بسم الله الرحمن
الرحيم
Pada Jumaat 30/12/2011, penulis telah mengambil cuti kecemasan (EL leave) kerana mengalami sakit kaki kesan daripada "fire drill" yang telah diadakan pada 29/12/2011 ditempat penulis bertugas. Selepas solat subuh, penulis rasakan ketegangan dibahagian betis dan sekeliling tendon kaki, lalu penulis memaklumkan kepada pegawai atasan untuk bercuti - sakit beb!!
Dikesempatan semasa bercuti, penulis ke Celcom untuk menjelaskan bil dan juga "upgrade sim card" untuk pakej Internet. Oleh kerana ruang parking adalah terhad, penulis terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari Celcom Outlet. Dengan itu, penulis telah menggunakan jalan pintas semasa perjalanan pergi dan balik. Penulis rasakan amat tidak selesa sekali menggunakan jalan tersebut kerana terdapat bau yang sangat busuk kerana terdapatnya timbunan sampah yang dibuang dikawasan semak yang terletak betul-betul dihadapan premis perniagaan dijalan terbabit.
Lihatlah gambar yang penulis sertakan ini. Cuba saudara pembaca bayangkan betapa busuknya bau yang dirembes keluar daripada sampah sarap yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah domestik ini? Memang penulis akui bahawa pengeluaran bau adalah terhasil daripada tindakbalas sampah domestik tersebut dengan unsur alam sebagai salah satu proses penguraian. Namun pembuangan sampah yang tidak kena pada tempatnya akan mengakibatkan kesan bukan sahaja kepada pemandangan, tetapi juga kepada pencemaran udara. Sikap penduduk setempat yang mengambil jalan mudah membuang sampah juga menjadi faktor kepada pencemaran ini. Ianya benar-benar memaparkan betapa masyarakat setempat menunjukkan sikap "non compliance" to the Akta Kualiti Alam 1974. Beginikah cara kita berinterasi dengan alam? Betulkah ahklak kita? Atau setidak-tidaknya kita menanam sikap lebih prihatin dengan kebersihan dan melihat isu ini dengan cara lebih bermoral.
Selain daripada itu, penulis juga berpendapat sampah sarap yang dibiarkan lebih daripada 3 hari adalah melambangkan betapa ketidakcekapan Majlis Perbandaran mengurus sampah domestik dikawasan terbabit.
Pengurusan sampah sarap seharusnya diurus oleh pihak Majlis Perbandaran dan juga penglibatan aktif masyarakat yang pada pendapat penulis boleh mengurangkan sisa pembuangan sampah. Aktiviti kitar semula boleh mengurangkan sampah domestik - masyarakat harus memainkan peranan yang aktif dalam aktiviti kitar semula, disamping boleh menjana pendapat, ia juga boleh mendatangkan hasil jualan. Dengan wujudnya kerjasama diantara PBT, masyarakat, pengusaha, dan industri IKS akan dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
No comments:
Post a Comment