Pages

Tuesday, 13 March 2012

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains - Kajian Oleh Fatimah Ibrahim



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم



Pada ruangan kali ini, penulis akan membawa satu ulasan daripada sebuah kajian yang telah dibuku yang ditulis oleh Dr Fatimah Ibrahim iaitu bertajuk "Membongkar Fakta-fakta Saintifik Disebalik Solat". Sebenarnya buku Dr Fatimah ini telah dijadikan sebagai bahan rujukan oleh seorang rakan iatu Hajah Zaidah Othman meminta penulis untuk menyemak kertas kerja beliau. Setelah mendapat keizinan daripada rakan terbabit, berikut penulis kongsikan intipati dan rumusan daripada kertas kerja beliau yang mengulas sumbangan wanita terhadap perkembangan tafsir Al-Quran menurut perspektif sains untuk manafaat bersama.

 
Syukur penulis ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat penulis menghasilkan esei ini yang bertajuk “Sumbangan waniata dalam tafsir Al-Qur’an. Sukacita penulis menjelaskan bahawa didalam memenuhi tugasan esei bagi subjek Usul Tafsir ini, penulis telah mengenengahkan sumbangan wanita dalam bidang pentafisiran Al-Quran dari Malaysia. Beliau ialah Fatimah Ibrahim yang telah membuat kajian dan akhirnya telah menulis buku tentang solat iaitu “Solat dari aspek kebaikannya dari perspektif sains”.  Secara ringkasnya Fatimah Ibrahim telah menggunakan kaedah pentafsiran yang berbentuk tematik dengan membawakan  ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith sohih Rasulllulah SAW sebagai hujah dalam menyokong tafsirannya.

Di dalam esei yang ringkas ini, penulis akan membincangkan method tafsir yang telah digunapakai oleh Fatimah Ibrahim berkaitan ilmu tafsir Al-Quran dan kajian saintifik keatas pergerakkan komposisi tubuh badan dan anggota dalam solat dan kebaikan beramal dengan nya secara sempurna yang telah di amalkan oleh Rasulullah SAW.

Hasil kajian oleh Fatimah Ibrahim mendapati bahawa amalan-amalan solat yang sempurna dan khusyuk sifatnya dapat memberi manafaat kepada orang-orang mukmin dari segi mental, fizikal dan spiritual.



2.0       Latarbelakang Fatimah Ibrahim

Latarbelakang Fatimah Ibrahim adalah seperti berikut:

2.1          Fatimah Ibrahim memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan Electrik daripada Marquette University, Winsconsin USA tahun 1989, dianeguerahkan Sarjana Sains Electronik (Sistem Perubatan) daripada University of Herdfordshire, UK tahun 1994 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) pada tahun 2005 dibawah tajaan bersama UM dan Yayasan Sultan Iskandar Johor.  Beliau telah berkhidmat sebagai Pensyarah sejak tahun 1990 sehingga 1999 di Universiti Teknologi MARA.  Pada masa ini, beliau menjawat jawatan sebagai Professor Madya di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan dan Sistem Mikro-Elektro mechanical (CMIMEMS) di UM.  Bidang penyelidikan beliau adalah memantau dan mengenal pasti penyakit pengukuran dan model physiologi, BIOMEMS dan applikasi kecerdikan buatan dalam perubatan.  Biodata beliau telah disenaraikan dalam “Who’s Who in the World.” 

3.0       Method Pernafsiran Yang Digunakan

3.1       Para ulama membahagikan tafsir kepada tiga bahagian iaitu[1]:

i.      Tafsir al-Riwayah atau disebut juga dengan tafsir al-Naql dan lebih terkenal dengan tafsir bi al-Ma’thur.

ii.     Tafsir al-Dirayah atau lazimnya disebut Tafsir bi al-Ra’yi.

iii.    Tafsir al-Isyarah dan kebiasaannya lebih dikenali dengan Tafsir al-Isyari.

3.2    Method penafsiran yang di gunakan oleh Fatimah Ibrahim ialah beliau menggunakan ayat Al-Quran dan menafsirkan dengan Hadith Rasulullah SAW.  Penafsiran ini dikenali dengan nama tafsir bi al-Mathur.

