بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
1.0 Mukadimah
Untuk kesempurnaan hidup manusia,
Allah SWT telah memilih sunnah-sunnah untuk para Anbiya’ s.a.w dan memerintah
kita supaya mengikut mereka dalam perkara-perkara tersebut yang dijadikannya
sebagai syiar atau lambang yang merupakan ciri yang banyak dilakukan untuk
mengenal pengikut masing-masing; dan untuk membezakan mereka dari
golongan-golongan yang lain. Sunnah-sunnah yang tersebut itu dinamakan “sunnah-sunnah
Fitrah”[1]
Kita sebagai umat Islam, hendaklah
mengambil berat dan mengamalkan sedaya mungkin kita segala sunnah dan arahan
yang telah ditetapkan oleh agama kita, supaya dengan hal yang sedemikian, kita
akan menjadi muslim yang benar-benar menghayati cara atau tata-hidup Islam yang
sejati. Kita yakin segala arahan dan tuntutan yang telah ditetapkan itu banyak
mempunyai hikmat atau manafaat yang kembali kepada diri sendiri dan juga kepada
masyarakat baik dalam hidup duniawi mahupun ukhrawi. Jelas kepada kita
Sunnah-sunnah Fitrah ini mengarahkan setiap individu muslim supaya sentiasa
bersih, kemas dan mengambil berat tentang kesihatan diri lahir dan batin,
dengan erti jika ditinggalkan Sunnah-sunnah tersebut akan lahirlah
suasana-suasana yang kurang manis, kurang sopan, kurang keselesaan, lahir rasa
jijik atau sebagainya menurut nilai atau kaca mata Islam yang semuanya ini
bertali erat dengan aspek-aspek rohaniah bagi kesempurnaan pembentukan peribadi
muslim yang sejati. Dalam tulisan ini akan disentuh beberapa aspek penghiasan
diri dari segi lahiriah tanpa menyentuh aspek-aspek rohaniah seperti soal
takabbur, riak, hasad dengki dan seumpamanya dengan harapan memberi kesan yang
baik kepada kita sekalian.
2.0 Dasar Perbincangan
Dasar pembicaraan tulisan ini
ditumpukan kepada dua buah hadith iaitu:
مفردات ~ ٣
Membuang bulu ari-ari
Mencukur bulu ari-ari
Menggunting rambut
Mencabut bulu ketiak
Memotong kuku
Menggunting kuku
Menyimpan janggut
Bersugi; menggosok gigi
Menghisap air ke hidung
Membasuh buku-buku jari
Istinja dengan air
Berkumur-kumur
4.0 Erti Hadith
1. Daripada
Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Lima
perkara merupakan daripada fitrah, iaitu: membuang bulu ari-ari, berkhatan,
menggunting misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku”.
2.
Daripada
Zakaria bin Abi Za’idah bin Mus’ab bin Syaibah, daripada Talq Ibni Habib
daripada Ibnuz Zubair daripada ‘Aisyah r.a, katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sepuluh perkara merupakan
daripada fitrah, iaitu menggunting misai, biarkan janggut, bersugi, menghisap
air ke hidung, mengunting kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak,
mencukur bulu ari-ari, beristinja dengan air. Kata Zakaria, kata Mus’ab (perawi
hadith ini) aku lupa yang ke sepuluh, mungkin ialah berkumur-kumur”.
5.0 Perkara-perkara Sunnah-Sunnah Fitrah
Hadith yang pertama menerangkan ada
lima perkara daripada sunnah-sunnah fitrah. Hadith yang kedua menerangkan
sepuluh perkara termasuk lima perkara yang tersebut di dalam hadith yang
pertama itu. Selain daripada sepuluh perkara tersebut, Sayyid Sabiq memasukkan
beberapa perkara lagi ke dalam senarai sunnah-sunnah fitrah [2] yang dapat dirumuskan ke
semuanya seperti berikut:
1.
Berkhatan
2.
Membuang
bulu ketiak
3.
Membuang
bulu ari-ari
4.
Membuang
kuku
5.
Mengandam
misai
6.
Meyimpan
janggut
7.
Menjaga
rambut
8.
Membiarkan
uban
9.
Mencelup
uban
10. Memakai wangi-wangian
11. Bersugi
12. Menghisap air ke hidung
13. Membasuh jari-jari (termasuk
pelipatan-pelipatan yang selalu melekat kotoran atau daki-daki)
14. Beristinja dengan air
15. Berkumur-kumur
6.0 Riwayat
Hidup Perawi
1.
