Pages

Monday 9 July 2012

Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم



BAB 1
PENDAHULUAN

 

1.0       Pendahuluan

Menyorot tarikh bersejarah negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau sebagai tonggak pemimpin negara. Antara ucaptama beliau di dalam persidangan itu ialah:

"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini”.[1]

Rentetan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu kerangka (framework) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan sumber manusia yang komprehensif melalui proses pendidikan kepada semua peringkat golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat Melayu. Ini jelas diungkapkan oleh beliau di dalam Persidangan yang sama iaitu:

"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan pincang”.[2]

Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu di dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-40 pada 1991 supaya sentiasa berusaha melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul dalam jiwa masing-masing. Ujar beliau, jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahu pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. [3]

 

 

  [Tun Dr Mahathir Mohamad]


1.1       Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menganalisa keberkesanan pendidikan sebagai ejen perubahan pada era petadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memenuhi matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini adalah kerana pengukuhan ekonomi di samping kestabilan politik di Malaysia sebagai sendi utama kepada kemampuan negara untuk bangkit dari ketinggalan dalam bidang ekonomi dan seterusnya mempunyai daya saing berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.  

Kajian juga dibuat terhadap Perkembangan Pendidikan Negara sebelum dan selepas merdeka bagi mengenal pasti evolusi Pendidikan Negara.  Seterusnya kajian juga dibuat terhadap penerapan nilai-nilai murni dan adab ketimuran dalam dasar Pendidikan Negara pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesannya terhadap masyarakat Melayu.

Selain itu, kajian ini juga cuba menganalisis pendekatan berani Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengubah tanggapan masyarakat Melayu terhadap sains, ekonomi, matematik, teknologi, aeroangkasa dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sememangnya membantu orang-orang Melayu bersifat terbuka dan berusaha gigih untuk lebih maju dan berdaya saing dan seterusnya mendekatkan jurang pencapaian dalam bidang akademik, sukan, politik dan ekonomi di antara orang-orang Melayu dan bukan Bumiputera.


1.2       Skop Kajian

Penulisan kertas Ilmiah ini memfokuskan kepada peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kesan-kesan positif yang sepanjang pemerintahannya di dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga akan cuba untuk melihat hubungkait rapat di antara pemikiran Tun Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia dan rakyat khasnya orang-orang Melayu dan Bumiputra untuk turut sama merealisasikan negara ini sebagai sebuah negara maju melalui Wawasan 2020. Skop pernulisan ini juga akan membincangkan dengan terperinci cetusan idea Tun Dr Mahathir yang telah memberi impak besar kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya.

Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tonggak negara, adalah perlu untuk penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negara sebelum 1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn.

1.3       Permasalahan Kajian

Permasalahan kajian dilihat apabila Tun Dr Mahathir Muhamad mengadakan dasar-dasar yang drastik serta berani.  Contohnya Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah mewujudkan tentangan dan kontroversi di kalangan orang-orang Melayu.

Selain itu, pelaksanaan dan penerapan dasar pendidikan Negara yang dilihat sebagai melangkaui zaman atau batas masa.  Sebagai contoh matlamat Wawasan 2020 yang mahukan semua kaum di negara ini berdaya saing dan maju.  Ini memberi satu peluang kepada orang-orang melayu meningkatkan taraf hidup.  Peningkatan taraf hidup perlu selaras dengan peningkatan pendidikan orang Melayu.

Kayu pengukur utama di dalam kajian ini ialah penulis akan menilai dan mengkaji peranan serta sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri yang terdahulu, Malaysia berada di zaman peralihan selepas kemerdekaan. Malaysia pada ketika itu masih lagi mengharapkan bantuan dari Barat untuk membantu memulihkan negara dalam aspek pentadbiran, ekonomi, pertanian, teknologi, pertahanan dan pendidikan.

Justeru itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang ke Timur, ianya telah mengundang kritikan dan reaksi kurang senang dari Barat terutamanya Britain dan Amerika Syarikat. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia.  Negara-negara tersebut juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi pendidikan, kedua-dua buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif. Apa yang menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar pembangunan di samping penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada kedua-dua bangsa di Timur Jauh itu.


1.4       Kajian Yang Lepas

Kajian ini adalah lebih banyak merujuk kepada maklumat-maklumat yang lepas bagi menyokong hujah-hujah yang akan dibahaskan. Jurnal-jurnal, artikel-artikel dan juga keratan akhbar akan digunakan sebagai sumber maklumat di dalam kajian ini. Antara jurnal dan arikel yang diguna pakai didalam penulisan ini adalah seperti di halaman rujukan. Antara penulisan dan penyelidikan ilmiah mengenai peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dihasilkan adalah seperti berikut:

Rusdi Omar iaitu pensyarah di Sekolah Pengajian Antarabangsa dan Sivamurugan Pandian yang juga merupakan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia telah menghasilkan jurnal yang bertajuk “Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir Mohamad”.  Di dalam jurnal tersebut mereka telah membuat pengamatan mengenai peranan pemikiran “Mahathirisme”. Istilah “Mahathirisme” ini ialah memaklumkan kepada pembaca kedua-dua pensyarah ini melihat bagaimana idea-idea yang telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama keunikan pemikirannya bersama falsafah dan cara pengurusan negara yang telah dibawa oleh beliau ke arah negara maju pada tahun 2020. Kedua-dua pengkaji ini juga membahaskan “Mahathirisme” ini membentuk ideologi politik Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya melahirkan 5 komponen dasar pemerintahan beliau iaitu:

                                                        i.            Nasionalisme;
                                                      ii.            Kapitalisme;
                                                    iii.            Islam;
                                                    iv.            Populisme; dan
                                                      v.            Autoritarianisme

Disamping itu juga, kedua-dua pensyarah ini yang membuat pengamatan tentang falsafah pemikiran politik Tun Dr Mahathir yang juga sebagai Perdana Menteri ketika itu telah mengenalpasti 4 faktor utama yang membentuk falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir iaitu: 
                                                        i.            Latarbelakang keluarga;
                                                      ii.            Penjajahan;
                                                    iii.            Kerjaya kedoktoran; dan
                                                    iv.            C.H.E Det

Menurut Rusdi dan Sivamurugan, gabungan idea yang diserap dan digubal sebagai falsafah, “Mahathirisme” telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa[4].

Menurut Ahmad Fauzi bin Mohamad dalam artikel beliau yang bertajuk “Pendemokrasian Pendidikan: Suatu pentafsiran dan tinjauan mengenai pendekatan serta perlaksanaannya dalam sistem pendidikan di Malaysia” telah mengutarakan pengertian pendemokrasian pendidikan telah memberi kesan yang sangat memberangsangkan di dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Beliau banyak mengungkapkan semula ucapan-ucapan Dr. Mahathir Mohamad yang relevan dengan topik pendemokrasian pendidikan. Umpamanya beliau memetik kata-kata ketika Tun Dr Mahathir berucap sempena Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28hb Februari 1991 seperti berikut:

"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini”[5]

Ahmad Fauzi telah membuat satu analisa ucapan Tun Dr. Mahathir dengan menghubungkaitkannya dengan konsep pendemokrasian pendidikan, kepentingan isu pendemokrasian pendidikan, kualiti pendidikan, kemudahan infrastruktur dan penekanan pendidikan yang bertaraf dunia. Disamping itu juga, Ahmad Fauzi juga ada menyentuh isu pendemokrasian pendidikan juga harus diimbangi dengan pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang dan bersepadu. Dengan kata lain pihak kerajaan mestilah memastikan bahawa tidak boleh mana-mana golongan dan rakyat di Malaysia tercicir atau diabaikan dalam prosess pendidikan tersebut. Ini sejajar dengan kehendak Tun Dr Mahahir Mohamad di dalam persidangan yang sama iaitu:

"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan pincang”.[6]

Menurut Ahmad Sohaimi Lazim pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga pengarang buku  “Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-2002)” beliau mendapati bahawa sepanjang pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mencetuskan pelbagai idea dalam pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia.

Tun Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun dengan sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inovatif, menepati masa dan mementingkan kualiti tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telah melancarkan program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari teknologi dan mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an sehingga awal tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti skim latihan yang disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad, Ahmad Sohaimi telah membuat dan penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana kejayaannya kepada Malaysia.

Sebenarnya Ahmad Sohaimi Lazim buku “Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-2002)” adalah merupakan lanjutan kajian yang dibuat oleh beliau semasa beliau menuntut di Universiti Sains Malaysia iaitu kertas ilmiah yang bertajuk “Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990 an. Ahmad Sohaimi Lazim telah membongkar perasaan generasi sebelum merdeka terutamanya semasa zaman pendudukan Jepun dari 1941 – 1945 ke atas perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu. Pengalaman pahit serta suka duka generasi ketika zaman Jepun telah mencetuskan kritikan dan perasaan tidak senang mereka terhadap Tun Dr Mahathir.

Dalam kajian yang sama, Ahmad Sohaimi Lazim turut menyatakan bahawa hubungan diplomatik yang terjalin di antara Malaysia – Jepun selepas merdeka adalah berbentuk saling bergantungan. Ini kerana Jepun memerlukan bahan mentah dari Malaysia dan Malaysia menyediakan peluang pasaran bagi eskport Jepun. Sementara secara timbalbalik, Malaysia memerlukan pelaburan daripada ahli-ahli perniagaan Jepun untuk melabur di Malaysia sebagai pusat pelaburan dan bersaing dengan Singapura. Oleh itu, hubungan kedua-dua negara dapat ditingkatkan demi manafaat bersama. Rakyat Malaysia yang telah terlibat di dalam program Dasar Pandang Ke-Timur ini adalah terdiri dari 2 kategori iaitu:

                                                    i.            Pelajar-pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran sama ada di Jepun atau Korea Selatan
                                                  ii.            Para pekerja yang dihantar ke Jepun ataupun Korea Selatan untuk program latihan kerja

Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengalaman serta membudayakan cara kerja Jepun dan Korea Selatan dari aspek mutu dan dispilin kerja[7].


1.5       Metodologi Kajian

Dalam penyusunan kertas ilmiah ini penulis mengambil data, dari pendapat para ahli sejarah yang telah menghasilkan buku-buku atau jurnal tentang peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 1981-2002. Temubual dengan pegawai-pegawai yang berkaitan dengan permasalahan kajian dari pada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi juga akan di atur untuk mendapatkan data-data yang relevan dengan kajian ini.

Sumber primer dalam dalam penulisan ini kajian melalui penyelidikan di Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Istilah ini lazim disebut library research iaitu pengambilan data yang berasal dari buku-buku atau karya ilmiah yang terdiri dari sumber primer dan sekunder. Disamping itu sekundernya adalah buku-buku yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir dalam aspek pendidikan yang relevan dengan pembahasan kajian ini. Maklumat yang relevan dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir seperti keratan-keratan akhbar dan juga turut capaian internet digunakan dalam mendapatkan maklumat.

