السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
1.0 Pendahuluan
Selain
manusia dan jin, Allah SWT turut menyentuh tentang haiwan-haiwan terpilih di
dalam kalam sucinya iaitu Al-Quran. Ini bermakna, haiwan-haiwan terpilih ini
bukan sahaja sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya tetapi juga mempunyai
fungsi-fungsi atau peranan tertentu di sisi kehidupan manusia.
Nyamuk,
anai-anai, anjing, gajah, ikan paus, unta betina, semut, sapi betina, keldai,
ular, burung, lebah, dan serigala adalah nama-nama antara haiwan-haiwan yang
boleh didapati dalam Al-Quran. Mengapakah haiwan-haiwan ini terpilih? Apakah
keistimewaan haiwan-haiwan ini? Adakah haiwan-haiwan ini memiliki kedudukan
yang istimewa sehingga Allah SWT mengabadikannya kisah mereka di dalam kitab
suci-Nya? Penulis cuba menerangkan akan kemukjizatan scientifik penciptaan
haiwan oleh Allah SWT sebagai tanda kebesaran Allah SWT kepada kita manusia
untuk berfikir. Di dalam penulisan esei ini, penulis memilih untuk mengupas
tentang nyamuk. Kita berasakan bahawa nyamuk adalah sejenis serangga yang tidak
mendatangkan manafaat apa-apa pun kepada kita. Kehadiran nyamuk adalah amat
tidak disenangi kerana ianya boleh mengganggu nyenyaknya lena kita. Nyamuk juga
boleh mendatangkan mudarat jika serangga ini tidak dibendung pembiakkannya
kerana boleh mengundang penyakit yang boleh membawa maut seperti denggi, denggi
berdarah dan malaria.
Nyamuk
juga boleh berfungsi sebagai agen pemindahan darah daripada manusia kepada
manusia yang lain. Malahan ianya juga boleh memindahkan darah daripada binatang
kepada manusia dan begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, penyakit Japanese
Encephalitis (JE) adalah penyakit jangkitan virus pada otak yang disebabkan
oleh gigitan nyamuk Culex yang membawa virus tersebut, dan boleh menjangkiti
manusia dan haiwan. JE juga adalah
sejenis penyakit zoonis (antara binatang) tetapi kadangkala berjangkit kepada
manusia. Virus ini menyerang sistem saraf pusat (CNS).Virus yang menyebabkan
penyakit dinamakan sebagai JE kerana ianya (virus tersebut) pertama kali
diasingkan pada tahun 1935 daripada otak pesakit yang meninggal kerana penyakit
ini di Jepun. [1]
2.0 Kemukjizatan Scientifik Pada Haiwan
Penelitian
berbagai kelompok haiwan dan perilakunya telah dilakukan secara cermat dan
tepat dengan menggunakan beragam peralatan canggih hingga satelit. Para
pengkaji menemui bahawa haiwan hidup berkelompok dengan 3 habitat biologi yang
berbeza iaitu udara, darat dan air. Penemuan-penemuan saintis terkini terus
memperlihatkan perkara-perkara baru seiring dengan kemajuan sains dan
teknologi. Penemuan ini juga memperlihatkan keteraturan yang melibatkan
aktiviti kolektif setiap kelompok haiwan untuk kemaslahatan dan kelangsungan
hidup haiwan terbabit di dalam aspek habitat, migrasi, membangunkan tempat
tinggal, mempertahankan diri, mencari makanan dan aktiviti-aktiviti penting
yang lain. [2]
Firman Allah SWT di dalam surah Al-An'aam
ayat 38:
Maksudnya:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung
yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka
semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima
balasan).[3]
Haiwan
merupakan lembaran terbuka bagi setiap orang yang ingin memperlajari
keajaiban-keajaiban hidup organism. Para ilmuan memperkirakan jumlah haiwan
mencapai lebih dari dua juta kelompok. Namun yang baru terungkap hingga
sekarang hanya sebahagian kecil haiwan sahaja. Penelitian atas sebahagian kecil
haiwan ini membawa manusia untuk mengakui kewujudan Tuhan yang maha Pencipta.[4]
Menurut
Sayyid Quthb di dalam tafsirnya Fi Zhilalil-Quran, ayat ini menjelaskan bahawa
redaksi Al-Quran menggunakan pendekatan yang lembut menyentuh hati mereka yang
membacanya. Ayat ini juga membangkitkan kekuatan perenungan dan tadabbur
terhadap wujud disekelilingnya berupa tanda-tanda petunjuk dan pendorong
keimanan, jika mereka mentadabburi dan memikirkannya. [5]
Semua
makhluk hidup yang berjalan di atas muka bumi ini (mencakupi semua makluk hidup
seperti serangga, reptilian, haiwan melata, haiwan bertulang belakang dan semua
haiwan yang terbang di udara dengan dua sayapnya seperti burung, nyamuk atau
lalat adalah tersusun kehidupannya sebagai hamba Allah. Setiap darinya memiliki
ciri-ciri tertentu dan memiliki cara hidup tertentu pula yang khas bagi
masing-masing sesuai dengan habitat kelompok haiwan terbabit. [6]
3.0 Penciptaan Nyamuk Sebagai Salah Satu Tanda Kebesaran Allah
Sebagaimana
yang telah disebutkan, dalam banyak ayat Al Quran Allah memerintahkan manusia
untuk memperhatikan alam dan melihat "tanda-tanda" di dalamnya. Semua
makhluk hidup dan tidak hidup di alam semesta diliputi oleh tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa semuanya "diciptakan", yang menunjukkan
kekuasaan, ilmu, dan seni dari "Pencipta" mereka. Manusia
bertanggungjawab untuk mengenali tanda-tanda ini dengan menggunakan akal
budinya, untuk memuliakan Allah.
Walau
semua makhluk hidup memiliki tanda-tanda ini, beberapa tanda dirujuk Allah
secara khusus dalam Al Quran. Nyamuk adalah salah satunya. Firman Allah SWT di
surah Al Baqarah ayat 26, Allah SWT menyebut tentang nyamuk yakni disebutkan:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk
hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya),
iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa
perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka
mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan
ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab
perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan
sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan
orang-orang yang fasik[7]
Rata-rata
masyarakat kita sering menganggap nyamuk sebagai makhluk hidup yang biasa dan
tidak penting. Namun, ternyata penciptaan nyamuk itu sangat bermakna untuk
diteliti dan difikirkan sebab di dalamnya terdapat tanda-tanda kebesaran Allah
SWT. Inilah sebabnya "Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk
atau yang lebih rendah dari itu".
Seekor
nyamuk jantan yang telah cukup dewasa untuk bersenyawa akan menggunakan
antenanya organ pendengar untuk mencari pasangannya iaitu nyamuk betina. Fungsi
antena nyamuk jantan adalah berbeza dengan antena yang terdapat pada nyamuk
betina. Bulu nipis di hujung antenanya sangat peka terhadap bunyi suara yang
dipancarkan nyamuk betina. Tepat di sebelah organ seksual nyamuk jantan,
terdapat anggota tubuh yang membantunya mencengkeram nyamuk betina ketika
mereka melakukan persenyawaan di udara. Nyamuk jantan terbang berkelompok,
sehingga terlihat seperti kepulan awan kecil. Ketika seekor betina memasuki
kelompok tersebut, nyamuk jantan yang berhasil mencengkeram nyamuk betina akan
melakukan persenyawaan dengannya selama tempoh penerbangan. Persenyawaan tidak
berlangsung lama dan nyamuk jantan akan kembali ke kelompoknya setelah
persenyawaan dilakukan. Manakala selepas aktiviti persenyawaan, nyamuk betina
memerlukan darah untuk perkembangan telurnya.[8]
Pada
umumnya, nyamuk dikenal sebagai pengisap dan pemakan darah. Hal ini ternyata
tidak terlalu tepat, kerana yang mengisap darah hanyalah nyamuk betina. Selain
itu, nyamuk betina tidak memerlukan sebagai darah sebagai makanan. Baik nyamuk
jantan mahupun betina hidup. Sebenarnya spesis nyamuk mendapatkan makanan dari
nektar bunga.[9]
Gambar 1: Nyamuk mendapatkan makanan daripada nektar
bunga
Nyamuk
betina mengisap darah hanya kerana ia memerlukan protein dalam darah untuk
membantu telurnya berkembang. Dengan kata lain, nyamuk betina mengisap darah
hanya untuk memelihara kelangsungan spesiesnya. Proses perkembangan nyamuk
merupakan salah satu aspek yang paling mengesankan dan mengagumkan. Berikut ini
adalah kisah singkat tentang transformasi makhluk hidup dari seekor larva renik
melalui beberapa tahap menjadi seekor nyamuk:
Telur
nyamuk, yang berkembang dengan diberi makan darah, ditelurkan nyamuk betina di
atas daun lembap atau kolam kering selama musim panas atau musim gugur.
