السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
1.0 Pengenalan Kepada Solat
Perkataan solat
dalam bahasa Arab bererti doa, yakni memohon kebaikkan. Allah S.W.T. berfirman:
Ertinya: Terjemahan:..Dan doakanlah untuk meraka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.[1]
Dalam
istilah ahli fiqh perkataan solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan
tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Sebab ia dinamakan solat kerana ia
mengandungi doa yang merupakan unsur yang banyak didalamnya. Hal ini kerana
menggunakan nama juzu’ untuk maksud
keseluruhannya. [2]
Solat mempunyai
beberapa hikmah dan rahsia yang dapat dirumuskan seperti berikut:
a)
Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang
sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia akan sentiasa menyedarinya
setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain.
Solat yang dilakukan akan mengingatkan semula bahawa dia adalah hamba kepunyaan
Allah SWT.
b) Solat memantapkan keyakinan manusia bahawa tidak ada
pembantu dan pengurnia nikmat sebenar-benarnya selain Allah swt meskipun
kelihatan di dunia banyak pihak dan sebab yang pada zahirnya membantu dan
memberi nikmat. Tetapi pada hakikatnya hanya Allah yang memastikan semua itu
untuk kemudahan manusia. Setiap kali manusia lupa dan hanyut kerana terpesona
kepada sebab-sebab keduniaan yang zahir, solat akan mengingatkan bahawa
penyebab yang sebenar hanyalah Allah. Dialah sahaja pembantu, pengurnia nikmat
yang menjadikan kesusahan , pemberi manafaat yang menghidupkan dan yang
mematikan.
c)
Dengan bersolat manusia dapat mengambil kesempatan
menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang
dilakukannya. Hal ini demikian kerana manusia sentiasa terdedah kepada banyak
maksiat pada setiap waktu sama ada disedarinya atau pun tidak. Maka solat yang dilakukan berulang-ulang dari
semsa ke semasa akan membersihkannya daripada maksiat dan kesalahan-kesalahan
tersebut.
d)
Rasulluah SAW telah menjelaskan perkara tersebut di dalam
hadith yang berikut:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ
أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ، هَلْ يَـبْقَى مِنْ
دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ قَالُوا: لاَ يَـبْقَى دَرَنِهِ-أَيْ وَسَخِهِ- شَيْءٌ فَقَالَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَكَذَلِكَ الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ يَمْحُو
اللهُ بِهِنَّ الخَطَايَا-الصَّغَائِرَ.
Maksudnya: Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya terdapat sebatang sungai
di hadapan rumah salah seorang daripada kamu, lalu kamu mandi di sungai itu 5
kali setiap hari, adakah masih kekal kekotoran di badan kamu? Mereka (para
sahabat) menjawab: Tidak ada kekotoran yang kekal. Sabda Rasulullah SAW lagi: Begitulah juga solat lima waktu, Allah SWT
menghapuskan dengannya dosa-dosa iaitu dosa-dosa kecil. [3]
e)
Solat merupakan santapan bagi aqidah keimanan kepada
Allah yang berterusan dalam hati manusia. Segala pesona dunia dan bisikan
syaitan sememangnya menjadikan manusia lupa kepada aqidah walaupun telah lama
terterap di dalam hatinya. Kealpaan yang berterusan kerana menurutkan gelora
hawa nafsu dan rakan-rakan akhirnya akan berubah menjadi ingkar. Ia umpama pokok
kehabisan air, lambat laun akan layu dan mati dan akhirnya kering menjadi kayu
api. Tetapi solat yang dilakukan dengan tekun oleh seseorang muslim akan
menjadi santapan iman dan tidak mampu lagi dilemahkan atau dimusnahkan oleh
segala kesulitan dan ujian dunia.
2.0 Sejarah dan Kewajipan Solat
Ibadat sembahyang atau solat mula
diwajibkan (difardukan) pada malam Isra, iaitu lima tahun sebelum Hijrah,
menurut pendapat yang masyhur di kalangan ahli sejarah. Berdasar hadis Anas,
beliau menyatakan.
Maksudnya: Difardukan sembahyang ke atas Muhammad SAW pada malam Isra dengan 50 waktu. Kemudian ia
dikurangkan sehingga menjadi lima waktu.” Kemudian Nabi Muhammad SAW diseru, “Wahai Muhammad, sesungguhnya
percakapan di sisiku tidak berubah; sesungguhnya
bagimu lima waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan ia
telah difardukan pada 27 Rejab. Pendapat ini diikuti oleh Ahl al-Amsar. [4]
3.0 Solat Sunat Rawatib
3.1 Takrif Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat
Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Sunat Rawatib terdiri
daripada dua bahagian iaitu yang ditekankan pelaksanaannya (muakkad) dan yang tidak ditekankan
pelaksanaannya (ghaira muakkad). Bagi
solat sunat yang dikerjakan sebelum solat fardhu dikenali sebagai Qobliyah manakala bagi solat sesudah solat fardhu dikenali sebagai Ba’diyah.
Hikmah solat
Qobliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti
kehidupan seharian yang ada kalanya terlalu sibuk hingga menyebabkan seseorang
itu tidak mampu kusyuk.