Nama
sebenarnya ialah Abdur Rahman vin Sakhr (صخر بن الرحمن عبد) dari Yaman. Nama
sebelum Islam ialah Abd Syams (شمس عبد). Beliau digelar oleh Rasulullah SAW “Abu Hirr- Pak Kucing”
ketika beliau sedang mengendung seekor kucing di dalam bajunya. Beliau lebih
suka dipanggil “Abu Hirr” kerana itulah gelaran yang diberi Rasulullah SAW tetapi Abu Hurairah itulah yang lebih terkenal
sehingga mengatasi nama sebenarnya.
Abu
Hurairah berpindah dari Yaman ke Madinah pada tahun ke tujuh Hijrah ketika
perang Khaibar sedang berkecamuk. Beliau sentiasa berdamping dengan
Rasulullah SAW dan berani mengemukakan berbagai pertanyaan
yang tidak berani orang lain bertanya kepada Rasulullah SAW sehingga beliau memperolehi banyak ilmu. Ia
seorang yang wara’, kuat beribadat, berpuasa siang hari dan mendirikan solat di
malam hari. Sentiasa menyeru kepada kebaikan dan menegah dari kemungkaran
dengan tidak membezakan antara orang kaya dan orang miskin, antara pemimpin dan
rakyat jelata.
Ia
terkenal sebagai seorang miskin tetapi sabar dalam menempuh kemiskinan dan
kesukaran hidup sehingga pernah ia mendampingkan batu ke perutnya untuk menahan
dari lapar. Ia bersifat qana’ah dan bersyukur dengan nikmat-nikmat kurniaan
Allah. Banyak bersyukur, bertahmid, bertakbir dan bertasbih di atas segala
kurniaan Allah. Juga terkenal sebagai seorang pemurah, suka bersedekah walaupun
dengan perkara yang sedikit.
Rasulullah SAW pernah menghantar beliau bersama Al-Ala ul
Hadrami (الحضرمي العلاء) ke Bahrain untuk menyebarkan Islam dan mengajar
perkara-perkara agama di sana, dan beliaulah juga bertugas sebagai mu’azzin dan
imam.
Jumlah
hadith yang diriwayatkan oleh beliau sebanyak 5374 buah hadith. Yang
diriwayatkan bersama Bukhari dan Muslim sebanyak 325 buah hadith. Yang
diriwayatkan oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 buah hadith dan oleh Muslim sendiri
tanpa Bukhari berjumlah 189 buah.
Meninggal
dunia pada tahun 59 H ketika berusia 78 tahun dan dimakamkan di perkuburan
Baqi’ di Madinah.
2.
‘Aisyah Ummul Mu’minin
‘Aisyah,
Ummul Mu’minin ialah puteri Abu Bakar As Siddiq. Bondanya bernama Ummu Ruman
binti ‘Amir bin ‘Uwaimir. Berkahwin dengan Rasulullah SAW ketika berusia 6 tahun iaitu 3 tahun sebelum
Rasulullah SAW berhijrah. 3 tahun setelah hijrah iaitu pada
bulan Syawal selepas perang Badr barulah tinggal serumah sebagai suami isteri
dengan Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW wafat, ia baru berusia 18 tahun. Ia adalah
seorang gadis jelita yang cerdik, bijaksana dan luas pengetahuan. Ia adalah
isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Ia digelar oleh
Rasulullah SAW dengan “Al-Humaira”. Dalam peristiwa Hadithul
Ifk, Al-Quran sendiri membersihkan dirinya daripada tuduhan fitnah yang
dilemparkan ke atas dirinya oleh Ahlil Ifk sebagaimana yang tersebut dalam
surah An-Nur ayat yang ke 4.[3]
Maknanya:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang
fasik.
Dalam peperangan Jamal
yang berlaku pada tahun 36H, Aisyah memimpin satu pasukan yang tidak kurang
daripada 30 ribu orang untuk membela di atas kematian Khalifah Uthman r.a dan
memberi ucapan yang berkesan sekali kepada pengikut-pengikutnya. Kerana hasutan
dan fitnah, pasukannya bertempur dengan pasukan Saiyidina Ali r.a yang
berkesudahan pihak Ali mendapat kemenangan.
Jumlah hadith yang diriwayatkannya
ialah 2210 hadith. Yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim sebanyak 316 buah
hadith. Yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim sebanyak 194 buah hadith. Yang
diriwayatkan oleh Bukhari tanpa Muslim berjumlah 54 hadith. Yang diriwayatkan
oleh Muslim tanpa Bukhari 68 hadith. Hadith-hadith diriwayatkan olehnya
bertaburan dalam Sunan Sittah dan dalam himpunan-himpunan hadith yang lain.