Sebelumnya, si induk memeriksa permukaan tanah secara menyeluruh dengan
reseptor halus di bawah perutnya. Setelah menemukan tempat yang sesuai, ia mula
bertelur. Telur-telur tersebut panjangnya kurang dari satu milimeter, tersusun
dalam satu baris, secara berkelompok atau satu-satu. Beberapa spesies bertelur
dalam bentuk tertentu, saling menempel sehingga menyerupai sampan. Sebahagian
kelompok telur ini boleh menghasilkan 300 telur. Telur-telur berwarna putih
yang disusun rapi ini segera menjadi gelap warnanya, lalu menghitam dalam
beberapa jam. Warna hitam ini memberikan perlindungan bagi larva, agar tidak terlihat
oleh burung atau serangga lain. Selain telur, warna kulit sebagian larva juga
berubah sesuai dengan lingkungan, sehingga ianya lebih terlindung. Larva
berubah warna dengan memanfaatkan faktor-faktor tertentu melalui berbagai
proses kimia rumit. Jelaslah, telur, larva, ataupun induk nyamuk tersebut tidak
mengetahui proses-proses di balik perubahan warna dalam tahap perkembangan
nyamuk. Tidak mungkin nyamuk mampu membuat sistem ini. dengan kemampuan
sendiri. Tidak mungkin pula sistem ini terbentuk secara kebetulan. Nyamuk telah
diciptakan dengan sistem ini sejak serangga ini pertama kali muncul.[10]
Gambar 2: Seekor nyamuk betina sedang menetaskan larva
Semasa
proses inkubasi, larva-larva mulai keluar dari telur secara hampir bersamaan.
Larva, yang terus-menerus makan, tumbuh dengan cepat. Kulit mereka segera
menjadi sempit, sehingga mereka tidak boleh tumbuh lebih besar lagi. Ini
bermakna sudah tiba masanya untuk pergantian kulit yang pertama. Pada tahap
ini, kulit yang keras dan rapuh ini mudah pecah. Larva nyamuk berganti kulit
dua kali lagi sehingga nyamuk tersebut selesai proses perkembangannya.[11]
Metode
makan larva pun menakjubkan. Larva membuat pusaran kecil di dalam air, dengan
menggunakan dua anggota badan yang berbulu dan mirip kipas angin. Pusaran ini
membuat bakteria atau mikro-organisme lainnya mengalir ke mulutnya. Sambil
bergantung terjungkir di dalam air, larva bernafas melalui pipa udara yang
mirip "snorkel" yang digunakan para penyelam. Tubuhnya mengeluarkan
cairan kental yang mencegah masuknya air ke lubang yang digunakannya untuk
bernapas. Singkatnya, makhluk hidup ini dapat bertahan hidup melalui banyak
keseimbangan rumit yang berhubungan timbal-balik dan saling mempengaruhi. Jika
tidak memiliki pipa udara, ia tidak akan mampu terus hidup. Jika tidak ada
cairan kental, pipa pernafasannya akan dipenuhi air. Pembentukan dua sistem ini
pada dua waktu yang berbeza akan menyebabkan kematian pada tahap ini. Ini
menunjukkan bahawa keseluruhan sistem nyamuk tersebut itu utuh sejak awal.
Dengan kata lain, ia telah diciptakan.[12]
Larva
berganti kulit sekali lagi. Pergantian yang terakhir ini agak berbeza dengan
sebelumnya. Pada tahap ini, larva memasuki tahap pendewasaan terakhir, iaitu
tahap kepompong. Kepompong yang mereka tempati menjadi sangat sempit. Ini
bermakna sudah tiba saatnya bagi larva untuk keluar dari kepompong. Makhluk
yang keluar dari kepompong ini sedikit berbeza, sehingga sukar dipercaya bahawa
kedua-duanya wujud ini adalah dua fasa perkembangan dari satu makhluk yang
sama. Sebagaimana yang terlihat, proses perubahan ini terlalu rumit dan sukar
untuk dirancang baik oleh larva ataupun nyamuk betina.
