wujudnya rekod- rekod bertulis. Para arkeologis mengkaji tinggalan-tinggalan
purba kawasan yang dikenal pasti sebagai penempatan awal zaman prasejarah
dengan tujuan untuk membina semula sejarah manusia yang lampau. Arkeologi
prasejarah berhadapan dengan skala evolusi manusia yang sangat luas iaitu dalam
lingkungan 5.6 juta tahun yang lampau. Perkembangan manusia awal dikatakan
bermula dengan manusia Homo Erectus kepada Homo Sapiens
seterusnya kepada Homo Sapiens Sapiens.[12] Evolusi perkembangan manusia ini juga
menjadi antara aspek yang dikaji dalam arkeologi. Peninggalan data-data oleh manusia
prasejarah membolehkan para arkeologis
melakukan kerja-kerja penyelidikan dengan melakukan kaedah eskavasi bagi
merekonstruksi semula sejarah.
Data- data dapat dibahagikan kepada empat
iaitu artifak, ekofak, features dan data alam sekeliling. Artifak merupakan hasil kerja tangan manusia seperti
alatan batu manakala ekofak pula merupakan sesuatu yang bukan merupakan hasil
kerja tangan manusia seperti sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh manusia.
Features pula merupakan hasil kerja tangan manusia yang tidak boleh dibawa ke
makmal seperti peninggalan tapak-tapak prasejarah. Data alam sekeliling pula lebih tertumpu kepada persekitaran yang
ada di sekitar manusia yang boleh menyumbang kepada kewujudan sesuatu tapak
sejarah seperti tasik dan pantai.[13] Jelaslah bahawa para arkeologis melakukan
sesuatu eskavasi adalah berdasarkan kepada peninggalan data-data oleh manusia
bukannya mengikut kehendak sendiri.
2.2 Disiplin Sejarah
Sejarah bermula sejak adanya rekod-rekod
bertulis seperti dokumen dan rekod. Tulisan awal manusia yang dijumpai adalah
dalam bentuk rekod- rekod ringkas. Walau bagaimanapun, arkeologi sejarah juga
adalah penting walaupun telah wujud rekod-rekod bertulis kerana terdapat
sebilangan rekod sejarah yang tidak sempurna dan tidak semua aktiviti
dicatatkan.[14] Sejarah juga adalah hasil penulisan manusia
dan selalunya mengandungi unsur bias. Kekurangan data yang terdapat
dalam bidang sejarah ditambah oleh eskavasi dalam bidang arkeologi yang pada asasnya didasarkan kepada
rekod- rekod sejarah itu sendiri. Sebagai contoh, tamadun sejarah yang telah
hilang boleh ditulis semula melalui eskavasi yang dijalankan oleh arkeologis
seperti yang dilakukan terhadap tamadun Harappa di Lembah Indus.[15] Jelaslah bahawa sifat arkeologi yang
multi- disiplin dapat menyesaikan masalah sejarah dengan mengesahkan,
memperbetulkan rekod-rekod sejarah serta menambah kekurangan dalam bahagian
sejarah.
2.3 Disiplin Antropologi
Antropologi ialah ilmu yang mengkaji semua
aspek kehidupan manusia termasuklah dari segi budaya, linguistik dan biologi.[16] Antropologi juga merupakan satu disiplin
ilmu yang amat berkait rapat dengan arkeologi. Ilmu ini berkait dengan kesucian
dan perbandingan mengenai manusia yang merentasi masa dan ruang. Jumpaan
arkeologi yang dikaji melalui disiplin antropologi ini menginterpritasikan
jumpaan seperti bekas tembikar yang bercorak dan gelang-gelang manik kepada
keadaan masyarakat pada waktu itu. Antropologi dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu biologikal antropologi, antropologi budaya dan antropologi bahasa.
Biologikal antropologi atau dikenali juga sebagai fizikal antropologi adalah
pengkajian yang melihat manusia sebagai organisma biologi. Contohnya yang
berkenaan dengan evolusi manusia iaitu perkembangan manusia Homo Sapiens.[17] Bagi merungkaikan persoalan ini mereka
perlu menyusun rajah pokok keluarga manusia yang telah lepas, bekerja dengan
bukti fosil secara meluas dan pemerhatian terhadap kehidupan mamalia yang
paling tinggi termasuk manusia, kera dan monyet.
