السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
1.0 Pendahuluan
Apabila
kita menyingkap kembali tabir sejarah konflik di abad kedua puluh, kita tidak
akan dapat melupakan era Perang Dingin yang bermula sejak berakhir Perang Dunia
Kedua di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Perang Dingin itu mendapat
nama justeru kedua-dua pelaku di arena perhubungan antarabangsa itu takut untuk
berperang bersemuka sebaliknya sering menggunakan proksi untuk menunjukkan
taring masing-masing. Dingin adalah senario konflik, ketegangan dan persaingan
yang wujud di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
yang dipamerkan dalam gabungan tentera, propaganda, pengintipan, pembangunan
senjata, perindustrian dan pembangunan teknologi kompetitif.
Menurut
Jayum A Jawan Karisma (2003), dasar luar merupakan satu kesinambungan daripada
dasar domestiknya[1].
Di mana ia merupakan refleksi kepada corak hubungan luar sesebuah negara.
Terdapat dua corak hubungan yang dominan pada hari ini. Pertama hubungan
‘bilateral’ yang hanya melibatkan perjanjian antara dua negara manakala
hubungan ‘multi bilateral’ pula merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan
sekumpulan negara tertentu[2].
Walaupun
Amerika Syarikat dan Soviet Union telah bersekutu bersama menentang kuasa-kuasa
Axis sepanjang Perang Dunia Kedua, kedua-dua negera tersebut tidak bersetuju
dalam banyak hal, terutamanya bentuk dunia yang harus dicernakan bagi
menghadapi iklim politik dunia pasca-perang. Sepanjang Perang Dingin dunia
menyaksikan ketegangan antarabangsa seperti Berlin Blockade (1948–49), Perang
Korea (1950–53), Krisis 1961 , Perang Vietnam (1959–1975), perang Rusia di
Afghanistan (1979–89) dan Krisis Misil Cuba 1962 yang melonjakkan kebimbangan
yang akan mengakibatkan Perang Dunia Ketiga.
Terdapat
konsensus di kalangan ahli sejarah mengenai titik permulaan bagi Perang Dingin
dan kebanyakan ahli sejarah menganggap ia bermula setelah tamat Perang Dunia
Kedua, dan ada yang berpendapat ia bermula pada penghujung Perang Dunia
Pertama, walaupun sebenarnya ketegangan antara Empayar Rusia dan Empayar
British dan Amerika Syarikat telah dikesan pada pertengahan abad yang ke-19.
Pertembungan
ideologi antara komunisme dan kapitalisme bermula pada 1917, apabila Soviet
Rusia muncul hasil daripada Revolusi Rusia dan menjadi negara pertama komunis
dunia yang menyebabkan hubungan di antara Soviet Rusia dan Amerika Syarikat
tidak menentu untuk jangka masa yang panjang. Persidangan Yalta[3]
yang berlangsung pada 4-11 Februari 1945 menemukan tiga pemimpin Bersekutu
iaitu Joseph Stalin, Winston Churchill dan Franklin Roosevelt membincangkan
penyusunan semula Eropah selepas Perang Dunia Kedua dengan tujuan utama untuk
mewujudkan negara-negara yang telah ditakluk dan dimusnahkan oleh Jerman.
Persidangan
Yalta bersetuju untuk membelah Jerman kepada wilayah Berlin Timur yang dikuasai
Rusia semasa perang dan Berlin Barat wilayah yang berbeza, manakala Poland
diberi kemerdekaan dan Yugoslavia juga diwujudkan.
[Bendera Amerika Syarikat & Soviet Union]
2.0 Kronologi Perang Dingin
Perang
dingin tercetus selepas tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1949 dan
berakhir pada tahun 1991 dengan runtuhnya entity Soviet Union di Eropah. Semasa
perang dingin berlaku, seramai lima (5) orang Presiden Amerika Syarikat
telah menduduki Rumah Putih (White
House) dalam merangka serta melaksanakan dasar luar Amerika Syarikat yang
melibatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain di peringkat arena antarabangsa[4].
