السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Pengenalan
Artikel
ini menerangkan tentang kedudukan hadis menurut pandangan Kassim Ahmad (kini
almarhum) dan membuat perbandingan di antara pandangan beliau iaitu seorang
tokoh penulis nusantara dengan penulis moden di Timur Tengah seperti Dr Ahmad
Amin dan Dr Taufiq al-Sidqi. Diperjelaskan terlebih dahulu latar belakang
Kassim Ahmad yang boleh diakses di http://kassimahmad.blogspot.my/ dan
beberapa artikel berkenaan dengan Kassim Ahmad.
Latar
Belakang Kassim Ahmad
Kassim
Ahmad adalah pemikir dan falsafah utama Malaysia. Kassim Ahmad, berasal dari
Bukit Pinang, Kedah, dan sekarang menetap di Tanjung Bunga, Pulau Pinang (Yuswan Yunus 1998) (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016). Beliau
meraih tajuk berita nasional pada tahun 1950-an dengan disertasi mengenai watak
Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), klasik klasik sastera Melayu. Di dalamnya dia
mencabar tafsiran tradisional dan menjadikan wira yang kini hinggap Hang Tuah
sebagai tidak lebih daripada sebuah istana, dan menaikkan anti-pahlawan Hang
Jebat sebagai pahlawan sejati, sanggup membunuh bahkan sultan dalam
mempertahankan kehormatan dan prinsipnya. Kassim dipenjarakan selama hampir
lima tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA 1960) kerana berani
untuk menyatakan secara terbuka pandangan politiknya, satu pengalaman yang dia
terangkan dalam bukunya, Universiti Kedua (Universiti Kedua). Kassim sekali
lagi menggoncang dunia Melayu dengan menulis sebuah buku yang bertajuk Hadis:
Satu Penilaian Semula di mana dia mencabar kesempurnaan kata-kata yang
dikatakan Nabi Muhammad s.a.w. Kassim Ahmad menerima Anugerah Doktor Kehormat Persuratan
yang dianugerahkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985 (Yuswan Yunus 1998), negara
ini tidak nampak sesuai untuk menghormati intelektual awam yang hebat ini (Kassim Ahmad 2005)
Yuwan Yunus menghuraikan latar
belakang Kassim Ahamad di dalam sebuah artikel yang telah diterbitkan di akhbar
Utusan Malaysia pada tahun 1998 (Yuswan Yunus 1998).
Tulisannya memperihalkan bagaimana kecaman diterima Kassim Ahmad selepas
menulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula sehingga Kassim Ahmad
digelar sebagai anti-hadis, dituduh murtad dan buku itu diharamkan untuk bacaan
umum.
Kassim tabah menghadapi semua rintangan itu dan
meneruskan minatnya dalam bidang penulisan yang diminati sejak kecil lagi. Buku
yang mencetuskan kontroversi itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh
Dr. Ahmad Abd. Halim Atiah di Kaherah dan ke dalam bahasa Inggeris oleh
penerbit di Arizona Amerika Syarikat. Kedua-duanya diterbitkan pada tahun lalu.
Kembali kepada zaman kanak-kanaknya Kassim Ahmad, minat membaca telah berputik sejak umurnya
lapan ta-hun. Ibu bapanya mengajar di Bandar Baru Kedah dan keluarganya
melanggan Warta Negara yang terkenal pada masa itu. Impiannya semasa kecil
ialah untuk membaca semua benda yang boleh didapati. Tetapi pada realitinya
sekarang (ketika artikel “Kassim
Ahmad bukunya gemparkan negara ditulis), Kassim
hanya dapat menumpukan perhatian kepada beberapa bidang yang amat diminati
kerana terlalu banyak bahan bacaan yang terdapat dan faktor kesuntukan masa.