Meninggal dunia pada malam
Selasa 17 Ramadan tahun 58 H. Jenazahnya disembahyangkan oleh Abu Hurairah r.a
dan dimakamkan diperkuburan Baqi’.
7.0 Ulasan
I.
Berkhatan
Berkathan adalah sunnah yang telah
diamalkan dalam sejarah umat manusia. Hadith daripada Abi Hurairah menerangkan
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya:
Ibrahim Khalilur Rahman berkhatan setelah meningkat usia lapan puluh tahun: dan
ia berkhatan dengan Al-Qadum/di Al-Qadam[4] [Riwayat Bukhari]
Berkhatan pada lelaki ialah memotong
sedikit kulit penutup kemaluan bagi menghilangkan kekotoran yang terjadi
dibawahnya. Pada perempuan ialah memotong sedikit hujung tunasnya. Para ulama’
berselisih pendapat mengenai hukum berkhatan yang dapat dirumuskan seperti
berikut:
1.
Mazhab Syai’fi : Wajib bagi lelaki dan perempuan.
Inilah pendapat sebahagian ulama.
2.
Mazhab Hanafi: Sunat bagi lelaki dan perempuan
3.
Mazhab Hanbali: Wajib pada lelaki dan sangat
diutamakan pada perempuan
4.
Mazhab Maliki: Wajib bagi lelaki dan sunat bagi
perempuan. Menurut satu riwayat, sunat bagi kedua-duanya.
Alasan golongan yang mewajibkan khatan
berdasarkan kepada beberapa hadith, antaranya:
Ertinya:
Daripada Abi Hurairah r.a katanya: Nabi SAW bersabda : Barangsiapa memeluk Islam hendaklah
berkhatan.
Ertinya:
Wahai Ummu Atiah dangkalkan sahaja, dan jangan dalamkan kerana begini lebih
menyemarakkan muka dan mengasihkan suami [Riwayat Al-Hakam, AtTabararani,
Al-Bahhaqi dan Abi Nu’aim daripada hadith Ad-Dahhak bin Qais]
Juga
berdasarkan kepada perintah Allah SWT yang menyuruh mengikut agama Nabi Ibrahim
sebagaimana firmanNya:
Ertinya:
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut
agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah
ia dari orang-orang musyrik.[5]
Golongan
yang mengatakan khatan adalah sunat, berdasarkan hadith:
Ertinya:
Berkhatan itu sunat pada lelaki dan kemuliaan pada perempuan [6] [Riwayat Ahmad dan
Al-Baihaqi]
Begitu
juga para fuqaha’ berselisih pendapat tentang waktu berkhatan iaitu seperti
berikut:
2.
Mazhab Syafi’I: Wajib bagi penjaga mengkhatankan
kanak-kanak sebelum baligh dan ada pendapat yang mengatakan haram sebelum
berumur sepuluh tahun.[8] Ada pendapat mengatakan
sunat pada hari ketujuh dari hari kelahirannya. [9]
Khatan orang Khuntha (Khunsa)[10]
Para
ulama berselisih pendapat mengenai hukum khatan orang khunsa seperti berikut:
1.
Ada
yang berpendapat wajib dikhatankan kedua-kedua alatnya sebelum baligh
2.
Ada
yang berpendapat tidak harus dikhatankan sehingga jelas fungsinya, inilah
pendapat yang azhar mengikut kata imam An-Nawawi
3.
Adapun
jika seseorang itu mempunyai dua alat kelakiannya, jika kedua-duanya itu
berfungsi, wajib dikhatankan kedua-duanya. Jika hanya satu saja yang berfungsi,
dikhatankan yang berfungsi itu saja.
Bila seseorang manusia
meninggal dunia sebelum dikhatankan, golongan syafi’I berselisih pendapat
kepada tiga pendapat:
1.
Yang
sahih lagi masyhur tidak dikhatankan sama ada besar atau kecil
2.
Dikhatankan
3.
Dikhatankan
yang besar. Tidak pada yang masih kecil
Hikmah dan Faedah Berkhatan
1.
Menghilangkan
kekotoran dan mendatangkan kesihatan
2.
Dapat
menghindarkan kulit daripada mudah melecut dan berkudis
3.
Dapat
menahan daripada penyakit atau kekotoran tidak mudah bersarang di situ
4.