Kronologi Perang Dingin yang panjang yang melibatkan Amerika Syarikat dan
Soviet Union:
1940an
1945:
5-11 Februari - Sidang Yalta – Permulaan Perang Dingin
1945:
6 Ogos - Amerika Syarikat pertama kali menggunakan bom atom
1945:
8 Ogos - Russia memasuki perang melawan Jepun
1945:
14 Ogos 14 – Jepun menyerah kalah tamat Perang Dunia Kedua
1946:
Mac - Winston Churchill membuat ucapan "Iron Curtain"
1947:
Mac - Truman mengisytiharkan peranan aktif dalam Perang Saudara Greek
1947:
Jun – Pengisytiharan Rancangan Marshall
1948:
Februari – Komunis mengambil alih Chechoslovakia
1948:
24 June - Pengepungan Berlin
1949:
Julai - NATO termetrai
1949:
12 Mei - Pengepungan Berlin tamat
1949:
September - Mao Zedong, pemimpin Komunis menguasi China
1949:
September – Soviet meletupkan bom atom yang pertama
1950an
1950:
Jun - Perang Korea bermula
1953:
Julai - Perang Korea tamat
1954:
Mac - KGB ditubuhkan
1954:
CIA menolong penggulingan rejim di Iran dan Guatemala
1954:
Julai -Vietnam berpecah di garis selari 17
1955:
Mei – Perjanjian Warsaw ditubuhkan
1956: Oktober - November – Pemberontakan di Hungary
dipatahkan Mesir mengawal Terusan Suezl; Amerika enggan menolong mengambil
kembali
1957:
Oktober 4 -Sputnik Rusia dilancarkan ke angkasa lepas
1958:
November - Khrushchev meminta pengunduran tentera daripada Berlin
1959:
Januari - Cuba diambilalih oleh Fidel Castro
1959:
September - Khrushchev merawat Amerika Syarikat
1960an
1960: Mei - Soviet Rusia mendedahkan pesawat
pengintip Amerika ditembak jatuh di wilayah Rusia
1960:
November - John F. Kennedy dilantik Presiden Amerika Syarikat
1961:
April - Penaklukan Bay Of Pigs
1961:
Julai - Kennedy memohon 25% perbelanjaan untukketenteraan
1961:
13 Ogos - Sempadan Berlin ditutup
1961:
17 Ogos – Pembinaan Tembok Berlin
1962:
- Penglibatan Amerika di Vietnam
1962:
Oktober - Krisis Misil Cuba
1963:
July - Nuclear Test Ban Treaty dimetrai
1963:
November - Presiden Kennedy dibunuh di Dallas, Texas
1964:
Ogos – Peristiwa Gulf of Tonkin
1965:
April – Merin Amerika dihantar ke Republik Dominica untuk melawan Komunism
1965:
Julai - Penghantaran 150,000 tentera Amerika ke Vietnam
1968:
Januari - Korea Utara menawan U.S.S. Pueblo
1968:
Ogos - Tentera Soviet memetahkan pemberontakan Czechoslovakian
1969:
20 Julai - Apollo 11 mendarat di bulan
1970an
1970:
April - Presiden Nixon melebarkan perang Vietnam ke Cambodia
1972:
Julai - SALT I ditandatangani
1973:
Januari – Gencatan Senjata Amerika Syarikat dan Vietnam Utara
1973:
September – Amerika menolong menumbangkan kerajaan Chile
1973:
Oktober – Mesir dan Syria menyerang Israel;
Mesir mendapat pertolongan Soviet Rusia
1974:
Ogos - President Nixon meletak jawatan
1975:
17 April-- Vietnam Utara mengalahkan Vietnam Selatan
1979:
Julai - SALT II ditandatangani
1979:
November - Shah Iran digulingkan; Krisis Tawanan Iran
1980an
1983:
Presiden Reagan mencadangkan Strategic Defense Initiative
1983:
Oktober – Tentera Amerika menggulingkan pemerintah Grenada
1985: Skandal Iran-Contra (senjata dijualkepada
Iran, untung digunakan untuk menyokong Kontra di Nicaragua)
1985:
Mikhail Gorbachev mengambilh alih kuasa di Soviet Union
1986: Oktober - Reagan dan Gorbachev membuat ketetapan
memindahkan misil daripada Eropah
1986:
November – Skandal Iran-Contra diumumkan kepada orang ramai
1989:
Januari – Tentera Soviet troops berundur daripada Afghanistan
1989:
Jun - China mematahkan tunjuk perasaan pro-demoktasi; Poland merdeka
1989:
September - Hungary merdeka
1989:
November – Runtuhnya Tembok Berlin
1989: Disember – Kerajaan komunis jatuh di
Czechoslovakia, Bulgaria dan Rumania; Berakhirnya Empayar Soviet
1990an
1990:
March - Lithuania merdeka
1990:
29 Mei 29 - Boris Yeltsin dilantik Presiden Russia
1990:
3 Oktober - Jerman disatukan semula
1991:
April – Pakatan Warsaw dibubarkan
1991:
Ogos - Berakhirnya entiti Soviet Union – Tamat Perang Dingin
3.0 Faktor-Faktor Tercetusnya Perang Dingin
3.1 Tidak Mematuhi Persetujuan Dalam Persidangan Yalta[5]
Stalin,
Roosevelt dan Churchill telah bertemu di Yalta, Crimea untuk membincangkan
penyelesaian terutamanya pada zaman selepas perang. Persetujuan telah dicapai dan mereka
bersetuju membahagikan wilayah Jerman kepada 4 bahagian (dibawah kuasa SU, AS
Britain dan Perancis). United Nation juga telah ditubuhkan. Di Persidangan ini
kuasa-kuasa barat telah mengakui kekuatan pengaruh SU hampir di seluruh negara
bahagian Timur Eropah, terutamanya di Poland.
Namun
Stalin dan Roosevelt telah bercanggah pendapat mengenai Poland. Sebenarnya
Poland dan SU telah lama bermusuhan. ( Poland menjadi laluan kepada Jerman
dalam melancarkan serangan mengejut terhadap SU pada tahun 1941) SU tidak mahu
kejadian ini berulang dan mahu menutup laluan ini.
Rusia
telah menduduki Poland dan mendirikan sebuah kerajaan Poland dalam buangan di
London. Selepas kematian Roosevelt, Truman telah melaksanakan dasar yang tegas
terhadap SU. Beliau telah meminta SU mengubahsuai perjanjian kerajaan Poland
supaya disusun semula, namun SU enggan. AS kemudiannya telah menghentikan
bantuan pinjaman dan juga ketenteraan menyebabkan tekanan ekonomi kepada SU.
Hal ini menyebabkan hubungan mereka bertambah tegang.
AS
telah menghentikan bantuan terhadap SU kerana keengganannya, sehingga pada tahun
tersebut SU setuju merombak semula perjanjian Poland itu.
3.2 Perkembangan Pengaruh Komunis Di Eropah Barat
Zaman
selepas tamatnya perang Dunia Ke-2 (PDII) merupakan satu jangka masa
perkembangan pengaruh kuasa AS dan juga SU. AS berusaha mengembangkan idoelogi
liberal dan demokrasi kapitalisnya manakala SU pula dengan ideologi komunisnya.
Kedua-dua ideologi ini sangat bertentangan di antara satu sama lain.
Empayar
AS tidak mengawal kebebasan rakyatnya, sebaliknya SU mengawal rakyatnya dengan
ketat. Bertepatan dengan ideologi yang dibawa, SU lebih terdorong kepada cara
peluasan pengaruh melalui penjajahan[6].
Perkembangan
parti politik komunis di Perancis dan Itali dilihat oleh Stalin sebagai sesuatu
yang baik. Di Eropah Barat pula Stalin berazam mengembangkan pengaruhnya secara
paksa.
Penguasaan
SU terhadap Eropah Barat terutamanya Greek dan Turki telah mengurangkan
kekuatan pengaruh AS, dan ini memberi tekanan kepada usaha peluasan pengaruh
AS. Kerjasama antara AS dan SU telah wujud pada tahun 1941 dengan terjalinnya
Perikatan Agung antara AS, Britain dan SU dalam mengekang kemaraan pengaruh
Fasisme Jerman iaitu untuk menjaga kepentingan masing-masing.
Mulanya
AS telah berasa tergugat selepas Jerman menjalinkan perikatan dengan SU pada
tahun 1939. Namun Jerman telah menyerang SU secara tiba-tiba pada tahun 1941.
AS telah mengambil peluang ini untuk mengukuhkan pengaruh demokrasi
kapitalisnya.
3.3 Prasangka Dominasi Kuasa Oleh Amerika Syarikat Dan Soviet Union
Sebagai
reaksi terhadap ancaman kuasa barat, Rusia telah mengukuhkan cengkamannya
terhadap negara-negara Eropah Timur. Sehingga selepas tahun 1947 kebanyakkan
negara-negara di Eropah Timur adalah Komunis kecuali Czechoslovakia. Stalin
telah melaksanakan satu dasar baru dan telah menolak pinjaman 1 juta Dollar US
walaupun pada awalnya bersusah payah mendapatkan pinjaman tersebut daripada AS[7].
Hubungan
SU dan AS telah terjejas selepas SU enggan menyertai Bank Antarabangsa dan juga
IMF. Stalin telah melancarkan satu siri rancangan 5 tahun untuk mempercepatkan
pemulihan ekonomi Soviet dan untuk membesarkan angkatan tentera SU tanpa
bantuan luar. Menjelang Mac 1946, dasar Rusia telah berubah dan mereka mula
mendirikan kilang-kilang di Jerman dan mempunyai pakar-pakar dalam penciptaan moden.
Pada
Mac 1946, Winston Churchill telah menyampaikan ucapan yang kontroversi iaitu
The Iron Curtain. Ucapan beliau adalah sebagai satu ingatan bahawa Stalin
sedang berusaha meluaskan pengaruh komunisnya ke seluruh Eropah Timur. Kedegilan Stalin untuk mengubah sempadan
Poland dan kemunculan golongan pro- komunis di kalangan rakyat Poland di Lublin
menyebabkan Churchill sedar akan situasi yang sedang berlaku.
