السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
1.0 Pengenalan
Nama
Adolf Hitler dalam catatan perjalanan sejarah dunia seolah amat sukar
dihapuskan. Adolf Hitler diumpamakan sebagai
diktator seakan telah menjadi dalang sangat-sangat menakutkan bagi
masyarakat dunia, terutama bagi orang-orang Yahudi. Di masa pemerintahannya,
Hitler tanpa belas kasihan “membasmi” lebih dari enam juta orang Yahudi dengan
gas beracun. Ramai di antara kalangan mereka diseksa dengan cara yang sangat menyedihkan. Selain
dibunuh dengan kejam dengan menggunakan gas beracun, jutaan orang Yahudi telah
direkodkan ditembak mati oleh regime tentera Nazi.
1.1 Latarbelakang Adolf Hitler
Adolf
Hitler dilahirkan di Braunau am Inn, Austria, dekat Jerman pada 20 April 1889.
Adolf Hitler semasa kecil sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu
tempat kerana mengikuti bapanya bertugas sebagai pegawai kerajaan iaitu Adolf
Hitler. Alois Hitler, merupakan seorang pegawai Kastam. Kehidupan. Setelah
ayahnya bersara, keluarga Hitler telah berpindah ke bandar Lambach. Ibunya
merupakan keturunan Yahudi. Di kota tersebut terdapat sebuah biara Katolik yang
dihiasi ukiran kayu dan batu yang diantaranya terdapat beberapa ukiran yang
menarik, yang kemudiannya menjadi tempat Adolf muda belajar. Adolf Hitler dapat
menyesuaikan dengan baik di sekolah biara tersebut, bahkan beliau dikatakan
mempunyai mutu suara yang bagus. Sebagai Adolf muda, dia juga memiliki idola, iaitu
biarawan yang menjadi tenaga pengagar di sekolah biaranya, bahkan ia pernah
serius selama dua (2) tahun bercita-cita ingin menjadi biarawan. Ketika usianya
meningkat dewasa, cita-citanya berubah ingin menjadi seorang seniman. bahkan
beliau telah mencuba untuk mengikuti ujian kemasukkan perguruan tinggi seni di
Vienna, Austria namun gagal.
Gambar
1 : Adolf Hitler:
Pada
dasarnya tindakan Hitler itu didorong oleh keinginan hendak menjadikan ras Arya
sebagai penguasa dunia. Beliau bercita-cita agar seluruh ras di dunia tunduk di
bawah pemerintahan ras Aryan yang dianggapnya sebagai satu bangsa yang unggul.
Balas dendam atas penghinaan yang telah dilakukan Negara-negara pemenang Perang
Dunia (WW I) Pertama terhadap Jerman melalui perjanjian Versailles, juga
menjadi salah satu motivasi terbesarnya. Keinginan Hitler itu bukannya hanya
telah menimbulkan kesengsaraan kepada bangsa Yahudi dan malahan kepada rakyat
Jerman sendiri. Namun begitu, tidak kurang juga masyarakat dunia turut
merasakan bahangnya kerana citi-cita Hitler tersebut telah membibitkan perang
di seluruh dunia, iaitu Perang Dunia Kedua (WW II).
1.2 Penglibatan Adolf Hitler Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Parti Buruh Jerman Sosialis
Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische
Deutsche Arbeiterpartei (bantuan·info), atau NSDAP, sering
dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara 1920 hingga 1945.
Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti
Pekerja Jerman atau "The
German Workers' Party". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme
nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman
"Nationalsozialistische Deutsche
Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi [1].
Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama
sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna
merah.
Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi
Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan
parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang
sama, beliau telah menubuhkan "Storm Troopers" (atau dalam Jerman
Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi
bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti
Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik
yang lain.
Pada awal penubuhannya, gerakan parti
ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini
diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan
Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Beer Hall
Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak
berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para
penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan
khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923
hingga 1925. Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia
menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud
perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena
politik selepas beliau dibebaskan dari penjara[2].
1.3 Penglibatan
Adolf Hitler Dalam Peperangan Dunia Pertama
Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang
dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai
pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama
ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri
Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya
sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab
keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat
berprestij iaitu "Iron Cross".
Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang
gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku
kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina
apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara
Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah
menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat
kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi
terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu
Perancis. (Sila rujuk Perjanjian Versailles[3]) Ketika perletakan senjata
'Armistice'
ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan
sebagai lans-kopral.
1.4 Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924.
Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula
yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara 1924
hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap.