3.3      Para ulamak berpendapat Nabi adalah pentafsir Al-Qur’an memandangkan Bagindalah yang menerima Al-Quran, memahaminya dan bertanggung jawab menyebarkannya kepada manusia sebagaimana yang ditegaskan oleh Muhammad bin Idris al-Shafi.  Para sahabat kembali merujuk kepada Rasulullah SAW apabila mereka menghadapi kemusykilan dalam memahami atau menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an[2]

3.4     Fatimah Ibrahim telah memantapkan tafsiran ayat Al’Quran berkaitan solat dan kesihatan tubuh badan dengan menyandar kepada hadith-hadith yang  terperinci menerangkan kebaikkan amalan dan sunnah-sunah Rasullullah, suruhan dan perbuatan Rasulullah yang terperinci keatas perbuatan dan pergerakkan solat dari segi fisikal dan mental manusia.  Beliau juga membuktikan kebenaran ayat Al-Quran dan Hadith dengan kaedah membuat kajian sainstifik terhadap pergerakkan-pergerakan dalam solat dengan menjalankan kajian kesan solat sempurna tehadap komposisi badan dan faedahnya serta kesan tabiat solat  dari setiap tabiat lazim sempurna, keatas tabiat pemahaman maksud nya, tabiat solat berjemaah atau bersendirian, tabiat mengerjakan rukuk 90 darjah dan tabiat keadaan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat.

3.4   Beliau juga mengkombinasikan tafsir bi al-Ma’thur dan tafsir bi al-Ra’yi (itjtihad akal) menggunakan kaedah yamg melibatkan kajian saintifik dengan memberi penekanan kepada tabiat lazim sempurna solat dalam menghasilkan kebenaran tafsiran Al-Quran dengan hasil kajian beliau.




4.0       Ayat-Ayat Al-Quran dan Hadith-Hadith Tentang Solat
Dalam agama Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan pada masa, keadaan, serta mengikut tertibnya.  Solat wajib merupakan satu kegiatan rutin harian orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam.  Di samping itu ada solat-solat tambahan yang digalakkan orang-orang Islam melakukan pada bila-bila masa tertentu.

Perkara ini di sebutkan melaui firman Allah:

سُوۡرَةُ العَنکبوت

ٱتۡلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ (٤٥)
Maksudnya:“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepada mu daripada al-Qur’an, dan dirikanlah sembanyang (dengan tekun): sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” (Q, 29:45)

Allah SAW berfirman:
سُوۡرَةُ الاٴعلی

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ (١٥)

Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu’).  (Surah al-A’la: 14-15)

Allah SWT telah menciptakan manusia dalam rupa yang  paling mulia dan bentuk yang paling baik.  Allah memberitahu hal itu kepada kita dalam Al Qur’an:



سُوۡرَةُ التِّین

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤)

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”
(Surah at-Tin: ayat 4)

Dalam Al Quran Allah berfirman di dalam surah Al-Fusilat: 43:

سُوۡرَةُ حٰمٓ السجدة / فُصّلَت

مَّا يُقَالُ لَكَ إِلَّا مَا قَدۡ قِيلَ لِلرُّسُلِ مِن قَبۡلِكَ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغۡفِرَةٍ۬ وَذُو عِقَابٍ أَلِيمٍ۬ (٤٣)

Maksudnya: “Kelak akan kami perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di ufuk-ufuk (langit) dan pada diri mereka sendiri, sehingga teranglah bagi mereka bahawa al Qur’an ini sebenarnya (daripada Allah).  Tidakkah cukup bahawa tuhanmu menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.”

Nabi Muhammad tidak menjelaskan ayat-ayat yang berkaitan dengan kejadian alam, langit dan bumi secara mendalam adalah merupakan satu bentuk kemujizatan al Qur’an itu sendiri.  Kebenaran ini dapat dirasai apabila lahirnya golongan tertentu yang mahir dalam berbagai bidang ilmu seperti astronomi, perubatan dan zoology  yang dapat menentukan kebenaran menerusi kenyataan al-Qur’an semenjak 14 kurun yang lalu. [3] Ayat diatas boleh kita kaitkan kesesuaian solat dengan sains kesihatam tubuh badan manusia yang telah disumbangkan dengan kaedah kajian saitifik yang telah dibuat oleh Fatimah Ibrahim.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (HR al Bukhari). 
Dalam hadith ini terdapat perintah dari Rasulullah SAW kepada kaum muslimin untuk mengerjakan solat sebagaimana Baginda mengerjakannya.  Dan kedudukan Rasulullah telah di firmankan oleh Allah:

سُوۡرَةُ النّجْم

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ (٣) إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ۬ يُوحَىٰ (٤) عَلَّمَهُ ۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ (٥)

Maksudnya: “Dia tiada mengucapkan sesuatu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain adalah wahyu yang diwahyukan. Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. (Surah an-Najm: 3-5)