Rusia
dakwanya telah menutupi Eropah Timur dengan ‘pagar besi’. Namun tidak semua
negarawan barat setuju dengan kata-kata Churchill ini. Proses memagari Eropah
ini telah berlaku antara tahun 1945 hingga tahun 1947 yang menyebabkan satu
demi satu Negara Eropah Timur telah terseret ke dalam lingkungan pengaruh
komunisme SU.
Kerajaan
pro-komunis telah didirikan Di Poland, Bulgaria, Romania, Hungary dan Albania.
Para ahli politik bukan komunis telah dihapuskan dan parti petani telah
disabotaj. Kerajaan-kerajaan campuran telah dilumpuhkan dengan keganasan,
ugutan dan pilihan raya yang diselewengkan. Stalin pula menganggap bahawa
ucapan Churchill tersebut merupakan satu panggilan kepada peperangan[8].
3.4 Persaingan Persenjataan
Sepanjang
era Perang Dingin perlumbaan senjata nuklear di antara Amerika Syarikat, Soviet
Union dan sekutu masing-masing menjadi agenda yang mewarnai sejarah ketegangan
global. Senjata nuklear yang pertama telah dicipta oleh Amerika melalui Projek
Manhattan sepanjang Perang Dunia Kedua untuk digunakan ke atas kuasa-kuasa Axis[9].
Rusia
tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai eksperimen senjata nuklear Amerika
sehingga Stalin telah diberitahu pada Persidangan Potsdam pada 24 Julai 1945
adalah satu petanda bahawa kecurigaan itu sentiasa wujud dan rasa cemberu
mencemburui itu cuba dipendam oleh kedua-dua kuasa besar. Tahun-tahun selepas
Perang Dunia Kedua menyaksikan Amerika Syarikat memonopoli pengetahuan nuklear
dan pada pada mulanya uranium adalah bahan yang sukar untuk didapati sementara
di belakang tabir Rusia terus berusaha dengan marah untuk membina senjata
atomnya sendiri[10].
Perang
Korea (1950-53) adalah saat Pering Dingin menjadi konflik global yang
menyaksikan peranan yang dimainkan oleh dua kuasa besar setelah Korea
dibebaskan oleh Jepun pada 1945. Amerika meletakkan tenteranya di Korea
sehingga 1946 dan Korea dipecah dua di garisan selari 38. Sementara Korea Utara
yang diperintah komunis memohon restu Rusia untuk menakluk Korea Selatan. Melihat
Amerika tidak berani untuk terlibat dalam konflik di Korea lantas peluang untuk
meneruskan konfrantasi Perang Dingin diteruskan dengan membantu Korea Utara
dengan impiannya tanpa secara berdepan terus dengan Amerika.
Pada
25 Jun 1940 Korea Utara menyerang Korea Selatan dan dengan mudah menawan Korea
Selatan dan Amerika bimbang lalu meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
meluluskan resolusi menyokong Korea Selatan dalam usahanya untuk menyekat
komunisme tersebar luas di seluruh dunia. Pada 15 September Jeneral MacArthur
memimpin ketumbukan PBB membuat pendaratan di Inchon yang melibatkan 300,000
orang tentera PBB di mana 260,000 adalah tentera Amerika.
3.5 Pelanggaran Perjanjian Tehran1946 Oleh Soviet Union
Roosevelt
dan Stalin telah berjumpa kali pertama dalam persidangan Tehran dan Stalin
telah mengemukakan apa yang dinyatakan dalam ‘Pelan Stalin’. - Stalin telah
berusaha untuk mendapatkan persetujuaan Roosevelt dan Churcill supaya selepas
perang, wilayah SU akan merangkumi Poland, Romania, Finland dan negeri-negeri
Baltik. Tuntutan terhadap negeri Baltik dipersetujui oleh Roosevelt, namun
beliau enggan membincangkan tuntutan terhadap wilayah lain. Menyebabkan Stalin
mencurigai keikhlasan AS berunding.
3.6 Kedudukan Jerman Dan Kebimbangan Jerman Jatuh Ketangan Soviet Union
Sejarah
konflik mewarnai Jerman yang difaraidkan setelah tewas dalam Perang Dunia Kedua
dan Rusia tidak bersetuju dengan Amerika dan Britain dengan ketetapan yang
sewajarnya dilakukan terhadap Jerman semasa sidang Postdam (1945). Terdapat
percanggahan pendapat justeru Amerika dan Britain mahukan Jerman dibangunkan
semula ekonominya, tetapi Rusia yang telah mendapat hak ke atas 10% ke atas
industri di bahagian barat Jerman, ia juga inginkan kawasan di sebelah timur.
Amerika
memperkenalkan mata wang baru di Berlin dan wang yang lama membanjiri kawasan
Soviet dan kepungan telah dibuat di antara kawasan Berlin dan kawasan barat dan
Soviet telah bersedia dengan persediaan keperluan makanan. Sebanyak 380
penerbangan setiap hari telah dibuat oleh tentera Amerika sebagai salah satu
propaganda untuk menjadikan keadaan bertambah buruk yang mungkin boleh
mencetuskan peperangan yang besar.
Tentera
Amerika yang pada asalnya berhasrat untuk menggunakan kekerasan untuk ke Berlin
terbantut kerana Truman memilih untuk menerbangkan semua keperluan tentera
melalui udara dan pada 12 Mei 1949 Stalin membuka sempadan Berlin. Sempadan di
antara Berlin Timur dan Berlin Barat sentiasa dibuka dan setiap hari penduduk
kedua-dua entiti itu seberang menyeberang untuk urusan harian sehinggalah pada
4 Ogos pemimpin komunis di Moscow mengambil keputusan untuk menutup sempadan
Berlin Timur dan Barat. Pada 12 Ogos 1961 pada jam 4.00 petangWalter Ulbricht,
pemimpin Jerman Timur , menandatangani perintah untuk penutupan sempadan Berlin
Timur dan Berlin Barat dan pada keesokan harinya pada tengah malam Ahad,
tentera, polis dan "Kampfgruppen" mula merealisasikan pembinaan
tembok Berlin.
Tembok
yang dibina itu memisahkam dua bandar dua warga negara selama 28 tahun yang
memecahkan jalan, jalan keretapi, tanah perkuburan dan penduduk Berlin Timur
tidak dibenarkan langsung berjalan ke Berlin Barat sehinggalah ia diruntuhkan
pada 1989.
3.7 Doktrin Truman
Bagi
menyekat pengaruh Komunis yang semakin berkembang, AS telah mengemukakan
Doktrin Truman pada 12 Mac 1947 di Kongres. - Golongan pro-Komunis di Greece
telah cuba meruntuhkan kerajaan Monarki yang disokong oleh Britain. Beliau telah
menyampaikan ucapan dalamTruman Doctrine kerana timbulnya ketakutan bahawa SU
akan mengisi kekosongan kuasa disebabkan oleh penarikan diri Britain daripada
tanggungjawab terhadap Greece.
Komunis
telah mendapat sokongan di Albania, Bulgaria dan Yugoslavia. Truman telah
meminta kongres meluluskan bantuan keatas Greece dan Turki yang menghadapi
perang saudara dalam membendung kemaraan Komunis. - Truman mengatakan bahawa
perang tersebut didalangi oleh komunis yang hendak menguasai Eropah Barat, Asia
Tenggara dan matlamat akhir mereka adalah untuk merampas Jerman. Kongres telah
meluluskan 400 juta untuk membantu Greece dan Turki dari segi ekonomi dan
ketenteraan[11].
4.0 Dasar Luar Pasca Perang Dunia Kedua Oleh Presiden Amerika Syarikat
4. 1 Pentadbiran Johnson (1963-1969)
Semasa
pentadbiran Lyndon B. Johnson dasar luar A.S mula memihak sepenuhnya, tetapi
tidak tanpa soal, pada Israel. Sebelum Perang Enam Hari pada tahun 1967,
pentadbiran A.S. berusaha mengelak menunjukkan ia mempunyai ikatan ketenteraan
dengan Israel.
Walaupun
Pentadbiran A.S bersimpati dengan keperluan Israel untuk melindungi dirinya
dalam perang tersebut, A.S. bimbang yang tindakan Israel akan melampaui batas
dan berpotensi menyebabkan ketidakstabilan rantau Timur Tengah. Pengeboman
Israel ke atas Jordan selepas Kejadian Samu turut membimbangkan A.S. disebabkan
Jordan juga merupakan sekutu A.S. yang menerima dana sebanyak AS$500 juta.
Kebimbangan
utama pentadbiran Johnson adalah sekiranya perang tercetus di rantau itu,
Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet juga akan terlibat. Perbincangan
diplomatik dengan negara-negara di rantau itu dan dengan pihak Soviet, termasuk
penggunaan Hotline pertama, tidak mampu mengelakkan peperangan. Apabila Israel
melancarkan serangan awal terhadap kelengkapan tentera udara Mesir, Setiausaha
Negara Dean Rusk amat kecewa kerana dia berpendapat bahawa penyelesaian
diplomatik boleh dicapai.
