السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
1.0 Pengenalan
Akidah bagi setiap muslim merupakan
tunjang utama dalam aspek ajaran Islam yang wajib diyakini. Dalam al-Qur’an, akidah disebut dengan al-Iman (percaya)
yang sering digandingkan
dengan al-Amal (perbuatan baik) tampaknya kedua unsur ini menggambarkan dua
komponen yang menjadi sendi utama
dalam ajaran Islam.
Dasar-dasar akidah Islam telah dijelaskan oleh
Nabi Muhammad SAW melalui pewahyuan al-Qur’an dan al-Hadith untuk umat manusia generasi muslim pada
awal dakwah Rasullullah SAW yang telah meyakini dan
menghayati akidah ini meskipun pada
peringkat itu ilmu tauhid belum
diformulasikan sebagai suatu cabang ilmu kerana rumusan tersebut tidak diperlukan pada ketika itu. Ini kerana ilmu tauhid adalah disampaikan
sendiri oleh junjungan besar Rasulullah SAW.
Pada peringkat seterusnya, persoalan akidah secara ilmiah dirumuskan oleh sarjana muslim yang
dikenal dengan nama mutakallimun, hasil rumusan mutakallimun itu
disebut kalam, secara harfiah disebut sabda Allah ilmu kalam yang bermaksud pembahasan tentang kalam Allah (al-Qur’an). Perkataan kalam diertikan dengan kata-kata manusia, ini kerana manusia itu sering berhujah dengan menggunakan lidah
dan berdebat dengan kata-kata untuk mempertahankan pendapat masing-masing.
Kata kalam berkaitan dengan kata logos
dalam bahasa Yunani yang bermaksud alasan atau argumen.
Ahmad Mahmud Shubhi mengutip definisi ilmu kalam versi Ibnu Khaldun bahawa ilmu kalam ialah ilmu yang membahas tentang persoalan-persoalan dasar keimanan
dengan menggunakan dalil akal dan menolak unsur-unsur bid’ah.
Dari definisi dapat difahami bahawa perbahasan ilmu kalam adalah untuk
mempertahankan akidah. Dasar-dasar akidah yang termaktub di dalam al-Qur’an dianalisa
dan dibahas lebih lanjut dengan menggunakan ilmu logik untuk mendapatkan keyakinan yang lebih kukuh.
2.0 Konsep Pelaku Dosa Besar Dalam Ulama Kalam
Persoalan
ilmu kalam yang sering menjadi bahan perdebatan di antara aliran-aliran kalam
antara lainnya adalah masalah pelaku dosa besar, iman dan kufur, serta
perbuatan tuhan dan perbuatan manusia.
Ketika sibuk menyoroti siapa yang masih
dianggap beriman dan siapa yang kafir diantara pelaku tahkim, dan
bagaimana nasib para pelaku dosa besar, para ulama kalam kemudian mencari jawapan atas pertanyaan siapa sebenarnya yang
mengeluarkan perbuatan manusia, apakah Allah sendiri atau manusia itu sendiri atau boleh jadi kerja sama antara keduanya. Masalah ini kemudian
memunculkan aliran-aliran yang berbeza pendapat tentang hal itu, dan berbagai persoalan-persoalan yang
masing-masing mereka memberikan dalil-dalil yang kuat dan bertanggung
jawab. Dengan itu, kertas kerja ini akan cuba mengupas beberapa konsep
perbezaan pendapat tentang pelaku dosa besar dalam aliran-aliran ulama kalam.
3.0 Perbandingan Antara Aliran Terhadap Pelaku Dosa Besar
Persoalan
kalam yang pertama kali terjadi adalah persoalan tentang iman dan kafir
seseorang, dalam pengertian bahawa siapa yang masih beragama Islam dan siapa yang
sudah keluar dari agama Islam itu sendiri. Menurut perkembangannya maka terjadi
perdebatan dan persoalan antara fahaman tiap-tiap aliran tentang pelaku dosa
besar, dalam hal ini status mereka di dalam dunia bahkan status mereka di
akhirat kelak. Berikut adalah sedikit tentang pandangan aliran untuk status
seseorang yang melakukan dosa besar:
3.1 Aliran Khawarij
Aliran Khawarij yang dikenal adalah kelompok ajaran dalam Islam yang
timbul ketika peristiwa tahkim. Mereka berpendapat bahawa orang-orang yang
terlibat pada peristiwa itu adalah kafir. Adapun orang-orang yang terlibat
adalah Saidina Ali, Muawwiyah, Amr bin Ash, dan Musa Al-Asy’ari. Berdasarkan
surah Alqur’an Surah Al-Maidah ayat 44 yang berbunyi:
ومن لم يحكم بما
انزل الله فاولئك هم الكافرون (الما ئدة)
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan
Allah maka mereka adalah orang-orang kafir”. [1]
Pandangan mereka yang ekstrem adalah salah satu perkara yang menonjol
dari fahaman aliran Khawarij ini di dalam memutuskan persoalan-persoalan kalam.
