السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين
، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Pengajaran ayat 30 (Surah Fussilat):
1. Ayat di atas menjelaskan bahawa syarat untuk manusia
mendapat keamanan dan ketenangan yang hakiki dan seterusnya syurga ialah iman
dan istiqamah.
2. Maksud Istiqomah, ada empat pendapat:
i.
Istiqomah atas tauhid (tidak mensyirikkan Allah). Ini
pendapat Abu Bakar –radiyallahuanhu-
dan Mujahid
ii.
Istiqomah sentiasa taat
kepada Allah dan menunaikan fardhu-fardhu-Nya. Ini pendapat Ibn Abbas, Al-Hasan
dan Qatadah.
iii.
Istiqomah ialah ikhlas dan beramal sehingga mati.Ini pendapat
Abu al-A'liyah, Al-Suda dan Ata'.
iv.
Zuhud dalam
kehidupan yang fana (dunia) dan bersungguh untuk kehidupan yang kekal (akhirat)
3. Kata Qatadah: Adalah Al-Hasan apabila membaca ayat ini
maka beliau berdoa: : اللهم أنتَ رَبُّنَا فَارْزُقْنَا
الاِسْتِقَامَةَ (Ya Allah! Engkau adalah Tuhan kami, maka anugerahlah kepada
kami Istiqamah).
4. { تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ } Maksudnya kata Ibn Abbas ialah :
Para malaikat akan turun dan mendatangi orang yang beriman dan beristiqomah ketika mati. Kata Qatadah : Ketika di bangkit
dari kubur. Kata Waqi' bin Al-Jarah : Kegembiraan akan berlaku di tiga tempat:
Ketika mati, ketika di dalam kubur dan ketika di bangkit dari kubur.
5. Maksud { أَلا
تَخَافُوا
}
iaitu jangan takut atau bimbang dengan
kematian. Kata Mujahid: Jangan takut atas apa yang telah kamu lakukan daripada
urusan akhirat.
6. Maksud {وَلا تَحْزَنُوا} jangan
kamu sedih atas apa yang kamu tinggalkan daripada ahli keluarga kamu kerana
kami yang akan mengantikan kamu untuk menguruskan mereka. Kata Ata' bin Abi
Rabah : Jangan kamu takut dan sedih atas
dosa-dosa kamu, kerana sesungguhnya Aku telah ampunkan bagi kamu semua
dosa-dosa tersebut.
7. Takut ialah perasaan bimbang terhadap perkara makruh yang akan menimpa
seseorang. Manakalah sedih ialah di sebabkan kehilangan sesuatu yang
bermanafaat di masa yang lepas.
8. Maksud ayat 30 : Sesungguhnya orang-orang yang berkata
dengan penuh keikhlasan dan kebenaran bahawa Tuhan kami adalah Allah yang Esa,
tidak ada sekutu bagi-Nya tidak pada zat-Nya dan tidak pada sifat-Nya, kemudian
mereka tetap teguh atas pengakuan ini
serta mereka beramal berdasar tuntutan kalimah tauhid ini dengan
melakukan ketaatan kepada Allah dan mengikuti ajaran sunnah Rasul-Nya –sallallahu
alayhi wasallam- samada ketika senang atau susah, ketika cergas atau
lemah dalam semua keadaan dan waktunya.
Maka mereka ini akan di lingdungi ddan di jagai oleh para malaikat yang akan
sentiasa memberi keamanan dan ketenangan dalam hati-hati mereka.
9. Nabi SAW telah menjelaskan bahawa istiqomah atas
agama Allah adalah pelengkap kepada segala kebaikan. Dari Sufyan bin
Abdullah al-Thaqafiy telah berkata: Wahai Rasulullah !Beritahulah padaku
perkara dalam Islam yang aku tidak akan bertanya lagi orang lain selepas
engkau. Sabda baginda: "Katakanlah:
Aku beriman kepada Allah, kemudian kamu beristiqomah..". [HR Muslim]
10. Kegembiraan yang di bawa oleh malaikat ialah
dengan cara memberi ilham kepada orang yang beriman tentang apa yang
melapangkan hati mereka, menenangkan jiwa mereka sehingga ketika saat kematian
mereka dan ketika mereka di bangkitkan.
11. Keamanan yang di
bawa oleh malaikat ini adalah umum untuk semua kebimbangan yang akan berlaku
dan juga kesedihan umum untuk semua
perkara yang telah luput.
12. Kata Sayyed Qutb r.a
: Orang-orang mukmin yang beristiqomah
yang sentiasa beriman dan beramal soleh, iaitu Allah tidak membiarkan mereka
ini di ganggu oleh teman-teman yang jahat samada daripada jin atau manusia.