1.6       Pembahagian Bab

Kajian ini dibahagikan kepada enam bab iaitu, bab pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan bab keenam yang berupa kesimpulan.  Di dalam bab pertama adalah menghuraikan tujuan kajian ini dibuat, skop kajian, membahaskan kajian-kajian yang telah lepas ke atas topik yang relevan serta metodologi kajian.

Dalam bab  kedua akan di utarakan tentang latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad dari segi asal usul, keluarga, kejayaannya semasa beliau  menuntut di universiti, jatuh bangun beliau di dalam politik, dan pemikiran semasa pentadbir negara dalam tempoh 22 tahun sejak 1981 – 2002.

Bab yang ketiga pula, membincangkan sejarah awal pendidikan di Malaysia sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan masa kini yang merangkumi Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Pembudayaan masyarakat Malaysia, peranan pendidik dan sebagainya.

Peranan dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibincangkan dalam bab yang keempat.  Idea-idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu, merangka dan memajukan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya akan dibincangkan di dalam bab ini. Umpamanya Dasar Pandang Ke-Timur, mewujudkan lebih banyak universiti-universiti awam dan swasta tempatan, memperkenalkan kursus-kursus yang berasaskan sains dan teknologi di pusat pengajian tinggi tempatan, menggalakkan penuntut-penutut Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, Korea Selatan ataupun mana-mana universiti tempatan.  Di era Tun Mahathir Mohamad telah memperuntukkan dana khas di dalam belanjawan negara mengenai pendidikan. Umpamanya memperuntukkan dana khas untuk mewujudkan sekolah bistari dan sebagainya. Seterusnya di dalam bab 4 ini, pengamatan perubahan-perubahan dasar yang telah dilakukan dan oleh Tun Dr Mahathir dilakukan sejajar dengan kepentingannya kepada pendidikan dan pembangunan negara  selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Bab kelima merupakan bab yang menerangkan masalah dan kekangan-kekangan yang dihadapi apabila beberapa perubahan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam meningkatkan taraf pendidikan di negara ini. Perubahan-perubahan yang drastik telah dibuat bagi memenuhi keperluan ekonomi dan mendepani sosio-budaya masyarakat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, laterbelakang dan fahaman politik yang berbeza-beza telah mendatangkan cabaran baru bagi Tun Dr Mahathir. Umpamanya ketika beliau memperkenalkan matapelajaran sains dan matematik diajar di dalam bahasa Inggeris. Pada sesetengah golongan Melayu, pendekatan ini sangat baik bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang-orang Melayu. Namun ada sesetengah golongan Melayu yang beranggapan bahawa pendekatan ini adalah sekular. Begitu juga dalam aspek ekonomi. Cabaran yang paling utama ialah menyediakan pendidik yang memahami kehendak industri. Silibus matapelajaran di peringkat universiti itu sendiri mestilah bersifat futuristik[8] bagi menyediakan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan berkomunikasi lebih dari dua bahasa, mempamerkan kebolehan untuk  bekerja di dalam kumpulan, mempunyai daya analitikal yang tinggi serta berinovasi terutamannya dalam sektor pembuatan dan pengeluaran.

Bab keenam adalah bab cadangan dan kesimpulan. Di dalam bab ini penulis akan mencadangkan beberapa langkah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan supaya sistem pendidikan yang sedia ada diberi nilai tambah serta untuk mendepani cabaran-cabaran baru sama ada dari segi sosial-budaya mahupun daripada aspek ekonomi. Umpamanya sistem pembelajaran sekarang adalah merupakan warisan daripada sistem pembelajaran yang ditinggal oleh British. Iaitu memisahkan aliran agama dan aliran kebangsaan. Sudah sampailah masanya Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi membuat penilaian semula untuk menyatukan kedua-dua aliran ini supaya dapat melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek agama dan ilmu-ilmu sains.

Daripada pemerhatian penulis, silibus di sekolah-sekolah agama tidak menekankan matapelajaran sains dan matematik. Tetapi disebaliknya bagi sekolah kebangsaan, mata pelajaran agama hanyalah diajar sehingga tingkatan 5 sahaja.  Sebagai contoh, apabila para pelajar dari aliran kebangsaan melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka tidak lagi belajar mata pelajaran agama. Ini merupakan satu kerugian kepada masyarakat Melayu dewasa ini lebih-lebih lagi statitik daripada Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa masalah kelahiran bagi anak tidak sah taraf adalah sangat mendukacitakan iaitu ianya melibatkan kaum Melayu. Melalui pendidikan yang mantap, penulis berpendapat gejala sosial akan dapat dibendung demi masa depan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia amnya.   Di dalam bab ini juga kesimpulan akan dibuat berdasarkan topik perbincangan dari bab pertama hingga bab keenam penulisan ini. 




BAB DUA
LATARBELAKANG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

2.0       Latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau telah menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan yang amat pantas dalam tempoh 22 tahun dan membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Semasa beliau menerajui negara, beliau sentiasa mempamerkan gaya pentabdbiran yang dilihat sangat optimistik. Beliau mempunyai pemikiran yang berpandangan jauh kehadapan serta telah melahirkan cetusan-cetusan idea yang melangkaui zaman. Faktor-faktor inilah yang telah mempengaruhi beliau didalam membuat keputusan-keputusan penting negara seperti dalam isu-isu yang menyentuh aspek ekonomi, sosial-budaya, sukan, penglibatan negara dalam projek aeorangkasa dan yang paling utama adalah dalam bidang pendidikan. [9]

Didalam bab ini, penulis akan menghuraikan bagaimana proses sosialisasi dan latarbelakang  keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi tulang belakang (backbone) kepada keperibadian beliau semasa menjadi Perdana Menteri yang turut jelas terpamer didalam gaya pentadbirannya.

2.1       Latarbelakang Keluarga

Tun Dr Mahathir telah dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Ibunya bernama Wan Tempawan Binti Wan Hanapi adalah seorang berketurunan Melayu, manakala ayahnya Encik Mohamad bin Iskandar adalah berketurunan Islam India (Kerala). Encik Iskandar telah berkahwin dengan Siti Hawa yang mana Siti Hawa (iaitu nenek kepada Tun Dr Mahathir) mempunyai susurgalur keluarga yang terdiri daripada golongan bangsawan Melayu. Encik Mohamad bin Iskandar adalah seorang guru bahasa Inggeris di sekolah Inggeris[10] yang lebih terkenal dikalangan para pendidik ketika itu sebagai ‘Master Iskandar’ yang beliau berpindah dari Pulau Pinang dan terus menetap di Kedah[11].

Tun Dr Mahathir ialah merupakan anak paling bongsu dalam keluarga yang terdiri daripada 9 orang adik-beradik.  Beliau mempunyai 4 orang abang dan 3 orang kakak. Nama abang-abang ialah Murad, Mustapha, Mahadi dan Mashahor. Manakala nama kakak-kakak beliau ialah Rafeah, Habsah dan Johara.

J. Victor Morais telah merakamkan di dalam temubual dengan Tun Mahathir didalam yang mana Tun Dr Mahathir pernah ditanya mengenai bapanya. Beliau menjawab:

 “Ayah saya sudah meninggal dunia. Beliau (Encik Mohamad bin Iskandar) menamakan saya Mahathir oleh kerana beliau sangat menyukai dengan keganjilan huruf ‘M’. Keempat-empat abang saya juga diberikannya, tetapi tidak kesemua adik beradik yang  perempuan yang dilahirkan selepas mereka tidak diberikannya”.[12]

Menurut Tun Dr Mahathir lagi di dalam temubual yang sama:

“Saya dibesarkan di dalam satu keluarga yang berdisplin. Ayah saya telah mengelolakannya seperti sebuah bilik darjah. Bunyi batuknya sahaja semasa dia mendekati rumah sudah mencukupi untuk kami budak-budak berlari ke pangkuan buku-buku kami”

Abang Tun Dr Mahathir bernama Murad telah berkhidmat sebagai seorang pegawai di Kolej Pertanian Serdang, yang kini telah meninggal dunia. Mahadi adalah seorang bekas pagawai perkeranian di dalam bidang Perkhidmatan Eksekutif Negeri Kedah tetapi kemudianya menjadi seorang peniaga yang berjaya. Mashahor pula seorang pegawai buruh dan Mustapha telah meninggal dunia semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Bagi Tun Dr Mahathir, zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberi pengalaman yang pahit di dalam kehidupannya semasa kecil. Beliau telah mengambil iktibar daripada pengalaman pahit ini untuk membawa manafaat kepada dirinya dan juga rakyat Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kesusahan dan penderitaan rakyat Tanah Melayu semasa kependudukan Jepun telah membuka mata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat strategi untuk membangunkan Malaysia.

Bertitik tolak dari zaman pemerintahan Maharaja Meiji lebih dikenali dalam sejarah Jepun sebagai zaman Pemodenan Jepun berikutan kejayaan cemerlang beberapa pembaharuan yang telah dilakukan oleh baginda dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Berikutan dari itu Jepun pada akhirnya telah mengalami anjakan paradigma di mana ia telah berjaya beralih dari sebuah negara pertanian yang mundur menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.

Kejayaan pemodenan Jepun ini adalah bergantung kepada sistem pendidikan. Dengan cogankata "semua rakyat mestilah mencari ilmu di seluruh dunia". Maharaja Meiji telah menghantar ramai pelajar ke luar negara bagi menimba ilmu di bidang pertanian, perkapalan, ketenteraan, perindustrian dan pendidikan. Bagi menyediakan rakyat Jepun kepada arus pemodenan ini, baginda telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang baru kepada semua rakyat Jepun yang di mana sebelum ini hanya dikhususkan kepada golongan samurai dan bangsawan sahaja. Baginda telah meniru model pendidikan yang terbaik pada masa itu iaitu dari Britain, Perancis dan Amerika Syarikat dan menyesuaikannya (customized) untuk rakyat Jepun tanpa sama sekali membuang nilai-nilai pendidikan tradisional yang ada dalam masyarakat tempatan seperti Koyohei-mama iaitu pendidikan dari rumah. Penekanan diberikan kepada pendidikan vokasional dan teknikal bagi menyediakan rakyat Jepun sebagai gunatenaga yang mahir dalam perindustrian. [13]

Banyak sekolah-sekolah ditubuhkan dan sistem persekolahan diseragamkan diseluruh negara Jepun. Ini adalah kerana kerajaan Jepun menyedari bahawa bidang pendidikan adalah merupakan pelaburan yang menguntungkan Jepun di masa akan datang. Bidang penterjemahan mendapat galakan dari kerajaan untuk menterjemah buku-buku asing dalam berbagai bidang ke dalam bahasa Jepun. Kegiatan ini telah meninggikan tahap literasi budaya rakyat Jepun. Selain itu setiap rakyat Jepun telah ditanamkan semangat Ware Ware Nippon-jin iaitu kebanggaan berbangsa Jepun serta cinta dan taat setia kepada negara. Caranya ialah dengan memartabatkan bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan serta menguatkan kembali ajaran Shinto yang menjadi asas falsafah masyarakat Jepun. Dengan cogankata wakon yohsai iaitu semangat Jepun dengan teknologi barat, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang maju menjelang abad ke-20.[14]

Pengalaman kejayaan Jepun bangkit sebagai negara yang mundur telah menjadi sumber inspirasi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Penerangan terperinci akan dihuraikan di Bab ke-4.


2.2       Pendidikan

Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Tun Dr Mahathir bercermin mata sejak beliau kecil lagi. Beliau memengang jawatan sebagai pustakawan di dalam kelasnya dan sentiasa menjadi pemenang hadiah bahasa Inggeris setiap tahun. Kebolehan Tun Dr Mahathir di dalam bidang penulisan bahasa Inggeris sangat terserlah semasa di bangku sekolah. Beliau pernah menjadi editor untuk majalah Sultan Abdul Hamid College yang mana sub-editornya ialah guruny sendiri iaitu Sir John Augustin pada tahun 1945[15]. Semasa di sekolah, beliau dilaporkan tidak gemarkan sukan dan lebih berminat dengan hobinya membaca buku.

Pada 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Ketika mununtut di kolej, minat beliau terhadap sukan mula tumbuh yang mana beliau aktif dalam sukan ragbi. Beliau sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. 

 

2.3       Kerjaya

Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis[16].

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang. Keputusan untuk berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan adalah kerana beliau merasakan bekerja di sektor kerajaan telah membataskan beliau untuk bergerak aktif di dalam politik.[17]


2.4       Perkahwinan

Setelah 3 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Kedah, Dr Mahathir Mohamad telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5hb Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz (kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Ternyata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tun Dr Mahathir juga menyukai keganjilan huruf ‘M’ seperti bapanya almarhum Encik Mohamad bin Iskandar. Ini jelas dengan beliau telah menamakan kesemua anak-anak beliau dengan pangkal huruf ‘M’

Susurgalur keluarga Tun Dr Mahathir adalah seperti di Jadual 1 dibawah.
Jadual 1: Salahsilah Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali



Gambar 1: Dr Mahathir Mohamad &
Dr Siti Hasmah Mohd Ali
(ketika zaman muda mereka)
Gambar 2: YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
& YAB Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
(sekarang)
                                                   
                                                        

2.5       Penglibatan Di Dalam Politik

Penglibatan Tun Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an kerana beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti.

Falsafah politik Tun Mahathir adalah bersifat terbuka untuk mengatasi masalah-masalah secara terbuka. Beliau berpendapat bahawa dengan menyembunyikan sesuatu, bersifat manis tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana. Mengenai polisi luar negara, Tun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara sama ada sesuatu negara itu mengamalkan sistem pemerintahan sosialisme atau komunisme. Konsisten dengan prinsip ASEAN iaitu mengamalkan sikap tidak campurtangan dalam hal ehwal negara asing, Tun Dr Mahathir mempunyai harapan yang sama iaitu tidak mahu urusan pentadbiran negara dicampuri oleh negara asing[18].  


2.6       Pencapaian dan Sumbangan

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, banyak pembangunan yang telah dibuat sehinggakan beliau digelarkan sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang membawa Malaysia ke mercu kejayaan sehingga mendapat penghormatan negara-negara asing. Malaysia juga menjadi pusat pelaburan baru di Asia Tenggara menjadi alternatif kepada pelabur-pelabur asing selepas Singapura. Antara kejayaan projek-projek mega yang berbentuk material yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower), Menara KL (KL Tower), Jambatan Pulau Pinang, Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua) Litar Formula One Litar Sepang,  pembangunan Putrajaya dan mengalihkan pusat pentadbiran negara daripada ibunegara Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Sementara itu sumbangan beliau dalam aspek pembangunan insan dan pendidikan akan dihuraikan dengan lebih terperinci di dalam Bab ke-4. [Rujuk Bab 4: Sumbangan dan Peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu pada era 1981 – 2002].

Selepas persaraanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 31hb Otober 2003, nama Tun Dr Mahathir telah berada di kemuncak kegemilangan di persada antarabangsa. Beliau telah mendapat anugerah Tun iaitu satu anugerah penghormatan tertinggi di Malaysia kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun iaitu satu era kepimpinan yang paling lama di Asia Tenggara.





BAB TIGA
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.0       Sejarah Pendidikan Di Malaysia

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang ahli politik yang mempunyai tahap intelek yang tinggi. Adalah sukar bagi seorang pengkaji untuk menentukan adakah beliau seorang ahli politik yang inteletual atau seorang intelektual yang berpolitik.[19] Ternyata beliau seorang yang sangat bijak dan mempunyai pemikiran strategik dalam pembangunan negara. Dalam usaha memperkenalkan dasar dan program pembangunan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah mengemukakan dan menjelaskan segala idea dan hasil pemikirannya kepada rakyat termasuklah dalam bidang pendidikan.

Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, adalah perlu untuk penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negara sebelum 1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn.

3.1       Sejarah Pendidikan Di Malaysia Sebelum Merdeka

Sistem pendidikan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara umumnya merupakan pendidikan yang mempunyai satu bentuk yang sistem tersendiri. Para pengkaji yang telah lepas pada amnya melihat pendidikan sebelum zaman kemerdekaan adalah tidak menekankan aspek formality. Malah sistem pendidikan sebelum merdeka telah dikelaskan dengan istilah “pendidikan tradisi”. Rata-rata pengkaji terdahulu mengklasfikasikan sistem pendidikan sebelum merdeka adalah mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. 

Pada pendapat penulis pada ketika itu sistem pendidikan adalah berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Para pelajar pada ketika itu memperlajari Al-Quran dan teks-teks Hadith melalui kitab-kitab di dalam Bahasa Arab. Terdapat juga kitab-kitab Arab yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tetapi bertulisan Jawi. Para penuntut adalah diuji berdasarkan kebolehan mereka untuk membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid serta tartil yang betul. Manakala dalam aspek urusan kehidupan pula, para pelajar diajar dengan kitab-kitab Feqah untuk memahami hukum hakam yang melibatkan pembayaran zakat, kaedah fidyah, pengurusan jenazah, pengurusan masjid, pendidikan akhlak  dan adab sopan.

Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang bergiat cergas dalam aspek pendidikan di  nusantara pada masa itu. Antaranya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lebih dikenali dengan akronim nama beliau iaitu  HAMKA. Kitab karya terkenal yang hingga kini masih digunakan sebagai bahan rujukan ialah Tafsir Al-Azhar.[20]

Manakala antara tokoh agama di Tanah Melayu yang terkenal ialah Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi.[21] Antara sumbangan beliau ialah dengan menulis Kitab Bahru Al-Madzi yang mempunyai 22 jilid syarah hadith yang telah disusun kemas mengikut bab-bab. Kitab Bahru Al-Madzi ini juga masih digunakan sebagai teks rujukan hadith oleh Fakulti Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada masa kini. Beliau sangat fasih berbahasa Arab  sehingga telah menyusun kamus Al-Marbawi iaitu sebuah kamus Bahasa Arab – Bahasa Melayu yang ditulis dalam bahasa Jawi. Begitu juga dengan Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi. Beliau mahir dalam bidang nahu Bahasa Arab,  Feqah dan Hadis. Beliau mengajar ilmu-ilmu tersebut di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat.

Ramai dikalangan tokoh-tokoh agama di Tanah Melayu pada ketika telah mendirikan madrasah-madrasah untuk masyarakat Melayu mendapatkan pendidikan agama atau lebih dikenali dengan sekolah pondok. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kesan daripada penjajahan barat yang telah memperkenalkan bentuk tulisan rumi serta memisahkan urusan agama dengan urusan dunia telah menyebabkan ramai masyarakat Melayu kini tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik. Malah terdapat anak-anak Melayu yang buta huruf Jawi.


3.2       Evolusi Pendidikan Di Malaysia Selepas Merdeka

Dalam lipatan sejarah pendidikan negara, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami evolusi sejak tercapainya kemerdekaan. Sistem kebangsaan yang dibentuk berasaskan perakuan-perakuan di dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pendidikan (1996). Setiap perubahan yang dibuat adalah untuk menambah baik kelemahan-kelemahan sedia ada disamping untuk memastikan ianya sesuai serta memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia yang majmuk.  Berikut adalah perinciannya:  

3.2.1    Penyata Razak (1956)
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957

Tujuan Penyata Razak adalah:
a)      Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah;

b)      Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu;
c)      Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan;

d)     Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif;

e)      Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan;

f)       Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif; dan

g)      Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan


3.2.2    Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:

a)      Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar
b)      Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
c)      Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
d)     Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.


Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

a)      Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma;
b)      Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan;
c)      Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun;
d)     Murid naik darjah secara otomatik;
e)   Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang; dan
f)       Pendidikan akhlak dititikberatkan

Selepas itu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.


3.2.3    Akta Pendidikan 1996
Selaras dengan cabaran dalam bidang pendidikan dan pihak keprihatinan kerajaan dalam bidang pendidikan, Akta Pendidikan 1996 telah digazetkan dan diluluskan oleh Parlimen. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah merupakan kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan usaha murni untuk membangunkan generasi alaf baru.
Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 telah membuat penilaian semula ke atas definisi pendidikan iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”[22]

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, ianya telah diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem pendidikan yang mengambilkira prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap masyarakat Malaysia untuk menjadikan modal insan yang berkualiti. Matlamat jangka panjang ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menyediakan modal insan (human capital) yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 


3.3       Sistem Pendidikan Di Malaysia Masa Kini

Di Malaysia sistem pendidikan adalah di kategorikan kepada 3 peringkat[23]. Iaitu:

a.       Peringkat pertama: Sekolah Rendah (primary level)
b.      Peringkat kedua: Sekolah Menengah (secondary level)
                                                                                i.            Menengah Rendah
                                                                              ii.            Menengah Atas
                                                                            iii.            Tingkatan 6
c.       Peringkat Ketiga : Pengajian Tinggi (tertiary level)

Sistem pendidikan di peringkat Rendah memakan masa selama 6 tahun, peringkat Menengah Rendah memakan masa selama 3 tahun sementara Menengah Atas adalah selama 2 tahun dan pada peringkat Tingkatan 6 adalah selama 2 tahun. Ini diikuti dengan Peringkat Pendidikan Tinggi yang terdiri dari 2 jenis iaitu maktab, politeknik dan universiti.