Antropologi budaya pula ialah sub bidang dalam
antropologi yang menekankan aspek-aspek teknologi, sosial dan agama. Bidang ini
menghuraikan dan menganalisis budaya kumpulan masyarakat hari ini dan kaitannya
dengan manusia lepas.[18] Pengkajian kumpulan khas pada masa
tertentu di kenali sebagai ethnography dan maklumatnya di kenali sebagai
data ethnographic. Perbandingan dalam pengkajian budaya pula adalah
untuk melihat sama ada budaya tersebut
mempunyai persamaan atau tidak dikenali sebagai ethnology.
Para ethnography perlu melakukan ethnology
untuk membolehkan kita mempelajari budaya secara umum[19]. Antropologi bahasa pula bertindak untuk
mentafsir penggunaan bahasa dengan lebih mendalam dari segi bunyi, hubungan
antara bahasa dan sistem bahasa yangc mengalami perubahan mengikut peredaran
masa.[20] Selain itu, bidang ini turut digunakan
untuk menghubungkan carta sejarah dan kesan migrasi kuno.
2.4 Disiplin Sains
Sains ialah satu sistem formal untuk
mempelajari benda- benda baru dan mempunyai pendekatan yang spesifik untuk
mentafsir idea-idea baru. Sains adalah berdasarkan eksperimen dan objektif yang
membawa maksud hanya objek yang wujud, boleh diperhati dan dirasa. Sains tulen
hari ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu sains fizikal yang
meliputi fizik, kimia dan geologi manakala sains natural iaitu biologi yang
meliputi disiplin botani dan zoologi.
Ahli- ahli sains fizikal perlu
mengaplikasikan pendekatan sains dalam mengkaji masyarakat prasejarah melalui
beberapa kaedah seperti kaedah radiokarbon untuk mengukur jumlah radio aktiviti
karbon yang berparas rendah yang masih ada dalam bahan mati dan purba yang
berasal daripada bahan organan bagi mengetahui usia sebenar bahan organik
purba.[21] Selain itu, kaedah asid amino yang
dilakukan dalam bidang kimia pula adalah bertujuan untuk menentukan rasimisasi
iaitu tindakan kimia yang selalu dipengaruhi oleh suhu dan air yang telah
mendedahkan tulang dalam tanah. Kaedah ini boleh menentukan usia kulit hidupan
laut, tulang dan gigi.[22] Peninggalan tulang dan bukti penempatan
merupakan tanda bahawa manusia telah menetap di muka bumi sejak dahulu lagi.
Walau bagaimanapun, keadaan bumi yang sentiasa terdedah kepada perubahan sejak
zaman Pleistosen kepada zaman Holosen menyebabkan berlaku peralihan dan
penimbunan bukti- bukti awal kewujudan manusia. Namun begitu, sesetengah kaedah
ini didasarkan kepada prinsip-prinsip stratigrafi untuk mengenal pasti ‘umur’
artifak berdasarkan kedudukannya ketika dijumpai sama ada di dalam lapisan atas
atau bawah tanah.[23]
2.5 Disiplin Maritim
Bidang ini adalah berkaitan dengan
persekitaran laut atau lebih dikenali sebagai underwater arkeologi.
