Pages

Saturday 19 January 2013

Usia tua yang berkat dan bermanafaat . . .



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Pada 2009, rutinku setiap pagi Sabtu ialah ke Pusat Bahasa di UIAM kerana menghadiri kelas talaqi bersama Ustaz Shariff. Kelas bermula jam 8 dan berakhir pada 11 am. Begitulah rutin Sabtu pada 2009. Pada 2010, aku berulang alik pula ke UM.

Hari ini 18 Jan 2013, aku datang lagi ke UIAM. Menghadiri Bengkel Penulisan. Seperti di dalam agenda, waktu rehat untuk bengkel akan disambung semula pada pukul 2.30 pm. Sebelum keluar bilik kuliah LT1 tepat jam 12.15 tengahari, aku dimaklumkan oleh seorang sahabat baru ku kenali yang memang student UIAM bahawa disini kaum muslimat adalah dibenarkan untuk bersama-sama solat Jumaat berjemaah. Terlintas dibenakku... hmmm seperti di Mekah... Ini pengalaman pertama aku menunaikan solat Jumaat di tanah air sendiri. Pengalaman yang lain, aku timba semasa ibadah umrah dan haji, di Masjidil Haram. Rakan itu berkata lagi..

"Ya ukhti, khutbah di sini disampaikan dalam dalam Bahasa Arab", aku memandangnya, senyum tanda ambil maklum.

Lantas, aku dan KS melangkah kaki bersama untuk ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Namun, di dalam perjalanan itu, langkah kami terhenti sebentar kerana ternampak sebuah cafe yang menjual makanan Arab. Kami sepakat untuk mehilangkan dahaga sekejap... jus mangga menjadi pilihan... sedap...sedap sebab kawan belanja.. Alhamdulillah.

Dalam aku dan KS sedang menikmati minuman, tiba-tiba datang seorang tua berketurunan Arab, berkopiah, cemin matanya agak terlorot sedikit ke bawah hidung, berkain pelekat datang menghampiri kaunter minuman tempat kami minum. Jauh dihati ku, teringat abah...mungkin tujuan dia sama macam kami... hendak ke masjid agaknya. Ku lihat orang tua itu membayar sejumlah wang dan mendapat 2 keping (slice) kek sebagai tukaran. Hatiku berkata lagi.. agaknya lapar orang ni....aku memerhatikannya dengan penuh minat.

Selepas mendapat apa yang dipesan, dia memusingkan badannya ke arah kami. Ya memang benar.. dia berjalan betul-betul menuju ke arah kami. Eh, kenapa dia ke sini, hati aku berkata lagi, jalan ke masjid di sebelah sana, aku sedikit kehairanan, kenapa orang tua ini datang dekat dengan kami, sedang aku bermonolog dalam diri,  dia memandang tepat ke arah aku, dia mengganggukkan kepala, seperti burung kakak tua, aku juga turut mengangguk... agaknya dia perasan setiap gerakannya sedang diperhati....

Dia mengambil kek di dalam bungkusan, diramasnya kek tersebut di kaki lima cafe.Aku perhatikan dia lagi... terdengar  seakan bunyi burung terbang, bunyi banyak burung terbang... eh betul ke bunyi burung.. aku toleh ke kiri sedikit 45 darjah.. ya memang burung... burung merpati datang menerkam kek orang tua yang telah hancurkan di lantai kaki lima...  oh... dia beri burung makan rupanya.. bijak dia meraih pahala... pahala hari Jumaat... dengan burung pun dia boleh bersedekah.. dia orang tua yang bijak... malu aku pada diri.. aku yang duduk disitu hampir 15 minit, masih muda berbanding dia, sampai di cafe itu terlebih dahulu daripada dia, namun tidak terlintas untuk bersedekah kepada burung yang entah dari mana datangnya....

Sedang dia mengeluarkan satu lagi kek di dalam bungkusan kertas dengan mengulangi proses yang sama... aku teringat satu hadith berkenaan dengan memberi makan binatang.... begini bunyinya....

1. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عمرأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ لا هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَسَقَتْهَا إِذْ حَبَسَتْهَا وَلا هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
Maksudnya: Daripada Abdullah b Umar, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " seorang perempuan telah diseksa kerana kucing yang dikurungnya sehingga mati, maka dia dimasukkan ke dalam neraka. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya, dan dia tidak pula melepaskannya mencari makanannya sendiri daripada haiwan haiwan kecil.

Aku terus bermonolog... diam tak diam.. dia berlalu pergi meninggalkan aku terlopong dengan mindaku diketuk... aku belajar perkara baru hari ini.. ya perkara baru.. dengan siapa aku belajar? Dengan Pakcik tua itu...Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih beri aku peluang dengan membuka jendela mindaku untuk memperbaiki amalan....

Ya Allah, Yang Tidak Pernah Tidur, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri, Yang Maha Melihat, Yang Maha Suci, Yang Maha Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Pengasih, hanya Engkau sahajalah Ya Allah yang layak memuji-muji diriMu sendiri, Ya Allah, permudahkanlah urusan duniaku, permudahkan urusan sakratul-mautku, permudahkan urusan barzakhku, permudahkan urusan mahsyarku, permudahkan urusan titian siratku, permudahkan perjalanan hijrah ku ke syurgaMu, jika lanjut usiaku seperti pakcik itu tadi, jadikanlah usiaku usia yang berkat, usia yang bermanaafaat...perbaikilah amalanku Ya Allah...Aku penuh harap, pasti Engkau mendengarnya Ya Allah ..... aku sangat pasti..... Amin.











1 comment: