السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين.
وعن أبي عمارة البراء بن عازب رضي الله عنهما
قال: (أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسبع، ونهانا عن سبع: أمرنا بعيادة المريض، واتباع
الجنازة، وتشميت العاطس، وإبرار المقسم، ونصر المظلوم، وإجابة الداعي، وإفشاء
السلام. ونهانا عن خواتيم -أو تختم- بالذهب، وعن شرب الفضة، وعن المياثر الحمر، وعن
القسي، وعن لبس الحرير والإستبرق والديباج)، متفق عليه
Menziarahi orang sakit
فقد جاء في جامع الترمذي عن علي رضي الله عنه قال سمعت
رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :ما من مسلم يعود مسلما مريضا غدوة إلا صلى عليه
سبعون ألف ملك حتى يمسي وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح وكان له
خريف في الجنة . حديث حسن
Maksudnya: Daripada Ali r.a berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: mana-mana dari kalangan orang Islam yang menziarahi orang Islam lain
yang sakit pada waktu pagi melainkan akan mendoakan baginya 70 ribu malaikat
sehingga ke petang. Manakala jika dia menziarahinya pada waktu petang melainkan
akan didoakan baginya 70 ribu malaikat sehingga pagi dan baginya hasil di
syurga.
Menurut syeikh Taqiy al-Din teks hadith menunjukkan wajib menziarahi
orang yang sakit. Perkara ini dijelaskan oleh Imam al-Bukhari. Jumhur fuqaha’
menghukumkan sebagai mandubah. Imam al-nawawi menukilkan ijmak bahawa tidak
wajib. Berbeza dengan mazhab zahiriyah yang mewajibkannya
Rasullulah s.a.w sendiri melawat Yahudi yang sakit sebagaimana yang
terdapat dalam Sahih al-Bukhari begitu juga baginda menziarahi bapa saudaranya
Abu Talib
Memilih waktu yang sesuai untuk menziarahi dan tidak menunggu terlalu
lama
Doa ketika menziarahi orang sakit
اللهم رب الناس أذهب البأس
اشف أنت الشافي لا شافي إلا أنت شفاء لا يغادر سقما
Mengiringi Jenazah
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ فَلَهُ قِيرَاطٌ
وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ
قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْن
Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: sesiapa yang menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan
maka baginya qirat dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka
baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah
menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.
Itba’ jenazah – sunat
Makruh ketika menziarahi jenazah meninggikan suara walaupun dengan
bacaan al-quran atau zikir.Dilarang senyum,ketawa berbincang hal dunia.
Ucapan bagi orang yang bersin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ
أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ
صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ
اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Daripada nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: jika bersin salah seorang
dari kamu maka sebutlah Alhamdulillah dan sebutlah saudaranya yarhamuka allah
dan menjawablah saudaranya yahdikumullah wa yuslih balakum
-
Hukum jawab bersin –mustahab menurut imam nawawi dan
hendaklah menutup muka
-
Jangan jawab bagi wanita
-
Jawab bersin bagi kali 1, 2 dan 3 tetapi bersin untuk
kali keempat didoakan dengan kesembuhan
وفي صحيح البخاري – إن
الله يحب العطاس ويكره التثاؤب
Dalam Sahih al-Bukhari- sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin
dan tidak menyukai orang yang menguap
Menurut Ibn al-Qayyim : setengah ulama berpendapat tashmit
(menjawab orang yang bersin) itu fardu
ain kerana hadith datang dengan lafaz wajib. Manakala ada ulama yang
menghukumkan sebagai fardu kifayah seperti Ibn Rushd, Ibn al-‘Arabi, Abu
Hanifah, dan majoriti mazhab Hanbali. Manakala sunat mengikut mazhab shafie
Melaksanakan
Hak orang yang bersumpah
Sumpah
yang dimaksudkan di sini ialah seperti seseorang itu bersumpah dengan nama
Allah bahawa kita akan melakukan perkara atau perbuatan ini maka hendaklah kita
tunaikan melainkan jika mendatangkan mudarat kepada kita. Sebagai contoh dia
bersumpah untuk kita menceritakan kepadanya hal-hal peribadi yang melibatkan
rumahtangga kita maka tidak wajar untuk ditunaikan
قال النبي عليه الصلاة والسلام
من كان حالفا فليحلف بالله أو
ليصمت
Rasulullah s.a.w
bersabda: sesiapa yang bersumpah maka hendaklah bersumpah dengan nama Allah
atau diam
Jika kita
bersumpah, kita disuruh untuk mengucapkan insyallah kerana melalui perkataan
tersebut, Allah akan membantu kita melaksanakan sumpah tersebut dan tiada
kaffarah kepada kita jika sumpah tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Menolong orang yang dizalimi
Menolong orang yang dizalimi bermaksud membantunya sama ada
orang tersebut dizalimi dari sudut hartanya,kehormatannya atau jiwanya atau apa
sahaja yang melibatkan haknya
قال الرسول عليه الصلاة والسلام انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا
رسول الله هذا المظلوم يعني ندفع عنه الظلم فكيف نصر الظالم قال تمنعه من الظلم فذلك
نصره
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w bersabda: bantulah saudara engkau yang zalim atau dizalimi
.Sahabat-sahabat bertanya yang dizalimi kita bantu bagaimana pula kita hendak
membantu orang yang zalim .Rasulullah s.a.w menjawab halangilah dia daripada
melakukan kezaliman maka itu menolongnya.
