Pages

Sunday, 25 October 2015

Hak Kanak-Kanak: Harapan Tanpa Suara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين


Lagu Harapan Tanpa Suara telah membawa mesej besar kepada masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia. Lagu ini merupakan lagu tema dalam kempen menangani masalah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak yang telah dilancarkan pada tahun 2010. Kempen ini dilaksanakan kerana ketika itu terdapat banyak kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi. Walaupun apa warna kulit dan rupa kanak-kanak ini, mereka adalah manusia ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai hak untuk mendapat perlindungan, pendidikan dan kasih sayang. Malah, sehingga kini, kita masih lagi dikejutkan kes-kes penderaan, pengabaian, pembuangan malah pembunuhan kanak-kanak dan bayi. Perbuatan ini amat keji dan dilarang oleh Islam malah oleh mana-mana agama dunia sekalipun. 



Video Clip : Harapan Tanpa Suara





Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan




Untuk info lanjut berkenaan dengan kes-kes penderaan kanak-kanak, berikut adalah beberapa link yang boleh dikongsikan. Semoga kita sama-sama menjadikan kes ini sebagai satu iktibar dalam kehidupan kita bahawa golongan kanak-kanak juga mempunyai hak mereka sebagai manusia dan harus dilayan dengan sewajarnya. Jika anda mendapati terdapat kes berlakunya penderaan di tempat kawasan kejiranan anda, sila laporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Talian Nur seperti yang tertera dibawah: 




1) http://babab.net/artikel/kejam-kanak-kanak-didera-ibu-tiri-sehingga-patah-tulang.html

2) http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

3) http://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-oku-didakwa-diabai-ibu-tampak-lebih-sihat-38244

4) http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lolanopita-dihukum-penjara-empat-bulan-dan-denda-rm10-000-48590

5) http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-temui-mayat-bayi-dikerat-enam-dalam-tangki-tandas-65094



10 comments:

  1. Setiap anak adalah anugerah & amanah yg Allah berikan kepada ibubapa. Kebajikan mereka sewajarnya dipikul dgn baik oleh semua pihak sebagai generasi pelapis negara di masa hadapan. Dasar Kanak-kanak Negara meletakkan satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.

    ReplyDelete
  2. Kanak-kanak adalah waris penyambung generasi. Jika mereka tidak mendapat kasih sayang secukupnya maka mereka akan membesar secara tidak sempurna. Ketidaksempurnaan ini akan berlanjutan dari generasi ke generasi jika ianya tidak diperbetulkan. Maka akhirnya kualiti generasi yang akan datang menjadi kurang elemen kasih sayang. Mereka yang bakal menjadi pemimpin akan hilang rasa kemanusiaan dan hilang sentuhan kasih sayang terhadap org di bawah pimpinannya. Sudah pasti keharmonian dan kedamaian tidak lagi wujud pada masa itu justeru nilai masyarakat penyayang akan menjadi pupus dan hilang.

    ReplyDelete
  3. Dicadangkan pihak kerajaan membuat program/seminar kesedaran (Awareness Program) kepada masyarakat tentang implikasi pencabulan terhadap hak kanak-kanak.

    NOR EFFEDY BIN SHARUDDIN (GB02381)

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun ada sahaja kes melibatkan kanak-kanak yang menimbulkan rasa bimbang kepada diri kita. Antaranya kes pencabulan, penderaan dan mutakhir ini kes penculikan yang membuatkan kita terfikir: 'Apa sudah jadi dengan masyarakat hari ini'? Sudah hilangkah kewarasan dalam diri mereka sehingga kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini menjadi mangsa? Itulah yang berlaku sekiranya iman dalam diri terlalu nipis senipis kulit bawang.

    ReplyDelete
  5. Hak kanak-kanak ini harus dipertahankan supaya hak ini terus terbela. Jika hak kanak-kanak ini di abaikan maka hak-hak lain juga akan dipandang serius. Nasib mereka harus dibela meskipun sekecil zarah. Mereka ini penyambung generasi yang akan datang.

    NUR ADIBAH BINTI MOHD NOOR (GB02416)

    ReplyDelete
  6. Anak-anak adalah anugerah tuhan yang tak nilai.. Lahirnya anak ke dunia membawa seribu makna. Kasih sayang ibu bapa melahir generasi yang cemerlang. Hak kanak-kanak perlu kita pertahankan demi mewujudkan pemimpin yang berwibawa.

    SITI NORBAYA BINTI AHMAD (GB 02426)

    ReplyDelete
  7. Anak-anak adalah anugerah tuhan yang tak nilai.. Lahirnya anak ke dunia membawa seribu makna. Kasih sayang ibu bapa melahir generasi yang cemerlang. Hak kanak-kanak perlu kita pertahankan demi mewujudkan pemimpin yang berwibawa.

    SITI NORBAYA BINTI AHMAD (GB 02426)

    ReplyDelete
  8. Anak adalah hadiah daripada Allah yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri... Ia juga amanah Allah buat ibu bapa yang harus mencorakkannya dengan memberi didikan supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dikemudian hari.

    NURUL HAFIZAH BINTI MAT AZMI (GB2419)

    ReplyDelete
  9. Semua lapisan masyarakat daripada pemimpin, ibubapa, guru-guru dan orang awam hendaklah bekerjasama dan berganding bahu untuk menangani masalah ini. Sikap menuding jari menyalahkan pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah. Didikan agama hendaklah diberi keutamaan dalam pendidikan anak-anak.

    ReplyDelete
  10. Dunia akhir zaman.. manusia tidak lagi mampu untuk berfikir dengan baik apabila dilanda musibah, tidak berpaksikan kepada iman dan taqwa kpd Allah.. jadi mudah sangat mengambil langkah yang tidak sepatutnya... mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa disebabkan perbuatannya itu...

    UMMU SYAFIQAH BINTI SHAHROL BAHRIN
    GB02384

    ReplyDelete