Manakala hikmah
solat sunat Ba’diyah bertindak bagi meyempurnakan apa-apa kekurangan yang
mungkin wujud ketika melakukan solat fardhu.
Hadis
yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a menjelaskan terdapat dua belas rakaat
solat sunat rawatib sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW seperti yang diringkaskan di Jadual 1 dibawah.
Jadual 1: Solat Sunat Rawatib
Mengiringi Solat Fardu
FARDHU
|
SEBELUM
|
HUKUM
|
SELEPAS
|
HUKUM
|
Subuh
|
2 rakaat
|
Muakkat
|
Tiada
|
Tiada
|
Zohor @ Jumaat
|
4 rakaat
2 rakaat |
Muakkat - 2 rakaat
|
4 rakaat
2 rakaat |
Muakkad - 2 rakaat
|
Asar
|
4 rakaat
|
Tidak Muakkad
|
Tiada
|
sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar
hingga terbenam matahari)
|
Maghrib
|
2 rakaat
|
Tidak Muakkad
|
2 rakaat
|
Muakkad
|
Isyak
|
2 rakaat
|
Tidak Muakkad
|
2 rakaat
|
Muakkad
|
Dari segi
istilah ialah Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib’ yang bermaksud
berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beiringan secara
berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat sunat Rawatib ini
terbahagi kepada dua bahagian:
Sunat Rawatib yang "Muakkad" dan Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.
Sunat Rawatib yang "Muakkad" dan Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.
Disamping itu Sunat Rawatib juga
terbahagi kepada 2 kategori iatu:
a) Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
b) Ba'diah (selepas Solat Fardhu)
Senarai Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah seperti
berikut :
a. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
b. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor;
c. 2 Rakaat selepas Solat Zohor;
d. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib;
e. 2 Rakaat selepas Isyak.
Senarai Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah
seperti berikut :
a. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor ;
b. 2 Rakaat selepas Solat Zohor;
c. 2 Rakaat sebelum Solat Asar;
d. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib;
e. 2 Rakaat sebelum Isyak.
3.2 Hadith-Hadith
Soheh Berkenaan Dengan Solat Sunat Rawatib
Berikut diperturunkan beberapa buah
hadith soheh yang dipetik daripada beberapa buah kitab bagi menyokong tajuk
tugasan kami ini. Antaranya ialah:
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar (r.a) beliau berkata: ‘’Saya
sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s.a.w),
iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah
Maghrib di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dua
rakaat lagi sebelum Subuh’. [Muttafaq’alaih]
i.
Solat
Sunat Subuh
Adapun
untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh
tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh. Rakaat
paling muakkad ialah dua rakaat sebelum Solat Subuh, sebagaimana riwayat al
Bukhari bahawa Aishah r.a berkata:[5]
Maksudnya:
Dari Aisyah r.a. katanya, Nabi SAW itu apabila sudah selesai bersembahyang dua
rakaat fajar – solat sunnat sebelum Subuh – lalu beliau SAW berbaring pada sebelah lambung kanan yakni
miring ke kanan. [Hadith Riwayat Bukhari] [6]
Makna Hadith:
Berbaring sesudah
mengerjakan solat qobliyyah Subuh disyariatkan melalui sabda Nabi (saw) dan
dikuatkan lagi dengan perbuatannya. Maksudnya adalah berbaring dalam waktu
sebentar pada lambung sebelah kanan seraya menghadap kiblat. Tujuannya supaya
seseorang itu sentiasa ingat tempat pembaringannya di dalam kubur nanti. Dengan
demikian, dia berusaha sedaya upaya melakukan amal soleh sebagai bekalannya.
Sedangkan Mazhab Zahiri
mengemukakan pendapat yang berlainan dengan mengatakan bahawa berbaring pada
lambung kanan adalah wajib berlandaskan kepada makna zahir perintah yang
terdapat di dalam hadis ini. Akan tetapi, apa yang pada lambung sebelah kanan setelah
mengerjakan solat sunat fajar.
Bukti inilah yang
memalingkan hukum wajib pada perkataan perintah yang terdapat dalam hadis ini.
Imam Malik menganggap makruh berbuat demikian apabila diniatkan sebagai sunat,
tetapi beliau membolehkan apabila diniatkan sebagai istirehat.
Apa yang dikatanya ini
berpegang kepada apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat Madinah dan perbuatan
yang dilakukan oleh Ibn Umar (ra) yang menurut satu riwayat beliau sering
melempari orang yang berbaring pada lambung setelah mengerjakan solat sunat
fajar dengan batu kerikil.
Fiqh
Hadis
Orang yang solat pada
waktu malam hari din bersyariatkan berbaring pada lambung yang sebelah kanan
untuk merehatkan tubuh dari keletihan setelah lama berdiri ketika mengerjakan
qiyamullail supaya ketika mengerjakan solat Suboh, tubuh menjadi segar kembali
dan penuh semangat.
ii.
Solat
Sunat Zohor
Solat Sunat Rawatib biasa juga
disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia
merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk
mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan
solat fardhu.