Menyentuh mengenai pendidikannya, Kassim
menuntut di Universiti Malaya (Singapura), dari tahun 1954-58 bagi peringkat
ijazah pertamanya dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi peringkat Sarjana
antara tahun 1959-61. Sebelum itu beliau merupakan penuntut Kolej Sultan Abdul
Hamid Alor Setar. Sekarang ini beliau menumpukan sepenuh masanya kepada bidang
penulisan di samping diberikan kepercayaan selaku Pengerusi Koperasi Pelaut
Pulau Pinang sejak tahun lalu atas desakan ahlinya. Koleksi peribadinya itu
merangkumi pelbagai subjek. Antaranya sejarah, ilmu politik, kritikan karya
sastera, falsafah, ekonomi, laporan pelbagai topik, isu-isu semasa, biografi,
undang-undang dan tidak ketinggalan tafsir al-Quran dan hadis. Beliau mempunyai
10 buah tafsir yang mula dikumpul sejak usianya 17 tahun, dalam bahasa Melayu
dan Inggeris. Koleksi sasteranya tidak tertumpu kepada bahasa ibunda tetapi
meliputi sastera Inggeris, Cina dan India. Karya pertama nukilannya ialah
suntingannya kepada Kisah Pelayaran Abdullah pada tahun 1960, diikuti
suntingannya kepada Hikayat Hang Tuah pada 1964. Selepas itu menyusul pelbagai
buku lain seperti Characterisation in Hikayat Hang Tuah' (1966), antologi sajak
dan cerpen, Kemarau Di Lembah (1967) dan Dialog Dengan Sasterawan (1979).
Dalam era 1980-an, Kassim menghasilkan beberapa
buku seperti Universiti Kedua - Kisah Tahanan Di Bawah ISA (1983), Teori Sosial
Moden Islam (1984), Hadis Satu Penilaian Semula (1986), Quo Vadis, Bangsaku? (1989)
dan Intelektualisme Melayu: Satu Polemik' (1989). Karya kreatifnya berterusan
pada era 1990-an dengan terhasilnya, Bush's New World Order or Pax Americana
pada 1991. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Basheer A.
Mahmood di Baghdad setahun kemudian.
Tahun 1992 juga, Kassim menghasilkan Hadis -
Jawapan Kepada Pengkritik'. Yang terbaru November tahun lalu, beliau
menghasilkan Esei-Esei Politik terbitan Fajar Bakti. Dalam perancangannya
sekarang ada tiga projek penulisan yang perlu diselesaikan. Yang pertama
kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi buku Mencari Makna -
Sebuah Kenangan Hidup dan satu lagi, Hikayat Abdullah (edisi baru), bekerjasama
dengan Yayasan Karya Agung. Kedua-duanya dijangka siap hujung tahun ini. Sementara
satu lagi hasil kerjanya adalah usahanya sendiri tanpa kerjasama mana-mana
pihak iaitu Quran Agung. Ia merupakan sebuah terjemahan al-Quran berdasarkan
kaedah tafsir saintifik.
Kassim Ahmad merupakan pelopor dan pengasas
Gerakan Anti Hadis (GAH) di Malaysia, ketua Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang
kemudiannya ditukarkan kepada Forum Iqra’ (FORIQ) dan sering dijadikan kajian
oleh penyelidik di dalam serta di luar negara berkaitan GAH di Malaysia. Selain
itu, buku-buku beliau mendapat perhatian daripada masyarakat dunia sehingga
diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dipasarkan di peringkat antarabangsa.
Beliau juga mempunyai jaringan sosial dan pemikiran dengan tokoh-tokoh GAH di
luar Malaysia, bahkan berjaya menarik perhatian golongan tertentu sehingga
diadakan seminar khusus untuk mengkaji pemikiran beliau. Kassim Ahmad juga
berjaya menempatkan dirinya di media sosial dan media massa dalam pelbagai isu (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016).
Kedudukan
Hadis Dan Fahaman Anti Hadis:
Kedudukan
Hadis dalam syariat Islam telah mendorong hadis Nabi s.a.w tetap dipelajari.