Mendatangkan
kepuasan dan nikmat yang lebih ketika perhubungan seks bagi lelaki dan
perempuan
5.
Pada
perempuan, dapat mengelakkan daripada mudah tersentuh pakaian yang mungkin
membawa kepada lekasnya timbul gelora nafsu.
Beberapa
hukum orang yang tidak berkhatan
1.
Orang
yang tidak berkhatan, bila hendak mengerjakan sembahyanng atau hendak melakukan
amal ibadat, wajib lebih dahulu membersihkan segala kekotoran yang ada dibawah
kulitnya itu
2.
Orang
yang tidak berkhatan, bila meninggal dunia dan sukar hendak membuka kuliltnya
itu wajib dilakukan tayammum kepadanya sebagai penghormatan yang kurang sopan
kepada si mati.
3.
Orang
yang tidak berkhatan bila mandi wajib, wajib ia menyampaikan air ke bawah kulit
yang tertutup itu
II.
Membuang bulu ketiak
Membuang dengan mencukur,
menggunting atau mencabut bulu ketiak hukumnya sunat. Kata Imam An-Nawawi, yang
afdal ialah mencabutnya, jika tahan sakit. [11] Bagi mereka yang biasa mencukurnya, memadai
dengan mencukurnya. Sunat dimulai dengan ketiak kanan. Sekurang-kurangnya
disunatkan membuangnya dalam tempoh 40 hari sekali.
III.
Membuang bulu ari-ari
Mencukur
atau menggunting bulu ari-ari juga hukumnya sunat. Utama bagi lelaki ialah
mencukurnya. Manakala bagi perempuan ialah mencabutnya. Adalah makruh
membiarkannya; lebih-lebih lagi jika dibiarkan sehingga 40 hari. Mengikut Imam
Al-Gazzali, tidak patut dibiarkan melebihi 40 hari. [12]
Pendeknya
mana-mana bulu seperti bulu telinga, hidung atau sebagainya tidak syorkan
disimpan panjang kerana boleh menimbulkan rasa jijik orang-orang di sekeliling
kita.
IV.
Memotong Kuku
Memotong
kuku hukumnya sunat. Kuku tidak disyorkan dibiarkan panjang lebih-lebih lagi
jika berdaki dibawahnya kerana berlawanan dengan semangat Islam yang sentiasa
mengkehendaki umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan
berdisplin. Nabi SAW pernah bersabda:
Ertinya:
Wahai Abu Hurairah!, Potonglah kukumu kerana syaitan itu duduk di atas yang
panjangnya itu.
Jika
terdapat daki atau kekotoran dibawah kuku, maka kekotoran tersebut tidaklah
menghalangi akan sahnya wuduk seseorang itu kerana ia mencegah sampainya air di
situ; dan Islam memberi kelonggaran dalam hal ini. Nabi SAW pernah menyuruh orang memotong kuku dan
menegur orang yang berkuku kotor tetapi tidak pernah menyuruh mereka mengulangi
sembahyang itu. [13]
Cara-cara memotong kuku tangan
1.
Cara
yang diamalkan oleh Ibnu Hajar ialah[14]
-
Dimulai
dengan telunjuk kanan
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
jari manis
-
Kemudian
jari kelingking
-
Kemudian
ibu jari
Kemudian barulah memotong kuku tangan
kiri
-
Dimulai
dengan kelingking
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
jari telunjuk
-
Disudahi
dengan ibu jari kiri
2.
Cara
yang diamalkan oleh Syaikh Ramli dan ulama lain
-
Dimulai
daripada jari kelingking tangan kanan
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
ibu jari
-
Kemudian
jari manis
-
Disudahi
dengan jari telunjuk
Selepas itu barulah pula memotong kuku
tangan kiri dengan tertib seperti berikut:
-
Dimulai
dengan ibu jari
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
jari kelingking
-
Kemudian
jari telunjuk
-
Disudahi
dengan jari manis
3.
Menurut
Imam Ghazali, caranya ialah seperti berikut[15]
-
Dimulai
dengan telunjuk kanan
-
Kemudian
jari manis
-
Kemudian
jari kelingking
-
Kemudian
kelingking jari tangan kiri
-
Kemudian
jari manis
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
jari tengah
-
Kemudian
inu jari tangan kiri
-
Disudahi
dengan ibu jari tangan kanan
Cara Memotong Kuku Kaki
Memotong
kuku kaki dimulai dengan kelingking kaki kanan kemudian dipotong seturutnya
dengan disudahi memotong kuku kelingking kaki kiri.
Hari Memotong Kuku
Berselisihan
hadith yang menerangkan hari-hari dalam seminggu bagi memotong kuku. Ada yang
menerangkan hari Jumaat dan ada pula hari Khamis. Menurut Al-Baihaqi,
Rasulullah suka menggunting misai dan kukunya pada hari
Jumaat. Memotong kuku pada hari Khamis berdasarkan kepada beberapa hadith
riwayat daripada beberapa orang guru dan merupakan amalan mereka. [16]
V.
Misai Dan Janggut
Antara
hadith-hadith yang membicarakan tentang misai dan janggut ialah:
Ertinya:
Daripadda Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Buatlah berlainan dengan
orang-orang musyrikin: lebatkan janggut dan pendekkan misai “Muttafaqun ‘Alaih.
Bukhari menambah :Ibnu Umar, apabila naik haji atau umrah dipegangnya
janggutnya dan mana-mana yang berlebihan dipotongnya”.
Ertinya:
Daripada Zaid bin Arqam: bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa tidak mengambil
daripada misainya maka tiadalah ia daripada golongan kami”
VI.
Misai
Daripada hadith di atas,
para ulama berselisih faham mengenai misa, antara lain seperti berikut:
1.
Kebanyakan
golongan salaf berpendapat misai hendaklah di dibuang dan dicukur
2.
Ada
golongan yang melarang mencukur atau membuang misai
3.
Misai
hendaklah diandam sehingga bibir mulut dan janganlah mencukurnya
1
Dari
keterangan di atas nyata kepada kita, menggunting misai atau mengandamnya itu
bertujuan supaya kelihatan kemas jangan sampai kelihatan berselekeh tidak
terurus sehingga boleh menggangu kecantikan muka seseorang dan juga supaya
tidak berlumuran dangan makanan ketika makan. Itulah tujuan disuruh
mengguntingkan misai sebagai suatu arahan yang baik, bukannya suruhan wajib:
dan inilah pendapat mazhab Syafi’i. [17]
Jadi
bagi sesiapa yang menyimpan misai hendaklah sentiasa mengandamnya dengan kemas
dengan memotong tepi-tepi misai sebelah atas dan sebelah bawahnya sehingga
kelihatan merah bibir mulut. Janganlah dibiar misai tidak terurus sehingga
menutupi merah bibir mulut. Tetapi tidak mengapa membiarkan panjang hujung
misai sebagaimana yang dibuat oleh Saiyidina Umar r.a. Mengikut setengah
pendapat ulama muta’akhirin, mencukur misai hukumnya sunat kerana ada hadith
menerangkan yang demikian itu. [18]
Supaya
sentiasa kemas dan bersih perkara-perkara yang tersebut di atas hendaklah
dijaga mengikut arahan-arahan yang terlah diterangkan itu. Jangan sekali-kali
dibiarkan tidak terurus melebihi 40 hari. Rasulullah SAW menerangkan :
Ertinya:
Daripada Anas bin Malik katanya: Rasulullah SAW telah menetapkan waktu bagi kami menggunting
misai, memotong kuku, mencukur bulu ari-ari dan mencabut bulu ketiak tidak
dibiarkannya melebihi 40 hari [Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Turmizi, Nasa’I dan
Abu Daud]
VII.
Menyimpan Janggut
Menyimpan janggut hukumnya
sunat. Tetapi ulama berselisih tentang memotongnya. Ada yang mengatakan boleh
memotongnya dan ada yang mengatakan tidak syorkan memotongnya. Ada mengatakan
tidak mengapa memotong janggut yang lebih dari genggaman kerana setengah
sahabat seperti Abdullah bin Umar bin Khattab r.a berbuat demikian. Tetapi
Al-Hasan Al-Basri dan lain-lainnya lebih suka dibiarkan janggut dengan
keadaannya berdasarkan sabda Rasulullah SAW : اإلحى اعفوا (biarkan janggut itu lebat).
Dari hadith ini jumhur
ulama berpendapat lebih utama membiarkan janggut dengan keadaaannya dengan
tidak memotongnya. Inilah pendapat golongan Syari’i. Kata Qadhi ‘Iyah, makruh
mencukur atau mengguntingnya. Kata Qurtubi: tidak harus mencukur, mencabut atau
menggunting kelebatan janggut. [19]
Dalam hal ini kita
bersetuju dengan pendapat Sayyid Sabiq bahawa hendaklah sederhana. Menyimpan
janggut dan membiarkannya lebat adalah mendatangkan kehebatan. Jadi janganlah
dipendekkan seakan-akan dicukur dan jangan pula dibiarkan terlalu panjang
sehingga kelihatan hodoh dan tidak terurus. Bahkan hendaklah diambil jalan
tengah kerana jalan tengah itulah yang sebaik-baiknya dalam segenap pekara.