Selepas azan
Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu
kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah
solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat
lagi.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan
solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan dirinya dari api neraka” [7]
[H.R. Abu Daud & Tirmidzi]
iii.
Solat
Sunat Asar
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum
Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada
rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda:
Ibnu
Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati
orang yang solat sunat empat rakaat sebelum Asar.” (Hadis riwayat Ahmad dan
At-Tirmizi r.a.) [8]
iv.
Solat
Sunat Maghrib
Selepas
solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah
sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah.
Dari
Anas r.a pula katanya: “Kita semua di zaman Rasulullah SAW bersembahyang dua
rakaat sesudah terbenamnya matahari yakni sebelum Magrib. Ia ditanya: “Apakah
Rasulullah SAW juga bersembahyang sunnah itu? Anas r.a menjawab: “Beliau SAW
melihat lita bresembahyang dua rakaat itu, tetapi beliau SAW tidak menyuruh
melakukannya dan tidak pula melarangnya. [HR Muslim][9]
v.
Solat
Sunat Isyak
Pada solat Isyak terdapat dua rakaat
Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah.
Saya
bersembahyang bersama Nabi Muhammad SAW dua rakaat sesudah Isya’ dan juga
hadithnya Abdullah bin Mughaffal yaktu sabda Nabi SAW: Antaranya dua azan dan
iqamah – itu boleh melakukan solat sunnah. [Muttafaq ‘alaih][10]
4.0 Periwayatan Hadith
Rabi’ah
ibn Malik al-Aslami al-Madani beliau termasuk salah seorang ahli shuffah dan
pernah menjadi pembantu Nabi (s.a.w). Hadis yang diriwayatkannya berjumlah 12.
Abu Salamah ibn Abdul Rahman, Nu’aim al-Majummar, dan Hanzhalah al-Aslami
pernah mengambil riwayat hadis daripadanya. Muslim, Abu Daud, al-Termizi dan
Ibn Majah turut menyebut hadisnya ini.
Dari
Ibn Umar (r.a), berliau berkata: ‘’Saya
sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi
(s’a’w) iaitu dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat
sesudah Maghrub di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya,
dan dua rakaat lagi sebelum Subuh. “ (Muttafaq’alaih)
Dalam
riwayat yang lain disebutkan: ‘’ Dua
rakaat lagi sesudah solat Jumaat di dalam rumahnya. ‘’Menurut Riwayat Muslim
disebutkan seperti berikut: Nabi (s.a.w) apabila fajar telah terbit tidak
mengerjarkan solat (sunat) selain dua rakaat yang singkat.
4.1 Makna Hadith
Oleh kerana hati manusia cenderung menjauhi Allah dalam kebanyakan
waktunya lantaran sibuk dengan urusan dunia,
maka ketika mengerjakan solat dia tidak dapat khusyuk dengan sepenuh
hati, padahal solat merupakan munajat kepada Allah. Di sinilah letaknya solat
Qabliyyah disyaratkan, supaya orang yang solat sudah bersedia untuk hadir
dengan sepenuh hati dihadapan Allah dan bermunajat dengannya.
Disyaratkan pula solat sunat Ba’diyyah untuk menutup kekurangan yang
dilakukan ketika mengerjakan solat fardu. Di antara rahmat Allah adalah
kelalian yang dilakukan semasa mengerjakan solat fardu dapat ditutupi dengan
mengerjakan solat sunat bagi menyempurnakan lagi kekurangan samasa mengerjakan solat fardu.
Ini semata-mata merupakan rahmat Allah (s.w.t).
Iman
Ahmad meriwayatkan habis berikut daripada habis Tamim al-Dari bahawa Rasullulah
(s.a.w) pernah bersabda:
‘’Mula-mula pemeriksaan yang dilakukan ke
atas seseorang manusia pada hari kiamat kelak solat yang telah dilakukannya.
Jika dia telah melakukannya dengan sempurna,maka dipastikan baginya pahala yang
sempurna dan jika dia mengerjakannya dengan tidak sempurna, maka‘Allah
berfirman kepada para malaikatnya:’’Periksakanlah oleh kamu apakah kamu dapati
amalan sunat pada catatan hambaku yang dapat menjadikan sebagai pelengkap bagi
u amalan fardunya?’’ Kemudian masalah Zakat pun demikan pula. Setelah itu semua
amalan perbuatn diperlakukan dengan cara demikan.”
[1]
Surah At-Taubah, 9:103
[2]
Ensiklopedia Solat, hlm 23
[3]
Hadith Riwayat Muttafaq ‘alaih
[4]
Ensiklopedia Solat, hlm 25
[5] Ensiklopedia
Solat, hlm 277
[6]
Riyadhus Shalihin, Bab 198, Jilid 2, hlm, 1101
[7]
Riyadhus Shalihin, hlm 1104
[8]
Ibid, hlm 1106
[9]
Ibid, hlm 1109
[10]
Ibid, hlm 1110
terima kasih atas perkongsian...mohon izin ambil isi untuk assignment saya..semoga ALLAH merahmati^^
ReplyDeleteAlhamdulillah solat sunat dapat menambah pahala untuk menikmati nikmat syurga yang paling tinggi.
ReplyDelete