Hadis tetap menjadi sumber penghujahan dan pendalilan utama kebanyakan karya
penulisan walaupun karya-karya tersebut tidak dikategorikan dalam bidang hadis (Fauzi Deraman 2009). Al-Qur’an
dan al-Hadith Nabi s.a.w adalah sumber kedua syariat Islam. Ia merupakan
sesuatu yang disepakati umat Islam sepanjang zaman (Fauzi Deraman 2017). Selain daripada sumber kedua umat
Islam, hadis juga berperanan sebagai (a) memperkuatkan hukum dalam al-Qur’an,
mentatafsir maksud dalam al-Qur’an dan mengadakan dan memperjelaskan hukum yang
tidak disebut di dalam al-Qur’an (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003).
Sungguhpun ramai kalangan umat Islam yang
mengiktiraf hadis sebagai sumber kedua selepas al-Qur’an, namun terdapat
segelintir golongan yang menyeleweng umpamanya golongan syiah. liberal dan anti
hadith (Faizal bin Ahmad Shah 2017). Anti Hadis merupakan antara ajaran sesat yang
menular dalam masyarakat Islam sejak beberapa tahun yang lalu. Pengaruh anti
Hadis ini semakin luas apabila wujudnya pihak-pihak tertentu yang mendukung
kepercayaan dan kefahaman mereka di samping wujudnya buku-buku, artikel-artikel
dan seminar yang berkaitan. Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai
pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber epistemologi Islam selepas
al-Qur’an. (Abur Hamdi Usman et al. 2016).
Menurut
Dr. Mustafa al-Siba’ie sejarah kemunculan kumpulan yang tidak menerima hadith
ini telah muncul di zaman al-Imam as-Shaf’ie lagi iaitu pada kurun kedua
hijrah. Perkara ini telah dihuraikan oleh Al-Imam
As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm. Malah beliau telah memperincikan lagi
perbahasan tersebut di dalam kitab Ar-Risalah (Ahmad Sanusii Azmi et al. 2011).
Ancaman
terhadap kedudukan Hadith yang bermula selepas fitnah pembunuhan ke atas Saidina
Uthman r.a telah mendorong kearah lahirnya manhaj dan kaedah yang dibentuk oleh
Ahl al-Hadith. Manhaj ulama Ahl al-Hadith ini memiliki peranan dan sumbangannya
dalam menjaga keautoritian Hadith sebagai sumber ilmu dan ketamadunan di dalam
Islam (Muhammad Arif Yahya 2016).
Metode
Penafsiran Hadis Kassim Ahmad
Menurut
Faizal Ahmad di dalam pembentangan kertas kerja di Wacana Nabawi 2017,
menyatakan bahawa metode yang digunakan oleh golongan anti hadis ialah dengan
mengkritik hadis-hadis sahih terutamanya hadis Sahih al-Bukhari (Faizal bin Ahmad Shah 2017).
Menurut Fauzi Deraman (Ishak et al., 2007)
dalam sebuah artikel berjudul Autoriti Hadis dan Penjelasannya telah menyentuh
kekeliruan awal Hadis yang timbul dari sudut pandangan individu. Beliau
menyatakan perdebatannya bahawa pergerakan anti-Hadis yang bermula pada zaman
moden dimulakan oleh kaum Orientalis diikuti pengikut mereka di kalangan umat
Islam. Di Malaysia, kumpulan anti-Hadis telah memulakan pergerakan mereka
melalui kemunculan buku Hadis: Satu Penilaian Semula oleh Kassim
Ahmad. Para sarjana Islam tempatan telah menerbitkan banyak buku untuk menjawab
kekeliruan hasil daripada karya Kassim Ahmad tersebut (Mohd al’Ikhsan Ghazali et al. 2015).
Dalam kajian kritiknya terhadap hadis, Kassim
Ahmad dilihat menggunakan beberapa metode yang dibinanya sendiri antaranya (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016):
i
Mentafsirkan Nas al-Quran dan al-Sunnah
berdasarkan kefahamannya sahaja serta tidak memahami nas secara dasarnya.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui penulisan beliau, antaranya adalah:
a.