Kajian arkeologi ini kebiasaannya tertumpu di kawasan kapal karam yang
didasarkan kepada rekod- rekod pelayaran sesuatu kapal. Selain itu, bidang ini
juga menumpukan kepada kota yang telah tenggelam di dasar laut seperti
sebahagian daripada kota Alexandria di Mesir.[24] Bidang
ini tidak berbeza dengan bidang arkeologi yang lain cuma teknik dan
pendekatannya agak sukar sedikit seperti kesukaran untuk mencari tapak dan
proses kajiannya yang lebih susah kerana masalah logistik. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kebaikan bekerja di bawah permukaan air seperti eskavasinya
adalah lebih mudah, tidak menggunakan banyak peralatan tetapi hanya perlu mengipaskan tangan secara perlahan-lahan
sahaja.[25]
2.6 Disiplin Geologi
Dalam kajian arkeologi moden, peranan
disiplin geologi sangat penting. Ilmu geologi digunakan secara saintifik untuk menganalis tentang asal usul struktur,
komposisi bumi, jenis tanah-tanih, kesan luluhawa, hakisan tanah, gerakan gempa
bumi, kandungan garam, mineral, jenis batuan, kesan ombak, gerakan air bawah
tanah, gerakan kerak bumi di dasar laut, letusan gunung berapi dan sebagainya.
Bahan-bahan bukan organik seperti batu,
logam (emas, perak, gangsa dan lain-lain), kaca dan tembikar ditemui dalam
keadaan yang tidak sempurna seperti dalam bentuk serpihan dan jumpaanya adalah
terhad. Manakala bahan
organik seperti tulang, rambut, kulit lebih mudah mereput berbanding bahan
organik. Keadaan ini menimbulkan masalah mentafsirkan dan memperoleh ketepatan
sejarahnya dan memerlukan masa dan pengkajian dalam tempoh yang lama dan
panjang. Masalah pereputan dan kemusnahan rekod-rekod arkeologi ini berkait
rapat dengan keadaan iklim, luluhawa, hakisan, kegiatan manusia seperti
pembinaan dan perlombongan, serangga dan lain-lain lagi.
Dilihat faktor luluhawa menyebabkan
kebanyakan batu atau tembikar ditemui dalam keadaan tidak sempurna seperti
dalam bentuk serpihan sahaja umpamanya batuan mempunyai daya tahan yang kuat
tetapi tindakan iklim dan cuaca yang berterusan keatasnya membawa kesan samada
pecah, rosak atau sebagainya. Fenomena ini sering berlaku di kawasan Tropika
yang mengalami iklim hujan dan panas, lembap dan sejuk secara berselang seli
menyebabkan batuan atau tembikar tidak dapat bertahan lama. Manakala logam pula
akan berubah warna samada berkarat atau sebaliknya diselaputi debu melalui
tindak balas oksigen di udara. Selain itu pergerakan pergerakan tanah,tindakan
glasier menyebabkan batuan akan terhakis secara perlahan, dalam tempoh masa
yang lama ia musnah dengan sendirinya. Air sungai dan laut yang membawa bersama
pasir dan batu semasa proses pasang surut antara penyebab batuan terhakis atau
berubah bentuk. Secara tidak langsung akan mengelirukan ahli arkeologi membuat
penyelidikan sehingga kini.
Ilmu geologi digunakan dengan meluas sebagai salah satu mekanisme penting yang
mana ianya digunakan untuk mencari dan membuat tinjauan dalam usaha mencari
tapak-tapak yang berpontensi untuk dikaji oleh ahli arkeologi. Teknik tinjauan
magnetik, radar dan sonar banyak membantuk usaha-usaha tinjauan sekunder
arkeologi. Kepelbagaian teknik ini membantu penemuan pelbagai jenis artifak
meskipun persekitaran fizikal bumi sukar untuk dihadapi kajian yang dilakukan
didasar lautan[26].
2.6 Disiplin Georgafi
Pengetahuan ilmu geografi juga digunakan
sebagai satu mekanisme untuk membantu dalam mencari tapak kajian yang hendak
dikaji atau dicarigali. Ilmu geografi digunakan dengan luas contohnya dalam
aspek pemetaan seperti peta topo dan ciri-ciri fizikal semulajadi bentuk muka
bumi. Disiplin geografi juga digunakan secara kuantitatif untuk mengenal pasti
pola penempatan sesuatu masyarakat hasil daripada penemuan kajian arkeologi
sesuatu tapak.