Sewaktu pilihan raya 1924
dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit
di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada
waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich
Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling
berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.
Walaupun begitu nasib mula menyebelahi
Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda kemelesetan ekonomi yang besar akibat kejatuhan
di Wall Street[4]. Pada akhir 1930,
hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin
melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam
pengundian bandar Coburg, dan
kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930,
parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya
parti kedua terbesar di Reichstag.
Pada 1932,
parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau
disekat oleh parti lain seperti parti Jerman
Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman.
Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von
Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan.
Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap
penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh
dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman
menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932,
sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat
sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak
100 kerusi.
Walaupun begitu, Hitler telah
menggunakan kemenangan parti komunis
sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera
propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita
kononnya kebangkitan Bolshevik akan
berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal
yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von
Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur
dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
2.0 Jerman dibawah kerajaan "Third Reich"
Selepas pilihan raya 1932,
Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill
yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang
Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu
pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian besar wakil parti komunis
telah dimasukkan ke kem tahanan.
Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan
akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin
hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi
berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.
Langkahnya yang pertama ialah mengambilalih
persatuan
sekerja. Selepas itu parti komunis dan Sosial Demokrat telah
diharamkan. Ini disusuli pula parti lain termasuk Catholic Centre Party,
Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai
parti haram, dan pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000
tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai Menteri
Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku,
radio dan sebagainya. Manakala Goering, yang
merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai tinggi polis
dan menggantikannya dengan penyokong Nazi. Mereka ini kemudiannya dipanggil Gestapo.
Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai
seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam
partinya sendiri. Oleh yang demikian beliau telah melaksanakan sistem
pecah dan perintah divide and rule bersama pegawai-pegawainya
yang berpengaruh seperti Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga,
Roehms merupakan orang yang paling dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang besar dan berkuasa. Oleh itu,
beliau telah dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler
pada mulanya tidak mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila
melihat dengan sendiri pegawai yang digemarinya itu melakukan hubungan homoseks
dengan pegawai bawahannya.
Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau
Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh
semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan
tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman[5].
Namun demikian, banyak kejayaan telah
berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain, Jerman merupakan negara
Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripada Kemelesetan Besar yang melanda ekonomi dunia.
Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita digalakkan untuk
berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki
untuk mendapat kerja yang baru. Disamping itu, beliau telah memulakan industri
automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud "kereta
rakyat" dalam bahasa Jerman) dan
juga membangunkan sistem lebuhraya di Jerman.
3.0 Antisemitisme
Adolf Hitler
dikenali oleh masyarakat antarabangsa sebagai seorang tokoh politik dan
pemerintah Jerman yang mengamalkan sikap antisemtisme terhadap bangsa Yahudi. Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme,
anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka
terhadap kaum Yahudi dalam
bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok
ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia
termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab
juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba[6].
Malahan definasi tentang antisemistme
ini adalah merujuk kepada sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka,
mengenai holocaust atau berkias mengenainya akan dilabel sebagai anti-semitik atau
anti-Yahudi. Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme
dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah. Lanjutan
daripada sikap Adolf Hitler yang exkstream ini telah mencetuskan perasaan belas
kasihan masyarakat antrabangsa kepada bangsa Yahudi sehingga wujudlah
campurtangan Kerajaan British membantu kaum Yahudi untuk mewujudkan negara
Israel[7].
Holocaust
berasal dari bahasa Yunani, bukan bahasa Ibrani - Yahudi. Kata asalnya
“halekaustan” yang membawa erti persembahan untuk para dewa. Yang semenjak
akhir abad 19 dipakai dalam pengertian “malapetaka”. Kemudian semenjak tahun
1950-an dipakai secara khusus untuk memberikan penamaan terhadap malapetaka
pembunuhan yang besar-besaran yang dilakukan pemerintahan Nazi Jerman dibawah
kepemimpinan Adolf Hitler terhadap masyarakat di Eropah, dimana sekitar 2,5 juta orang
sampai 3 juta orang diantaranya adalah orang-orang Yahudi. Kemudian antara 1,5
juta orang sampai 3 juta orang lainnya adalah bukan Yahudi.[8].
4.0 Kebencian Terhadap Bangsa Yahudi
Bibit-bibit
kebencian terhadapa bangsa Yahudi oleh Hitler menjadi bertambah marak ketika
beliau memengang teraju pemerintahan Negara Jerman. Persoalan yang patut
ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang
bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?