Tafsiran perkataan “al-hikmah”.
Kassim
Ahmad menyatakan bahawa kalimah “al-hikmah” adalah merujuk kepada al-Quran,
bukan sunnah. Beliau menolak dakwaan bahawa sunnah merupakan wahyu daripada
Allah. Menurutnya tafsiran Imam al-Shafi’e yang mengatakan hikmah adalah hadis
tidak munasabah kerana tidak memberikan hujah yang kukuh untuk diterimanya
sebagai satu kepastian. Kassim menganggap tafsiran yang dibuat oleh al-Syafie
dengan mengutip pandangan ahli-ahli yang dipersetujui dan terus membuat
kesimpulan perkataan hikmah hanyalah sunnah. Menurutnya, pandangan ahli-ahli
yang dipersetujui dan terus membuat kesimpulan perkataan hikmah hanyalah
sunnah.
b.
Tafsiran ayat وأطيعوالله ورسوله
Kassim
Ahmad menghuraikan maksud ayat al-Quran dalam surah al-Taghabun ayat 12 bahawa
tugas Rasul hanyalah menyampaikan wahyu Allah iaitu al-Quran. Setelah Nabi Muhammad
s.a.w. wafat, hanya al-Quran yang menjadi warisan baginda. Oleh itu, kalimah
Rasul di dalam ayat tersebut bukanlah dikhususkan kepada Nabi Muhammad, tetapi
Rasul secara umum. Maka perkataan Rasul harus dibezakan daripada perkataan Muhammad
kerana perkataan Rasul itu membawa maksud wahyu Tuhan. Beliau menolak sama
sekali bahawa makna taat kepada Rasul itu bermaksud berpegang kepada hadis atau
sunnah. Tuhan. Beliau menolak sama sekali bahawa makna taat kepada Rasul itu
bermaksud berpegang kepada hadis atau sunnah. (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016)
c.
Perkataan لمستم النساء dalam
kes batal wuduk kerana menyentuh wanita.
Dalam
mentafsirkan kalimah لمستم
النساءdalam ayat 43 surah al-Nisa’, Kassim
mengatakan, “ungkapan “menyentuh wanita” (Arab: massa, yamussu
bermaksud sentuh) di sini suatu peribahasa yang
bermaksud bersetubuh bukan pegang. Menurut Kassim Ahmad tafsiran
bahawa menyentuh wanita itu membatalkan wuduk
adalah tidak tepat” (Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh 2016)
Perbandingan
Pandangan Kassim Ahmad Dengan Ahmad Amin Dan Dr Taufiq al-Sidqi
Pada
pendapat penulis, ketiga-tiga tokoh Kassim Ahmad, dan Dr Taufiq al-Sidqi
terdapat persamaan iaitu mereka adalah golongan yang mengingkari hadis (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003) pada
masa kini iaitu pada abad ke 21. Perbezaan pula amat ketara sekali. Manakala,
Ahmad Amin tidak menyeleweng seperti kedua-dua tokoh tersebut.
Kassim Ahmad sungguhpun masih mengakui bahawa
Rasulullah s.a.w ialah pesuruh Allah dengan menyampai wahyu iaitu al-Qur’an
al-Kareem. Namun selepas baginda s.a.w wafat, al-Qur’an ialah warisan Nabi
Muhammad s.a.w semata-mata. Beliau menolak pendapat ulama seperti Imam
As-Syafie dan Imam al-Bukhari dan hanya berpegang kepada al-Qur’an semata-mata.