Dari hadith diatas Allah-lah yang telah mengajar kepada kita tata cara solat berasal dari wahyu Allah kepada RasulNya yang mulia.  Allah SWT pencipta manusia.  Dan dia jugalah yang telah memerintahkan kita untuk solat dengan cara demikian.  Maka wajib keatas kita untuk mengetahui bahawa Allah memiliki tujuan dalam gerakan-gerakan solat, dan bahawa gerakan gerakan solat merupakan cara terbaik untuk menjaga tubuh manusia. [4]


4.1       Pergerakan-Pergerakan Solat
Jika senaman tai Chi melibatkan pergerakan angota tubuh badan, namun solat melebihi daripada itu kerana ianya juga memerlukan pelakunya untuk membaca ayat ayat al Quran dan doa yang tertentu. Ayat ayat al Quran dan doa ini mesti dibaca ketika pelakunya berada dalam postur atau posisi badan tertentu serta melakukan gerakan-gerakan di atara postur. Postur atau gerakan utama dalam solat adalah berdiri (qiyam), membongkok (rukuk) sujud, dan duduk (tahiyat). Manakala postur melutut juga berlaku seketika dalam gerakan solat di antara dua daripada postur utama iaitu dari postur duduk ke berdiri.

Pergerakan solat yang sempurna melibatakan pergerakan yang sama untuk beberapa rakaat (kitaran).  Satu rakaat dalam solat terdiri daripada beberapa postur seperti berdiri , rukuk,sujud, dan duduk diantara dua sujud.  Rakaat kedua dan terakhir pula mempunyai penambahan postur duduk tahiyat. 


4.2   Berikut ialah petikan menghuraikan setiap postur utama dalam solat yang telah disarankan oleh Islam:

a)    Qiyam
Dalam konteks solat, qiyam yang dimaksudkan disini bererti tegak, Islam member kelonggaran atau keringanan untuknya harus melaksananakan ibadah solat secara duduk.  Kiranya tidak mampu duduk, dibolehkan bersolat secara mengiring.  Hal hal ini ada dinyatakan melalui hadith Nabi, seperti yang berikut. 

Rasulullah SAW bersabda: “Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keaadaan duduk.  Jika anda tidak mampu duduk solatlah dalam keadaaan mengiring”. (HR Bukhari)

Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu bersedekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada diatas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat.  Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua tangan.  Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh.  Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.


b)    Rukuk
Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir (mengangkat tangan sehingga teliga atau bahu) sambil membaca “Allahuakbar” diikuti dengan menundukkan badan sebanyak 90% darjah, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus.  Mata pula tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki.

Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih tinggi atau rendah daripada paras bahu. Pada masa yang sama, tulang belakang perlu lurus dan rata.  Tangan juga perlu dijarakkan dan diletakkan di lutut. Antara anjuran Islam agar umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan tersebut menurut tatacara tertentu adalah berdasarkan hadith dan huraian yang berikut:

i.              Mengangkat tangan sebelum dan ketika bangun dari rukuk;
Hadith diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r.a. (maksudnya):

“Nabi SAW, apabila hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu. Tatkala mengucapkan takbir untuk rukuk dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk Baginda berbuat demikian.  Dan membaca: “Allah Maha Mendengar sesiapa yang memujiNya.”  Baginda tidak berbuat demikian tatakla sujud.” (HR Bukhari dan Muslim)

ii.            Keadaan Tangan dan Jari Ketika Rukuk
Nabi SAW meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada kedua-dua lututnya.  Baginda meletakkan tangannya pada lutut (seolah-olah mengengam kedua-dua lututnya). Baginda juga merenggangkan jari-jari tanganya berdasarkan sebuah hadith (maksudnya):

“sesungguhnya Nabi SAW, apabila rukuk, Baginda membuka (merengangkan) jari-jari nya , dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.” (HR al-Baihagi dan Darqutni).

iii.           Meluruskan Tulang Belakang Ketika Rukuk
Nabi Muhammad SAW menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk seperti sabdanya yang bermaksud:

“Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakang mu mantap di di tempatnya.” (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban).

Apabila Baginda rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila segelas air diletakkan diatasnya, air tesebut tidak akan bergerak. Baginda tidak menundukkan kepala dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras bahunya).