Jerome A. Chance menyatakan didalam bukunya “Antisemitism” perasaan kebencian
terhadap kaum Yahudi berpunca adalah seperti berikut:
a) Hitler
menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang
ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi
b) Hitler
bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada
1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang
pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their
Lies
c) Pada
1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok
mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak
benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam
Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal
dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh
Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan
khas hanya untuk mereka.
d) Para
pemilik modal internasional tahu, bahawa bagi kebangkitan dan pasukan tentera
Jerman yang diketuai oleh Hitler akan membuka jalan bagi pecahnya perang yang
mereka rancang sebelumnya. Di lain pihak, Hitler mempunyai beberapa sasaran
utama yang akan dituju dalam persekutuannya dengan Inggeris, di antaranya untuk
mengusir orang-orang Yahudi daripada Eropah amnya dan Jerman khususnya.
e) Golongan
aristocrat dari bangsa Aryan di Jerman, yang dari para sejarawan mendapat gelaran“Para
Pialang Perang Nazi”, tidak mhau berkompromi, kecuali demi kekuasaan Jerman
atas seluruh Eropah, dan membangun kebudayaan yang berpijak pada supremasi
bangsa Arya Jerman
f) Hitler
melebelkan Lord Lowend tentang sikap Jerman terhadap masalah internasional yang
dihadapi oleh dunia, khususnya tentang bahaya Komunisme dan bahaya organisasi
para pemilik kapital besar yang dikuasai oleh kaum Yahudi. Hitler menjelaskan
sebab- sebab yang melatar-belakangi sikap kerasnya terhadap kaum Yahudi
internasional, dan keprihatinan Jerman atas penelusupan organisasi Zionisme
yang masuk ke Eropah dan Amerika Syarikat. Hitler berpendapat, bahawa untuk
menghindari bahaya itu harus lebih dulu menyingkirkan kelompok pemilik modal
golongan Yahudi.
Mengapakah
masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang
jahat? Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan
kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan
kejam Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima oleh hamper semua
masyarakat antarabangsa, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah
kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Gambar
3: Ungkapan Emas Adolf Hitler Tentang Sikap Beliau Terhadap Kaum Yahudi
Apapun
ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada
hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa
Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Itu adalah
tindakan orang bukan Islam, tetapi dalam sejarah Islam, di samping menyedari
tentang tabiat Yahudi, Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka
Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka
4.1 Cara Hidup Masyarakat Yahudi
Sejarah tentang kaum Yahudi ini amat panjang. Fuad
Sayid Abdul Rahman al-Rifa dalam bukunya Hakikat al-Yahud menjelaskan bahawa
orang Yahudi ialah pengikut nabi yang mulia iaitu Nabi Musa a.s. dan Nabi Musa
ialah keturunan Nabi Yaakub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Manakala nama Israel
ialan nama gelaran yang diberi oleh Allah swt kepada Nabi Yaakub. [9]
Menurut Dr. Heazar Ismail, beliau mendapati bahawa kebanyakan
masyarakat menganggap frasa-frasa ini membawa maksud dan mewakili kumpulan
masyarakat yang sama, yang tentu sekali anggapan ini amat besar khilafnya.
Perkataan Yahudi itu sendiri melambangkan suatu bangsa, yang jika
dikaji susur galurnya di dalam kitab-kitab samawi menunjukkan bahawasanya
bangsa ini lahir dari keturunan Nabi Ibrahim A.S melalui anaknya Nabi Yaakub
A.S. Manakala agama Yahudi itu atau Judaism merupakan agama amalan bangsa itu
sendiri secara eksklusif. Bangsa Yahudi itu semestinya beragama Yahudi dan
penurunan keturunan di kalangan bangsa Yahudi ini berlaku dari sebelah ibu,
yang bererti sekiranya seseorang itu ibunya adalah Yahudi, maka dia secara
automatik akan diiktiraf sebagai seorang yang berbangsa Yahudi oleh
komunitinya. Masyarakat Yahudi secara amnya mengamalkan agama mereka secara
introvert dan tidak cuba untuk mengembangkan fahaman mereka kepada
bangsa-bangsa lain, dan jarang kita dengar akan individu dari subset bangsa
lain “masuk” agama Yahudi[10].
Rata-rata masyarakat Yahudi hidup dengan mengasingkan diri
daripada masyarakat. Oleh yang demikian, keturunan mereka tidak bercampur gaul
dengan masyarakat daripada bangsa lain. Orang Yahudi selalu berwasiat dalam
kalangan mereka bahawa mereka semua mesti mewujudkan cara hidup yang tersendiri
dan berbeza dengan manusia lain. Tujuannya supaya mereka boleh berbangga dengan
kelebihan keturunan mereka berbanding keturunan lain, kerana Yahudi menganggap
diri mereka adalah keturunan para nabi[11].