Kebanyakan daripada ketamadunan masa
lampau banyak bergantung kepada alam sekitarnya. Kemajuan pertanian pada zaman
tersebut menyebabkan manusia ketika itu berjaya memanafaatkan sumber alam. Ini
menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu
mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan taraf hidup bukan sahaja berlaku dari
aspek kuantiti malahan kualiti kehidupan. Ini menyebabkan sesuatu pola
penempatan masa lampau itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang
ramai. Kualiti pemakanan manusia bertambah dan bekalannya juga boleh diperolehi
secara berterusan. Contohnya penempatan manusia Mesir kuno banyak dipengaruhi
oleh kesuburan tanahnya hasil daripada banjir lumpur yang dihasilkan oleh
Sungai Nil.
Hasil daripada kemajuan kehidupan akibat
daripada penempatan yang subur dan sesuai oleh masyarakat zaman lampau, telah
berlaku revolusi pertanian. Manusia tidak lagi berpindah randah bagi mencari
lokasi baru. Hasil daripada bekalan makanan yang berterusan, penggunaan
alat-alat pertanian yang khusus telah wujudnya penternakan binatang. Kesan
daripada revolusi pertanian ini telah memberi kesan yang besar kepada manusia
kerana ianya menjadi peyambung kepada permulaan ketamadunan. Manusia mula berhenti dengan cara hidup nomad
dan mula hidup bermasyarakat. Ini mendorong kepada pertambahan penduduk yang
pesat kepada sesuatu masyarakat.
Jelaslah faktor geografi dan pengaruh alam
sekitar telah mengubah corak corak kehidupan dan ketamadunan sesuatu
masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun
Mesoptamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya. Dalam
masyarakat silam munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagaaman,
pembangunan ekonomi. Pengetahuan dan banyak lagi ilmu-ilmu yag lahir selari
dengan pembangunan tamadun masyarakat tersebut. Lama-kelamaan sesuatu di
penempatan itu telah terbahagi kepada dua kelas strata sosial masyarakat iaitu
kelas pemerintah dan rakyat. Oleh itu pemahaman dalam disiplin geografi amatlah
penting dalam sesuatu kajian ke atas tapak arkeologi.
2.7 Disiplin Kimia
Sains kimia merupakan salah satu ilmu
sokongan dalam penyelidikan arkeologi khususnya dalam membuat analisa artifak
dan non-artifak seerti mendapan. Analisis kimia tidak hanya tertumpu kepada
pentarikhan malah juga boleh diguna pakai dalam menganalisa tulang dan bahan
organik lain. Antara kaedah kimia yang digunakan dalam membuat pentarikhan
ialah seperti kalium argon, termolumunesen (TL), fassion track, asid amino dan
paleomagnetik. Bagi menganalisa tulang, antara teknik kimia yang digunakan
ialah penentuan kandungan florin dan nitrogen dalam tulang. Kaedah panitasi
pula digunakan untuk mengkaji batu-batan. Dalam mengkaji teknik penghasilan
komposisi artifak logam dan batu, analisis kuantitatif digunakan bagi
mengetahui tempat asal artifak, jenis logam dan batu. Penggunaan kaedah kimia
juga tidak terbatas dalam analisis data tetapi juga pemuliharaan artifak.
Artifak-artifak yang mengalami perubahan kimia seperti logam besi dan seramik
dari tapak dasar laut dirawati dengan menggunakan bahan kimia. Ringkasnya ilmu
kimia telah memudahkan dan mempercepatkan proses interpretasi data dan maklumat
penyelidikan arkeologi[27].
Prigogine menyarankan agar projek
millenium ini hendaklah yang mengarah kepada penolakan fragmentasi. Jawapan
kepada masalah-masalah besar dalam dunia sekarang hendaklah dalam bentuk antara
disiplin (interdisciplinary) kerana pada hakikatnya hampir semua keputusan yang
dibuat oleh seseorang itu, khususnya pemimpin, akan mempunyai kesan ke atas
ekonomi, politik dan alam sekitar sekaligus. Dengan itu pendekatan fragmentasi
seperti yang dilakukan terhadap ilmu pengetahuan yang melahirkan
disiplin-disiplin ilmu seperti biologi, kimia, fizik, psikologi, sosiologi dll.
perlu ditolak.