Hal ini mungkin disebabkan oleh watak kerasnya di gurun padang pasir yang
panas. Ataupun mungkin juga bersendikan kepada atas dasar pemahaman secara
tekstual (harfiyah) ke atas nas-nas Al-Qur’an dan Hadits.
Semua pelaku dosa besar (murtabb al-kabirah), Menurut semua aliran
khawarij kecuali najdah pula, pelaku dosa besar adalah kafir dan akan di siksa
di neraka selamanya, bahkan salah satu sub aliran khawarij yang ini adalah Azariqah,
berpendapat bahawa pelaku dosa besar bukan hanya kafir melainkan musyrik,
yang menurutnya musyrik itu lebih mengerikan dari pada kafir.
Menurut sub aliran Najdah mereka berpendapat musyrik kepada siapa pun
yang secara berkesinambungan mengerjakan dosa kecil. Akan halnya dengan dosa
besar, bila tidak dilakukan secara langsung, pelakunya tidak dipandang sebagai
musyrik tetapi hanya kafir. Namun apabila dilakukan secara terus menerus maka
akan menjaadi dosa musyrik.
Walaupun secara umum sub aliran aliran Khawarij berpendapat bahawa pelaku
dosa besar dianggap kafir, masing-masing berbeza pendapat tentang pelaku dosa
besar yang dilabel kafir. Menurut sub aliran Al-Muhakimat, Ali,
Muawiyah, kedua pengantarnya (Amr bin Al-Ash dan Abu Musa Al-Asy’ari dan semua
orang yang menyetujui peristiwa tahkim itu adalah bersalah dan menjadi kafir.
Hukum ini pun mereka luaskan ertinya sehingga orang yang berbuat dosa besar,
berbuat zina, membunuh sesama manusia tanpa sebab, dan dosa besar lainnya
menyebabkan pelakunya keluar dari agama Islam.
Lain halnya dengan subsekte Azaqirah mereka menghukumkan
kafir tidak sahaja kepada orang yang berbuat dosa besar melainkan juga terhadap
orang yang tidak sealiran dengan mereka. Pandangan yang berbeza juga
dikemukakan oleh sub aliran Najdah, mereka berpendapat bahawa orang yang
melakukan dosa besar akan menjadi musyrik dan akan kekal di dalam neraka bagi
orang yang tidak sealiran dengan pendapat mereka, tetapi bagi orang yang
melakukan dosa besar dari kalangan kelompoknya tetap mendapatkan siksaan di
dalam neraka tetapi akhirnya nanti akan masuk ke dalam syurga. Sementara itu
sub aliran As-Suriah membahagi dosa besar menjadi dua bahagian, iaitu dosa yang
ada saksinya di dunia, seperti membunuh dan berzina, dan dosa yang tidak mempunyai
saksi di dunia, seperti meninggalkan solat dan puasa. Orang yang berbuat dosa
kategori pertama tidak dipandang sebagai kafir sedangkan yang kedua dipandang
kafir.
3.2 Aliran Murji’ah
Aliran Murji'ah berbeza pendapat mengenai pelaku dosa besar. Menurut
murjiah yang bersifat ekstrim pelaku dosa besar tidak kafir dan tidak akan di
siksa di dalam neraka kerana menurutnya perbuatan maksiat tidak dapat
menggugurkan keimanan sebagaimana keta'atan tidak dapat membawa kekufuran. Di antara
kalangan Murji’ah yang berpendapat serupa di atas adalah Al-Jamiyah,
As-Salihiyah, dan Al-Yunusiyah. Mereka berpendapat bahawa iman adalah tasdiq
secara kalbu bukan secara lafaz atau dengan perbuatan, baik dalam ucapan maupun
tindakan. Menurut murjiah dari golongan yang sederhana pula, pelaku dosa besar tidaklah menjadi kafir.
Meskipun disiksa di neraka pelaku dosa besar tidak kekal didalamnya, bergantung pada ukuran
dosa yang dilakukannya. Di antara yang masuk dalam kategori
ini adalah Abu Hanifah dan pengikutnya. Pertimbangannya, pendapat Abu Hanifah
tentang pelaku dosa besar dan konsep iman tidak jauh berbeza dengan kelompok Murji’ah
aliran sederhara yang lainnya.
Ia berpendaat bahwa pelaku dosa besar masih tetap mukmin tetapi dosa yang
diperbuatnya bukan bermaksud tidak membawa apa-apa kesan (balasan) kepada
pelakunya. Seandainya masuk neraka, kerana Allah menghendakinya, ia tak akan
kekal di dalamnya.