Ketika
pada tahap terakhir perkembangan, larva menghadapi bahaya terputusnya pernafasan,
sebab lubang pernafasannya yang mencapai permukaan air melalui pipa udara akan
tertutup. Maka pada tahap ini, pernafasan nyamuk tidak lagi menggunakan lubang
ini, tetapi melalui dua pipa yang baru saja muncul pada bahagian depan
tubuhnya. Oleh kerana itulah, pipa-pipa ini tersembul di permukaan air sebelum
pergantian kulit. Nyamuk dalam kepompong ini sekarang telah dewasa. Ia siap
terbang, lengkap dengan semua organ dan organelnya, seperti antena, tubuh,
kaki, dada, sayap, perut, dan matanya yang besar.[13]
Nyamuk
dilengkapi dengan penerima panas yang sangat peka. Nyamuk mengesan segala
sesuatu di sekitarnya dalam berbagai warna menurut panasnya, sebagaimana
terlihat pada gambar 3 dibawah. Ini kerana deria pengesannya tidak bergantung
pada cahaya, nyamuk sangat mudah menentukan letak pembuluh darah dalam ruangan
yang gelap sekalipun. Penerima panas pada nyamuk cukup peka untuk mendeteksi
perbedaan suhu hingga sekecil 1/1000 C. Teknik nyamuk untuk mengisap darah ini
bergantung pada sistem kompleks yang mengatur kerja sama antara berbagai
struktur yang sangat terperinci. Setelah mendarat pada sasaran, mula-mula
nyamuk mendeteksi sebuah titik dengan bibir pada belalainya. Sengat nyamuk yang
mirip alat suntik ini dilindungi bungkus khusus yang membuka selama proses
pengisapan darah.
Tidak
seperti anggapan orang, nyamuk tidak menusuk kulit dengan cara menghunjamkan
belalainya dengan tekanan. Di sini, tugas utama dilakukan oleh rahang atas yang
setajam pisau dan rahang bawah yang memiliki gigi yang membengkok ke belakang.
Nyamuk menggerakkan rahang bawah maju-mundur seperti gergaji dan mengiris kulit
dengan bantuan rahang atas. Ketika sengat diselipkan melalui irisan pada kulit
ini dan mencapai pembuluh darah, proses pengeboran berakhir. Sekarang waktunya
nyamuk mengisap darah. Namun, sebagaimana kita ketahui, luka seringan apa pun
pada pembuluh darah akan menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan enzim yang
membekukan darah dan menghentikan kebocoran. Enzim ini tentunya menjadi masalah
bagi nyamuk, sebab tubuh manusia juga akan segera bereaksi membekukan darah
pada lubang yang dibuat yamuk dan menutup luka tersebut. Ini bermakna, nyamuk
tidak boleh mengisap darah lagi. Akan tetapi, masalah ini dapat diatasi.
Sebelum mulai mengisap darah, ia menyuntikkan cairan khusus dari tubuhnya ke
dalam irisan yang telah terbuka. Cairan ini menetralkan enzim pembeku darah.
Maka, nyamuk dapat mengisap darah yang ia perlukan tanpa terjadi pembekuan
darah. Rasa gatal dan bengkak pada titik yang digigit nyamuk diakibatkan oleh
cairan pencegah pembekuan darah ini.[14]
Gambar 3: Teknik nyamuk menghisap darah
Ketika
terbang nyamuk akan menghasilkan bunyi dengungan. Dengunan ini adalah
disebabkan geselan sayap=sayap nyamuk sebanyak 4,000 kali geselan per saat.
Nyamuk memiliki 3 buah jantung iaitu jantung pusat dan dua jantung lagi pada
sayap-sayapnya. Pada kaki nyamuk terdapat alat pengait dan cakar. Jika ia
hinggap di atas permukaan yang kasar ia menggunakan cakar sedangkan jika
hinggap di atas permukaan yang rata ia menggunakan pengait. [15]
4.0 Kesimpulan
Melihat
sebahagian daripada fakta-fakta di atas, maka tidak menghairankan jika Allah SWT
berfirman:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk
hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya),
iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa
perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka
mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan
ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab
perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan
sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan
orang-orang yang fasik[16]
Sebagai
rumusannya, penulis menyimpulkan esei ini dengan memaparkan kisah Raja Namrud
yang matinya hanya kerana seekor nyamuk. Kisah kematian Raja Namrud yang
sombong dan menentang Allah SWT ketika zaman dakwah Nabi Allah Ibrahim a.s. Dia
juga menikahi ibunya sendiri dan telah membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup, tapi
Nabi Ibrahim masih hidup kerana pertolongan Allah SWT. Inilah ceritanya
Raja
Namrud matinya oleh seekor nyamuk yang kecil. Nyamuk itu masuk ke kepala Raja
Namrud melalui lubang telinganya dan nyamuknya masih hidup di kepala Raja
Namrud. Setiap hari Raja Namrud merasakan sakit kepala yang sangat parah di kepalanya.