Peringkat-peringkat pendidikan tersebut di atas boleh diklasifikasikan lagi kepada beberapa jenis. Pendidikan Rendah contohnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

                                                                                i.            Sekolah Kebangsaan
                                                                              ii.            Sekolah Rendah Kebangsaan
                                                                            iii.            Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil)

Begitu juga pada peringkat Menengah. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Agama.







BAB 4
PERANAN DAN SUMBANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


4.0       Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad

Bab ini mengandungi tiga bahagian utama, iaitu:
a.       Bahagian pertama membentangkan pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai orang-orang Melayu;
b.      Bahagian kedua memperkenalkan pendekatan atau keadah yang digunakan oleh penulis untuk mengenal pasti peranan dan perlaksanaan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bidang pendidikan; dan
c.       Bahagian ketiga pula mengenal pasti dan menyenaraikan sumbangan-sumbangan pemikiran Tun Dr Mahathir dalam bidang pendidikan


BAHAGIAN PERTAMA

4.1       Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Orang Melayu

Pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai sikap orang-orang Melayu tersebar dalam pelbagai media.  Beliau telah menghasilkan buku-buku tentang nasib orang-orang Melayu contohnya The Malay Dilemma (1970) dan Menghadapi Cabaran (1976). Buku The Malay Dilemma ialah pandangan berani beliau menyuarakan pendapat yang memperkatakan mengenai masalah ekonomi orang Melayu dan Bumiputera pada ketika itu. Beliau telah memberi beberapa pandangan untuk menyelesaikan masalah tersebut malahan beliau turut mengkritik ketidakcekapan kerajaan ketika itu dalam usaha untuk memulihkan keadaan berikut. Walaupun buku tersebut diharamkan, ada beberapa perkara dan pandangan yang hampir sama dengan Dasar Ekonomi Negara (DEB) yang dilancarkan pada 1971 yang menerangkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan Bumiputera ketika itu.

Di dalam buku tersebut, Tun Dr Mahathir telah membidas sikap fanatik orang Melayu yang sentiasa menyalahkan takdir dan sering menerima kekalahan melalui sifat pasif mereka. Pada 1970, Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu Tun Dr. Mahathir kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sokongan ramai. Kekalahan dan kekecewaan sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha untuk memperjuangkan isu-isu yang mempunyai kepentingan dengan orang-orang Melayu.

4.1.1    Sejarah Orang Melayu

Antara asas pemikiran Tun Dr Mahathir ialah sikap beliau terhadap sejarah terutama sekali nasib yang menimpa orang Melayu, antaranya dasar  penjajahan British[24], kemasukkan orang-orang Cina dan India yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu, kemunculan elit-elit aristokrat dan birokrat Melayu dan zaman penjajahan Jepun. Tun Dr Mahathir telah menganalisa kehidupan orang-orang Melayu dan mencari sebab mengapa orang Melayu mundur di tanah air mereka sendiri. Menurut Tun Dr Mahathir, nasib yang melintasi kehidupan bangsa sedikit-sebanyak telah meninggalkan kesan pada “mind-set” sosio-budaya, politik dan ekonomi orang Melayu.[25]

4.1.2    Punca Kemunduran Orang Melayu

Munurt Tun Dr Mahathir di dalam The Malay The Lemma ialah kerana faktor genetik (baka) dan alam sekitar. Kedua-dua faktor ini telah memberi kesan terhadap kemajuan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Ini kerana pada era sebelum tahun 70-an, kebanyakkan masyarakat Melayu gemar berkahwin sepupu dan saudara terdekat. Namun Tun Dr Mahathir berbeza pendapat mengenai isu genetik ini. Beliau telah menempelak sikap orang-orang Melayu dengan mengatakan bahawa:

“Satu perkara diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan dalam perkembangan sesuatu kaum”[26]
Menurut Tun Dr Mahathir di dalam buku yang sama, beliau berpendapat bahawa:

“Amalan begini agak biasa berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh keturunan boleh juga menimbulkan kesan buruk di dalam masyarakat yang menggalakkan setiap orang berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak. Oleh itu oranng-orang cacat tubuh badan atau otak juga berkahwin dan beranak pinak”.[27]

Tun Dr Mahathir juga mengajak orang-orang Melayu untuk berfikir dengan beliau telah membuat perbandingan di antara adat perkahwinan orang Melayu dan Cina. Kata beliau:

“Kalau begitu memang wajarlah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan dan amalan kahwin paksa di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kaum-kaum lain”[28].

Setelah membahaskan isu pengaruh genetik pada perkembangan bangsa, Tun Dr Mahathir juga turut membincangkan isu alam sekitar turut mempengaruhi cara masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi dan bersosial. Beliau mengatakan bahawa:

“Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang, keluarganya dan kaumnya. Di samping faktor keturunan, alam sekitar adalah faktor yang sangat penting dalam membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan psikologi”.[29]

Alam sekitar yang melingkungi orang Melayu adalah subur dan tidak banyak halangan untuk memperolehi sumber makanan, justeru itu kehidupan orang-orang Melayu adalah relatifnya selesa. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Tun Dr Mahathir:

“Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanaman padi, iaitu satu pekerjaan bermusim. Kerja-kerja yang sebenarnya hanya memakan masa dua bulan dan hasilnya dapat menampung bekalan hidup untuk selama setahun. .. masa lapang mereka begitu banyak”.[30]

“Iklim negeri ini panas dan lembab juga tidak begitu menggalakkan bagi pekerjaan berat ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh itu penduduknya kecuali sebilangan kecil lebih suka duduk rehat-rehat atau berbual dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka”.[31]

Dalam aspek pertanian moden yang memerlukan penerokaan tanah-tanah baru, penanaman padi adalah memerlukan guna tenaga yang banyak serta mengakibatkan keletihan. Tun Dr Mahathir juga turut mengupas bahawa masyarakat Melayu yang mendiami kawasan luar bandar adalah kurang keazaman untuk berjaya seperti tegasnya:

“Azam mereka untuk maju memang tidak begitu kuat kerana kurangnya hubungan dengan dunia luar jadi semakin tipis. Lama-kelamaan ketinggalan di dalam berbagai bidang”.[32]

Berbeza dengan orang-orang Melayu di bandar[33] yang telah mengamalkan perkahwinan campur, mereka juga lebih terpelajar berbanding dengan orang Melayu luar bandar. Kemajuan yang dibawa penjajah British khususnya telah mencorakkan imej baru masyarakat Melayu di bandar.


BAHAGIAN KEDUA

4.2       Perubahan Semasa Menjadi Menteri Pelajaran

Selepas Tun Dr Mahathir berjaya memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu dengan menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974, [34] beliau telah mendapat tempat di dalam barisan kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 6 Oktober 1974.

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beberapa perubahan telah dibuat iaitu:
a.       Tindakan pertama beliau selaku Menteri ketika itu ialah mengubah dasar pendidikan negara dengan melaksanakan usaha-usaha untuk membasmi dan menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan kepada semua;
     
b.      Tindakan kedua beliau ialah meminda Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah mendapat banyak tentangan serta halangan daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat di dalam pendidikan, namun beliau tetap dengan segala tindakan yang dilakukannya dan telah berjaya melenyapkan segala kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar pendidikannya.

 

4.3       Perubahan Semasa Menjadi Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak awal pelantikan sebagai Perdana Menteri, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam pentadbiran. Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain.
Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan. Di zaman pentadbiran beliau, masalah ekonomi dunia telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara seluruh dunia terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Beliau telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika. Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka. Tindakan berani dan bijak ini telah mendapat pujian daripada Horst Kohler, Pengurus Besar IMF.

Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat negara ke arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai pandangan yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah bangsa, memajukan negara dan meletakkannya di persada antarabangsa. Segala perancangan adalah di dalam bentuk jangka panjang menunjukkan satu titik permulaan dan penyatuan negara secara keseluruhannya. Tun Dr Mahthir telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat selaras dengan kehendak Wawasan 2020 ke arah kemajuan negara.Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk mencapai matlamat negara yang maju dan sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan infrastruktur bertaraf dunia. Ia merupakan idea yang akan membawa negara ke arah mercu dengan mempunyai panduan hala tuju tindakan di masa hadapan.
Beliau yakin dan percaya bahawa setiap rakyat perlu memainkan peranan agar wawasan ini akan berjaya dilaksanakan menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi dan maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai segala matlamat yang dirancang, beliau telah merancang strategi untuk meghadapi beberapa dugaan dan cabaran kepada generasi-generasi yang akan datang terutama dalam aspek pendidikan.



BAHAGIAN KETIGA

4.4       Pendidikan Untuk Orang Melayu Dan Kaum Wanita

Keperhatinan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pendidikan orang-orang Melayu dan golongan wanita adalah sangat tinggi. Daripada 6 tulisan beliau di The Straits Times adalah menyentuh tentang pendidikan orang Melayu di peringkat menengah Inggeris dan pendidikan university di kalangan anak-anak Melayu dan juga wanita Melayu. [35]

Pada 1947 beliau pernah menulis “Unless social reforms are carried out, and that quickly Malay girls would be in danger of being neglected and despised by boys of their own race.”[36]

Dengan social reform menurut Tun Dr Mahathir adalah merujuk kepada: “A sound education system and through knowledge of modern housecraft should be made available to Malay girls. Religiuos teaching designed to enable them to distinguish between good and evil of Western culture must be initiated. Let all Malay parents admit the inevitability of these reforms and take an active part in them…. And as for the political bodies; they must shape a difinete policy immediately on social problems or else….”[37]

Tun Dr Mahathir juga ada menjelaskan bahawa kerajaan perlu menyediakan peluang pelajaran yang komprehensif untuk orang-orang Melayu. Ini kerana pada 1948 Tun Dr Mahathir telah menulis tentang “The Malays and Higher Education” beliau mendapati bahawa daripada 17,000 murid Melayu yang menghadiri sekolah kurang daripada 100 orang yang menghadiri sekolah Inggeris. Oleh itu Tun Dr Mahathir telah menggesa kerajaan dan ahli politik Melayu supaya memperjuangkan hak orang Melayu dalam pendidikan ini mengelakkan orang Melayu jauh ketinggalan di belakang berbanding kaum-kaum lain.[38]

 

4.5       Bahasa Sebagai Ejen Perpaduan Dalam Proses Pendidikan

Memetik pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam “The Malay The Lemma”

“Selain dari fungsi menyampai dan memajukan pengetahuan, dasar pelajaran mana-mana negara sekalipun biasanya adalah suatu cara bagi menanamkan dalam fikiran bakal rakyat perasaan bersatu, taat setia dan bangga terhadap negara. Di negara-negara yang baru merdeka, pelajaran dipergunakan dengan meluas untuk tujuan di atas”[39].

Tun Dr Mahathir seterusnya telah kemudiannya merujuk kepada kejayaan negara maju seperti Amerika dan Australia yang mana telah membangunkan sistem pendidikan negara masing-masing dengan jayanya iaitu dengan adanya satu bahasa yang menyatukan rakyat Amerika dan Australia iaitu penggunaan bahasa kebanggsaan sebagai bahasa pengantar dan ejen perpaduan. Menurut Tun Dr Mahathir:

“Bahasa pengantar sangatlah penting dalam membentuk perasaan bersatu. Oleh itu bahasa pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk menuntut supaya bahasa pendatang-pendatang baru dijadikan bahasa pengantar”. [40]

Walaubagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, berbanding dengan bahasa pengantar yang penting ialah seluruh kurukulumnya. Katanya:

“Pengajaran sejarah, geografi dan sastera semuanya direncanakan untuk memupuk suatu idea yakni negara adalah milik penduduk tetap dan untuk menjadi warga negara itu dan mendakwa menjadi milik negara itu, maka seseorang itu hendaklah mengenal pasti dirinya dengan penduduk tetap. Mengenal pasti ini meliputi segala-galanya dan sekali-kali tidak boleh ada kenal pasti dengan negara atau kebudayaan lain. Mengenal pasti dengan penduduk tetap bererti menerima sejarah mereka, geografi mereka dan sastera mereka, kebudayaan mereka dan bahasa mereka dan menolak semua yang lainnya”[41]

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, bahasa Melayu tetap diangkat menjadi bahasa kebanggsaan dan juga bahasa pengantar di sekolah-sekolah seluruh negara. Bahasa juga memainkan peranan sebagai ejen perpaduan rakyat. Dan ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad sangat berpegang kepada pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan bukan Melayu di pupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi. Ini kerana perpaduan adalah sendi kepada kemakmuran dan keamanan negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

4.6       Model Ikutan Pendidikan Malaysia

Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

Tumpuan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari oleh rakyat Malaysia ialah dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan  dari segi ekonomi, pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu oleh kecekapan, kesungguhan, nilai-nilai estetika (bersungguh-sungguh, rajin, setia, hormat menghormati, menetapi masa) yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat Jepun.

Oleh itu, pendidikan untuk memanfaatkan pengalaman Jepun telahpun dibuat secara total cultural immersion. Mata pelajaran Bahasa Jepun dijadikan bahasa pilihan dalam kurikulum sekolah menengah. Universiti Malaya pula telah menubuhkan program matrikulasi Bahasa Jepun dan pelajar-pelajar Malaysia dihantar ke Jepun untuk mengikuti program ijazah dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Di samping itu dilaksanakan pelbagai program susulan di antaranya ialah program kemahiran, kursus-kursus jangka pendek dan program pertukaran pelajar di antara kedua-dua negara.

Kesannya daripada Dasar Pandang ke Timur ini telah membawa perubahan yang positif  telah menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dari aspek 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri, memberi focus kepada daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan dagang seperti Amerika dan negara-negara Eropah. Sebaliknya Kerajaan telah terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.

4.7       Pendidikan Dan Isu Bahasa

Menurut Tan Sri Awang Had Salleh, beliau berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pendirian yang tertentu di dalam aspek pendidikan dan isu bahasa. Menurutnya lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut dalam caranya mentadbir dan mengurus negara, iaitu:

a.       Perpaduan;
b.      Keutuhan ilmu; dan
c.       Penyertaan dan pengagihan yang adil kekayaan negara dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang tidak saksama dari segi pemilikan kekayaan

Dalam aspek perpaduan, pengalaman Tan Sri Awang Had Salleh menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berucap kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) di dalam Dewan Tunku Cancelor pada awal penubuhan UM. Tun Dr Mahathir menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan terdengar hiruk pikuk mahasiswa yang pada ketika itu yang mirip sosialis. Mendengar ucapan yang berterusan dalam bahasa Melayu, akhirnya kebisingan menjadi reda. Kemudian, Tun Dr Mahahir menerangkan kepada hadirin yang hadir di dalam bahasa Inggeris bahawa beliau baru saja berucap di dalam bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri. Ketika itu timbullah kesedaran dikalangan mahasiswa untuk menghormati bahasa kebangsaan bahasa rasmi negara. [42]

Pada tahun 1974 (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Timbalan Perdana Menteri), kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dengan usul supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan secara peringkat-peringkat. Namun ketika itu kesediaan dan kematangan politik belum lagi wujud, maka tujuan perlaksanaan bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan adalah ditangguhkan dan mengekalkan status quo hingga ke hari ini. [43]

Namun begitu Tun Dr Mahathir Mohamad lebih menitik beratkan pelajar-pelajar orang Melayu untuk berkebolehan dan menguasai bahasa Inggeris . Ini kerana menurut beliau pelajar-pelajar Melayu bukan sahaja lemah dalam bahasa Inggeris tetapi berkacau-bilau pula dengan penguasaaan bahasa Melayunya. [44]

Di antara tahun-tahun hampir umur persaraan Tun Dr Mahathir, beliau telah mengenengahkan masalah penuntut-penutut lepasan Universiti tempatan tentang penguasaan bahasa Inggeris mereka. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan orang-orang Melayu bukan sahaja menyebabkan orang-orang Melayu itu sendiri ketinggalan ke belakang dalam bidang sains dan teknologi malahan hilang daya saing ketika di temuduga bagi kekosongan jawatan oleh syarikat-syarikat multinational yang melabur di Malaysia. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris ini juga dilihat dari aspek jurang pencapaian yang sangat besar di kalangan pelajar Melayu yang tinggal di bandar san pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar.

Tun Dr Mahathir Mohamad sangat percaya bahawa di dalam usaha untuk membenteras kaum Melayu daripada terus ketinggalan di dalam kedua-dua bidang sains dan teknologi adalah menjadi kewajaran pihak kerajaan untuk memastikan kewujudan profil di kalangan pelajar-pelajar Melayu menunjukkan penguasaan bahasa kebangsaan yang tinggi disamping cekap dan mahir dalam bahasa Inggeris.

Asprirasi Tun Dr Mahathir ini menjadi realiti apabila Dasar  Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.

Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan. [45]

Isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara bagi mata pelajaran Sains dan Matematik masih lagi belum selesai yang mana terdapat segelintir ibubapa (terutama ibubapa yang tinggal dibandar) yang meminta kerajaan melalui Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempertimbangkan semula pemansuhan PPSMI menjelang tahun 2012. Menjawab soalan wartawan  berkenaan dengan permintaan ibubapa terbabit mengenai kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaran Sains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata:

"Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa, selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya.[46]


4.7       Pendidikan Tinggi Sebagai Sebuah Industri

Pada tahun 1993, iaitu sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan kepada Parlimen tentang Kajian Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Ke-6, beliau telah mengutara usul berkaitan dengan bidang pendidikan. Beliau menyatakan adalah bidang pendidikan perlu dibina sebagai satu komponen yang penting dalam industri perkhidmatan dan akhirnya dinaik taraf kepada pendidikan bertaraf dunia dan menjadikannya sebagai industri eskport.

Keperihatinan Tun Dr Mahathir dalam bidang pendidikan ialah mengembangkannya menjadi salah satu daya penggerak ekonomi negara. Pada ketika itu Malaysia telah dilanda krisis ekonomi yang teruk dan satu pelan tindakan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan mengurangkan kadar pengaliran matawang keluar negara telahpun dibuat. Salah satu daripada punca pengaliran matawang ringgit keluar negara ialah kos pembiayaan pendidikan bagi penuntut Malaysia di luar negeri. Kos tersebut termasuklah kos pembiayaan kapal terbang, sewa tempat tinggal dan elaun sara hidup.

Rentetan daripada itu satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mempermudahkan penubuhan institusi pendidikan tinggi, penganugerahan ijazah dan memperakukannya. Kerajaan juga telah menggalakkan program berkembar di antara institusi pendidikan tinggi swasta dengan universiti-universiti terkenal luar negara. Ini termasuklah penubuhan kampus-kampus cawangan dalam negara.   

Kita lihat dengan jelas bahawa proses ini masih berjalan dan berterusan sehingga hari ini dengan kemungkinan IPTS mengendalikan program ijazah itu sepenuhnya di dalam negara. Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya oleh wartawan apabila melihat kejayaan ini, beliau berkata bahawa konsep Malaysia menjadi hub kecermelangan pendidikan di rantau ini bukan sahaja memantapkan matlamat awal menjadikan pendidikan sebagai salah satu penjana ekonomi dan menarik pelajar-pelajar asing belajar di Malaysia malahan Malaysia boleh dan mampu untuk mengeksport pendidikan keluar negara. Bagi Tun Dr Mahathir kunci kejayaan ialah pengawalan kualiti. Ini dapat dilihat dari petikan ucapan beliau semasa merasmikan International College, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada Jun 1994:

“We must be rigorous with regard to standards if we are to maintain the reputation of being providers of quality education. Our credibility must not be undermined. We are aware that if we are not sufficient vigilant, there is the temptation that in the pursuit of quick profits, dubious arrangements will be resorted to and certificate mills will be set up. The behavior of a few can undermine the credibility of the whole nation, and the whole education industry will be brought into subsequent loss to everyone.”[47]

4.8       Pendidikan Dan Agama Islam

Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menekankan bahawa seseorang yang beragama Islam sepatutnya menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang maju. Memetik ucapannya pada 18 April 2004 kepada sebilangan cendiakawan di Maghribi, beliau berkata tidak sepatutnya negara-negara Islam yang ada sekarang ini berada pada tahap yang mundur dari segi ekonomi. Beliau telah menyingkap sejarah sarjana-sarjana Islam semasa di zaman kegemilangan Islam dulu umat Islam sangat maju dalam pelbagai bidang umpamanya ilmu sains, pelayaran, perubatan, astronomi, matematik, falaq dan falsafah.

Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir merasakan perlunya anjakkan paradigma mengenai pendidikan agama khususnya di Malaysia. Pada 1983 kerajaan telah menubuhkan sebuah IPTA yang berlandaskan Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UIAM merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.[48]

Begitu juga dengan penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia pada 1998.

USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan syarat kemasukkan kepada pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.[49]

Dengan penubuhan UIAM dan USIM ini, nama Malaysia harum di kalangan negara-negara Islam sedunia dan ianya dapat merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi hub pendidikan di rantau ini.