Kassim Ahmad mendahulukan pandangan logik akalnya, dan juga reaksi para pemikir
lain dalam sesuatu isu, berbanding dalil-dalil naqliyyah yang telah jelas kesahihannya
(Mohd al’Ikhsan Ghazali et al. 2015)(Abur Hamdi Usman et al. 2016). Menurut
Kassim Ahmad, beliau hanya menolak hadith yang jelas bertentangan dengan
al-Quran sahaja manakala hadith yang tidak bertentangan dengan al-Quran beliau
menerimanya sebagai sumber kedua umat Islam. Beliau memberikan contoh Piagam
Madinah sebagai Sunnah Nabi yang seharusnya diterima pakai oleh umat Islam pada
hari ini (Ahmad Sanusii Azmi et al. 2011)
Dr Taufiq Sidqi juga dikategorikan oleh
al-Siba’i di dalam (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003)
merupakan golongan yang menyeleweng dan mengingkari hadis sebagaimana Kassim
Ahmad. Ini jelas di dalam arikel beliau yang menyatakan bahawa Islam hanyalah
al-Qur’an semata-mata (Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah 2003). Sidqi
adalah orang yang pertama kali menuliskan pemikirannya tentang hadis melalui
sebuah artikel dalam majalah Al-Mannar dengan judul yang sangat kontroversial
yaitu, “Al-Islam Huwa Al-Qur’an Wahdahu” (ajaran agama Islam adalah ajaran
Al-Qur’an itu sendiri). Karyanya ini diperdebatkan selama empat tahun sejak
ditulisnya. Melalui karya ini, Sidqi menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan
Sunnah (Hadis), kerana Al-Qur’an telah memberikan berbagai jawaban terhadap
segala persoalan yang ada dalam kehidupan (Syahudi Ismail 1995).
Menurut Dr Taufiq Sidqi, semua orang Islam
tidak ada yang meragukan keabsahan Nas Al-Qur’an, sedangkan terhadap hadis ada
orang yang meragukannya, sebab hadis baru ditulis beberapa abad setelah Rasul s.aw
wafat. Sementara Al-Qur’an ditulis pada saat Nabi masih hidup. Al-Qur’an adalah kriteria dan petunjuk abadi
bagi seluruh manusia segenap zaman. Bagi masyarakat zaman sekarang, sunnah Nabi
telah kehilangan nilainya dan hanya memiliki pengertian bagi generasi-generasi
pertama muslim sahaja. Dr Taufiq Sidqi menyatakan, dimanakah letak kearifan,
jikalau sebahagian iman diletakan dalam Al-Qur’an sedang sebagian lain dalam
Hadis. Untuk mendorong hujahnya, beliau memetik ayat al-Qur’an surah al-An’am
(6): 38 (Syahudi Ismail 1995).
Berbanding dengan Ahmad Amin, beliau merupakan
sarjana Islam yang hanya mengeluarkan pendapat dengan mendakwa pemalsuan hadis telahpun muncul bermula sejak
zaman Nabi s.a.w berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w di atas adalah pendapat
yang datangnya daripada Ahmad Amin (Ahmad Amin 1968). Di
dalam buku yang ditulis olehnya yang bertajuk Fadjar Islam iaitu
sebuah buku yang mengupas perkembangan fikiran
dikalangan umat Islam sejak zaman permulaan dakwah Nabi Muhamamd s.a.w. hingga
ke-era permerintahan kerajaan Umawy. Buku Fadjar Islam ini mempunyai 392
halaman di mana kandungannya mengandungi 6 bab iaitu bab 1: Bangsa Arab di masa
Jahiliyyah, bab 2 : Agama Islam, bab 3 : Bangsa Parsi dan pengaruhnya, bab 4:
Pengaruh Yunani Romawi, bab 5: Pemerintahan Kebangkitan Ilmu Keagamaan dan bab
6: Golongan-golongan Keagamaan (Ahmad Amin 1968) (Jawiah Dakir & Mohd Napiah
Abdullah 2003). Pada pendapat penulis, Ahmad Amin tidaklah
menolak hadis atau tergolong dengan golongan anti hadis. Beliau hanya terkeliru
dengan rentas masa pada masa yang tepat bilakah proses pemalsuan hadis bermula.
