السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
Bagi entry kali, saya memetik tazkirah
yang telah dikeluarkan oleh
Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.[1]
Semoga ada manfaatnya dan
diharap ianya boleh menjadi panduan hidup kita. Insya Allah.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan
katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara
yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu
perkara yang tetap lenyap".
[Surah Al-Israa' 17:81]
Huraian Ayat:
Pertembungan hak dan batil tetap berlaku seiring zaman
dan waktu. Sepanjang peredaran itulah menyaksikan permusuhan ini saling
bersilih ganti merebut takhta kerajaan alam. Allah swt mengutuskan para
RasulNya bagi membantu hambaNya yang mahu menegakkan kebenaran di muka bumi.
Mereka yang
diutuskan dari kalangan manusia bertujuan membawa Manhaj Rabbani (Islam)
sentiasa mendapat tentangan dari pihak toghut ini. Musyrikin Quraisy Makkah
bersama kuncu-kuncunya memerangi Islam pimpinan Rasulullah SAW. Pertarungan ini
semakin sengit apabila mereka berganding bahu dengan ahli kitab yang
sememangnya menyimpan dendam terhadap kebenaran. Ahli kitab yang terdiri dari
Yahudi dan Nasrani (Kristian) berjuang bermati-matian menghapuskan ajaran baru
ini. Walaupun setelah musyrikin Makkah tunduk kepada kebenaran Islam, Yahudi
dan Nasrani sentiasa mengatur langkah memerangi agama Islam tetapi umat Islam
pimpinan Rasulullah berjaya mematahkan serangan tersebut.
Belajar melalui
kekalahan yang mereka alami, kini mereka mengatur strategi baru untuk
menghancurkan Islam dan pengikutnya. Strategi yang dipanggil al-ghazwul fikri (serangan pemikiran) ini sememangnya menyebelahi mereka ketika umat Islam lalai
dengan kemewahan. Serangan yang diketuai oleh Yahudi ini menyebabkan umat Islam
tertipu dan tersungkur. Mereka menyamar sebagai muslim dan membentuk
kumpulan-kumpulan yang terkeluar dari ajaran Islam yang benar seperti
Batiniyyah, Bahaiyah, kumpulan tariqat yang sesat dan sebagainya. Kumpulan
sebegini dibentuk mengikut idea jahat Yahudi yang mengajak umat Islam
meninggalkan jihad dan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi.
Ajaran-ajaran baru diterapkan untuk amalan orang Islam yang jahil tentang hukum
Islam yang sebenar.
Maksud hadith
Rasulullah SAW :
"Angkan
timbul pada akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidhoh, mereka menolak
Islam ( pada hakikatnya ) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah
mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin."
[1] Tazkirah
ini telah disusun dan disesuaikan dari buku : Gerakan Freemasonry, Orientalisme,
Kristianisasi – Musuh menghancurkan Islam. Tulisan Hj Nik Azran Muhamed &
Hj Mohd Mahadi Hj Isa
.
No comments:
Post a Comment