Semasa
peperangan, kapal perang dan pesawat udara Israel telah menyerang sebuah kapal
risikan Tentera Laut Amerika Syarikat, iaitu USS Liberty di perairan
antarabangsa, sekaligus membunuh 34 orang dan mencederakan 173. Insiden itu
disifatkan sebagai satu kesilapan oleh Israel, tetapi telah disangkal oleh
Setiausaha Pertahanan Clack Clifford, Pengarah CIA Richard Helms dan CNO Thomas
Moorer.
Buat
kali pertamanya, Amerika Syarikat gembira melihat suatu negara demokrasi iaitu
Israel, berjaya melumpuhkan kuasa ketenteraan negara-negara Arab yang disokong
oleh Kesatuan Soviet. Selepas peperangan itu, Washington mempunyai persepsi
negara-negara Arab telah memilih untuk bersekongkol dengan Soviet. Dengan itu
pada tahun 1968, dengan sokongan padu Kongres, Johnson telah meluluskan
penjualan pesawat Phantom II ke Israel, dan bermulalah sokongan Amerika untuk
peningkatan kemampuan kuasa ketenteraan Israel melebihi jiran-jirannya. Pada
masa yang sama, A.S. masih terus membekalkan senjata ke Lubnan dan Arab Saudi,
untuk mengimbangi penjualan senjata Soviet di rantau itu.
4. 2 Pentadbiran Nixon dan Ford (1969-1974)
4. 2. 1 Rancangan Rogers 1970
Pada
19 Jun 1970, Setiausaha Negara William P. Rogers mencadangkan Rancangan Rogers,
yang memanggil untuk suatu gencatan senjata 90 hari dan zon bebas tentera pada
kedua-dua belah terusan Suez. Ia merupakan suatu usaha untuk mencapai persetujuan
dalam rangka Resolusi MKPBB 242[12],
yang memanggil untuk pengunduran Israel dari kawasan-kawasan yang diduduki pada
tahun 1967 dan pengiktirafan bersama kedaulatan dan kemerdekaan kedua-dua
negara[13].
Pihak
Mesir menyetujui rancangan Rogers akan tetapi rancangan ini gagal kerana
ketiadaan sokongan dari Israel. Tiada perkara yang berlaku selepas Presiden
Sadat dari Mesir pada tahun 1972 tiba-tiba membuang penasihat-penasihat Soviet
dari negaranya dan menyatakan kesediaan beliau untuk berunding[14].
Walaupun
bimbang serangan dari Mesir dan Syria, Perdana Menteri Golda Meir membuat
keputusan untuk tidak melakukan serangan pertama disebabkan bimbang akan
memulaukan Amerika Syarikat yang mana diperlukan bagi Israel membekalkan semula
ketenteraaannya. Syria dan Mesir kemudiaannya menyerang, dan memulakan Perang
Yom Kippur.
Keputusan
untuk tidak menyerang dahulu membuahkan hasil. Sekiranya Israel memulakan
serangan, menurut Setiausaha Negara Henry Kissinger, mereka tidak mungkin
menerima "walau paku pun". A.S. melakukan operasi strategik dari
udara untuk menghantar senjata dan bekalan ke Israel yang kadangkala disebut
sebagai "operasi yang menyelamatkan Israel."
Sekali
lagi, A.S. dan pihak Soviet bimbang akan tertarik dalam konflik Timur Tengah.
Selepas pihak Soviet mengugut akan campur tangan untuk membantu Mesir, A.S.
meningkatkan Keadaan Pertahanan (DEFCON) dari empat ke tiga, peringkat
tertinggi sewaktu ketiadaan perperangan. Pihak Soviet kemudian mengundurkan
dirinya, dan Mesir menarik balik permintaannya untuk bantuan.
Selepas
tentera Mesir tersekat di seberang terusan Suez, Kissinger kemudian menyedari
bahawa situasi ini merupakan peluang terbaik A.S. kerana Mesir bergantung
kepada A.S. untuk menghalang Israel daripada menghapuskan ketenteraannya, yang
kini tiada akses ke makanan dan minuman. Keadaan ini bolehlah menjadi titik
rundingan untuk membenarkan Amerika Syarikat memeditasikan pertikaian dan
memaksa Mesir keluar dari pengaruh Soviet. Kemudiannya Amerika Syarikat memaksa
Israel untuk tidak memusnahkan ketenteraan Mesir yang tersekat itu. Dalam satu
panggilan telefon dengan duta Israel Simcha Dinitz, Kissinger memberitahu duta
itu yang kemusnahan ketenteraan Mesir merupakan satu "pilihan yang tidak
wujud".
Selepas
perperangan, Kissinger memaksa Israel untuk memberikan tanah sebagai tukaran
kepada perdamaian, dan sekaligus menyumbang ke arah fasa pertama perdamaian
Israel-Mesir. Sokongan Amerika terhadap Israel menyumbang ke sekatan OPEC 1973
keatasnya, yang kemudian dimansuhkan pada bulan Mac 1974.