Kesimpulan
Para
sarjana Islam menyatakan bahawa golongan anti-hadis bermula dengan serangan
orientalis Barat yang mengkaji tentang Islam untuk memerangi Islam. Matlamat
utama golongan anti hadis ini adalah untuk melemahkan ajaran Islam dari dalam.
Ini terbukti dengan merujuk kepada perkembangan anti hadis pada zaman mutakkhir
iaitu apabila seorang Yahudi bernama Goldziher telah dibiayai dengan biasiswa
Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar
pada tahun 1873 dalam bidang Sunnah. Pada tahun 1976, beliau memegang jawatan
sebagai Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian dia mengajar
di Maktab Zionis Budapest selama 15 tahun untuk melahirkan graduan-graduan
zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari
Sunnah. Maka, pemikiran Barat ini telah mempengaruhi kaum muslimin yang menolah
hadis (Abur Hamdi Usman et al. 2016). Sebagai kesimpulannya, penulis lebih suka
mengambil jalan tengah untuk tidak mengkafirkan Kassim Ahmad, Ahmad Amin dan Dr
Taufiq Sidqi kerana mereka masih beriman dengan Allah s.w.t. Semoga coretan
kecil ini menjawab persoalan seperti tajuk perbincangan kita untuk subjek
Kajian Hadis Masa Kini (PPPH 3163).
Rujukan
Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi
Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh & Azman Abdul
Rahman. 2016. Golongan Anti Hadis : Isu
Dan Cabaran. 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016,
Kuala Lumpur: Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD).
Ahmad Amin.
1968. Fadjar Islam. Jakarta: PT. Bulan Bintang.
Ahmad Sanusii Azmi, Mohd Yusuf Ismail & Zulhilmi
Mohamed Nor. 2011. Gerakan Anti-Hadith
Moden: Kajian Terhadap Penyebaran Pemikiran Melalui Internet. Jurnal
Penyelidikan Islam 24:
Faizal bin Ahmad Shah.
2017. Penyelewengan Terhadap Makna Hadith Dan Kesannya Kepada Umat
Islam. Wacana Hadith Nabawi 2017, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).
Fauzi Deraman.
2009. Pengajian Hadith Di Malaysia : Satu Tinjauan. Dlm. Mustaffa
Abdullah, Fauzi Deraman & Faisal Ahmad Shah (pnyt.). Khazanah al-Qur’an
& al-Hadith Nusantara, hlm. 213–236. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM).
Fauzi Deraman.
2017. Sejarah Gerakan Anti Hadith Global Dan Di Malaysia. Wacana
Hadith Nabawi 2017, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jawiah Dakir & Mohd Napiah Abdullah. 2003. Kajian Hadis Masa Kini. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kassim Ahmad.
2005. Blog Kassim Ahmad.Kassim Ahmad. http://kassimahmad.blogspot.my/
Mohd al’Ikhsan Ghazali, Siti Salwa Md. Sawari &
Muhammad Fathi Yusuf. 2015. The Severity
of Anti Hadith Groups (AHG) Thought: Solutions, Challenges and Barriers. Mediterranean
Journal of Social Sciences 6(3): 127–135.
http://www.mcser.org/journal/index.php/mjss/article/view/6473
Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman,
Suriani Sudi, Zanariah Isnail, Sakinah Salleh, A.A.R. 2016. Metode Kassim Ahmad Dalam Kajian
Hadis : satu penilaian dalam timbangan metode ilmiah ulama hadis. HADIS :
Jurnal Ilmiah Berwasit 11(Jun): 49–69.
Muhammad Arif Yahya.
2016. Manhaj Ahl al-Hadith : Peranan dan Sumbangannya dalam Ketamadunan
Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
283–290.
Syahudi Ismail.
1995. Hadiths Nabi Menurut Pembela, Pengingkar dan Pemalsunya.
Jakarta: Gema Insani Press.
Yuswan Yunus.
1998. Kassim Ahmad bukunya gemparkan negara. Utusan Malaysia, 14
March.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm