السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
عن أبي هريرة: أن النبي صلى الله عليه
وسلم قال: “المؤمن القوي خير وأحب الى الله
من
المؤمن الضعيف، وفي كل خير، احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز، واذا اصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا، ولكن قل، قدر
الله، وما شاء فعل، فإن لو تفتح
عمل
الشيطان”.
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda (maksudnya), “Orang mukmin yang kuat (segalanya ) itu, lebih baik dan lebih
dikasihi Allah daripada mukmin yang
lemah sedang setiap (mukmin) itu semuanya
baik. Utamakanlah (berusahalah) terhadap perkara yang menjamin
kemanfaatanmu dan sentiasa bermohon pertolongan Allah tanpa rasa lemah
semangat. Kiranya kamu telah
ditimpa sesuatu (bencana dan ujian),
maka janganlah berkata: kalau aku
lakukan ia akan jadi ‘demikian–demikian’ (berangan-angan) tetapi ini (apa yang
berlaku) sudah ditakdirkan Allah s.w.t. Dia lakukan apa saja yang
dikehendaki-Nya. Sebenarnya perkataan (kalau) itu, boleh mendorong kerja
syaitan.” (Riwayat Muslim)”
Ulasan Hadis:
1) Dalam
hadis ini, Rasulullah s.a.w telah menentukan bahawa mukmin yang kuat itu lebih
baik dan dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah dan menjadi bahan bebanan
dalam masyarakat, lalu ditunjukkan panduan untuk mencapai keimanan yang kuat
dan tinggi, terutama dengan menumpukan perhatian dan usaha ke arah
kebaikan diri sendiri di dunia dan
akhirat serta sentiasa berpegang teguh kepada Allah s.w.t serta jangan
sekali-kali lemah semangat dan berputusa asa.
2) Sekiranya
berlaku sesuatu kegagalan, jangan menyalahkan sesiapa tetapi terimalah takdir Allah s.w.t itu dengan hati terbuka,
kerana segala kehendak dan perancangan-Nya tetap berlaku, dan tidak pernah
berubah. Oleh hal yang demikian itu, jauhilah sikap atau perkataan yang boleh
membawa kepada penyesalan yang tidak berguna apa-apa lagi.
3) Antara ciri-ciri mukmin yang dikasihi Allah
ialah:
a.
Setiap mukmin perlu meningkatkan kedudukan dan prestasi
dirinya.
b.
Menumpukan perhatian untuk memperbaiki dirinya.
c.
Tidak berputus asa, lemah semangat atau sebagainya.
d. Berlapang dada (redha dan sabar) apabila berhadapan dengan
kegagalan dan sebarang ujian.
e.
Tidak berangan-angan dan tidak menyalahkan sesiapa.
f.
Yakin dengan kadar dan ketentuan daripada Allah s.w.t.
g.
Tidak meratapi kesilapan dan tidak pernah menyesali
nasibnya.
h.
Kuat berpegang dengan Allah s.w.t dalam hidupnya.
i.
Orang mukmin tidak rela dirinya menjadi beban kepada
masyarakat mukmin yang lain.
j.
Merekalah sepatutnya menjadi pengeluar segala bahan
keperluan untuk manusia lain, bukan sebagai pengguna semata-mata.
4) Kesimpulannya,
marilah kita berusahalah sedaya mungkin untuk meningkatkan prestasi diri
sendiri dan bertawakallah kepada Allah dalam menentukan hasilnya, mudah-mudahan
kita menjadi mukmin terbaik, lagi dikasihi Allah s.w.t.
mohon share ya :)
ReplyDelete