Menyimpan janggut ini juga menunjukkan sifat kelakian yang sempurna dan matang.[20]
Makruh
Mengenai Janggut
Imam Al-Ghazali
menerangkan ada 10 perkara yang mankruh mengenai janggut:[21]
1.
Menghitamkan
janggut yang telah beruban adalah ditegah kerana menyerupai orang muda.
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya:
Sebaik-baik orang muda kamu, orang yang berlagak menyerupai orang tua kamu dan
sejahat-jahat orang tua kamu, orang yang berlagak menyerupai orang muda kamu.[22]
Baginda SAW juga menegah daripada mencelup dengan hitam
sabda baginda SAW :
Ertinya:
Mencelup hitam itu adalah celupan ahli neraka.
Mengikut
lafaz yang lain :
Ertinya: Mencelup hitam itu ialah celupan orang-orang
kafir.[23]
Ertinya:
Aka nada di akhir zaman nanti golongan yang mencelup dengan hitam laksana
uncang makanan merpati, mereka itu tidak mencium bau syurga.[24]
2.
Menguningkan
janggut atau memerahkannya di kala berperang supaya kelihatan hebat dan gerun
oleh musuh adalah harus. Jika tidak berperang, hanya untuk meniru-niru orang
alim adalah perbuatan tercela. Tetapi kata setengah ulama sunat memerahkan
janggut walaupun bukan untuk berperang berdasarkan hadith Rasulullah SAW :
Ertinya: mencelup kuning
itu celupan orang Islam dan merah itu celupan orang mukmin. [25]
Sebab itulah terdapat
ulama-ulama dahulu mencelup dengan warna merah dan kuning.
3.
Memutihkan
janggut dengan belerang supaya kelihatan lebih tua untuk mendapat penghormatan
dan memperlihatkan banyak ilmu, maka perbuatan ini adalah makruh. Sesungguhnya
banyak ilmu ini bukanlah terletak pada umur atau pada janggut tetapi pada
beberapa kebolehan yang diperolehinya dari daya fikiran dan pengajiannya. Imam Malik
r.a pernah berkata “Telah pernak ku baca dalam setengah-setengah buku:
janganlah kamu terpedaya oleh janggut, kerana kambing jantan juga ada mempunyai
janggut”. Dan Amr bin Al-Ula pula berkata : “Apabila engkau lihat seorang
lelaki yang tinggi, kecil badannya berjanggut lebat, maka engkau hukumlah dia
itu orang bodoh walaupun dia itu Umaiyah bin Abd Syam”[26]
4.
Mencabut
janggut yang beruban hukumnya makruh. Rasulullah SAW mencegah daripada mencabut uban dan bersabda المؤمن
نور هو , ertinya :”uban
itu adalah cahaya orang mukmin”. Oleh itu kerana uban itu cahaya dari Tuhan,
maka bencikan uban bererti bencikan cahaya.
5.
Makruh
mencabut janggut atau mencabut sebahagiannya secara main-main sahaja pun juga
boleh menghodohkan potongan. Saiyidina Umar bin Al-Khattab dan Abi Laila Qadi
Madinah pernah menolak kesaksian orang yang mencabut janggutnya.
6.
Menggunting
janggut dengan bentuk persegi bagi menarik wanita dan menghiasi diri yang mana
menurut kata Ka’abul Ahkbar yang bermaksud: “Akan ada diakhir zaman nanti
orang-orang yang menggunting janggut mereka ala ekor merpati, membengkukkan
sepatu laksana sabit, mereka itulah orang yang tidak berakhlak.
7.
Berlebihan
memanjangkan janggut seperti lebih panjangkan jambang sehingga melampaui tulang
dagu dan sampai ke pertengahan pipi, ini bukanlah sifat orang baik-baik.
8.
Menyisir
janggut dengan tujuan bercantik-cantik supaya dipuji orang juga makruh. Begitu
juga makruh membiarkan janggut tidak bersisir supaya orang menganggapnya Zahid,
soleh, wara’ atau sebaliknya.
9.
Memandang
kepada janggut yang hitam atau putih dengan perasaan ujub adalah merupakan
sifat yang tercela. Bahkan tercela baik tentang janggut, tentang segala anggota
badan malah pada semua perangai dan perbuatan.
