السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Pengenalan
Persoalan
pertama, apakah itu tasawuf? Kedua, apakah ciri-ciri umum jika didapati dalam
mana-mana aliran falsafah yang boleh disifatkan sebagai tasawuf? Maka, artikel
ini akan membentangkan takrif tasawuf dari dua aspek iaitu takrif dari segi
bahasa dan istilah menurut tokoh-tokoh moden.
Takrif
Dari Segi Bahasa
تعريف
و معنى تصوف في معجم المعاني الجامع
1)
تصوَّفَ:
(فعل)
تصوَّفَ
يتصوَّف ، تصوُّفًا ، فهو مُتصوِّف
· تصوَّف الشَّخصُ : صار صُوفيًّا واتبَّع
سُلوكَ الصُّوفيّة وحالاتهم
· تَصَوَّفَ الرَّجُلُ : لَبِسَ الصُّوفَ
2)
تصوُّف:
(اسم)
مصدر
تَصَوَّفَ
· دَخَلَ الشَّيْخُ مَرْحَلَةَ التَّصَوُّفِ
: التَّعَبُّدِ وَالتَّزَهُّدِ وَالابْتِعَادِ عَنْ مُخَالَطَةِ النَّاسِ
· خِرْقةُ التَّصوُّف : ما يلبسه المريد من
يد شيخه الذي يدخل في إرادته ويتوب على يده
· التَّصوُّفُ : طريقة سلوكية قوامها
التقشف والتحلي بالفضائل ، لتَزْكُوَ النفسُ وتسموَ الروح
· علم التَّصوُّف : ( الفلسفة والتصوُّف )
مجموعة المبادئ التي يعتقدها المتصوِّفةُ والآداب التي يتأدّبون بها في مجتمعاتهم
وخلواتهم
3)
صَوِفَ:
(فعل)
· صَوِفَ ، يَصْوَفُ ، مصدر صَوَفٌ
· صَوِفَ الْحَيَوَانُ : كَثُرَ صُوفُهُ
4)
صَوَّفَ:
(فعل)
· صوَّفَ يصوِّف ، تصويفًا ، فهو مُصوِّف ،
والمفعول مُصوَّف
· صَوَّفَ الْخَرُوفُ : ظَهَرَ عَلَيْهِ
الصُّوفُ
· صَوَّفَ الْحَيَوَانُ : كَثُرَ صُوفُهُ
· صَوَّفَ النَّبَاتُ أَوِ الْكَرْمُ :
ظَهَرَ عَلَيْهِ مَا يُشْبِهُ الصُّوفَ
· صَوَّفَ الرَّجُلَ : جَعَلَهُ مِنَ
الصُوفِيَّةِ
· صَوَّفَ الطَّعَامُ : تَعَفَّنَ
وَظَهَرَتْ عَلَيْهِ الفُطْرِيّاتِ
تعريف
و معنى تصوف في قاموس المعجم الوسيط.
1)
تَصَوَّفَ
تَصَوَّفَ
فلانٌ : صَار من الصوفيَّة .
2) التَّصوُّفُ
· التَّصوُّفُ : طريقة سلوكية قوامها
التقشف والتحلي بالفضائل ، لتَزْكُوَ النفسُ وتسموَ الروح .
· و ( علم التصوف ) : مجموعة المبادئ التي
يعتقدها المتصوَّفة ، والآداب التى يتأَدبون بها في مجتمعاتهم وخلواتهم .
تعريف
و معنى تصوف في قاموس اللغة العربية المعاصر.
1)
تصوُّف
تصوُّف
:-
أ-
مصدر
تصوَّفَ
· خِرْقةُ التَّصوُّف : ما يلبسه المريد من
يد شيخه الذي يدخل في إرادته ويتوب على يده .
ب- (
الفلسفة والتصوُّف ) طريقة في السّلوك تعتمد على التقشُّف ومحاسبة النفس ،
والانصراف عن كلّ ما له علاقة بالجسد والتَّحلِّي بالفضائل ؛ تزكية للنَّفس وسعيًا
إلى مرتبة الفناء في الله تعالى إيمانًا بالمعرفة المباشرة أو بالحقيقة الرُّوحيّة
.