Dia menyuruh tenteranya memanggil Nabi Ibrahim a.s yang ketika itu masih
berumur remaja. Ketika Nabi Ibrahim a.s datang, Baginda disuruh menyembuhkan
sakit kepala Raja Namrud.
Teknik
Nabi Ibrahim a.s untuk menyembuhkan Raja Namrud ialah dengan memukul kepala
Raja Namrud. Dengan takdir Allah SWT, sakit di kepala Raja Namrud hilang. Lalu
Ibrahim disuruh pulang. Keesokan harinya Raja Namrud merasakan sakit kepala lagi dia memanggil Ibrahim lagi, dan dipukul
lagi kepala Raja Namrud oleh Ibrahim, sakit kepalanya hilang. Setiap hari
seperti itu, pada suatu pagi Raja Namrud merasakan sakit kepala yang amat
sangat parah dari yang sebelumnya.
Seperti
biasanya Raja Namrud menyuruh tenteranya untuk memangggil Nabi Ibrahim a.s
namun Nabi Ibrahim a.s ketika itu tidak ada di rumah, Baginda sedang berada di
pasar. Oleh kerana tidak tahan menahan sakit kepala yang sangat parah itu, Raja
Namrud menghantukkan kepalanya ke tembok. setelah di hantukkan ke tembok masih
belum hilang sakit kepalanya. Lalu dia menghantukkan kepalanya terus-menerus
sampai akhirnya kepalanya pecah dan dia pun mati dalam keadaan yang ngeri.
Pada
titik ini,seharusnya kita menyadari, betapa manusia yang mengaku sebagai
makhluk Tuhan paling hebat, paling cerdas dan paling kuat ini, paling kaya,
paling berpangkat, bukanlah siapa-siapa disisi Allah SWT.Jika nyamuk, makhluk Allah
SWT yang kecil itu saja mampu membuat hati kita takut,bagaimana dengan
makhluk-makhluk Tuhan lainnya yang jauh lebih besar dan lebih kuat dari pada
manusia? Oleh yang demikian, mengapa masih ramai manusia yang berani
menyombongkan diri di depan Tuhannya yang Maha Besar dan Agung? Marilah
sama-sama kita fikirkan dan merendah diri kepada Allah SWT.
5.0 Rujukan
- Al-Quran dan Terjemahan
- Ali Abdul Hamid Abu Al-Khair, Al-Quran & Sains Moden, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2012
- Prof Dr. Zaghlul Raghib al-Najjar, Buku Induk Mukjizat Ilmiah Hadis Nabi (Meyibak fakta-fakta ilimiah dalam Sabda Rasulullah yang kebenarannya baru tersingkap di era kemajuan sains dan teknologi), Penerbitan Zaman, Jakarta, 2010
- Yusuf Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah, Al-Hidayah Publications, Batu Cave, Selangor, 2012
- Yusuf Al-Hajj Ahmad, Scientific Miracles in the Oceans and Animal, Darussalam Global Leader in Islamic Book, Riyadh, 2010
- Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zhilalil Quran (Dibawah naungan Al-Quran), Jilid 7, Gema Insani, Jakarta, 2003
[1] Berita
Harian, 24hb Oktober 2010
[2] Yusuf
Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah, hlm
435
[3] Surah Al-An'aam
6:38
[4] Yusuf
Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah, hlm
436
[5] Sayyid
Quthb, Tafsir Fi Zhilalil-Quran (Di bawah naungan Al-Quran), Jilid 7, hlm 110.
[6] Ibid,
hlm 111
[7] Surah Al-Baqarah
2:26
[8] Yusuf
Al-Hajj Ahmad, Scientific Miracles in the Oceans and Animal, hlm 168 - 173
[9] Ibid
[10] Ibid
[11] Ibid
[12] Ibid
[13] Ibid
[14] Yusuf
Al-Hajj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah, hlm
488 - 489
[15] Ibid
[16] Surah Al-Baqarah
2:26