Malam tadi ialah malam Jumaat. Seperti malam-malam sebelumnya kelas mengaji Al-Quran yang penulis hadiri akan bermula selepas solat Isya'. Selepas solat Isya' berjemaah di Masjid Al-Azhar, penulis seperti biasa turun ke BS 10 untuk mengaji Al-Quran. Seperti lazimnya Ustaz Abdus Salam telah sedia menunggu didalam kelas. Tidak seperti malam sebelumnya Ustaz Abdus Salam meminta penulis untuk bersama beliau bertalaqi membaca Surah Al-Kahfi.
Ustaz Abdus Salam menyebut Hadith Rasulullah s.a.w:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
"Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus).
Semoga amalan penulis diterima Allah s.w.t dan ganjaran pahalanya dihadiahkan untuk almarhum ibu.
No comments:
Post a Comment