السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
Selamat bertemu kembali. Pagi tadi ketika mengemas "car boot", penulis terjumpa Risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq keluaran Mac/Apr 2011. Ketika penulis membelek-belek risalah tersebut, mata penulis terpaku pada halaman 29, iaitu satu nota bertajuk Siapakah Penolong Kamu?
Ringkas sahaja notanya. Ia hanya membutirkan 5 perkara iaitu:
- Allah dan RasulNya
- Orang-orang beriman
- Yang mendirikan Solat
- Yang menunaikan zakat
- Yang ruku' - tunduk menjunjung perintah Allah
[Al-Maidah 55]
Mengambil kesempatan waktu rehat hari ini, penulis membuka Tanzil Al-Quran Surah Al-Maidah:55.
Allah s.w.t telah memaklumkan akan siapakah penolong kita sebagaimana yang telah ternukil di dalam Al-Quran:
سُوۡرَةُ المَائدة
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥)
Maksudnya: Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). [Al-Maidah: ayat 55]
Izinkan penulis berkongsi asbabunuzul ayat diatas. Ayat 55 daripada surah Al-Maidah ini merupakan satu ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t ketika peperangan diantara tentera muslimin menentang bani Qainuqa
Ayat diatas dinyatakan dengan jelas bahawa:
1. Allah s.w.t dengan keEsaaNya sentiasa akan membantu hambaNya dalam bentuk hidayah, kebahagian rumahtangga, keharmonian dengan jiran tetanga, rahmatNya, perasaan tenteram di jiwa dsb
2. KekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
2. Solat fardu & solat sunat (solat sunat untuk menampung solat fardu).
3. Zakat & sedekah
4. Al-Quran (menjadi sahabat kepada kita untuk 3 alam yakni alam dunia, alam kubur dan alam akhirat)
Siapa penolong kita ketika didunia, dialam kubur dan dialam akhirat? Allah dengan sifat RahmanNya telah memberi kita jawaban sebagaimana didalam Al-Quran. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan yang mendapat pertolongan Allah. Semoga amalan kita pada hari ini diterima Allah s.w.t. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment