بسم الله الرحمن
الرحيم
Alhamdulillah, kita masih lagi dipinjamkan nyawa olehNya untuk kita meneruskan kehidupan dan perjuangan dibumi Allah s.w.t. ini. Sesungguhnya Allah maha besar rahmat dan kasih sayangNya kepada kita. Pada ruangan kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman bersama saudara pembaca berkenaan dengan "family festival" yang telah dikelolakan oleh "Mercy Mission World Organisation" bertempat di PICC, Putrajaya selama 2 hari iaitu 24hb Dis - 25hb Dis 2011.
Pada pendapat penulis, festival ini amat menarik dan bermanafaat yang mana setiap speaker yang memberi ceramah mengikut topik telah memberi impak yang berkesan kepada penulis di dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti ibadah kepada Allah s.w.t. Walaupun topik-topik yang dibentangkan bukanlah isu baru namun cara penyampaiaan oleh speaker-speaker yang didatangkan dari luar negara i.e Canada, Australia, UK dan termasuklah speaker dari Malaysia telah memberi nafas baru dalam dunia dakwah di Malaysia. Dari pengamatan penulis, kebanyakan speaker yang membuat pembentangan adalah terdiri lepasan graduan Universiti Madinah. Betapa mereka bersungguh-sungguh dalam bidang dakwah untuk kebaikan ummah Islam sejagat. Tampak benar usaha mereka membina network (jaringan) dari Canada, Australia, India, Saudi (Madinah), UK semata-mata untuk berbakti kepada saudara seakidah dengan mereka. Semoga usaha mereka mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Kebanyakan speaker memuji-muji Malaysia yang aman, harmoni, negara cantik dan rakyat yang peramah. Yang paling menarik hati penulis ialah pembentangan dari Shaikh Tawfique Chawdhury (founder of Mercy). Di dalam ucapannya pada hari penutup, beliau akan berhijrah dari Australia ke Malaysia dalam masa 2 minggu lagi!!!. Tidak terkata penulis... hanya memanjat syukur kepada Allah s.w.t sekali lagi bahawa memang dunia telah memandang Malaysia sebagai hub dakwah serantau. Apa yang penulis rasakan, walaupun ramai rakyat Malaysia sendiri masih lagi keliru tentang kedudukan Malaysia iaitu sama ada "Islamic country" ataupun "secular", namun jelas daripada pengucapan dan pendirian speaker luar negara memandang tinggi kepada Malaysia sehingga sanggup datang ke sini untuk menjadikan Malaysia sebagai hub dakwah. Mungkin mereka datang kerana semaraknya Islam di sini atau pun mereka datang bukannya kerana semaraknya Islam, tapi mungkin kerana facility dan sikap terbuka kerajaan Malaysia menerima "Mercy" untuk datang ke Malaysia.
Banyak juga tips disepanjang festival yang boleh penulis jaidkan bahan untuk paparan saudara pembaca. Insyaallah jika ada kelapangan, penulis akan berkongsi ilmu dengan saudara pembaca dalam ruangan akan datang. Insyaallah.
Penceramah yang paling menarik minat saya ialah Brother Bilal Ameenah Phillips. Beliau menyentuh tentang Muslim Culture dengan membawa beberapa berita berkenaan pembunuhan yang dilakukan ke atas umat Islam oleh orang-orang Islam sendiri akibat budaya nenek moyang mereka yang mereka masih berpegang dengannya meskipun mereka sekarang adalah Muslim.
ReplyDeleteBeliau turut menyentuh tentang budaya umat Islam Malaysia yang jelasnya bukan Budaya Islam! Beliau menyenaraikan amalan Majlis Tahlil yang diyakini pahala tahlil tersebut akan sampai pada simati, sambutan Maulid Nabi yang di zaman nabi para sahabat sendiri pun tak pernah membelikan kek secret recipe bagi meraikannya, yang tak malu bersanding yang diambil dari budaya Hindu, amalan menepung tawar yang kononnya akan mengundang barakah dan amalan berkhatan yang dilaksanakan ketika kanak-kanak lelaki telah berusia sekolah rendah yang jelas di air wajah mereka terlukis rasa kengerian! Sedangkan mengikut sunnah, amalan berkhatan ini dilakukan ketika bayi berumur tujuh hari. Amalan bermazhab juga disentuh sebagai satu perkara yang membawa kepada kecelaruan orang luar (bukan Islam) yang melihat amalan umat Islam ini berbeza-beza di setiap negara sedangkan Muslim melaungkan bahawa Islam itu satu. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. sepatutnya diteladani dan diikuti dalam cara beribadat dan menjalani kehidupan.
Sebenarnya perbahasan ini telah lama timbul dalam negara kita, tetapi penerimaan dan kesedaran di kalangan umat Islam yang mengamalkan budaya-budaya luar ini terlalu rendah. Maka sebab itu ditekankan di dalam event Twin of Faith bahawa kita yang hadir semestinya menjadi pemangkin dalam menggilap minda Muslim di sekeliling kita agar mereka nampak cahaya kebenaran yang selama ini terhijab dengan kepercayaan songsang yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Anyway,thanks to my 'new friend' yang belanja tiket event tu! May Allah bless you!
Very fortunate of you to have a 'new friend' to sponsor for the ticket. So what happened to the 'new friend'?
DeleteI have been following this blog for quite awhile now. It seems that you are the only male who responded in this blog. Could this blog owner be the 'new friend' you mentioned above?