السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Segala
puji-pujian dirafa’kan kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta sekalian alam, Tuhan
yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita hambaNya supaya dapat kita
pergunakan masa untuk beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya. Selawat dan
salam ditujukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad
, Rasul pilihan yang menunjukkan teladan akhlak mulia supaya menjadi
contoh dan ikutan umatnya.
Tujuan esei ini
dibuat adalah untuk mengupas dan menganalisa sebuah tulisan hasil nukilan Dr.
Adian Husaini iaitu Ketua Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia yang bertajuk Pluralisme
Agama: Musuh-musuh agama (pandangan Katolik, Protestan, Hindu dan Islam
terhadap fahaman Pluralisme Agama).
Alhamdulillah,
penulis berjaya memuat-turun (download) hasil tulisan Dr. Adian Husaini
ini dalam bentuk e-book yang boleh
diakses di http://www.adianhusaini.com.
1.0 Latarbelakang Dr. Adian Husaini
Dr.
Adian Husaini, M.A., (lahir di Bojonegoro, Jawa Timur pada 17 Desember 1965.
Beliau adalah Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, sekretaris jenderal
Komite Indonesia untuk Solidaritas Dunia Islam (KISDI) dan Komitee Indonesia
untuk Solidaritas Palestina-Majelis Ulama Indonesia (KISP-MUI), Anggota Komisi
Kerukunan Umat Beragama Majelis Ulama Indonesia (MUI), dan anggota pengurus
Majlis Tabligh Muhammadiyah.
Beliau
memperoleh pendidikan Islamnya dari Madrasah Diniyah Nurul Ilmi Bojonegoro
(1971-1977), Pondok Pesantren Ar Rasyid Kendal Bojonegoro (1981-1984), Pondok
Pesantren Ulil Albab Bogor (1988-1989), dan Lembaga Pendidikan Bahasa Arab,
LIPIA Jakarta (1988).
Beliau
merupakan graduan lulusan Sarjana Muda dalam bidang Kedoktoran Haiwan dari
Institut Pertanian Bogor (IPB), dan menerima Ijazah Sarjana (Master) dalam
bidang Hubungan Antarabangsa yang diperolehinya dari Pascasarjana Program
Hubungan Internasional Universitas Jayabaya Jakarta. Selanjutnya beliau dianugerahkan
dengan gelaran Dortor Falsafah (PhD) selepas menamatkan pengajian di Institute
of Islamic Thought and Civilization-International Islamic University Malaysia
(ISTAC-IIUM) dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam.
Salah
satu aktiviti ilmiah dan organisasinya adalah sebagai peneliti di Indonesian
Society for Middle East Studies (ISMES) Jakarta, Institute for the Study of
Islamic Thought & Civilizations (INSIST), dan Staf di Pusat Kajian Timur
Tengah dan Islam Universitas Indonesia (PKTTI-UI) Jakarta.
Dr.
Adian Husaini juga pernah menjadi wartawan Harian Berita Buana Jakarta, Harian
Republika Jakarta, dan analis berita di Radio Muslim FM Jakarta, serta dosen
Jurnalistik dan pemikiran Islam di Universitas Ibnu Khaldun Bogor dan Pesantren
Tinggi (Ma’had ‘Aly) Husnayain Jakarta.[1]
2.0 Pembahagian Bab/Topik
Buku
Pluralisme Agama : Musuh Agama-Agama (Pandangan Katolik, Protestan, Hindu dan
Islam terhadap fahaman Pluraslime Agama) ini mengandungi beberapa pembahagian
topik dan sub-topik iaitu :
Topik/Sub
Topik
|
Butiran
Topik
|
I
|
Pluralisme
Agama : Definisi dan Penyebarannya
|
II
|
Pandangan
Katolik
|
III
|
Pandangan
Protestan
|
IV
|
Pandangan
Hindu
|
V
|
Pandangan
Islam
|
V.1
|
Masalah
Kebebasan Beragama
|
V.2
|
Minyak Babi
Cap Unta
|
Buku
ini mempunyai 37 halaman dan telah terbitkan oleh Dewan Da’wah Islamiyah
Indonesia pada tahun 2010.
Boleh
penulis rumuskan bahawa penulisan Dr. Adian Husaini tentang fahaman pluralisma
ini adalah bersifat tematik dan iaitu:
a.
menggunakan kaedah pengelompokan
agama-agama besar dunia, dan
b.
berdasarkan lokasi tempat negara
beliau iaitu permasalahan pluralisma agama di Indonesia
3.0 Ulasan/Kupasan
Setiap Topik
a.
Topik I : Pluralisme Agama
: Definisi dan Penyebarannya
Pada bahagian ini Dr. Adian Husaini menjelaskan definisi pluralisma agama
adalah merujuk kepada andaian bahawa semua agama adalah sama dengan meletakkan
kebenaran agama-agama sebagai kebenaram relative dan menempatkan semua agama di
dunia di dalam kedudukan yang setara.
Beliau ada juga merujuk beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal dan
fahaman pluralisma yang menghuraikan definisi pluralisma itu sendiri. Antaranya
ialah Moses Mendelsohn (1729-1786) yang mengkritik eksklusif agama Yahudi
bahawa seluruh penduduk bumi mempunyai hak yang sah atas keselamatan dan cara
untuk mencapai keselamatan tersebut bukan hanya boleh dicapai melalui agama
Yahudi sahaja.
Dr. Adian juga memetik kata-kata Charles Kimball yang mengatakan bahawa
salah satu cirri-ciri agama jahat ialah yang mendakwa hanya agamanya sendiri
yang benar iaitu dengan lebih tepat mendakwa hanya agamanya yang memiliki
kebenaran mutlak.
b.
Topik II: Pandangan Katolik
Pada bahagian ini Dr. Adian telah mendedahkan kepada pembaca bahawa
fahaman Pluralisma agama ini adalah ditentang oleh pihak gereja yang bermazhab
Katolik. Dr. Adian juga turut menyenaraikan beberapa tokoh teologi dikalangan
Kristian seperti John Hick, Paul F. Knitter (Protestan) dan Raimundo Panikkar
(Katolik) yang mendakwa bahawa fahaman pluralisma agama adalah satu fahaman
yang menolak eksklusivisme kebenaran. Bagi tokoh-tokoh tersebut di atas,
anggapan bahawa pluralisma agama adalah sesuai dengan zaman dan merupakan
warisan falsafah pencerahan 300 tahun lalu.
Jelas bahawa semua fahaman yang dibawa oleh tokoh-tokoh yang disebut
diatas adalah ditolak oleh pihak gereja Katolik. Pada tahin 2000, pihak Vatican
telah menerbitkan penjelasan “Dominus Jesus” iaitu suatu bentuk penjelasan yang
selain daripada menolak pluralisma agama, tetapi juga turut menegaskan kembali kepada
seluruh penganut Kristian bahawa Jesus Christ adalah satu-satunya pengantara
keselamatan Ilahi dan tidak ada orang yang boleh menimbulkan reaksi yang
sebalikknya.
c.
Topik III: Pandangan
Protestan
Dr. Adian menulis bahawa pandangan Protestan adalah berbeza berbanding
dengan pandangan Katolik. Ini disebabkan oleh golongan Kristian Katolik
mempunyai pemimpin yang berkedudukan dan mempunyai hiraki tinggi di gereja. Dr.
Adian juga menjelaskan bahawa ramai dikalangan teologi-teologi Protetan adalah
pendokong dan menjadi pelopor kepada fahaman pluralisma agama.
Pada bahagian ini, Dr. Adian hanya merujuk kepada tokoh-tokoh Kristian
yang berbangsa Indonesia tetapi beragama Kristian Protestan seperti Poltak YP
Sibarani dan Bernard Jody A. Siregar.
Namun menurut Dr. Adian, terdapat seorang tokoh iaitu Dr. Stevri Lumitang
dari golongan Protestan telah mengkritik fahaman Pluralisma ini. Yang mana Dr.
Stevri berhujah bahawa Pluralisma agama adalah sangat bahaya bagi agama
Kristian kerana pluralisma bukanlah
berkenaan konsep sosiologis ataupun antropologis. Tetapi merupakan
sebuah falsafah yang bertitik tolak dari fahaman yang tidak bersendikan
al-Kitab iaitu Injil. Dr. Stevri juga menolaj kemajmukan di dalam beragama yang
menjadi landas kepada toleransi agama.