· علم التَّصوُّف : ( الفلسفة والتصوُّف )
مجموعة المبادئ التي يعتقدها المتصوِّفةُ والآداب التي يتأدّبون بها في مجتمعاتهم
وخلواتهم .
2) تصوَّفَ
تصوَّفَ
يتصوَّف ، تصوُّفًا ، فهو مُتصوِّف :-
· تصوَّف الشَّخصُ
أ- صار
صُوفيًّا واتبَّع سُلوكَ الصُّوفيّة وحالاتهم .
ب- لَبِس الصوفَ .
Manakala
takrif dari segi bahasa menurut Kamus Dewan ialah ajaran (usaha, jalan) untuk
mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan (Kamus Dewan
2013).
Manakala
menurut Shamsul Mohd Nor (Shamsul Mohd
Nor 1973), tasawuf itu diambil daripada
perkataan Arab صوف yang bererti baju bulu
yang dipakai oleh ahli-ahli sufi. Shamsul turut menyatakan bahawa terdapat juga
pendapat lain mengenai takrif bahasa tasawuf iaitu ia timbul daripada perkataan صوفي iaitu
gelaran bagi golongan yang bersuluk dan menyepikan diri daripada kemewahan
dunia pada kurun ke-2 hijrah. Seterusnya Shamsul merujuk kepada takrif yang
diberikan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitab Sirrul Asrar yang mana
tasawuf تصوف itu diambil daripada empat huruf iaitu Ta’(ت) , Sod (ص) , Waw
(و), dan Fa’ (ف) , iaitu:
Ta’(ت) bereri taubat (توبة), iaitu membersihkan diri
zahir dan batin dalam perjalanan menuju Allah s.w.t. Sod (ص)
bererti sofa’un (صفاء) yang bererti bersih iaitu bersih hati dan rasa. Waw (و) bereri wilayah (ولاية) yang bererti mendapat
petunjuk terus daripada Allah. Fa’ (ف) bererti Fana’ (فناء) yang bererti terhapus segala sifat makhluk dalam keagungan
Tuhan Rabbul Izzati (Shamsul Mohd Nor 1973).
Merujuk
kepada takrif di atas, Yusri Abd. Karim (Yusri Abd.
Karim 2011) memberi takrif tasawuf
berdasarkan kepada sebuah hadith Rasululullah s.a.w :
ذَهَبَ صَفْوُ
الدّنيَا وَبَقِيَ الكَدَرُ فَالْمَوْتُ اليَوْمَ تُحْفَةٌ لِكُلّ مُسْلِمٍ
Maksudnya:
Kemurnian dunia telah pergi, dan hanya berbakti kekeruhan, maka kematian hari
ini adalah harapan berharga bagi seorang Muslim
[Riwayat
al-Daruqutni]
Dalam
hadith ini, disebutkan perkataan safwu al-dunya (صَفْوُ
الدّنيَا). Kata safwu besar kemungkinan sebagai akar
kepada kata tasawuf. Lalu kemudiannya antara landasan pokok dalam ajaran
tasawuf ialah nilai-nilai yang terkandung dalam hadith ini, iaitu daripada
Rasulullah s.a.w bahawa kematian adalah perbendaharaan yang ditunggu-tunggu dan
paling berharga bagi seorang Muslim. Daripada pemahaman hadith ini, maka
kemudiannya dikenali istilah tasawuf dari sudut bahasa (Yusri Abd. Karim
2011).
Prof.
