Pages

Thursday 27 October 2011

Tetamu...


Mengimbas kembali kenangan pada bulan February 2002 ketika menyambut kepulangan ibuku (kini almarhum) daripada menunaikan fardu haji di lapangan terbang Senai, Johor Bahru. Ibu seringkali menyebut untuk menziarahi Baitullah Al-Haram sekali lagi. Apabila aku bertanya kepadanya, “Kenapa mak nak pergi lagi?”. Kan haji wajib sekali saja?” Ibu menjawab, “Aku nak pergi lagi, aku nak pergi lagi, aku rindu…”

Kini aku mengerti bagaimana perasaan ibu menanggung rindu menatap rumahMu Ya Allah. Mendengar laungan azan dan beriktikaf dirumahMu dengan perasaan penuh sayu. 16th Ramadhan hingga 3 Syawal 1432 Hijrah (16 Ogos 2011 – 5 Sept 2011) – Alhamdulillah, aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana dengan rahmat kurniaNya, dapat sekali lagi aku menjejakkan kaki di rumahMu.


Semoga segala  amalan kebaikan anak-anaknya menjadi “pencen kubur” yang berpanjangan untuk almarhum ibu. ~ الفَاتِحَة ~

2 comments:

  1. Letak la lagi gambar lain...saya pun tak sabar nak menatap kaabah depan mata saya sendiri, doakan saya yea

    ReplyDelete
  2. Gambar ni je yg ada. Insyaallah saya doakan Chik Na pun boleh sampai ke Makkah.
    ١ن شاء الله

    ReplyDelete