Bagi Tun Dr Mahathir menuntut ilmu adalah satu jihad. Berkaitan dengan pemikirannya dalam usaha untuk menggalakkan umat Islam seluruhnya dan umat Islam di Malaysia khususnya supaya menguasai ilmu segala bidang. Bagi Tun Dr Mahathir, tanpa ilmu pengetahuan ummah tidak akan dapat mempertahankan diri daripada pencerobohan musuh. Tanpa ilmu juga ummah tidak akan berjaya menguruskan negara dan menjana ekonomi dengan baik. Dalam ucapan beliau di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam pada Januari 2002, Tun Dr Mahathir berkata betapa umat Islam telah ditinggalkan oleh arus Revolusi Industri di Barat bila pemikiran kita “tertutup bukan sahaja kepada ajaran atau pendapat kumpulan lain berkenaan dengan agama, tetapi juga kepada keadaan dan perkembangan di sekeliling, baik perkembangan dalam bidang ilmu atau ideology atau peningkatan kebolehan manusia dalam bidang-bidang lain”.[50]

Beliau di dalam ucapannya antara lain menegaskan bahawa: “Justeru itu penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain”.[51]
   

4.9       Kemahiran Hidup Dalam Pendidikan

Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, Sains Rumahtangga, Seni Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana pelajar dibenarkan hanya memilih satu bidang daripada empat pilhan yang ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka jurusan pelajar hanya belajar satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-pelajar mempelajari pilhan lain.

Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau telah memasukkan input kepada kurikulum sekolah mata pelajaran kemahiran hidup yang bermula daripada andaiannya bahawa pendidikan tidak sepatutnya hanya mendedahkan pelajar kepada teori tetapi sepatutnya juga amat bergantung kepada praktis.

Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) diperkenalkan pada tahun 1989 yang bercorak terbuka yang mana pelajar berpeluang mempelajari semua bidang elektif. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Matapelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. [52]

Mata pelajaran KHB, mempunyai dua komponen iaitu bahagian teras dan pilhan.Bahagian teras mengandungi tiga bahagian iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Kekeluargaan. Bahagian pilihan pula mengandungi 3 bahagian iaitu pilihan Kemahiran Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian.


Tan Sri Awang Had Salleh berpendapat[53]  bahawa cetusan idea Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan kursus kemahiran hidup dalam pendidikan adalah kerana faktor-faktor berikut:
a.       Pertama: Latihan dan pendidikan perubatan yang diterima;
b.      Kedua : kerana amalan perubatan yang menjadikannya satu kemestian memiliki kemahiran dalam pengubatan;
c.       Ketiga: mungkin juga ia tercetus daripada hobinya sendiri yang melibatkan kemahiran kraf dan seni tembaga;
d.      Keempat: mungkin juga timbul dari kesedaran kepenggunaan di mana kejahilan dalam kemahiran manipulasi asas menjadikan penguna amat tinggi kepergantungannya kepada peniaga-peniaga kecil tertentu.

Oleh itu melalui proses pendidikan, pelajar-pelajar harus didedahkan untuk memastikan mereka mempunyai kebolehupayaan untuk mempraktiskan ilmu yang dipelajari di sekolah atau di universiti sebagai langkah untuk membenteras kepergantungan rakyat negara dalam bentuk serupa (d) ini. 

4.10     Pendidikan Sains dan Teknologi

Satu lagi kejayaan dan sumbangan Tun Dr Mahathir kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya ialah tentang penekanan matapelajaran sains, teknologi dan mematik. Umum mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir seorang yang sangat berminat dalam sains dan teknologi. Kecenderungannya telah dipamerkan sejak zaman kanak-kanak dengan beliau telah mengambil aliran sains semasa menuntut di Maktab Sultan Abdul Hamid lagi. Beliau turut mengakui bahawa pendidikan dalam bidang perubatan banyak membantu beliau dalam karier politik dan petadbiran negara. Beliau berpendapat bahawa sains dan teknologi mempunyai peranan yang sangat luas untuk pembangunan manusia sejagat. Berikut adalah pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad mengenainya:

“Dalam erti kata yang amat luas sains ialah kaedah sistematik penghuraian dan pengawalan dunia yang rasional dan adalah kajian hukum alamiah sejagat. Perkembangan hukum, teori dan prinsip sains sepanjang 6000 tahun yang lalu ialah hasil minda manusia dalam usaha menuntut ilmu dan mencari kebenaran. Sains tidak mencipta, tetapi menukar apa yang sedia wujud. Kita seharusnya melihat ilmu dan sains sebagai prasyarat segala usaha manusia”.[54]

Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran negara beberapa langkah penting telah di ambil serta idea-idea baru dilaksanakan untuk mengembangkan sains dan teknologi. Pada tahun 1986, Dasar Sains Negara telah dilancarkan.

Menurut Tun Dr Mahathir lagi, keperluan pengurusan sumber manusia amat penting memandangkan negara memerlukan golongan sains dan jurutera yang mencukupi kerana sains dan teknologi amat penting untuk mewujudkan satu masyarakat saintifik yang progresif. Beliau turut memasukkan elemen sains dan teknologi dalam salah satu teras Wawasan 2020 iaitu pekara 7 adalah:

“Wewujudkan masyarakat saintifik dan progresif inovatif dan memandang ke depan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi kepada penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited terhadap kerjayanya dan Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu menggunakan teknologi malah tahu mencipta teknologi baru untuk keperluan industri”. 

4.10.1  Pembangunan Teknologi Kenderaan Bermotor

Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara, beliau telah melancarkan Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Pada tahun yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada September 1985 dengan menaiki Proton Saga yang menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh,Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".

Tun Dr Mahathir mensifatkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh PROTON dan PERODUA membolehkan negara menyediakan kenderaan mampu milik oleh ramai penduduk Malaysia. Bilangan permintaan yang banyak dari penduduk Malaysia membolehkan kedua-dua syarikat kenderaan nasional itu membangunkan komponen kenderaan dengan rangkaian jualan seluruh negara disamping keupayaan penyelidikan bagi kenderaan penumpang.

Pada 7hb Februari 1995, Malaysia sekali lagi telah maju setapak dalam industri pembuatan permotoran dengan wujudnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Modenas adalah usahasama syarikat Malaysia iaitu DRB Hicom dan 2 syarikat Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industri Ltd dan Nissho Iwai Corporation. 

Dalam ucapan Tun Dr Mahathir di Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Pembangunan dan Pembuatan Motosikal Nasional dan Jentera Kecil Pelbagai Penggunaan di antara ketiga-tiga syarikat usahama itu pada 7hb Februari 1995 di Kuala Lumpur, Tun Dr Mahathir berkata:
“Saya yakin pembangunan dan pembuatan motosikal nasional dan jentera kecil kami akan memberikan satu lagi kemajuan besar dalam bidang ini disamping membantu negara mencapai tahap penduduk yang memiliki kenderaan bermotor pada kadar tinggi. Selain itu jentera kecil pelbagai penggunaan boleh digunakan secara meluas dalam sektor pertanian dan pembinaan bagi membantu rakyat kami meningkatkan productiviti dan kecekapan dengan perbelanjaan modal yang minimum”.[55]

Tun Dr Mahathir juga melihat penglibatan Malaysia sebagai negara pembuat kenderaan permotoron adalah sebagai batu loncatan bagi Malaysia untuk menembusi pasaran ASEAN, Asia Timur, dan Eropah.

Jelas peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir dalam bidang teknologi pembuatan kenderaan nasional tidak dapat dinafikan. Malaysia berbangga mempunyai jenama kenderaan sendiri setanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat (Ford, Jeep, Pontiac), German (Mercedez, BMW), Italy (Fiat) dan Perancis (Peugeut).

Namun begitu usaha gigih untuk meningkatkan kualiti pembuatan hendaklah sentiasa dibuat supaya Malaysia boleh menjadi negara pengeksport kereta dan memasuki negara maju tersebut sebagaimana kejayaan syarikat-syarikat Jepun menembusi pasaran Amerika Syarikat,dan negara-negara Timur Tengah (negara-negara Teluk).

4.10.2  Pelancaran Program Satelit Micro Malaysia (MEASAT)

Malaysia telah memasuki industri Angkasalepas dan telekomunikasi secara rasmi pada 13hb Januari 1995. Program satelit micro telah membawa Malaysia selangkah ke hadapan yang mana rakyat Malaysia sudah mampu mereka bentuk, membina, membuat dan melancarkan kapal angkasa Malaysia. Kontrak Measat 1 dan Measat 2 telah ditandatangani pada Mei 1994 telah membuka jalan bagi penyertaan Malaysia dalam bidang teknologi aeroangkasa dan telekomunikasi. Dengan pelancaran sistem Measat ini ianya boleh dijadikan platform dalam bidang penyelidikan dan pendidikan aeroangkasa disamping menyokong pembangunan infrastrutur telekomunikasi dan berteknologi tinggi.

Measat 1 dan Measat 2 telahpun dilancarkan serentak ke orbit pada tahun 1996 dengan menempatkan sistem satelit micro. Satelit micro ini adalah seberat 50 kilogram telah direka untuk menjalankan operasi sains dan pendidikan serta penderian jauh untuk mengumpulkan data dari permukaan bumi untuk pengurusan sumber, kegunaan tanah dan perlindungan alam sekitar[56].

Namun begitu selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad usaha murni dalam bidang ini tetap diteruskan dengan pelancaran Measat 3 ke orbit pada tahun 2006.


Gambar 3: Juruteknik sedang mengendali satelit Sistem Pintar di El Segundo, California, menyediakan satelit perhubungan MEASAT-3.


Gambar 4:  MEASAT-1 mengorbit atas Malaysia


Gambar5:  MEASAT-3 mengorbit atas Malaysia




4.10.3  Malaysia Pusat Bagi Industri Tinggi

Semasa Rancangan Malaysia Ke-4, Dasar Perindustrian Berat Negara telah diwujudkan. Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyarankan satu dasar digubal dengan anjakan paradigma dalam struktur ekonomi negara yang sebelum ini berteraskan pertanian sama ada secara sara diri ataupun komoditi, perladangan getah dan kelapa sawit dan bijih timah. Dengan adanya Dasar Perindustrian Berat Negara atau nama singkatannya HICOM bagi membawa gelombang perubahan baru dalam industi pembuatan kenderaan negara terutama sekali industri permotoran.

Rasionalnya penubuhan HICOM ini adalah kerana industri berat mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan perindustrian negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas dan struktur perkilangan agar ianya terus mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan.

Selama ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang terbesar sementara sektor swasta kurang memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap. Sektor ini tidak dinamik di mana ia lebih bertindak balas kepada galakan dan perlindungan tanpa memberi perhatian kepada 'new areas' dan berbelanja untuk penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang lepas sektor swasta lebih memandang ke dalam (inward-looking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu gantian import dan galakan perlindungan tanpa memikirkan persaingan dalam pasaran dunia. Dasar perindustrian berat diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor swasta meningkatkan pelaburan mereka dan mengambil bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi melalui program perindustrian berat yang lebih sophisticated yang akan mengwujudkan industri-industri sokongan dan berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia.