2.8 Disiplin Biologi
Biologi (biologycal science) adalah ilmu
alam yang mempelajari organisme-organisme hidup. Biologi merupakan salah satu
cabang ilmu alam. Salah satu adalah ilmu sains fizik (physical science). Pada awalnya,
permasalahan biologi hanya salah satu fokus kajain para doktor di abad
pertengahan seperti Al‑Razi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Ketika itu, organisme hidup dianalisis secara
kimiawi. Penemuan peralatan mikroskop, teori evolusi, dan penemuan struktur
molekul kromoson (DNA) menandai puncak pencapaian ilmu biologi terhadap
organisme hidup. Namun kini peranan disiplin sains biologi di dalam kajian
arkeologi moden adalah penting untuk mengenalpasti bahawa penemuan jantina
tengorak itu sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Sampel gigi juga di analisa untuk memastikan usia tengorak tersebut. Dengan
adanya ilmu sains biologi juga dapat membantu ahli arkeologi menyelesaikan
masalah-masalah yang berkaitan dengan organisme hidup seperti penemuan manusia
dan binatang zaman purba.
Luas lingkup disiplin biologi
antaranya ialah termasuklah:
·
Bio-fizik
·
Bio-kimia
·
Mikrobiologi
·
Viriolgi
·
Bakteriologi
·
Mycrology
·
Protozoologi
Andaian-andaian (assumption)
disiplin biologi dan kajian arkeologi ialah:
·
Organisme
hidup adalah sebuah sistem mekanik.
·
Sel
merupakan balok-balok bangunan dasar dari organisme hidup (Abad ke19)
· Semua
fungsi biologi dapat dijelaskan dalam pengertian struktur dan mekanisme molekul
dengan DNA (dasar molekul kromoson) sebagai titik kulminasi pencapaian biologi
mutakhir.
·
Binatang
(kemudian jadi manusia) berubah di bawah tekanan udara lingkungan, dan bahwa binatang
dapat menurunkan perubahan-perubahan ini hingga ke janin mereka. Penurunan
ciri-ciri itu merupakan mekanisme utama dalam evolusi.
· Pernafasan
merupakan suatu bentuk oksidasi khusus yang menetapkan relevansi proses kimiawi
pada fungsi-fungsi organisme hidup.
·
Transmisi
impuls saraf berkaitan dengan arus electromagnetik. Kajiannya adalah ilmu tentang
neurofisiologi dan elektrodinamik.
2.9 Disiplin Matematik
Sebenarnya, menurut Jujun (1984: 97),
matematik bukan merupakan ilmu, melainkan saranan berfikir secara deduktif.
Matematik mempunyai peranan yang sangat penting bagi berbagai disiplin keilmuan
termasuklah arkeologi. Walau bagaimanapun menurut Jujun, matematik adalah
bahasa yang melambangkan serangkaian makna dari pernyataan yang ingin kita
sampaikan. Lambang-lambang matematik bersifat artifisial yang baru mempunyai
erti setelah sebuah makna diberikan padanya. Tanpa makna, matematik hanya
merupakan kumpulan rumus-rumus yang mati.
Tetapi Immanuel Kant (1724-1804)
berpendapat bahawa matematik merupakan pengetahuan yang bersifat sitetik apriori
di mana eksistensi matematik bergantung dari pancaindera serta pendapat dari
aliran yang disebut logistik yang berpendapat bahawa matematik merupakan cara
berfikir secara logik yang salah atau kebenarannya dapat ditentukan tanpa
mempelajari dunia empirir. Pendapat Kant ini kemudian diperkuat oleh ahli
matematik berbangsa Belanda, Jan Brouwer (1881-1966).
Disiplin ilmu matematik dewasa
ini mencakup antara lain:
·
Aritmatik
·
Geometri
·
Pembilangan
·
Algebra
·
Trigonometri
·
Geometri
Analitik
·
Persamaan
dan pembezaan
·
Kalkulus
·
Topologi
·
Geometri
Non-Euclid
·
Teori
Fungsi
·
Kebarankalian
dan statistik
·
Logik;
dan
·
Logik
matematik
Andaian-andaian (assumption) penggunaan matematik
dalam kajian ilmiahnya seperti kajian arkeologi ialah seperti berikut:
· Pengunaan
ilmu matematik dalam sesuatu kajian arkeologi adalah untuk membataskan kajian
tersebut hanya berdasarkan sebagai sebuah bahasa. Usaha-usaha penggunaan
matematik telah melenyapkan sifat kabur, majmuk, dan emosional dari bahasa
verbal.
· Matematik
itu adalah cara berfikir secara logik. Bertrand Russell mengatakan, “matematik
adalah masa pembangunan logik dan logik adalah masa kecil matematik.”
· Kebenaran
yang dihasilkan matematik tidak perlu dibuktikan oleh aliran/ilmu logik lain.
2.10 Disiplin Botani
Manusia merupakan sebahagian daripada
persekitaran semulajadi dan alam flora adalah sebahagian daripada ekologi dan
dietri kehidupan seharian. Sisa-sisa
buangan manusia merupakan maklumat masa silam manusia. Sebahagian daripada sisa-sisa
buangan tersebut adalah dalam sisa tumbuh-tumbuhan. Pengkajian mengenainya
menghasilkan bukti-bukti flora yang memberi maklumat tentang pentarikhan tapak,
jenis tapak dan bentuk kebudayaan si sesebuah tapak.
Kajian ke atas bahan-bahan botani purba
dikenali sebagai paleobotani dan ianya merupakan sub disiplin arkeologi.
Maklumat dari ilmu geografi dan geologi akan dapat membentuk kembali
persekitaran masa lalu dan kronologinya membantu kepada pemahaman evolusi
manusia dari aspek fizikal dan kebudayaan[28]. Pada perkembangan awal arkeologi, kajian terhadap alam flora tidak dapat
dilakukan kerana kadar kemusnahannya lebih tinggi berbanding dengan tulang dan
bahan organik lain. Kemunculan kajian palinogi pada tahun 1916 telah membantu
ahli arkeologi untuk mengkaji tinggalan flora dalam bentuk tinggalan debunga.
Analsis debunga amat penting bagi pentarikhan relatif dan mutlak. Ini kerana
debunga dapat dikenalpasti kewujudannya meskipun ianya berusia ribuan tahun.
Maklumat tentang penyesuaian ekologi di zaman purba dapat diketahui berdasarkan
kajian terhadap debunga dan sopra tumbuhan[29].
3.0 KESIMPULAN
Sebagai rumusannya perkataan arkeologi
(dari Greek: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal,
purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian") atau juga dikenali
sebagai kaji purba merupakan kombinasi kajian pelbagai bidang sains yang
melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan
penghuraian kesan-kesan tinggalan.
Arkeologi pada masa sekarang merangkumi
pelbagai bidang yang berkait dan pelbagai. Sebagai contoh, penemuan mayat yang
ditanam akan menarik minat pakar dari pelbagai bidang untuk mengkaji tentang
pakaian dan jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan cara penyebaran,
kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar kimia
yang mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti karbon
14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba, dan pelbagai
bidang lainnya. Ianya bersifat rentas
disiplin bagi mencapai matlamat kajian untuk mengkaji peristiwa-peristiwa lalu
berdasarkan apa yang telah tercatat khususnya melalui manuskrip, dokumen dan
penemuan yang dibuktikan dengan ilmu matematik, geologi, geografi, biologi,
botani, kimia dan fizik.
Jelaslah bahawa sifat arkeologi yang
multi- disiplin telah membantu bidang ini dalam melengkapkan pengkajiannya. Hal ini terbukti dengan kebergantungan bidang
arkeologi terhadap pakar- pakar dalam bidang lain untuk menganalisis setiap
penemuan penting. Eskavasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk merungkai
kisah-kisah silam yang selama ini menjadi misteri. Tidak dapat dinafikan bahawa
arkeologi adalah penting untuk memberi penjelasan tentang kehidupan masyarakat
prasejarah di Asia Tenggara.