VIII.
Menjaga
Rambut
Rambut ialah merupakan perhiasan yang
dianugerahkan oleh Allah kepada lelaki dan perempuan. Menyimpan rambut hukumnya
sunat kerana junjungan besar kita SAW berbuat demikian. Baginda menyimpan rambut
sampai ke bahu dan kadang kala lebih pendek daripada itu, kemudian baginda
mencukurnya.[27]
Ertinya: Adalah aku mandi bersama
Rasulullah SAW daripada sebuah bejana dana adalah baginya
rambut lebat merimbun dan kurang daripada panjang sampai ke bahu.
Disamping itu diharuskan juga bagi
orang lelaki mendandan rambut walaupun dengan beberapa dandan, berdasarkan
hadith:
Ertinya: Daripada
IX.
Mencelup Uban
Mencelup
uban dengan inai, dengan warna merah, dengan warna kekuningan atau dengan warna
perang adalah sunat menurut mazhab Syafi’I samada janggut atau rambut bagi lelaki
dan perempuan. Mengenai mencelup uban ini hadith daripada Abi Hurairah r.a
katanta Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup rambut mereka itu,
maka hendaklah kamu menyalahi mereka itu [Riwayat Al-Jama’ah]
Satu
lagi hadith daripada Abi Zarrin r.a kataya: Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya:
Sebaik-baik bahan untuk kamu ubahkan warna uban ini ialah inai dan Al-katm[28] [Riwayat berlima]
Dari
hadith-hadith di atas nyatalah disuruh mencelup uban dengan warna-warna yang
telah diterangkan itu. Tetapi ada setengah pendapat mengatakan makruh mencelup
uban. Diriwayatkan daripada sesetengah sahabat mengatakan lebih afdal tidak
mencelup uban, tetapi ada pula yang mengatakan mencelupnya itu adalah lebih
afdal.
Sesetengah
sahabat mencelupnya dengan warna kuning, sesetengahnya pula dengan inai dan
al-khatm, ada pula dengan z’afaran, segolongan mereka dengan hitam. [29] Kata Imam Nawawi, yang
sahih bahkan yang betulnya haram: yakni mencelup dengan warna hitam.[30] Ada pula pendapat yang
mengatakan hanya makruh. Ternyata perselisihan-perselisihan ini mengikut
perbezaan keadaan dan kebiasaan masing-masing. Suruh dan tegah dalam hal ini
bukanlah perkara wajib. Ada pendapat mengatakan harus perempuan bersuami
mencelupkannya dengan warna hitam bagi kesukaan suami.
Perlu
diingatkan dalam hal mencelup uban ini, sekali-kali janganlah menggunakan
bahan-bahan yang boleh mencegah daripada sampainya air ke rambut kerana bila
menggunakan bahan-bahan yang boleh mencegah daripada sampainya air ke rambut;
dan bila air tidak sampai ke rambut, maka bila mandi wajib atau mengambil wudu’
tidaklah dikira sah kerana air tidak membasahi rambut yang berbalut dengan
bahan-bahan pencelup yang seperti itu.
X.
Memakai bau-bauan
Memakai bau-bauan atau
wangi-wangian hukumnya sunat, kerana boleh menyegarkan perasaan dan menimbulkan
kegembiraan dan kecergasan badan. Mengenai ini hadith menerangkan:
Daripada Anas r.a katanya
Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: Diantara
kesenangan-kesenangan dunia yang saya sukai ialah wanita dan bau-bauan dan
dijadikan keterangan hatiku ketika di dalam sembahyang [Riwayat Ahmad dan
Nasa’i]
Daripada Abi Hurairah r.a
bahawa Nabi SAW bersabda:
Ertinya: Sesiapa yang
berwangi-wangian, maka janganlah menolaknya, kerana ia ringan dibawa dan
semerbak baunya [Riwayat Muslim, Nasa’I dan Abu Daud]
Memakai wangi-wangian bagi
perempuan yang hendak ke masjid adalah ditegah. Kata Ibnu Daqiq, haram memakai
bau-bauan bagi perempuan yang hendak keluar masjid kerana merupakan
pergerakkannya yang membangkitkan nafsu lelaki.[31] Kata Muhammad Nasir
A;-Din Al-Bani:
Jika haram ke atas
perempuan yang hendak ke masjid maka apakah gerangan ke atas perempuan yang
hendak ke pecan, ke kedai dan keluar ke jalan-jalan raya? Tentulah tidak syak
lagi lebih diharamkan lagi lebih diharamkan lagi dan lebih besar dosanya. Dan
Al-Haitami menyebut di dalam “Az-Zawajir” (2.:37) bahawa keluarnya perempuan
dari rumah dengan memakai wangi-wangian dan berhias itu adalah dari jumlah dosa
besar walaupun dengan seizing suaminya. [32]
Diantara hadith-hadith
yang mencela perbuatan kaum perempuan memakai wang-wangian ialah:
Ertinya: Mana-mana
perempuan memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas ia keluar lantas ia lalu
di atas orang ramai supaya mereka itu mendapati baunya, maka dia adalah penzina
dan setiap mata juga penzina [Riwayat Ahmad, Nasa’I, Al-Hakim daripada Abi
Musa].