3.3 Aliran Mu’tazillah
Aliran ini tidak menentukan status atau pendekatan yang pasti bagi pelaku
dosa besar, apakah mereka tetap mukmin atau kafir. Menurutnya pelaku dosa besar
berada di al-manzilah bain al-manzilatain atau berada di posisi tengah antara
mukmin dan kafir. Menurutnya pelaku dosa besar yang meninggal dan tidak sempat
bertaubat, dia akan kekal di neraka. Akan tetapi siksaan yang di terima lebih
ringan dari pada siksaan pada orang kafir. Dalam perkembangannya, beberapa
tokoh Mu’tazillah, seperti Wasil bin Atha dan Amr bin Ubaid memperjelas sebutan
itu dengan istilah fasik bukan mukmin atau kafir.
Mu’tazillah berpandangan bahawa dosa besar itu adalah sesuatu perbuatan
yang ancamannya tersebut di dalam nas, sedangkan dosa kecil adalah sebaliknya.
Tampaknya Mu’tazillah menjadikan ancaman sebagai kriteria dasar bagi dosa besar
maupun kecil.
3.4 Aliran Asy’ariyah
Walau bagaimanapun, bagi pelaku dosa besar bagi aliran Al-Asy’ari sebagai
wakil ahli As-Sunnah, tidak mengkafirkan orang-orang yang sujud ke Baitullah
walaupun melakukan dosa besar, seperti berzina dan mencuri. Menurutnya, mereka
masih tetap sebagai orang yang beriman dengan keimanan yang mereka miliki,
sekalipun berbuat dosa besar.
Menurut aliran ini, para pelaku dosa besar tidak kafir melainkan tetap mukmin akan tetapi jika dosa besar itu dilakukan dengan anggapan bahawa hal itu dibolehkan dan tidak meyakini keharamannya, maka dia telah di pandang kafir. Adapun balasan bagi mereka di akhirat kelak bergantung pada kekuasaan dan kebijaksaan Allah SWT yang maha berkehendak mutlak yang boleh menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka.
3.5 Aliran Maturidiyah
Aliran Maturidiyah, baik yang bertapak di Samarkand mahupun Bukhara (sekarang
terletak di Uzbekistan), sepakat menyatakan bahawa pelaku dosa besar masih
tetap sebagai mukmin kerana adanya keimanan di dalam dirinya. Adapun balasan
yang diperolehnya kelak di akhirat menurut apa yang dilakukannya di ketika di
dunia. Segala keputusan diserahkan hanya kepada Allah SWT.
Aliran ini berpendapat bahawa pelaku dosa besar tidak kafir dan tidak
kekal di dalam neraka walaupun si pelaku dosa itu mati sebelum bertaubat. Hal ini
karena tuhan telah menjanjikan akan memberikan balasan kepada manusia sesuai
dengan perbuatannya. Kekal di neraka merupakan balasan bagi orang kafir.
3.6 Aliran Syi’ah Zaidiyah
Menurut aliran, ini pelaku dosa besar akan kekal di neraka jika dia mati sebelum
bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya. Dalam hal ini, Syi’ah Zaidiyah memang
dekat dengan Mu’tazillah. Ini bukan sesuatu yang aneh sebab, diceritakan
bahwa Wasil bin Atha salah satu pemimpin Mu’tazillah, mempunyai hubungan
dengan Zaid Moojan Momen. Dikatakan bahawa Zaid pernah belajar kepada Wasil bin
Atha.
4.0 Kesimpulan
Sebagai
kesimpulannya, Ilmu kalam berkembang dengan berbagai permasalahannya yang
menyangkut berbagai aspek kehidupan manusia, bermula dari permasalahan pelaku
dosa besar, penentuan iman dan kufurnya manusia, dan juga tentang perbuatan
Tuhan dan manusia yang aliran-aliran dalam Ilmu Kalam mempunyai pendapat yang
berlainan. Aliran-aliran dalam Ilmu Kalam masing-masing mempunyai pendapat yang
berlandaskan kepada dalil-dalil Naqli dan Aqli, oleh sebab itu masing-masing
mereka tidak dapat disalahkan atau bahkan mencap salah satu mereka adalah
aliran sesat. Siapa yang benar dan salah, hanyalah Allah yang tahu semuanya,
dan kita akan mengetahui semuanya itu kelak di negeri akhirat.
Rujukan
1.
Al-Quran dan Terjemahan
2.
Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin,
Perbahasan Akidah Islam, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2007
3.
Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, Iman Kepada Allah, Serial
Aqidah Islam-1, Menurut al-Quran dan Hadits, (Terjemahan Shalahuddin abdul
Rahman Yajji Lc), International Islamic Publishing House, Riyadh, 2008
4.
Haji Said Haji Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah,
Darul Makrifah, Kuala Lumpur, 2000
5.
Ustaz Haji Osman Bin Jantan, Pedoman Ilmu Tauhid
(Lengkap), Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 2009