BIBLIOGRAFI
Fagan, M. B., (1997). Archeology Sixth Edition. New York: Longman
Higham, C. (2000). Early Cultures of Mainland Southest Asia. Thailand: River Books Ltd
Hole, F. Heizer, F.R. (1990). Arkeologi prasejarah:
Satu Pengenalan Ringkas ( Shahila
Yaacob, Terjemah). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. (Karya
asli diterbitkan pada 1997).
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
McIntosh, L. (1999). The Practical Acheologist: How we
know and what we know about the
past. London: Thames and Hudson.
Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan mentafsir
sumber- sumber sejarah. Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Sutton, Q. M. & Yohe II, M. R. (2003). Archeology:
The science of the human past. Boston:
Allyn and Bacon.
Thomas H. D.
& Kelly R. L. (2006). Archeology 4Th
Edition. Thomson & Wadsworth
Bahan
bacaan, Pengantar Arkeologi SKSE 2033, Baszley Bee B. Basrah Bee dan Mohd
Kamaruzaman Abd. Rahman, UKM, 2001
Bahn, Paul.
1996, Archeology: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press
Hole, Frank
& Heizer, Robert (terjemahan), 1990.
Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sejarah
penulisan: Dari Jieroglif Ke Multimedia, disunting oleh Anne-Marie Christin,
Flammarion (dalam bahasa Perancis, kulit keras: 2002, ISBN 2080108875)
Taylor, W.W, 1973, A Study of Archaeology,
Southern Illinois: Chiw Press.
[1] Frank
Hole dan Robert F. Heizer. 1990. Arkeologi
Prasejarah: Satu pengenalan ringkas (Shahila Yaacob, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
& Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm. 32
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Mark Q.
Sutton dan Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The Human Past. Boston: Allyn and Bacon,
hlm. 3.
[5] Hajah
Noresah Binti Baharom (Ketua Editor). 2005. Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 78.
[6] Frank
Hole dan Robert F. Heizer, op. cit. hlm. 5.
[7] Rozeman
Abu Hassan. 2004. Mengenali dan mentafsir sumber-sumber sejarah. Shah
Alam: Karisma Publication Sdn Bhd., hlm. 60.
[8] Frank
Hole dan Robert F. Heizer, op, cit., hlm 32.
[9] Charles
Higham. 2000. Early Cultures of Mainland Southest Asia. Thailand:
River Books Ltd, hlm. 12.
[10] Brian
M. Fagan. 1997. Archeology: A Brief Introduction, sixth edition. New York: Longman, hlm. 25.
[11] Ibid.
hlm, 26.
[12] Ibid.
hlm, 29.
[13] David
Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4TH Edition.
Thomson Wadsworth, hlm, 52-53.
[14] Mark Q.
Sutton & Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The Human
Past. Boston:
Allyn and Bacon, hlm 10.
[15] Frank
Hole & Robert F. Heizer, op.cit., hlm. 51.
[16] David
Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Acheology 4Th Edition.
Thomsom Wadsworth, hlm ,26.
[17] Ibid.
[18] Ibid,
hlm, 27.
[19] Marx Q.
Sutton & Robert m. Yohe II. 2003. Archaelogy: The Science of The Human
Past. Boston:
Allyn and Bacon, hlm 6.
[20] David
Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4Th Edition.
Thomson Wadsworth,hlm, 27.
[21] Frank
Hole & Robert F. Heizer. Op cit,. hlm 219.
[22] Ibid.
hlm, 230.
[23] Ibid,
hlm, 251- 259.
[24] Mark Q.
Sutton & Robert M. Yohe II. 2003. Archeology: The Science of The Human
Past. Boston:
Allyn & Bacon, hlm 13.
[25] Jane
McIntosh. 1999. The Practical Archeologist: How we Know and what we know about
the Past. London: Thames and Hudson, hlm. 94.
[26] Bahan bacaan Pengantar Arkeologi, SKSE
2033, hlmn 42, UKM 2001
[27] Ibid, hlmn 42 - 43
[28] Ibid,
hlmn 42
[29] Ibid,
hlmn 42