Ertinya: Apabila orang
perempuan memakai bau-bauan maka dia lalu di atas orang ramai supaya mereka
dapati baunya maka dia adalah penzina [Bukhari, Muslim, Abi Daud, Turmuzi,
Nasa’I daripada Abi Musa]
Ertinya: Apabila seseorang
perempuan itu memakai wangi-wangian selain daripada untuk suaminya, maka
sesungguhnya itu adalah api neraka dan seburuk-buruk kecelaan [Riwayat Tabarani
daripada Anas]
Ertinya: Mana-mana
perempuan yang mengenakan wangi-wangian maka janganlah hadir bersama-sama kami
bersembayang Isya [Riwayat Ahmad, Muslim, Abi Daud, Nasa’I daripada Abi
Hurairah]
Ertinya: Apabila seseorang
kamu (perempuan) hendaklah ke masjid, maka janganlah sekali-kali mendekatkan
bau-bauan [Riwayat Ahmad daripada Zainab Ath Thaqafiyah]
Apabila orang perempuan
keluar ke masjid maka hendaklah ia mandi daripada bau-bauan sebagaimana ia
mandi junub.
[1]
Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah, Jilid 1, hlm 64
[2]
Lihat Fiqhus Sunnah, Jilid 1, Bab Sunatul Fitrah, hlm 64-70
[3] An
Nuur, 24: 2
[4]
Al-Qadum bererti beliung. Boleh juga dimaksudkan suatu tempat di negeri Syam.
[5]
Surah An-Nahl, 16: 123
[6]
Menurut Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunnah, Jilid I, hlm 68, hadith-hadith yang
menyuruh khatan perempuan semuanya lemah dan tidak satupun sah.
[7]
Nailul Autar I, hlm 134
[8]
Ibid
[9]
Fiqhus Sunnah I, hlm 65
[10]
Nailul Autar I, hlm 136
[11]
Nailul Autar I, hlm 131
[12]
Ihya’ II, hlm 250
[13]
Ihya’ I, hlm 141
[14]
Sabilul Muhtadin, hlm 56
[15]
Ihya’ I, hlm 141
[16]
Bahrul Mazi 19, hlm 172
[17]
Ibid, hlm 173
[18]
Sahilul Muhtadin, hlm 56
[19]
Bahrul Mazi Jild 19, hlm 175
[20]
Fiqhus Sunnah, Jilid 1, hlm 66
[21]
Ihya’ 1, hlm 143
[22]
Riwayat Tabarani dari hadith Wa’ilah dengan isnad yang daif
[23]
Dikeluarkan oleh Tabarani dan Al-Hakim dari hadith Ibn Umar dengan lafaz
“Al-Kafir” kata Ibnu Hatim, hadith munkar
[24]
Riwayat Abi Daud dan Nasa’I daripada hadith Ibn Abbas dengan isnad yang baik
(jaiyyid)
[25]
Tabarani dan Al-Hakim dari Ibn Umar. Kata Ibnu Abi Hatim, hadith munkar
[26]
Umaiyah bin Abd Syam ialah nenek Bani Umaiyah, ketua Quraisy yang terkemuka di
Kota Makkah. Beliau ialah anak saudara kepada Bani Hasyim bin Muttalib, seorang
panglima perang terkenal.
[27]
Bahrul Mazi, Jilid 12, hlm 138
[28]
Al-katm ialah sejenis tumbuhan yang mengeluarkan celupan kemerah-merahan
[29]
Fiqhus Sunnah, I & II, hlm 69
[30]
Nailul Autar 1, hlm 140
[31]
Fiqhus Sunnah I, hlm 69
[32]
Hijabul Mar-atil Muslimah, hlm 65
No comments:
Post a Comment