Di dalam bahagian ini, Dr. Adian menceritakan bahawa pandangan golongan Kristian
Protestan yang terdapat di Indonesia mempunyai 2 sudut pandang yang berbeza
tentang fahaman Pluralisma ini. Kelompok pertama ialah yang menyokong toleransi
agama, manakala kelompok kedua adalah yang menolak pluralisma dan toleransi
agama.
d.
Topik IV : Pandangan Hindu
Dr. Adian menjelaskan di dalam bukunya bahawa kebanyakan penganut fahaman
Pluralisma Agama seringkali merujuk atau menggunapakai ucapan-ucapan
tokoh-tokoh yang beragama Hindu untuk berhujah dan menegakkan idea-idea meraka
tentang pluralisma. Antara tokoh yang beragama Hindu yang seringkali disebut
ialah Mahatma Ghandi yang mana menurut Mahatma Ghandi semua agama
itu adalah diibaratkan seperti pohon yang memiliki banyak cabang tetapi
mempunyai satu akar. Akar itulah yang menjadi asal dan orientasi semua
agama.
Dr. Adian juga turut menjelaskan bahawa fahaman Pluralisma agama
dikalangan penganut agama Hindu adalah dibawa atau dipelopori golongan
neo-Hindu. Antara tohok tersebut ialah Ram Mohan Roy (1772-1833). Roy adalah
merupakan seorang berpendirian Brahmo Samaj yang dipengaruhi oleh ajaran-ajaran
gereja Unitarian iaitu sebuah sub denominasi agama Kristian hederodoks. Selain
daripada mempelajari agama Kristian, Islam dan Sansekerta, Roy juga turut
mempelajari bahasa Ibrani dan Yunani dengan cita-cita untuk menterjemahkan
Bibel ke dalam Bahasa Benggali. Roy juga mengaku sebagai membawa pembaharuan
dalam agama Hindu dan memandang Hindu dari kacamata colonial Kristian yang
telah dibengkokkan.
Pengganti Roy ialah Debendranath Tagore dan Kashub Chandra Sen yang cuba
menggabungkan lebih banyak idea-idea Kristian ke dalam neo Hinduisme. Malah Sen
turut memberi nafas baru dengan mencampur adukan kitab suci Brahmo Samaj dengan
yang berisi ayat-ayat dari pelbagai agama yang berbeza termasuk agama Yahudi,
Kristian, Islam, Hindu dan Budhis. Tindakannya itu telah menyebabkan Sen
menjadi murtad Hindu.
Dr. Adian juga menegaskan bahawa agama Hindu adalah sebuah agama yang
bersifat pluralistic di dunia. Ini kerana agama Hindu mengajar bahawa ada
banyak jalan, banyak orang suci, banyak kitab dan tidak ada suatu agama pun
yang boleh mendakwa bahawa agama tersebut mempunyai kebenaran ekslusif. Ini
bermakna agama Hindu tidak mengakui sati kesatuan atas kebenaran. Sebaliknya
agama Hindu mengakui satu kesatuan total dan mendalam tapi satu kesatuan yang
cukup luas untuk membenarkan keberagamaan dan mengintegrasikan keseberagamaan seperti
banyaknya daun dari sebatang pohon beringin yang besar.
e.
Topik V: Pandangan Islam
Dr. Adian mengupas dengan panjang lebar pandangan Islam tentang fahaman
Pluralisma agama yang melanda umat Islam dan Indonesa khasnya. Beliau memetik
fatwa yang telah dikeluarkan pada 29hb Julai 2005 oleh Majelis Ulama
Indonesia (MUI) bahawa fahaman
Pluralisma adalah bertentangan dengan Islam dan haram bagi umat Islam memeluk
fahaman ini. MUI juga telah mendefinasikan Pluralisma agama sebagai suatu
fahaman yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama kerananya kebenaran
setiap agama adalah relatif. Oleh sebab itu pemeluk agama yang lain tidak boleh
mendakwa bahawa agama mereka sahaja yang
benar sedangkan agama lain adalah salah.
MUI telah mengharamkan Pluralisma agama kerana penyebarannya telah sangat
meluas di Indonesia. Dr. Adian juga menyingkap bahawa fahaman ini sebenarnya
telah disemai oleh penjajah Belanda dengan merebaknya fahaman thesofi. Namun
istilah Pluralisma agama di Indonesia pada mulanya diungkap oleh Ahmad Wahib di
dalam catatan harian beliau. Beliau adalah salah seorang perintis Islam Liberal
di Indonesia selain Dawam Rahardjo dan Djihan Effendi.