Dr. Haji Abdul Malik Bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim (HAMKA) adalah salah
seorang Ahli Tasawuf. Beliau telah menulis buku tasawuf, salah satunya Buku
Tasawuf Moden. Beliau telah memberi erti Tasawuf dan asal katanya menjadi
pertikaian ahli-ahli bahasa. Ada yang mengatakan perkataan itu diambil dari
perkataan shafa’, ertinya suci
bersih, ibarat kilat kaca. Ada setengahnya dari perkataan ‘shuf’ ertinya bulu binatang, kerana benci mereka kepada pakaian
yang indah-indah, pakaian ‘orang dunia’ ini. Dan ada setengahnya diambil dari
kaum shuffah, ialah golongan
sahabat-sahabat Nabi yang menyisihkan dirinya di satu tempat terpencil seperti
di Masjid Nabi. Kata setengahnya pula dari perkataan shufanah, ialah sebangsa kayu keras yang tumbuh di padang pasir
tanah Arab (pokok zaitun). Tetapi setengah ahli bahasa dan riwayat, terutama
pada zaman akhir ini mengatakan bahawa perkataan shufi itu bukanlah bahasa Arab, tetapi bahasa Yunani lama yang
telah diarabkan. Asalnya theosofie,
ertinya Ilmu Ketuhanan, kemudian
diarabkan dan diucapkan dengan lidah orang Arab sehingga berubah menjadi
Tasawuf (HAMKA 2017).
Menurut
pandangan Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, dari segi takrif bahasa tentang Tasawuf,
beliau menerangkan bahawa Ahli Sufi telah memberikan takrif yang begitu banyak
tentang Tasawuf, sehingga pernah dikatakan bahawa Tasawuf mempunyai lebih dari
seribu takrif. Salah seorang tokoh sufi
pada kurun keempat telah memberikan takrif Tasawuf “Tasawuf ialah kejernihan dan penyaksian” pengertian membawa dua
aspek atau dua unsur penting dalam Tasawuf iaitu, unsur dari segi wasilah
(jalan) dan unsur dari segi ghayah (matlamat). Safa atau kejernihan melambangkan jalan atau wasilah, sementara
musyahadah atau penyaksian melambangkan ghayah yang dicita-citakan oleh Ahli
Tasawuf (Mohd.
Sulaiman Hj. Yasin 1992).
Takrif Tasawuf
Dari Segi Istilah
Perkataan
tasawuf walaupun sudah tersebar luas tetapi pengertiannya yang berbeza-beza
kerana ia merupakan fenomena umum dalam mana-mana agama, falsafah dan tamadun
manusia dalam sudut berlainan. Menurut Yazid Hj Maarof & Mohamad Kamil Abd
Majid, tasawuf pada umumnya merujuk kepada falsafah hidup dan cara tertentu
dalam mengasingkan diri yang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan
akhlak dan makrifatnya dengan hakikatnya dengan hakikat dan kebahagian rohaninya
(Yazid Haji Maarof & Mohamad Kamil Abd Majid 2016).
Tasawwuf menurut Kyai Haji Jamaluddin Kafie adalah
satu wasilah atau medium yang perlu dilalui oleh seseorang mukmin untuk melalui
proses upaya dalam rangka menghakikatkan syariat melalui jalan tarikat untuk mencapai
makrifat. Beliau menjelaskan konsep tasawwuf dengan mendatangkan beberapa analogi.
Pertama tasawwuf diibaratkan seperti tanaman, syariat diibaratkan
seperti pokok yang ditanam, thariqat adalah proses menyiram, menjaga,
menyuburkan tanaman tersebut supaya dapat menghasilkan buah yang baik yang
diibaratkan hakikat. Hasil daripada menjaga dan memelihara tanaman
tersebut, penjaganya akan dapat menikmati buah dari tanaman tersebut dan itulah
makrifat. Kedua, seseorang yang melakukan perjalanan menaiki kenderaan
diibaratkan seperti tasawwuf,
jalan raya yang perlu dilalui adalah syariat, jalan-jalan yang
kecil adalah sebagai laluan yang akhirnya membawa perjalan tersebut ke
destinasi hakikat. Dari situlahakanmeneruskan perjalanan ke tujuan
terakhir iaitu makrifat. Ketiga, tasawwuf turut diibaratkan
seperti sebiji telur, syariat pula adalah kulit telur, putih telur pula
adalah thariqat, manakala hakikatnya adalah telur merah, dan sel
nukleas pada telur merah adalah makrifat (K.H. Jamaluddin Kafie 2003).