Keadaan ini telah memberi kesan yang mendalam dalam cara mereka
berfikir, perasaan dan pandangan mereka terhadap golongan lain di dunia ini
sehingga terbentuklah personality di dalam diri mereka sebagai satu bangsa
pendendam dan pembunuh terhadap bangsa mana sekalipun[12].
5.0 Holocaust
Holocoust merujuk kepada pembunuhan
beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi
kepada beberapa kumpulan etnik, agama,
nasional,
dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan
diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran
utama Holokus dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian
terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang
Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi,
kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan
atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav
(seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti,
golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan
golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak
sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holokus ini
tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa
yang singkat[13].
Terdapat segolongan orang, yang
dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holokus). Menurut
orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan
pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran
enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar
adalah kurang daripada sejuta.
Kegiatan Holocoust dijalankan di semua
tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di
kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem
Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ,
pil Zyklon B
dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas
"cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal
dunia, mayat mereka dibakar[14].
6.0 Kesimpulan
Pada
dasarnya polisi Adolf Hitler terhadap kaum Yahudi adalah berasaskan perasaan
benci terhadap golongan kapitalis yang rata-rata dipelopori oleh kaum Yahudi
yang memonopoli sektor ekonomi di Eropah serta bercanggahan fahaman antara
pihak Nazi dan gereja. Telah di ketengahkan, bagaimana para pemilik modal
internasional mengembalikan kekuatan militer dan industri Jerman, tanpa ada
reaksi dari Stalin dan dunia Barat di tengah-tengah bahaya yang terus meningkat.
Bangsa
Jerman keluar dari perang penuh dengan kepahitan, dan perjanjian Versailles
menjerat Jerman dengan rantai berupa kewajiban negara yang kalah perang dan
kekacauan sosial melanda negara itu, serta sistem pemerintahannya runtuh
berkeping-keping, betapa pun bangsa Jcrman dikenal sebagai bangsa yang ulet dan
rajin bekerja. Kepedihan itu makin bertambah dengan meningkatnya kekacauan dan
penghinaan yang dilontarkan oleh negara-negara sekutu yang Jerman tidak mampu
membalasnya. Marah dan dendam terus ditahan, sambil melihat dengan berat
kenyataan yang ada di hadapannya. Mayoritas bangsa Jerman tahu, bahwa angkatan
bersenjatanya belum kalah perang. Jerman belum menyerah, bahkan bisa dikatakan
lebih mendekati kemenangan. Jermanlah yang melakukan penyerbuan dari segala
penjuru tahun 1918, yaitu pada akhir Perang Dunia I. Dengan kata lain, Jerman
pada masa akhir perang itu masih tetap merupakan pihak yang mengambil prakarsa.
Akan tetapi, Jerman ditikam dari belakang oleh kelompok Yahudi, yang membuat
onar dan kekacauan dalam jajaran angkatan bersenjata Jerman, dan bergabungnya
Amerika ke dalam barisan sekutu dari faktor luar. Kepemimpinan Roza Luxumburg
beserta para pendukung Yahudinya dari partai Komunis Jerman, peran kaum Komunis
yang membuat kekacauan di Jerman, disusul dengan pemberontakan Komunis, semua
itu merupakan kenangan abadi yang pahit bagi Jerman, bahwa orang Yahudi di mata
mereka adalah sekutu musuh Jerman.
Pcrjanjian
Versailles muncul pada saat kondisi psikologis, politik dan sosial dalam
keadaan tidak menentu, penuh dengan dendam kesumat yang diexploitasi oleh para
pemilik modal internasional, yang akhirnya semua itu dapat terungkap. Semangat
anti Yahudi tumbuh subur mewarnai aspirasi nasional bangsa Jerman secara
menyeluruh.
Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan,
ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia
("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati
bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut
arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum —
beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.
Lampiran 1 – Perjanjian Versaillers
Perjanjian
Versailles
Perjanjian Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles
merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan
Keamanan Paris atau Paris Peace Conference yang bermula pada 12 Januari 1919.
Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa
Pusat atau Central Powers iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan
Jepun. Tokoh yang utama dalam perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau
(Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali), dan Woodrow
Wilson (Amerika Syarikat). Hasilnya, lima perjanjian telah dimeterai dan ia
diberi nama berdasarkan lima bandar suburbs di sekitar Paris iaitu Versailles,
St Germain, Trianon, Neuilly dan Serves.