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher, dan tulang pinggang.  Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot.  Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi SAW, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.

iv.           Tamakninah Atau Bertenang Sebentar Ketika Rukuk
Tamakninah atau berhenti seketika merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam beberapa solat iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk diantara dua sujud.  Semasa melakukan posisi ini seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih. Keadaan ini dipercayai memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat.  Keadaan ini dapat dibuktikan dalam kajian Dr Fatimah Ibrahim sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi SAW (maksudnya):

“…….kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).” (HR al- Bukhari).

c)    Sujud
Pergerakan sujud di dalam solat dimulai dengan meletakkan lutut dan tangan di lantai. Postur sujud sepenuhnya melibatkan persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-dua tapak tangan kedua-dua lutut, kedua – dua hujung kaki/jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaaan lantai.

Hal ini disebut dalam sebuah hadith Nabi (bermaksud); “Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud: diatas dahi dan Nabi SAW menunjukkan kearah dahinya  (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki.” (HR al-Bukhari & Muslim).

Keadaan tangan ketika sujud adalah seperti berikut:

i.      Tangan hendaklah direngang dari tubuh badan
Hal ini disebutkan didalam hadith (maksudnya): “Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua belah tangan nya dari sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda.” (HR al-Bukhari & Muslim).

ii.    Siku Diangkat iaitu Tidak Menyentuh Lantai
Nabi SAW mengangkat siku dari tanah sebagaimana hadith (bermaksud): “apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu” (HR Muslim, Ahmad)

iii.  Dahi dan Muka Berada diantara kedua-dua Tangan
Maksud Hadith: Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud maka baginda meletakkaan wajahnya di antara kedua – dua tangannya.”




iv. Jari-jari Dirapatkan
Sebuah hadith menyebutkan (maksudnya); ‘Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk Nabi membuka (merenggangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya.” (HR al Baihaqi dan Darqutni).

Kajian beliau mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu sujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurut.  Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arterioskerosis).  Hal ini akan membantu melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan.

Selain itu, beliau menyatakan  rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit yang boleh menyerang paru-paru.

d)    Duduk antara dua sujud dan Tahiyat Awal
Duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi alas (firash). Tapak kaki ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki  mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).

Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): “Apabila Nabi duduk diantara dua rakaat, maka Baginda duduk diatas kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya”.

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada diatas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya diatas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut.  Kajian beliau mendapati pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.  Selain itu juga, posisi ini juga dapat menghidarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha.


e)    Duduk Tahiyat Akhir
Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat). 

Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi SAW berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya bersimpuh.” (HR al-Bukhari dan Ibn Hibban).

Dr Fatimah mengatakan ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.

5.0       Sumbangan Fatimah Ibrahim Dalam Tafsir al-Qur’an

Kelebihan dan kebaikan solat daripada sudut kesihatan atau perspektif sains yang telah menjadi fokus kepada kajian Fatimah Ibrahim:

5.1       Daripada kajian Fatimah Ibrahim beliau telah mendapati, untuk menzahirkan suatu nilai komposisi badan yang lebih baik, solat yang diwajibkan didalam Al-Quran, tabiat-tabiat lazim wajib yang telah diamalkan dan disunatkan oleh Rasullullah SAW melalui amal dan perbuatannya dan diriwayatkan di dalam hadith-hadith yang disebut didalam penulisannya dan kajiannya perlu dicontohi dan dipraktikkan untuk mengetahui akan kebaikannya kepada kesihatan fizikal dan mental kita sebagai umat Islam.

5.2       Tabiat lazim sempurna yang patut di diamalkan dalam solat selain menyempurnakan solat lima waktu sehari semalam ialah berusaha memahami sepenuhnya makna bacaan didalam solat, menunaikan solat secara berjemaah, memastikan kedudukan tulang belakang yang lurus ketika rukuk (90 darjah) dan membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk tahiyat.

a)    Jika seseorang dapat mengamalkan empat atau lima tabiat lazim tersebut mereka akan mempunyai tahap kesihatan yang terbaik dan melepasi aras optimum sihat.  Malah tubuh badan juga akan menjadi tinggi dan mantap serta dapat menghindarkan mereka daripada dijangkiti perbagai penyakit fizikal dan  mental.

b)    Menyempurnakan solat lima waktu sehari semalam selain daripada ibadah, juga dapat mengurangkan lemak didalam badan.