Dr. Adian seterusnya menggunakan dalil daripada Al-Quran antaranya ialah
Surah Al-Imran ayat 19:
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah
ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya;
(perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan
mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Dr. Adian juga menggunakan dalil daripada hadith Rasulullah SAW iiatu:
“Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, tidak ada seorang pun baik
Yahudi mahupun Nasrani yang mendengar tentang diriku dari Umat Islam ini.
Kemudian dia mati dan tidak beriman terhadap ajaran yang aku bawa kecuali ia
akan menjadi penghuni neraka. (HR Muslim).
f.
Topik V.1: Masalah
Kebebasan Agama
Dr. Adian menegaskan di dalam sub topik ini bahawa konsep agama Islam
adalah mengakui kebabasan agama iaitu:
i.
Tidak ada paksaan dalam agama; dan
ii.
Bagimu agamamu dan bagiku agama ku
Dua konsep telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran. Walaupun
golongan Muslim wajib menyampaikan dakwah Islam tetapi dalam waktu yang sama
umat Islam dituntut menghormati pemeluk agama lain.
g.
Topik V.2: Minyak Babi Cap
Unta
Di akhir bab ini, Dr. Adian menyatakan pandangannya telah fahaman
Pluralisma ini bahawa Islam mempunyai konsep yang tegas dalam soal ketauhidan
dan keimanan. Tetapi Islam mengajar umatnya agar hidup saling menghormati dan
menghargai antara sesama manusia yang mana mempunyai anutan yang berbeza-beza.
Malah Islam menuntut agar umatnya agar sentiasa berbuat baik kepada orang tua
meskipun ibubapanya bukan Muslim. Konsep Islam tidak terhad di dalam komuniti
keluarga malah meluas skopnya sehingga ke jiran tetangga. Orang-orang non
Muslim juga mempunyai hak di dalam konsep kejiranan Islam.
Dr. Adian juga menyatakan bahawa ajaran fahaman Pluralisma agama ini
boleh menghancurkan konsep dasar pada setiap agama-agama dunia termasuklah
agama Islam. Dr. Adian juga menyifatkan bahawa fahaman Pluralisma agama ini
adalah berbentuk parasit yang lama kelamanaan akan mematikan pokok asal.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya
boleh dikatakan bahawa penulisan Dr Adian ini menyeru seluruh umat Islam di
Indonesia khasnya menyedari akan bahaya fahaman Pluralisma ini. Ini kerana
fahaman ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kesesatan umat Islam. Dr.
Adian juga dengan nada sinis mengkritik golongan yang berfahaman Pluralisma
agama bahawa semua pemeluk agama-agama di dunia akan berdampingan masuk ke
syurga.
Cuba anda Bayangkan Mahatma Gandhi, Gautama Budha, Karl Mark, Margaret Teacher, Firaun dan semua penganut agama di dunia ini akan berdampingan dengan umat Islam di dalam Syurga.
Insya Allah, penulis akan berkongsi dengan pembaca pada entry yang akan datang tentang bagaimana sikap Islam terhadap kewujudan agama-agama lain di dunia seperti yang digambarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Insya Allah
Cuba anda Bayangkan Mahatma Gandhi, Gautama Budha, Karl Mark, Margaret Teacher, Firaun dan semua penganut agama di dunia ini akan berdampingan dengan umat Islam di dalam Syurga.
Insya Allah, penulis akan berkongsi dengan pembaca pada entry yang akan datang tentang bagaimana sikap Islam terhadap kewujudan agama-agama lain di dunia seperti yang digambarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Insya Allah
Salam..saya tak boleh muatturun ebook dr.arian sbb blog beliau suspended. Saya merupakan siswa di sebuah kolej di shah alam. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan folio mengenai pluralisme menurut agama buddha dan hindu. Paparan puan mengenai pluralisme oleh dr.arian sangat membantu. Puan ada pandangan pluralisme menurut agama buddha tak?
ReplyDeletesila beri email, saya akan emailkan ebook Dr. Adrian tentang Pluraslisme.
Delete