Menurut Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya Abjadiyah
at-Tasawuf al-Islami menerusi buku terjemahan yang bertajuk Tasawuf Hitam
Putih menjelaskan pengertian tasawuf iaitu membersihkan diri dari sesuatu
perkara yang hina dan menghiasinya kembali dengan sesuatu yang baik untuk
mencapai tingkat bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT atau mencapai makam
tertinggi. Definisi yang diberikan oleh Muhammad Zaki dapat difahami bahawa
tasawuf adalah sifat taqwa pada kedudukan yang tertinggi sama ada dari sudut
zahir mahupun batin. Takwa merupakan akidah dan perbuatan yang menentukan
sesuatu hubungan hamba dengan Allah SWT melalui ibadah yang sempurna dan
perilaku yang baik (Muhammad Zaki Ibrahim 2004).
Tasawuf sebagaimana yang dijelaskan oleh
Mulhadhi adalah satu cabang ilmu dalam Islam yang menekan tentang aspek
spiritual dalam diri seseorang. Spiritual yang dimaksudkan disini ia dapat
menekankan pelbagai perkara yang terkandung di dalamnya. Spiritual sangat
berkait rapat dengan rohani berbanding Jasmani dalam kehidupan manusia. Di mana
kehidupan ahli tasawuf pula lebih tertumpu soal kehidupan di akhirat berbanding
kehidupan dunia yang sementara. Tasawuf lebih tertumpu ke pada aspek spiritual
kerana ahli tasawuf yang dikenali sebagai sufi lebih berpegang pada keutamaan
‘spirit’ berbanding ‘jasad’ kerana dunia spirit lebih hakiki berbanding dunia
jasad yang hanya bersifat sementara dan kehidupan manusia nanti akhirnya akan
kembali kepada Allah SWT dan Allah itu juga adalah unsur spirit (Mulhaldi Katarnegara 2006).
Menurut
HAMKA (HAMKA 2017), dari mana pengambilan perkataan
tasawuf itu, dari bahasa Arab ke Yunani, namun asal pengambilan itu sudah nyata
bahawa yang dimaksudkan dengan kaum Tasawuf atau kaum shufi itu ialah kaum yang
telah menyusun kumpulan menyisihkan diri dari orang ramai, dengan maksud
membersihkan hati, laksana kilat kaca terhadap Tuhan atau memakai pakaian yang
sederhana, jangan menyerupai pakaian orang dunia, biar hidup kelihatan kurus
kering bagai kayu di padang pasir atau memperdalam penyelidikan tentang
perhubungan makhluk dengan Penciptanya. HAMKA telah mengambil daripada Ibnu
Khaldun ‘Tasawuf itu adalah semacam ilmu
syar’iyah yang timbul kemudian di dalam agama. Asalnya ialah bertekun beribadat
dan memutuskan pertalian dengan segala selain Allah, hanya menghadap Allah
semata-mata. Menolak hiasan-hiasan dunia serta membenci perkara-perkara yang
selalu memperdaya orang ramai, kelazatan harta benda dan kemegahan. Dan
menyendiri menuju jalan Tuhan dalam khalwat dan ibadat’.
HAMKA
juga telah mengambil pengertian Tasawuf daripada Al-Junaid, “Tasawuf ialah keluar dari budi, perangai
yang tercela dan masuk kepada budi, perangai yang terpuji”. Dari segi
keterangan moden, erti kata-kata Al-Junaid adalah iaitu membersihkan jiwa,
mendidik mempertinggikan darjat budi, menepiskan segala ketamakan dan
kerakusan, memerangi syahwat yang terlepas dari keperluan untuk ketenangan diri
(HAMKA 2017).
Mohd
Sulaiman Yasin menjelaskan istilah tasawuf atau penamaan tasawuf tidak ada pada
zaman permulaan Islam. Tiadanya istilah umum atau nama Tasawuf pada zaman Rasul
dan Sahabat tidaklah boleh dijadikan alasan atau bukti atas ketiadaan hakikat
atau kandungan makna Tasawuf, seperti yang difahami dan diamalkan oleh
ahli-ahli sufi. Di antara sebab mengapa nama atau istilah Tasawuf tidak ada
pada zaman permulaan Islam, Mohd. Sulaiman Hj. Yasin telah mengambil dari Imam
al-Qusyairi ialah kerana gelaran yang paling tinggi dan mulia yang diberikan
kepada generasi Islam ialah gelaran Sahabat
dan kemudiannya gelaran Thabi’in.
tidak ada gelaran yang semulia dan setinggi gelaran Sahabat dan Thabi’in atau
Pengikut Sahabat (Mohd.
Sulaiman Hj. Yasin 1992).
Zakaria
Stapa (Zakaria Stapa
1966) menerangkan bahawa perkataan atau
istilah Tasawuf dan kata terbitannya tidak ditemui dalam mana-mana bahagian
dalam sumber Islam yang paling berautoritif iaitu al-Quran dan Hadis. Dalam
membicarakan sumber yang diambil atau kata dasar daripada istilah Tasawuf
dibentuk, maka diketemukan pada sepanjang sejarah perkembangan yang telah
diketangahkan oleh berbagai-bagai pihak. Perkataan seumpama al-safa’ atau al-safw, al-sifat, al-saff, al-sufanah,
sufat al-qafa, Sufah ibn Murr, al-suf dan sufia. Adalah jelas sekali bahawa
emua perkataan di atas, kecuali perkataan al-suf
adalah tidak berupaya, dari aspek etimologi dan semantiknya sesuai dan sah
untuk dijadikan sumber ambilan sebenar kepada perkataan Tasawuf.
Menurutnya
lagi, terdapat golongan ahli sufi yang mendakwa bahawa Tasawuf telah muncul
bersama-sama dengan kemunculan risalah Nabi Muhammad SAW itu sendiri, walaupun
mereka juga pada waktu yang sama mengakui bahawa Tasawuf sebagai satu istilah
yang muncul sedikit lewat. Kenyataan ini yang direkodkan oleh al-Sarraj dalam al-Luma’ boleh memberi sokongan kepada perkara yang
sedang diperkatakan : “kita tidak pun
mendengar nama al-sufiyyah (digunakan) pada masa (hidupnya) para sahabat Rasulullah
SAW. Begitu juga sebentar selepas mereka (ungkapan) sufi telah tidak diberikan
kepada siapa pun juga daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW”.
Zakaria
Stapa mengambil dari al-Sarraj, yang mana disebabkan kelambatan muncul istilah
atau nama Tasawuf adalah disebabkan oleh istilah lain yang mana lebih
membanggakan iaitu istilah al-Sahabah.
Menurut beliau, dengan wujudnya panggilan lain yang lebih bermakna dalam
menggambarkan kerapatan hubungan dengan Rasulullah SAW. Selain daripada itu,
penulis mengambil kenyataan daripada Al-Suhrawardi dalam ‘Awarif’, di samping menyebut ungkapan al-sahabah telah membuat
tambahan ungkapan al-Tabi’in sebagai
penyebab kepada kelambatan kepada penggunaan perkataan Tasawuf. Sedangkan
al-Qushairi pula, beliau telah membuat tambahan satu lagi generasi umat iaitu Atba’ al-Tabi’in. oleh kerana tambahan
satu ungkapan dalam konteks ini, melibatkan satu generasi umat Islam, maka
penentuan masa atau tempoh dalam penggunaan sebenar Tasawuf telah berlaku dalam
masyarakat umat Islam (Zakaria Stapa
1966).