Tetapi sebaliknya Allah menjadikan para malaikat sebagai teman baik dan setia
mereka yang sentiasa melimpahkan perasaan aman dan tenang ke dalam hati-hati
mereka, mengembirakan mereka dengan syurga
dan memmandu serta memimipin mereka
dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.
13. Istiqomah dari segi perasaan keyakinan kepada Allah,
istiqomah dari segi akhlak yang mulia,
istiqomah dalam kesabaran menghadapi cabaran hidup dan dalam
melakukan ketaatan kepada Allah adalah satu perkara yang cukup susah dan berat.
Oleh kerana itulah bagi mereka yang mampu beristiqomah di anugerah oleh
Allah persahabatan para malaikat, sentiasa di gembirkan dengan syurga, hidup di
pimpin oleh malaikat sepanjang masa sehinggalah mereka memasuki syurga
Maksudnya: "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
Pengajaran ayat 31:
1. Para malaikat yang
turun membawa berita gembira dengan syurga berkata :Kamilah penjaga , penolong
dan kekasih kamu yang akan sentiasa menjaga, menolong kamu dengan penuh kasih sayang
sepanjang kehidupan kamu di dunia dan juga di akhirat dan kami tidak akan
berpisah dengan kamu sehinggalah kamu memasuki syurga.
2. Kata malaikat juga: Bagi kamu apa
saja yang kamu inginkan dari kemuliaan, keseronokan dan kelazatan hidup
dan bagi kamu juga apa saja yang kamu cita-citakan.
Maksudnya: "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
Pengajaran ayat 32 :
1. Maksud { نزلا } ialah rezki
yang di sediakan khas untuk tetamu daripada makanan dan minuman yang baik lagi lazat dan tempat rehat yang selesa di dalam
syurga.
2.
Semua nikmat ini disediakan oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Pengajaran ayat 33:
1.
Dalam ayat ini Allah menerangkan kemulian dan ketinggian orang yang
melakukan kerja-kerja dakwah kepada al-haq dengan hikmah dan ikhlas. Tidak ada
seorang pun yang lebih baik, lebih tinggi kedudukan dan lebih mulia daripada
mereka yang berdakwah mengajak manuia supaya taat kepada Allah dan menjaga
kewajipan agamanya.
2.
Tidak
cukup setakat berdakwah sahaja bahkan mereka berterusan melakukan amalan solih
yang menjadikan para mad'u yang di seru lebih yakin dan mudah menerima
dakwahnya. Akhirnya mereka berkata dengan penuh kegembiraan: Sesungguhnya
kami adalah orang yang sentiasa menyerah diri kepada Allah dan ikhlas ketika
beramal hanya kerana-Nya.
3.
Tanda-tanda puasa di terima:
a) Suka
pergi ke masjid dan sentiasa menjaga solat berjamaah lima waktu di masjid. Orang
yang berjaya dalam ujian puasa akan menjadi orang yang cerdik dan akan
mengutamakan ganjaran pahala 27 berbanding satu.
b) Selalu
membaca dan mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran adalah pedoman hidup bagi
setiap muslim di dunia dan penyelamat kepada setiap muslim di akhirat. Sabda
Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- : Bacalah al-Quran, maka
seseungguhnya ia akan datang pada hari qiamat untuk memberi syafaat kepada
orang yang membaca dan beramal dengannya. [HR Muslim]
c) Sentiasa
menjaga solat sunat rawatib 12 rakaat. Dari Ummu Habibah –radiyallahu
anha- telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu alayhi
wasallam- berkata: Barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan
malamnya maka akan di bina untuknya sebuah istana di syurga. [Riwayat
Muslim-728]
d) Dalam
riwayat al-Tirmiziy (seperti hadith di atas) dan di tambah: Empat rakaat
sebelum zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat
selepas isyak dan dua rakaat sebelum fajar. [Riwayat al-Tirmiziy-415]
e) Terus
melakukan solat sunat witir setiap malam. Sabda Rasulullah –sallallahu
alayhi wasallam-: Sesungguhnya
Allah telah menambahkan kepada kamu dengan solat yang ianya lebih baik dari
unta yang merah (harta yang paling mahal), kami bertanya: Apa dia wahai
Rasulullah? Jawab Baginda: "Witir", iaitu apa yang (dilakukan) di
antara solat isyak dan terbir fajar. [Riwayat
Abu Daud-1418, al-Timiziy-452, Ibn Majah- 116]
f) Meninggalkan
larangan-larangan yang biasa di lakukan sebelum Ramadhan seperti membuka
aurat. Firman Allah ta'ala yang
bermaksud:
a. 59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan
anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)
maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ahzab: 59]
g) Tidak
mengumpat dan membuang masa sebaliknya selalu bercakap perkara yang baik dan
suka mengajak orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- :Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya,
dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka janganlah dia
menyakiti jrannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat,
maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja. [Muttafaqun alay]