Pages

Tuesday, 20 January 2015

Tujuh Peringkat Nafsu - diulas oleh tokoh-tokoh sufi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين


1.       Nafsu Amarah
§  Nafsu amarah ibarat besi buruk atau berkarat, Nafsu ini sentiasa terdedah kepada kejahatan. Menurut hawa nafsu (contohnya mengumpat, mungkir janji, menipu) dan godaan syaitan. Nafsu amarah sentiasa menyuruh seseorang berbuat jahat.

§   Apabila terlanjur membuat kejahatan dia tidak akan berasa menyesal. Kadang-kadang terasa gembira jika tertinggal solat. Umpamanya dia tidak merasa kesal atau tidak rungsing malah kadang-kadang berasa bangga.

§  Antara sifat-sifat amarah ini ialah bakhil, tamak, takabbur, ingin kemegahan, dengki, dendam, khianat, lalai daripada ketaatan dll

§  Nafsu pada peringkat ini, belum terjamin masuk syurga


2.       Nafsu Lawwamah
§  Nafsu lawwamah ibarat perak. Nafsu ini lebih baik daripada nafsu amarah. Nafsu yang mengkritik atau mencela diri sendiri apabila terlanjur melakukan kejahatan (terlewat solat). Walau bagaimanapun tidak terlepas daripada maksiat. Apabila terlanjur, dia cepat-cepat istigfar dan menyesal.

§  Nafsu lawwamah ini lebih tinggi daripada nafsu amarah tetapi masih tidak terlepas dari kejahatan. Kalau tertinggal solat dia berasa kesal lalu segera qada’ dan banyak-banyak beristigfar. Antara sifat-sifatnya:

a)      Mencela kepada kesalahan sendiri
b)      Bertafakur/berfikir
c)       Terasa kesal bila terlanjur
d)      Mengkritik diri sendiri
e)      Ta’jub pada diri sendiri
f)       Memperdengarkan akan orang akan kebajikan

g)      Riak


§  Hendaklah berusaha meningkatkan rohaniah diri melalui latihan sufiah

A069

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.  



1.       Nafsu Mulhamah
§  Nafsu Mulhamah ibarat suasa. Apabila sifat-sifat keji nafsu dapat dihapuskan menurut kaedah sufiah, nafsu amarah itu akan meningkat ke nafsu mulhamah. Peringkat ini dia telah menerima kebersihan hati, lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir “syaitaniah” itu telah bertukar kepada khuatir atau lintasan-lintasan dari malaikat atau dari Allah atau yang dinamakan Ilham. Firman Allah SWT

وَنَفسٍ وَما سَوّىٰها ﴿٧﴾ فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقوىٰها ﴿٨﴾ قَد أَفلَحَ مَن زَكّىٰها ﴿٩﴾ وَقَد خابَ مَن دَسّىٰها ﴿١٠﴾

Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10)[1]

§  Antara sifatnya, pemurah, berasa cukup dengan kurniaan harta (kana’ah). Menerima ilmu laduni, tawaduk, bertaubat nasuha, sabar, tahan menanggung kesusahan tetapi mungkin akan hilang sifat-sifat tersebut.


2.       Nafsu Mumat’innah
  • Nafsu mumat’innah ibarat emas tujuh mutu. Nafsu mumat’innah itu apabila ditingkatkan melalui latihan rohaniah ia menjadi bersih tetapi belum mantap. Justeru ia perlu ditingkatkan dengan sungguh-sungguh supaya menjadi teguh tetap dan mantap dalam proses mencapai makrifat dan hakikat.

  • Ia tetap dihati dan akan terhapus sifat-sifat keji di dalam kalbunya. Dengan itu ia telah mencapai darjat wali kecil. Firman Allah SWT :

وَنَفسٍ وَما سَوّىٰها ﴿٧﴾ فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقوىٰها ﴿٨﴾ قَد أَفلَحَ مَن زَكّىٰها ﴿٩﴾ وَقَد خابَ مَن دَسّىٰها ﴿١٠﴾

Maksudnya: (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! / (30)[2]


  • Antara sifat-sifat nafsu mu’matinnah ini ialah pemurah, kuat beribadat, syukur kepada Allah SWT, redha segala hukum Allah, tawakal yang benar, taqwa yang benar, ikhlas yang benar dll sifat lagi. Mereka mencapai martabat ini tidak semestinya lahir kekeramatan, mendapat ilmu laduni, terhakis syurga


3.       Nafsu Rodhiah
  • Nafsu rodhiah ibarat emas 8 mutu. Ia lebih tinggi daripada nafsu mutma’innah, iaitu nafsu para wali. Ia tetap dengan perasaan keredhaan pada hukum Allah.

  • Ia telah melalui mujahadah dan ibadah yang sungguh-sungguh. Ia tidak takut menghadapi bala Allah dan tidak bergembira menerima nikmat Allah. Segala-galanya sama sahaja baginya. Wang ringgit sama dengan kertas biasa sama dengan daun kayu.

  • Firman Allah SWT
Maksudnya: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62)[3]

  • Makam ini  digelar wali Allah dalam martabat orang khawas. Terjamin syurga baginya. Antara sifat-sifatnya : zuhud, ikhlas, warak, meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia. Tunaikan hukum Allah dengan sempurna dll. Dia berada dalam sifat-sifat budi yang murni dan sifat-sifat kerohanian dalam setiap ketika

4.       Nafsu Mardiyah
  • Nafsu Mardiyah ibarat emas 9 mutu. Nafsu ini lebih tinggi daropada nafsi rodhiyah. Segala keadaan, tutur kata, perbuatan semuanya diredhai Allah. Jiwa mereka, perasaan, lintasan hati, penglihatan, pendengaran, percakapan dll semuaya diredhai Allah.
  • Sabda Rasulullah SAW:
“Sentiasa hambaku menghampiri kepada aku dengan amalan sunat hingga aku kasihkan dia.. maka apabila aku kasihkan dia, nescaya adalah aku pendengarannya dan ia mendengar dengannya, penglihatan yang ia melihat dengannya, pertuturan lidahnya yang bertutur dengannya dan tangannya yang ia menampar dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan hatinya yang ia berfikir dengannnya…”


  • Antara sifat-sifatnya, tinggi akhlak, lemah lembut, sentiasa mesra dengan Allah, merenung dan berfikir kepada kebesaran Allah, redha dengan segala pemberian Allah dll.


5.       Nafsu Kamil
  • Apabila seseorang itu telah melalui proses rohaniah, tahap demi tahap menurut tarbiah, sufiah yang sungguh-sungguh ia akan mencapai nafsu kamil, menempuh jalan sufi dengan penuh semangat dalam masa yang panjang. Maka ia telah berjaya sampai tahap yang paling tinggi. Ia telah dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, antara hakikat dan syariat.

Cara-cara meningkatkan/memperbaiki diri menurut ahli sufi:
1.       التَوْبَة  -  Zikir, taubat nabi Adam
2.       االوَرَعْ - Tinggalkan perkara haran dan mengelak diri daripada perkara syubahat
3.       الذهد - Tidak mementingkan soal keduniaan
4.       الفقر - Berkehendak kepada Allah
5.       الصَبَرْ - Sabar
6.       التَوَكَل - Dalam bersabar wajib bertawakal pada Allah
7.       الرضا - Redha pada Allah SWT







[1] Surah Ash-Shams 91: 7 -10
[2] Surah Al-Fajr 89: 24
[3] Surah Yunus 10: 62