4. 3 Pentadbiran Carter (1977-1981)
Tahun-tahun
Jimmy Carter didefinasikan penglibatan aktif A.S. dalam proses rundingan damai
Timur Tengah, dan sebagai akibat, menyebabkan sedikit sebanyak pergeseran dalam
hubungan dua hala A.S.-Israel. Proses-proses di Kem David yang dimulai Carter
dilihat oleh sesetengah pihak Israel sebagai memaksa rundingan damai dengan
Mesir untuk berundur dan menyebabkan risiko demi perdamaian dengan Mesir.
Sokongan Carter untuk tanah air Palestin dan untuk hak politik Palestin menyebabkan
pergeseran dengan Israel. Sesetengah pula berpendapat bahawa teks terakhir
persetujuan di Kem David adalah bukti kejayaan Menachem Begin dalam menghadkan
keperluan Israel dalam berunding dengan pihak Palestin. [perlu lebih rujukan]
4. 4 Pentadbiran Reagan (1981-1989)
Penyokong-penyokong
Israel menyuarakan kebimbangan mereka pada awal pentadbiran Ronald Reagan
mengenai potensi permasalahan dalam hubungan Israel-Amerika Syarikat,
sebahagiannya kerana beberapa pilihan wakilnya punyai hubungan atau perniagaan
bersama dengan negara-negara Arab (Setiausaha-setiausaha Caspar Weinberger dan
George P. Shultz, umpamanya, merupakan pegawai di Bechtel Corporation, yang
mempunyai hubungan erat dengan dunia Arab, lihat lobi Arab di Amerika
Syarikat.) Tetapi sokongan peribadi Reagan untuk Israel dan keserasian
perspektifnya dengan Israel atas isu keganasan, kerjasama sekuriti, dan ancaman
Soviet, membuahkan peningkatan dalam hubungan dua hala.
Pada
tahun 1981, Weinberger dan Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon menandatangani
Persetujuan Kerjasama Strategik, menubuhkan rangka kerja untuk konsultasi dan
kerjasama secara terus menerus untuk meningkatkan keselamatan dalam negeri
kedua-dua negara. Pada bukan November 1983, kedua-dua belah pihak membentuk
Kumpulan Bersama Ketenteraan Politik, yang bertemu dua kali setahun, untuk
mengimplimentasiikan kebanyakan peruntukan persetujuan itu. Kerjasama
ketenteraan udara dan laut bermula pada bulan Jun 1984, dan Amerika Syarikat
telahpun membina fasiliti-fasiliti untuk menyimpan peralatan ketenteraan di
Israel. Meskipun perang Lubnan 1982 melihat perbezaan ketara antara
polisi-polisi Israel dan A.S., seperti penggunaan senjata pembekalan A.S. dalam
perang itu dan penolakan oleh Israel terhadap cadangan perdamaian Reagan pada 1
September 1982, ia tidak sedikitpun mengubah pendirian Pentadbiran dalam
sokongannya terhadap Israel dan penekanan yang diberikannya oleh Amerika
Syarikat.
Hubungan
erat A.S.-Israel terus bertambah keeratannya pada penggal kedua pentadbiran
Reagan. Israel diberikan status "sekutu bukan NATO penting" pada
tahun 1987 yang memberikan akses pada perkembagan sistem senjata Amerika dan
peluang untuk mendapat tender dalam kontrak pertahanan A.S. Amerika Syarikat
terus memberikan bantuan dana kepada Israel pada kadar AS$ 3 bilion setahun dan
mengimplimentasikan perjanjian perdagangan bebas pada tahun 1985. Semenjak itu
semua cukai dan duti kastam antara kedua-dua negara ini telah dihapuskan.
Pada
tahun 1985 sokongan A.S. untuk rancangan penstabilan ekonomi Israel diberikan dalam
bentuk gran $1.5 bilion untuk dua tahun dan nasihat pengeksportan ekonomi.
Pada
bulan November 1985, Jonathan Pollard, pekerja perisikan laut A.S. dan
isterinya didakwa menjual dokumen rahsia sulit pada Israel. Empat pegawai
Israel juga didakwa atas tuduhan yang sama. Kerajaan Israel mendakwa bahawa
insiden ini tidak rasmi. Pollard dihukum penjara seumur hidup dan isterinya
pula disabitkan dengan dua penggal lima tahun berturut-turut. Orang Israel
membantah bahawa Pollard telah diberikan hukuman yang keterlaluan, dan
mendukung kesengsaraannya. Pollard diberikan kerakyatan Israel pada tahun 1996
dan pegawai Israel kadangkala membincangkan kesnya dengan pegawai A.S.,
walaupun tiada tindakan susulan timbul.