Dalam memberi definisi tasawuf dari
sudut istilah, Yusri Abd. Karim (Yusri Abd. Karim 2011) banyak
merujuk kepada takrifan yang telah diberikan oleh ulama-ulama silam antaranya Imam
al-Junaid al-Baghdadi yang menyatakan bahawa “tasawuf ialah keluar daripada
setiap akhlak yang tercela dan masuk kepada setiap akhlak yang mulia”. Yusri
Abd. Karim juga merujuk takrifan oleh Imam al-Qusyairi tentang tasawuf
iaitulah “Allah telah menjadikan kaum sufi ini sebagai orang yang suci para
wali-Nya”. Beliau juga ada merujuk kepada pendapat Imam Abu Ali al-Daqqaq
iaitulah “Pendapat yang paling baik tentang definisi tasawuf ialah perkataan
mereka yang menyebutkan bahawa tasawuf ialah suatu jalan yang tidak dapat
dilalui kecuali oleh orang yang telah dibersihkan roh mereka oleh Allah
daripada kotoran-kotoran”.
Daripada beberapa penjelasan
daripada ulama-ulama yang terdahulu, akhirnya Yusri Abd. Karim membuat
kesimpulan tentang makna tasawuf dari sudut istilah ialah “pada dasarnya
ajaran-ajaran tasawuf murni berdasarkan al-Qur’an dan al-hadith. Manakala ahli
sufi pula merujuk kepada seseorang yang secara konsisten (istiqomah) yang
mengerjakan dan berpegang teguh kepada syariat Allah, mengekang hawa nafsunya,
makan, minum dan berpakaian dan hal-hal lainya. Dalam aspek dunia, seorang sufi
hanya mengambil kadar yang secukupnya sahaja, memperbanyakkan amalan-amalan
sunnah dan meninggalkan apa yang ditegah oleh agama (Yusri Abd. Karim 2011).
Kesimpulan
Demikianlah
beberapa istilah daripada tasawuf dari sudut bahasa dan istilah yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh sarjana moden dalam mentakrif tasawuf. Maka, boleh
dirumuskan bahawa takrifan tasawuf adalah pelbagai dan masih tiada takrifan
yang mutlak tentangnya. Namun begitu, artikel ini mentakrifkan tasawuf adalah
perjalanan rohani yang dilalui oleh seseorang Muslim yang semestinya
berlandaskan al-Qur’an dan as-Sunnah. Setiap perjalanan rohani seseorang itu,
mestilah melalui proses penyucian hati melalui amalan yang tetapkan oleh syarak
seperti berpuasa, membaca al-Qur’an, menghadiri majlis ilmu, berbuat baik
kepada ahli keluarga, jiran dan masyarakat serta meninggalkan apa yang dilarang
oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Rujukan:
HAMKA.
2017. Tasawuf Moden. Batu Caves, Selangor: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
K.H. Jamaluddin Kafie.
2003. Tasawuf Kontemporer. Jakarta: Mutiara Al-Amien.
Kamus Arab Online https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/
Kamus Dewan.
2013. Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Sulaiman Hj. Yasin. 1992. Mengenal Ilmu Tasawuf 2. Kuala
Lumpur: JAKIM : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Zaki Ibrahim.
2004. Tasawuf Hitam Putih (Abjadiyah at-Tasawuf). Umar Ibrahim,
Yazid Muttaqin & Ahmad Iftah (eds.). Solo: Tiga Serangkai.
Mulhaldi Katarnegara.
2006. Menyelami Lubuk Tasawuf. Jakarta: Erlangga.
Shamsul Mohd Nor.
1973. Menyelami Samudera Tasawuf. Batu Caves, Selangor: Yamani
Angle Sdn Bhd.
Yazid Haji Maarof & Mohamad Kamil Abd Majid. 2016. Panduan Tasawuf: Panduan Ajaran
Islam Amali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusri Abd. Karim.
2011. Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi. Batu Caves, Selangor:
Yamani Angle Sdn Bhd.
Zakaria Stapa.
1966. Tasawuf dan Empat Tokoh Sufi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.