Kebanyakan pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type'yang gagal memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya, walaupun proses perindustrian telah berlangsung selama 25 tahun, Malaysia masih belum mempunyai 'industrial elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri. Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika mahu terus maju setanding dengan negara-negara perindustrian yang lain.[57]


4.10.4  Pendidikan Dan Pemindahan Teknologi

Menurut statistik projek pelaburan Jepun ke Malaysia pada tahun 1986, permohonan projek yang disertai oleh syarikat-syarikat Jepun ke Malaysia dar 44 pada 1986 telah meninggkat ke 229 iaitu 5 kali ganda. Modal pelaburan dari Jepun telah meningkat daripada RM285 juta pada 1986 kepada RM6,738 pada 1990 lebih 23 kali ganda jumlah pada 1986. [58]

Ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd di Shah Alam pada 22hb Februari 1991, Tun Dr Mahathir telah melahirkan hasrat beliau agar syarikat-syarikat dari Jepun ini sanggup berkongsi teknologi mereka dengan syarikat tempatan. Pemindahan teknologi ini bagi beliau sangat diperlukan bagi memacu ekonomi ke arah perindustrian peringkat tinggi. Disamping itu rakyat Malaysia juga mendapat peluang pekerjaan serta dapat dilatih dengan kemahiran dan kecekapan bagi memenuhi keperluan industri.

Di dalam majlis yang sama juga Tun Dr Mahathir telah memberi komitmen kepada syarikat-syarikat Jepun dan asing yang melabur di Malaysia bahawa kerajaan Malaysia akan menyediakan tenaga kerja dan kemudahan pelaburan dengan katanya:

“Malaysia menyediakan persekitaran ini. Kerajaan Malaysia secara konsisten berjaya memastikan kestabilan politik serta dasar ekonomi dan infrastruktur yang baik, termasuk tenaga kerja yang berpelajaran dan terlatih. Pembangunan dan latihan tenaga kerja terlatih ini mesti dilakukan oleh syarikat. Mereka perlu berusha menyemai etika dan budaya kerja yang baik yang dapat menanam nilai tinggi dalam kesetiaan kepada syarikat dan produktivi”.[59]

Pemindahan teknologi oleh syarikat-syarikat asing terutamanya dari Jepun dapat membantu rakyat Malaysia untuk memahami teknologi bagi kepentingan ekonomi negara.


4.10.5  Pendidikan Dan ICT

Pada lewat tahun 1990-an, minat Tun Dr Mahathir untuk menyediakan Malaysia maju dan lebih berdaya saing berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan negara-negara yang mempunyai kos buruh lebih rendah seperti China, India, Indonesia dan Vietnam, beliau telah memperkenalkan projek Multimedia Super Corridor yang menekankan IT sebagai asset rakyat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pada 1hb Ogos 1996 Tun Dr Mahathir telah merasmikan Multimedia Super Corridor semasa Persidangan Multimedia Asia.

Kelebihan Daya Saingan MSC akan membolehkan perkembangan industri telekomunikasi serta multimedia sebagai salah satu kemudahan asas di Malaysia. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad menggabungkan kedua-dua industri tersebut telah membolehkan Malaysia untuk menyediakan frasarana kepada pelabur-pelabur asing (FDI) dan juga pelabur-pelabur tempatan (MDI) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan mereka.

Multimedia merupakan gabungan antara bunyi, data, grafik dan video. Sementara itu, industri telekomunikasi telah membolehkan hubungan jarak jauh didekatkan dengan rangkaian komputer. Masa depan untuk perkembangan industri multimedia serta telekomunikasi bergantung kepada pergabungan kedua-dua teknologi untuk memberikan lebihan daya saingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan strategik.

Adalah dianggarkan bahawa pasaran multimedia akan mencecah angka US$3.5 trilion menjelang tahun 2002. Ini adalah lebih kurang saiz ekonomi negara USA pada awal tahun 1980an. (Bradley P.Holmes, Multimedia Global Alliances:Business Opportunities on the Information Highway, APT Jurnal Jan 1995). Memandangkan "kek ekonomi" bagi industri multimedia adalah terlalu besar untuk mana-mana negara, maka langkah Malaysia mewujudkan MSC untuk turut bersama negara-negara lain dalam pembangunan industri multimedia adalah langkah bijak. Walaupun Malaysia baru menceburi bidang teknologi maklumat secara serius dan terdapat gergasi industri teknologi maklumat di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat, tetapi MSC menawarkan beberapa tarikan yang boleh disifatkan sebagai lebihan daya saingan MSC berbanding lokasi lain di dunia.[60]

Dengan adanya minat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bidang ICT, kesemua perancangan pendidikan menengah dan peringkat universiti telah digerakkan ke arah itu. Penubuhan berbagai universiti yang menawarkan kursus-kursus seperti Teknologi Maklumat dan kursus-kursus yang relevan dengan tuntutan baru dalam bidang ICT ini telah turut diwujudkan. Ini adalah salah saru usaha beliau yang sentiasa konsisten untuk membantu anak-anak Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khususnya terutamanya sekali golongan muda yang mahir, separuh mahir dan peka kepada perubahan dan tuntutan alaf baru. 






BAB KELIMA
CABARAN

5.0       Cabaran

Setiap invidu di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara menginginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Walaupun begitu penulis beranggapan bahawa terdapat cabaran-cabaran yang perlu diambil kira oleh setiap rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa Malaysia benar-benar menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah:

5.1       Perpaduan Melalui Pendidikan

Sehingga ke hari ini pelbagai pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia sentiasa mumpunyai semangat bersatu padu. Penulis menyokong penuh akan Konsep 1 Malaysia yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 1hb Julai 2009. Namun jika amati dengan teliti usaha untuk menyatu padukan rakyat Malaysia telah mengalami satu proses yang panjang. Dengan cabaran-cabaran dalam masalah kegawatan ekonomi dan sistem politik jikalau tidak stabil boleh menggugat semangat perpaduan negara. Oleh itu mendepani cabaran perpaduan, usaha-usaha melalui proses pendidikan mestilah diteruskan supaya memastikan rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan aman sejahtera dan tidak perasaan syak wasangka diantara satu sama lain. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.

Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan[61] menurut Kamus Bahasa Melayu mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala definasi pendidikan[62] pula, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.

5.2       Peranan Pendidik Pada Masa Akan Datang

Profesion sebagai pendidik adalah satu kerjaya sangat murni dan mulia.Dengan memasuki satu lagi era baru, peranan pendidik bukan sahaja sebagai pemudah cara kepada pelajar. Tetapi pendidik mesti sentiasa peka dengan kehendak industri demi kepentingan negara. Oleh itu, setiap pendidik di Malaysia hendaklah sentiasa perlu lebih sedia dan peka bagi mewujudkan  dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Pelajar perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, pelajar dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Pendidik masa hadapan bukan lagi bersifat pemudah cara, tetapi juga pembimbing, pakar motivasi, mempunyai kemahiran membaca Al-Quran dengan baik, mempunyai pengetahuan dalam bidang Al-Hadith agar pendidik itu sendiri benar-benar mempunyai dunia yang bukan sekadar untuk menjadi pemudah cara malahan juga sebagai tempat rujukan (source of reference) kepada anak-anak didiknya.

5.3       Cabaran Dalam Aspek Pembangunan Insan

Dalam mendepani masalah gejala sosial dan pergaulan bebas muda-mudi terutama sekali golongan pelajar-pelajar Melayu di negara kita, sistem pendidikan mestilah mapan untuk menangani masalah sosial ini. Masalah sosial telah dikupas saban hari di dada-dada akhbar umpamanya gejala pecah rumah, penghisapan rokok, meragut, penzinaan di kalangan remaja, pembuangan bayi, pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah dalam bentuk yang semakin canggih seperti pil-pil khayal dan sebagainya. Kita tidak dapat menafikan bahawa kesan kemajuan dalam bidang ekonomi telah menyebabkan kedua ibubapa sibuk bekerja. Anak-anak diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk guru-guru membimbing bukan sahaja dalam mata pelajaran pengkhususan guru terbabit malahan tanggungjawab guru adalah memastikan akhlak pelajar-pelajar juga dibentuk disekolah.

Sudah tiba saatnya bagi pendapat penulis bahawa pra-syarat untuk menjadi seorang pendidik harus boleh membaca Al-Quran walaupun seorang guru itu mengajar sains, atau pun mata pelajaran sejarah sekalipun. Penulis berpendapat bahawa untuk membenteras masalah sosial yang berluasa sekarang ialah bukan dengan pendekatan fizikal sahaja tetapi harus diiringi dengan pendekatan rohani sekaligus.

5.4       Sentiasa Membuat Penilaian Semula Ke Atas Sistem Pendidikan Sedia Ada

Untuk mewujudkan satu masyarakat yang benar-benar seimbang dari sepgi mental, jasmani dan rohani di Malaysia, pembelajaran agama Islam hendaklah dilaksanakan hingga ke peringkat universiti. Ini kerana mata pelajaran agama hanyalah bagi sistem pendidikan yang sedia ada hanyalah diajar kepada pelajar-pelajar yang memasuki sekolah-sekolah menengah kebangsaan termasuklah sekolah-sekolah aliran sains dan berasrama penuh kerajaan setakat tingkatan 5 sahaja.

Bagi sekolah menengah kebangsaan, adalah amat sesuai jika kerajaan melaksanakan mata pelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar lebih memahami Al-Quran dengan lebih mudah. Ini kerana kebanyakkan kes-kes masalah sosial bukanlah masalah remaja ataupun ibubapa remaja yang tidak mendirikan solat tetapi tiada kemahiran membaca Al-Quran dan kefahaman terhadap Al-Quran juga terlalu lemah. Jika kita ingin benar-benar seimbang dalam aspek dunia dan akhirat, pendekatan ini haruslah diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan untuk membuat penialain semula ke atas sistem pendidikan sedia ada.

Pun begitu penulis juga sangat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar pada 22hb April 2010 bahawa sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen-elemen karakter bersama kebijaksanaan. Katanya pembaharuan berkenaan perlu dilakukan oleh mana-mana negara sekali pun kerana masih banyak perkara yang perlu dan telah tidak dimasukkan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.

"Masih terdapat ruang-ruang yang tidak digunakan dengan efektif, ini bagi mengelakkan lahirnya pelajar-pelajar yang mempunyai karakter tidak baik. "Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi dengan karakter yang tidak baik membahayakan masyarakat...dia tidak boleh dianggap aset kepada kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Beyond Vision 2020".