Penggal
kedua Reagan berakhir dengan apa yang dikatakan oleh ramai orang Israel suatu
yang tidak disukakan kerana Amerika Syarikat bertindak membuka dialog dengan
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada bulan Disember 1988. Tetapi, meskipun
dialog itu berlangsung, dan kes perisikan Pollard tidak selesai, dan penolakan
inisiatif perdamaian Shultz pada musim bunga 1988, pertubuhan-pertubuhan
pro-Israel di Amerika menyifatkan Pentadbiran Reagan dan Kongres ke-100 Amerika
Syarikat sebagai "yang paling pro-Israel setakat ini" dan memuji
hubungan dua hala yang secara amnya baik.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya
dasar luar merupakan satu usaha sesebuah negara dalam menjalinkan hubungan baik
dengan negara lain. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu usaha sama dalam pelbagai
aspek dan juga untuk keamanan serta kemakmuran sejagat. Pembentukan dasar luar
biasanya tidak bersifat rigid dan sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan
nasional sesebuah negara. Ia banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi,
sejarah, penduduk, kedudukan geografi dan kepimpinan negara.
Perang
Dingin telah berlaku disebabkan oleh ketidakmampuan Amerika Syarikat dan Soviet
Union yang menjadi 2 blok kuasa besar dunia dalam menyelesaikan pertentangan
ideologi, politik dan ekonomi selepas Perang Dunia II. Walaupun terdapat usaha
untuk meredakan ketegangan yang wujud, namun kebanyakan usaha adalah tidak
berjaya mencapai kata sepakat kerana ingin menjaga kepentingan masing-masing
sehingga Perang Dingin terus berlarutan hingga ianya tamat pada tahun 1991.
Rujukan:
1. Asmady
Idris, 2005. Amerika Syarikat – Satu Kuasa Hegemoni Dunia, DBP, Kuala Lumpur.
2. Jayum
A Jawan , 2003. Malaysia Politics and
Government, Karisma, Shah Alam.
3. Friedman,
Norman (2000). The Fifty Year War:
Conflict and Strategy in the Cold War. Percetakan Institut Tentera Laut,
Annapolis, MD. ISBN 1-55750-264-1.
4.
Patterson, Thomas G., et al (2000).
American Foreign Relations, A History -
Since 1865. Syarikat Houghton-Mifflin, New York, NY. ISBN 0-395-93887-2.
5. Ramli
Abdul Rahim, 2009. Menyingkap Era Perang
Dingin 1946-1991, Majalah Perajurit.
6. Shakila
Yacob, 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, DBP, Kuala Lumpur.
7. Suffian
Mansor, 1999, "Yalta Conference and
East Asia", (in Bahasa Malaysia),Jurnal Jabatan Sejarah Universiti
Malaya, No. 7, (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited
Publication)
[1]
Rujuk Jayum A Jawan,
Malaysia Politics and Government, Karisma, Shah Alam, 2003, hlm 205
[2] Ibid
[3] Rujuk nota kuliah - Persidangan
Yalta melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Soviet Union, Amerika Syarikat
dan Britain untuk membicangkan isu-isu selepas perang dunia kedua serta
melindungi kepentingan ekonomi.
[4] Rujuk Lenczowski, George (1990).
American Presidents and the Middle East, 6, Duke University Press.
[5] Sila lihat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persidangan&d=8
[6] Rujuk: Suffian Mansor,
"Yalta Conference and East Asia", (in Bahasa Malaysia), Jurnal
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No. 7, 1999. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited
Publication)
[7] Ibid
[8] Ibid
[9] Ibid
[10] Sila lihat artikel “Perlumbaan
Senjata” di http://articles.gourt.com/ms/Perang%20Dingin
[12]Rujuk “UN Transcription of session referring to
Chapter VI prior to the introduction of the Resolution”. Resolusi Majlis
Keselamatan PBB 242 (S/RES/242) diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan
PBB pada 22 November 1967, selepas tamatnya Perang Enam Hari. Ia diterima di
bawah Bab VI Piagam PBB. Resolusi ini didraf oleh duta British Lord Caradon dan
merupakan antara lima draf yang dipertimbangkan.
[13] Sila rujuk “The Ceasefire/Standstill
Proposal” 19 June 1970,
http://domino.un.org/UNISPAL.nsf/db942872b9eae454852560f6005a76fb/3e33d676ae43229b85256e60007086fd!OpenDocument
last visited 2007/6/11
[14] Sila rujuk “The Camp David
Accords: A Case of International Bargaining” Shibley Telhami, Columbia
International Affaris Online,
http://www.ciaonet.org/casestudy/tes01/index.html, last visited 2007/6/11
No comments:
Post a Comment