Syarat Perjanjian Versailles
Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, dimana
sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain
yang tewas dalam Perang Dunia I. Antara syarat dan terma yang
utama ialah:
- Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa (League of Nations):
- Wilayah Alsace-Lorraine dipulangkan kepada Perancis;
- Penyerahan Eupen-Malmedy kepada Belgium, Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin kepada Czechoslovakia,
- Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Silesia diserah kepada Poland;
- Danzig dijadikan bandar yang bebas;
- Plebiscites (sejenis pungutan suara) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark-Jerman;
- Pendudukan dan status istimewa bagi wilayah Saar di bawah kawalan Perancis;
- Pendudukan Rhineland yang dijadikan kawasan bebas tentera selama limabelas tahun ;
- Jerman membayar hutang perang sebanyak £6,600 juta;
- Pengharaman ke atas penggabungan Jerman dan Austria;
- Menerima pengakuan kesalahan Jerman kerana menyebabkan Perang Dunia I;
- Provisi untuk perbicaraan bekas Kaiser dan pemimpin perang yang lain;
- Tentera Jerman terbatas kepada 100,000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan "airship";
- Tentera Laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah sesaran 10,000 tan untuk "kapal berperisai", dan tidak boleh memiliki kapal selam;
Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan
yang cukup hebat kepada rakyat
Jerman yang bangga dengan kegemilangan mereka yang lampau[15].
Rujukan
1.
Bernard
Wasserstein. 2008. The History of Europe. New York: Oxford Press
University
2.
Jerome A. Chanes. Antisemitism: A
Reference Handbook, ABC-CLIO, 2004
3.
Richard L. Rubenstein, John K. Roth. Approaches
to Auschwitz: the Holocaust and its legacy, Westminster John Knox Press, 2003
4.
Manfred F. Boemeke, Gerald D. Fekdman
and Elisabeth Glaser, The Treaty of Versailles: A Reassessment after 75 Years
(Publications of the German Historical Institute), 2010
5.
Peter Stanford, 50 Ideas You Really Need
to Know Relegion, Quercus, UK, 2010
6.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fatimah
Syarna Mohd. Noordin, Palestin Tak Pernah Gentar Kuala Lumpur, 2009
[1]
Lihat “Nationalsozialistische
Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP) 1920-1933
and 1933-1945
at Lebendiges Museum Online in
German”.
[2] Hitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada
waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan
bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam
mencapai kejayaan
[3] Sila rujuk syarat Perjanjian Versailles di Lampiran 1
[4]
Kebanyakkan sektor ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah adalah dikuasai oleh
kaum Yahudi
[5]
Richard L. Rubenstein, John K. Roth. Approaches to Auschwitz: the Holocaust and
its legacy, Westminster John Knox Press, 2003
[6]
Lihat Jerome A. Chanes. Antisemitism:
A Reference Handbook, ABC-CLIO,
2004, m/s. 150.
[7]
Lihat “Palestin tak pernah gentar, fatwa
kotemporari dan penyelesainya” oleh Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fatimah
Syarna Mohd. Noordin – Sejarah Yahudi
[8]
Rujuk Buletin
Dakwah Al-Huda, No 1129 Tahun ke-23 - 4 Julai 2008
[9]
Lihat “Palestin tak pernah gentar, fatwa
kotemporari dan penyelesainya” – Sejarah Yahudi bab 1, ms 1
[10] Lihat
rencana yang ditulis oleh Dr. Heazar
Ismail bertajuk “Yahudi, Zionis dan
Israel: Apa bezanya”? di http://mstar.com.my
bertarikh 18/5/2010
[11]Sila lihat buku karya Peter Stanford, 50 Ideas You
Really Need to Know Relegion, Quercus, UK, 2010
[12] Di
dalam Al-Quran Allah swt telah menggambarkan bahawa kaum Yahudi telah diseksa
ketika di zaman Firaun menjadi pemerintah Mesir. Allah telah mengutuskan Nabi
Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk menyelamatkan kaum Yahudi dari terus ditindas
dan dizalimi oleh Firaun
[13] Richard L. Rubenstein, John K. Roth. Approaches to
Auschwitz: the Holocaust and its legacy, Westminster John Knox Press, 2003,
m/s. 30
[14]
Ibid
[15] Rujuk
buku “ The Treaty of Versailles: A Reassessment after 75 Years” terbitan Publications
of the German Historical Institute
No comments:
Post a Comment