Pages

Wednesday 2 May 2018

Kedudukan, kepentingan dan keperluan Ilmu Mantiq


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

 

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين




Pengenalan

Ilmu mantiq sering disebut sebagai bapa segala ilmu atau dikatakan ilmu dari segala yang benar kerana ilmu mantiq ialah sebagai alat untuk menuju ilmu yang benar, atau kerana ilmu yang benar perlu pengarahan mantiq (Qomar, Muljamil 2005).

 
Ilmu mantiq boeh didefiniskan sebagai sesuatu ilmu yang diketahui dan yang dipercayai secara pasti dan sesuai dengan kenyataan yang muncul dari satu alasan atau perbahasan berasaskan dalilan (pembuktian). Selain itu, ilmu mantiq juga bererti gambaran yang ada pada akal tentang sesuatu Umpamanya kambing, kuda dan lain-lain. Jika kambing disebut maka muncullah gambaran pada akal dengan sendirinya. Ilmu seperti ini disebut ilmu tashawwur. Di antara fungsi ilmu ialah untuk menelusuri segala sesuatu itu sesuai dengan kenyataannya atau tidak (Rahimin Affandi Abd. Rahim 2002).

 
Pada dasarnya pengertian ilmu mantiq telah banyak didefinisikan oleh para Ulama’, dan pakar ilmu mantiq dengan pengertian yang beragam, meskipun pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantiq sebagai suatu kata yang dibakukan untuk sebuah disiplin ilmu. Ilmu mantiq merupakan bahasa Arab dan merupakan terjemahan dari kata logik, oleh sebab itu ilmu mantiq juga boleh disebut sebagai ilmu logik. Dalam kaitannya dengan pengertian ilmu mantiq, seperti yang telah penulis kutip dari bukunya Prof. Dr. H. Baihaqi A.K (1996), yang berjudul “Ilmu Mantiq”: Teknik berfikir logik”, dalam bukunya tersebut, Baihaqi mengungkapkan bahawa ilmu mantiq adalah merupakan suatu ilmu yang membahas tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia dalam berfikir, supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar, sehingga dia terhindar dari kesalahan berfikir, yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru. Mantiq secara etimologi atau bahasa berasal dari dua bahasa, iaitu bahasa Arab nataqa yang bererti berkata atau berucap dan bahasa latin logos yang bererti perkataan atau sabda.

 

Pengertian mantiq menurut istilah ialah:

a.     Alat atau dasar yang gunanya untuk menjaga dari kesalahan berfikir.

b.      Sebuah ilmu yang membahaskan tentang alat dan formula berfikir sehingga seseorang yang menggunakannya akalnya selamat dari berfikir yang salah.

 

Kedudukan Ilmu Mantiq

Menurut Mohd Fauzi Hamat (2002), dalam bidang kajian Mantiq dan juga Falsafah, terdapat perbezaan pandangan di kalangan ahli Falsafah dalam menentukan kedudukan Mantiq, sama ada ia alat bagi Falsafah atau sebahagian dari Falsafah itu sendiri. Namun, majoriti ahli Falsafah berpendapat bahawa Mantiq adalah alat bagi Falsafah dan berdasarkan apa yang dicatatkan oleh al-Ghazali di dalam al-Mustasfa, ternyata Imam al-Ghazali lebih cenderung bersetuju dengan pandangan mereka di mana beliau melihat Mantiq sebagai suatu metodologi, suatu alat dan mukadimah bagi ilmu.

 

Manakala menurut Ilmu Sa‘īd Fawdah di dalam Wan Haslan Khairudin (t.tt), mantiq adalah ilmu akliah iaitu berkenaan akal fikiran. Ilmu Mantik disifatkan sebagai alat atau ilmu alat yang penting kepada ilmu-ilmu lain seperti bahasa, Falsafah, Akidah atau Kalam, Fiqah atau Usul Fiqah dan sebagainya. Sunggupun begitu, apabila Ilmu Mantik disifatkan sebagai Ilmu alat, Wan Haslan (Wan Haslan Khairuddin, t.tt) menyarankan maka ilmu ini perlu dikuasai terlebih dahulu dengan sebaiknya sebelum memahami kandungan ilmu-ilmu lain yang berbentuk ilmu maksud atau matlamat seperti ilmu atau pengetahuan berkaitan al-Quran, Hadis, Tafsir, Akidah dan Fiqah