c)    Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang yang lurus melintang ketika rukuk (rukuk 90 darjah) dapat melambatkan proses penuaan dimana tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang yang lurus melintang ketika rukuk (rukuk 90 darjah) dapat melambatkan proses penuaan dimana peningkatan tisu aktif berlaku serta proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

d)    Tabiat mengamalkan jari kaki yang membengkok ketika sujud, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak didalam badan, disampingmembuang lemak badan.  Ini boleh merendahkan risiko penyakit jantung. [5]

e)    Kajianya juga mendapati bahawa posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung, sebagaimana yang telah disarankan oleh Islam.  Oleh yang demikian, seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.  Hadith Rasulullah SAW berkenaan sujud bermaksud: “Sedekat-dekat hamba kepada tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh itu perbanyakkan doa ketika itu.”  Dalam hal ini , Nabi SAW sendiri sentiasa memperbanyakkan doa di dalam sujudnya. [6]

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka.  Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka,” (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah).


5.3    Keputusan kajian-kajian saintifik yang dijalankan diatas  tabiat lazim sempurna ke atas komposisi badan semasa solat boleh didapati  secara terperinci dan  telah dirakam dalam penulisan buku solat sains itu sendiri.

5.4    Profession beliau sebagai seorang doktor, Dr. Fatimah telah dapat membuktikan dan mengangkat solat sebagai sebagai bukti syariat Allah SWT yang terdapat didalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah di dalam riwayat hadith hadith sohih merupakan satu kebaikan dan kebajikan untuk manusia itu sendiri dari segi kesihatan fizikal dan mental disamping selain beribadah kepada Allah SAW bagi mendapat kerehaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat jika di praktikkan dengan sempurna.

6.0       Kesimpulan


Ibadah solat diberi penekanan di dalam agama Islam kerana solat mendatangkan banyak kebaikan  kepada rohani dan jasmani manusia.  Kebaikan solat juga telah dibuktikan dengan kajian scientific  muthakir  dan kajian telah menunjukan bahawa solat membawa banyak kebaikan kepada jasad manusia termasuk keadaan fizikal dan mental.

Kebaikan dan faedah daripada kajian saintifik solat sains yang telah mampu dihasilkan oleh wanita Islam yang professional ini patut di terjemahkan kepada bahasa- bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris dan diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh semua bangsa di dunia sebagai medan dakwah Islamiyah. 

Kajian saintifik solat sains ini membolehkan membantu menolak pendapat  orang bukan Islam yang menentang Al-Qur’an dan Islam, dimana kajian kajian yang telah dibuat juga melibatkan orang – orang bukan  Islam.

Islam telah memuliakan wanita dengan menjadikan manusia sama kedudukannya dengan kaum lelaki dalam setiap kehidupan, kecuali ynag berhubung dengan tugas dan karier yang tidak sesuai dengan fitrah dan sifatnya sebagai wanita

Wanita professional Malaysia kini mampu melahirkan kajian-kajian scientific yang memerlukan akal dan kebijaksanaan dalam mentafsir, memahami dan menyelidik serta mengeluarkan fakta-fakta kajian bagi memperkukuhkan Islam dan Al-Quran sebagai ugama yang benar-benar sesuai untuk umat manusia.  

Wanita Islam di Malaysia mendapat sokongan yang kuat dari masyarakat dalam mengenengahkan pendapat mereka.  Ini menunjukkan keadilan dalam ugama Islam terhadap wanita untuk  bersuara dan memberi pendapat, pandangan serta sumbangan tenaga dan pemikiran yang baik.





Rujukan


5.1          Al-Qur’an

5.2          Membongkar Fakta-Fakta Saintifik Disebalik Solat.  Solat: kebaikan dari perspektif sains / oleh Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar, Ng Siew Cheok, Universiti Malaya.

5.3          Konsep dan Pengamalan Solat: Satu Kajian Di Zaman Rasulullah, Sahabat & Tabi’in / oleh Dr. Anisah Bt. Ab Ghani.

5.4          Kuasa di sebalik Solat (The Power of Solat): Terapi Membina Kesihatan Jasmani Dan Rohani Melalui Gerakan Solat oleh Syaikh Jalaj Muhammad Syafi’iI / Terjemahan Norhassanuddin.

5.5          Pengantar Usul Tafsir / oleh Dr. Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah, Akedemi Pengajian Islam UM. 


[1] Rujuk Mustafa Abdullah, Usul Tafsir, hlm 61
[2] Ibid, hlm 72-73
[3] Ibid, hlm 20
[4] Lihat Sheikh Jalal Muhammad Shafi’i - Kuasa di sebalik solat – hlm 85-86
[5] Solat Sains, hlm 36-37
[6] Ibid hlm 50





No comments:

Post a Comment