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan negara bagi mengelak perkara itu berlaku. Katanya, sukatan mata pelajaran turut memainkan peranan kerana ia perlu disesuaikan dengan masa dan keperluan pelajar.

"Setiap mata pelajaran itu perlu dikaji mengikut keperluan pelajar dan apakah yang ingin diketengahkan kepada mereka. Ia hendaklah memberikan ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersedia menghadapi dunia luar selepas meninggalkan bangku sekolah," [63]


Back to top Go down
BAB KEENAM
KESIMPULAN

6.0       Kesimpulan

Selain itu terdapat andaian bahawa perlaksanaan sistem pendidikan di bawah Dr. Mahathir Mohamad yang lebih menitikberatkan kepada pendidikan sains dan teknologi mempunyai serampang dua mata. Pertama ialah kerana merealisasikan Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 bagi menjadikan negara sebuah negara industri yang maju. Keduanya ia adalah merupakan kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk memajukan orang Melayu agar setanding dengan kaum-kaum lain bagi tujuan menjadikan mereka tenaga kerja yang profesional. Dari itu mereka akan mengambil bahagian yang cergas dalam pembangunan negara dan seterusnya menjamin keutuhan orang Melayu sendiri. [Summary bab 1]

Kehidupan semasa kecil dan remaja Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah mengalami fasa penjajahan oleh 3 penjajah iaitu Siam, British dan Jepun. Beberapa pengalaman lampau telah diamati dan mengangkatnya sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan manafaat oleh beliau dan seterusnya menjadi tanda aras (benchmarking) didalam membentuk dan membangunkan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Liputan sejarah yang menunjukkan British kalah kepada Jepun telah memberi keyakinan kepada beliau bahawa Barat bukanlah bangsa yang terlalu agung sehingga sukar disaingi.

Menurut Rusdi dan Sivamurugan, gabungan idea yang diserap dan digubal sebagai falsafah, “Mahathirisme” telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa[64].

Oleh dengan itu, penulis sangat bersetuju dengan pernyataan Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian bahawa ke semua aspek yang dinyatakan di atas telah membentuk satu bentuk falsafah dan aliran pemikiran Tun Dr Mahathir mentadbir negara dalam tempoh 22 tahun. [Summary bab 2]

Realitinya penulis mempunyai ruang yang sedikit dan terlalu banyak keterbatasan untuk menulis kesemua peranan dan sumbangan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang tempoh belaiu menerajui negara. Beliau adalah pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi, cekal menghadapi musuh-musuh politiknya sehingga beliau kekal memerintah selama 22 tahun untuk menerajui Malaysia dari zaman pasca muram selepas kemerdekaan hinggalah ke zaman kegemilangan Malaysia berjaya mengecapi ekonomi yang stabil.

Sebagai penutup kertas projek ini, memadailah penulis membuat kesimpulan bahawa kepimpinan, pengalaman pahit di zaman penjajahan, sifat, keperibadian, minat yang cenderung ke arah sains dan teknologi, sikap yang sayangkan kepada orang-orang Melayu telah mendorong beliau membangunkan Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri adalah sangat membangakan. Keberanian beliau yang sangat luar biasa telah mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia serta mendapat pengiktirafan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

Beliau sangat berbeza berbanding dengan 3 Perdana Menteri Malaysia yang lepas yang mana masing-masing mendapat pendidikan dan pendedahan daripada luar negara. Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar menunjukkan contoh tauladan dengan beliau sendiri adalah seorang graduan tempatan telah berjaya untuk memimpin Malaysia ke tahap yang sekarang. Oleh itu pada pendapat penulis, beliau mempunyai pendekatan yang sangat berbeza dan langsung tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai nilai pergantungan kepada model pendidikan British atau Barat.

Prinsip dan formula beliau yang mengatakan “buy British last” dalam usahanya untuk menghapuskan cengkaman dan manipulasi British ke atas ekonomi Malaysia benar-benar menjadi dalam membangunkan Malaysia dan masyarakat Melayu supaya boleh setanding dengan bangsa-bangsa yang maju.

Peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada masyarakat Melayu dalam era 1981 – 2002 dalam bidang pendidikan memang besar dan jasanya hanya Allah SWT sahaja yang membalas. Di doakan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat nikmat kesihatan yang kini sudahpun berusia 87 tahun. 


Buku Terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad
A Doctor In The House



Rujukan

1.      Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), International Law Book Service, 1998

2.      Ahmad Fauzi bin Mohamed, Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Serta Perlaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia, 1997

3.      Ahmad Fauzi bin Mohamed, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941 – 1990 an, USM, 2007

4.      Ahmad Sohaimi Lazim, Dua Dekad Dasar Pandang Ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-2002), Penerbit: UPSI, Tanjong Malim, 2011

5.      Asia University, Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Institusi Pengajian Tinggi

6.      Ensiklopedia Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, Jilid 7 (Sains, Teknologi dan Hak Asasi Manusia), Darulfikir, Kuala Lumpur, 2006

7.      Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2004

8.      Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia, 1975

9.      Dr Sidek Baba (mantan NC UKM), Pemikiran Hamka, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2009

10.  Govin Alagasari (compiler), Mahathir: The Awakening, Uni-Strengh Sdn Bhd, 1994

11.  J. Victor Morais (Terjemahan Abdul Razak bin Hj Abdul Rahman), Mahathi: Riwayat Gagah Berani, Anenabuku Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1982

12.  Mahathir Mohamad, The Malay The Lemma, Kuala Lumpur, Times Books International, 1970

13.  Mohamad Bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadp Alaf Baru, Bahagian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
14.  Penyunting: Ramlah Adam, Phd, Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, IKSEP, 2002

15.  Rusdi Omar dan Sivamurugan Pandian, Falsafah Pendidikan Politik Dr. Mahathir Mohamad, UUM & USM

16.  Richard Story, Sejarah Jepun Moden, DBP & Kementerian Pelajaran Malaysia, KL, 1967



Pautan Luar
3.      Berita Harian Online 20hb April 2010
4.      Utusan Online 7hb April 2011
6.      Malaysia Kini 8hb Julai 2009



[1] Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia. Teks asalnya bertajuk: “Malaysia: The Way Forward”. Rujuk hlm 20-21
[2] Ibid, hlm 21-22
[3] Lihat Esei Mohamad bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
[4] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad
[5] Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia. Teks asalnya bertajuk: “Malaysia: The Way Forward”. Rujuk hlm 20-21
[6] Ibid, hlm 21-22
[7] Lihat Ahmad Sohaim Lazim, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an, hlm 1 - 24
[8] Lihat artikel Mohamad Bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.
[9] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad, hlm 80
[10] Sekolah Inggeris kerajaan yang pertama di Alor Setar dikenali kini sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid

[11] Lihat J. Victor Morais (Terjemahan Abdul Razak bin Hj Abdul Rahman),  Mahathir: Riwayat Gagah Berani, Bab 1, hlm1 – 13

[12] Ibid, hlm 1
[13] Lihat Richard Story, Sejarah Jepun Moden, hlm 67 - 103
[14] Lihat Ahmad Sohaimi Lazim pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan Di Tanah Melayu (Malaysia) 1941- 1990-an, hlm 1 - 24
[15] Lihat Ibid, hlm 6
[16] Lihat Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2004

[17] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugan Pandian, Falsafalah Pemikiran Politik Dr Mahathir Mohamad, hlm 79
[18] Ibid, hlm 49 - 60
[19] Lihat prakata Dato’ Dr Affifuddin Hj Omar untuk Mahathir: Warisan Perjuangan – Langkah Ke Hadapan
[20] Lihat  Bab 1, Pemikiran Hamka, Dr Sidek Baba (mantan NC UKM)
[21] Lihat Mohammad Redzuan Othman, kertas kerja pada Seminar Ulama Dalam Sejarah Perak (9 Julai 1989).
[22] Lihat Bab 1: Tafsiran, Akta Pendidikan 1996
[23] Ibid
[24] Dasar yang dimaksudkan disini ialah dasar pecah dan perintah
[25] Lihat Dilema Melayu: Satu Kupasan Pemikiran Tun Dr Mahathir tentang permasalahan Melayu
[26] The Malay The Lemma, hlm 19
[27] The Malay The Lemma, hlm 2
[28] Ibid, hlm 3
[29] Ibid, hlm 22
[30] Ibid, hlm 25
[31] Ibid
[32] Ibid, hlm 33 - 34
[33] Bandar yang dimaksudkan di sini ialah  Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur
[34] Tun Dr Mahathir adalah ahli parlimen Kubang Pasu sehingga tahun 2004
[35] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mengenai Pendidikan
[36] Mahathir Mohamad, The Earlys Years, hlm 4
[37] Ibid
[38] Ibid, hlm 11
[39] Ibid, hlm 170
[40] Ibid, hlm 170
[41] Ibid, hlm 170 - 171
[42] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Pendidikan, hlm 106
[43] Ibid, hlm 106
[44] Ibid, hlm 110
[45] Lihat pautan PPSMI dimansuhkan mulai 2012",  Malaysiakini, 8 Julai 2009

[47] Dipetik dari Govin Alagasari (compiler), Mahathir: The Awakening, hlm 19
[50] Dr Mahathir Mohamad, Ucapan Perdana, Kuala Lumpur, DBP, hlm 6
[51] Ibid
[52] Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003
[53] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Pendidikan, hlm 117
[54] Dipetik dari artikel Hj Abdullah Kadir Bacha, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Sains & Teknologi, hlm 85
[55] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir bin Mohamad, Jilid 7, hlm 7 - 8
[56] Rujuk Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad,  Jilid 7, hlm 9 - 10
[58] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad, Jilid 7, hlm 31
[59] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad, Jilid 7, hlm 32
[61] Lihat Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd
[62] Lihat Kamus Dewan 1994
[63] Lihat Berita Harian 22hb April 2010
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sistempendidikanperlusentiasadiperbaharui_DrMahathir/Article
[64] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad

6 comments:

  1. Assalam..

    Kajian yg sgt berguna dan dilakukan dgn teliti...cuma perlu sedikit pembetulan..

    2nd last para :

    Prinsip dan formula beliau yang mengatakan “but British last” dalam usahanya untuk menghapuskan cengkaman dan manipulasi British ke atas ekonomi Malaysia benar-benar menjadi dalam membangunkan Malaysia

    Frasanya ialah 'BUY British last"..bukan "BUT"..mungkin salah taip.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  3. sangat ebantu dalam kajian saya.terima kasih..

    ReplyDelete
  4. assalam..saya tak dapat access sumber [18] dalam seksyen penglibatan di dalam politik

    ReplyDelete
  5. W'salam... saudara boleh rujuk jurnal Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir Mohamad. Ia boleh diakses di http://www.management.utm.my/jurnal-kemanusiaan/attachments/article/166/JK8_166.pdf

    ReplyDelete