 
Keperluan dan Kepentingan Ilmu Mantiq

Setelah kita membahas panjang lebar mengenai pengertian dan sejrah ilmu mantiq, harusnya kita juga mengetahui manfaat mempelajari Ilmu Mantiq. Kepentingan ilmu mantiq ini ialah supaya manusia dapat berfikir dengan benar hingga sampainya seseorang pada kesimpulan yang benar tanpa mempertimbangkan keadaan dan situasi yang kemungkinan dapat mempengaruhi seseorang (H. Baihaqi A.K 1996),  menajamkan akal dan fikiran serta memelihara akal daripada tersalah dalam berfikir (Wan Haslan Khairuddin t.tt), kepentingan untuk mengetahui hiraki ilmu-ilmu terpenting dan mempelajarinya untuk membina potensi akal dan intelek yang sihat. Proses pembinaan intelek yang sebenar akan berjalan lancar apabila seseorang itu mempelajari tigajenis ilmu yang utama; (i) ilmu kesempurnaan intelek dan kewajipan roh (Usuluddin), (ii) ilmu tindakan dan kewajipan hati (akhlak dan Tasawwuf) dan (iii) Ilmu mengenai tindakan dan kewajipan dalam kehidupan lahiriah (Rahimin Affandi Abd. Rahim 2002)

 

Ilmu mantiq adalah perlu di dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan alat kepada ilmu.  Oleh demikian, ialah setiap orang harus mempelajari ilmu mantiq agar dalam mengambil kesimpulan seseorang tak lagi salah. Ilmu mantiq yang menuntun mereka untuk sampai pada kesimpulan yang benar. Karena bisa saja seseorang melakukan kesimpulan yang benar tanpa melalui ilmu mantiq. Itu mungkin saja kebetulan, kerana yang dapat menghasilkan kesimpulan atau hasil akhir yang benar adalah ilmu mantiq. Oleh sebab itulah ilmu mantiq disebut sebagai jambatan dari segala ilmu.

 

Kesimpulan

Ilmu mantiq merupakan suatu ilmu yang membahas tentang kaedah dan teknik berfikir yang dapat membimbing manusia dalam berfikir supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar, sehingga dia terhindar dari kesalahan berfikir, yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru. Keperluan mempelajari ilmu mantiq tidak lepas dari pengertian ilmu mantiq itu sendiri, di mana ilmu mantiq bertujuan untuk melatih minda (akal) supaya dapat berfikir secara logik dalam aspek melatih, mendidik, serta mengembangkan potensi akal dalam mengkaji objek fikir dalam menggunakan metodologi berfikir, serta menempatkan persoalan dan menunaikan sesuatu tugas pada suatu keadaan dan waktu yang tepat. Selain itu juga ia agar dapat membezakan antara proses berfikir yang benar (hak) dengan yang salah (batil). Fedah mempelajari ilmu mantiq salah satunya adalah membuat daya fikir tidak saja menjadi lebih tajam akan tetapi juga menjadikan fikiran kita jadi lebih berkembang, melalui latihan-latihan berfikir dan menganalisis serta mengungkap suatu permasalahan secara ilmiah.

 

 

Rujukan:

H. Baihaqi A. K. 1996. Ilmu Mantik: Teknik Dasar Berpikir Logik. Penerbit : Darul Ulum Press

 

Mohd Fauzi bin Hamat. 2002. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam 3, no. 1 (2002): 33-56

 

Qomar, Muljamil. 2005. Epistemologi Pendidikan Islam: dari metode rasional hingga metode kritik. Erlangga

 

Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2002. Memperkasakan Budaya Berfikir Islam: Suatu Analisis." Jurnal Akidah & Pemikiran Islam 3, no. 1 (2002): 57-80.

 

Wan Haslan Khairuddin. t.tt. Ilmu Mantik Dalam Tradisi Keilmuan Islam. UKM, Bangi

 

No comments:

Post a Comment