Surah al-Ahzab ayat 53
إِذَا
دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا
Maksudnya: Jika kamu
diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan keluarlah kamu
عن
ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فمن دعي فلم يجب فقد عصى الله ورسوله-
سنن أبي داود
Maksudnya: Daripada Ibn Umar
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang dijemput kemudian tidak
memenuhinya sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Allah dan rasulnya.
Riwayat Abu Daud
ولمسلم
– إذا دعا أحدكم أخاه فليجب
Dalam riwayat Muslim: jika
menjemput salah seorang dari kamu saudaranya maka penuhilah
وفي
لفظ إذا دعي أحدكم إلى وليمة عرس فليجب
Dalam lafaz yang lain: JIka dijemput salah seorang dari kamu ke majlis
perkahwinan maka penuhilah
Hukum memenuhi jemputan walimah al-‘urs wajib manakala jemputan-jemputan
yang lain harus
Memberi dan Menyebarkan Salam
Surah al-Nur ayat 27
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا
تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا
وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Surah al-Nur ayat 61
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى
تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ
تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak
akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Tidakkah pernah aku tunjukkan
kepada kamu kepada sesuatu jika kamu kamu lakukan maka kamu akan kasih
mengasihi , sebarkanlah salam di antara kamu.
- Menjawab salam fardu ain ke atas individu dan fardu
kifayah ke atas jamaah -
Tambahan waw wajib ketika menjawab salam
-
Makruh beri salam kepada wanita bukan mahram melainkan
kepada orang tua
-
Masuk rumah kosong atau masjid kosong hendaklah
mengucapkan salam dengan lafaz
السلام علينا وعلى عباد
الله الصالحين
-
Tidak salah untuk berpeluk, mencium dahi dan tangan
terutamanya bagi para ulama
-
Hukum memberi salam kepada orang bukan Islam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا
تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ
فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِه
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: Janganlah memulakan salam kepada orang Yahudi dan Nasrani ,jika kamu
berjumpa dengan salah seorang daripada mereka di jalan maka sempitkanlah jalan
kepada mereka.
Hadith ini bertujuan untuk menunjukkan kekuatan Islam kepada bukan
Islam. Namun hukum ini tidak boleh dilaksanakan disebabkan lemahnya umat Islam
pada masa kini di mana umat Islam tunduk kepada kafir
أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا
وَعَلَيْكُمْ
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jika member
salam kepada kamu ahli kitab maka jawablah wa ‘alaikum
Memakai cincin emas
Khusus kepada lelaki sahaja
والتختم بالذهب خاص بالرجال فالرجل لا يحل له أن يلبس
الذهب وأن يتختم بالذهب
لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال في رجل
رأى عليه خاتما من ذهب قال يعمد
أحدكم إلى جمرة من نار فيضعها في أصبعه أو قال في يده ثم نزع النبي صلى الله عليه
وسلم الخاتم فرمى به فلما انصرف النبي صلى الله عليه وسلم قالوا للرجل
خذ خاتمك انتفع به قال والله
لا آخذ خاتما طرحه النبي صلى الله عليه وسلم
Nabi
s.a.w pernah berkata kepada seorang lelaki yang memakai cincin daripada emas
dengan sabdanya: salah seorang daripada kamu dengan sengaja mengambil bara dari
api neraka lalu meletakkannya di jarinya atau sabda nabi di tangannya kemudian
nabi mencabut cincin dan membuangkannya. Setelah nabi berlalu mereka berkata
kepada lelaki tadi ambillah cincin engkau dan manfaatkanlah lalu lelaki
tersebut menjawab aku tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh nabi
s.a.w
وقال عليه الصلاة والسلام في حديث علي بن أبي طالب أحل الذهب
والحرير لإناث أمتي وحرم على ذكورها
Nabi
s.a.w bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib dihalalkan
emas dan sutera bagi wanita umatku dan diharamkan kepada lelakinya
Bagi
wanita tidak mengapa memakai cincin emas atau gelang emas dengan syarat tidak
membazir. Manakala berkaitan hadith larangan bagi wanita memakai rantai emas ia
adalah hadith yang daif dan syaz.Namun yang penting hendaklah dikeluarkan
zakatnya.Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang wanita dan ditangan anaknya
gelang besar daripada emas lalu Rasulullah
ولكن يجب على المرأة إذا كان عندها
ما يبلغ النصاب من الحلي من
الذهب أداء زكاته بأن تقومه كل سنة بما يساويه وتخرج منه ربع العشر لأن النبي صلى الله عليه وسلم رأى امرأة
وفي يد ابنتها مسكتان غليظتان من الذهب يعني سوارين غليظين فقال
أتودين زكاة هذا قالت لا قال أيسرك أن يسورك الله بهما سوارين من نار يوم القيامة
فخلعتهما وأعطتهما النبي صلى الله عليه وسلم وقالت هما لله ورسوله
Minum dari bekas perak
Larangan
ini umum melibatkan lelaki dan wanita. Dalam mazhab al-shafie terdapat pendapat
daif yang menjelaskan hukumnya makruh
namun pendapat tersebut tidak diterima kerana terdapat ancaman bagi orang yang
menggunakannya dengan balasan neraka. Setengah fuqaha’ meluaskan lagi skop
larangan kepada berwuduk dan makan dengan bekas daripada perak
وقد ثبت النهي عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم حيث قال لا تشربوا في آنية الذهب
ولا تأكلوا في صحافهما فإنها لهم في الدنيا ولكم في الآخرة
Larangan daripada miyasir
Tempat alas yang diletakkan di atas binatang .Yang diharamkan
ialah jika ia daripada sutera.
Qassi
عَنْ أَبِي بُرْدَةَ قَالَ قُلْتُ لِعَلِيٍّ مَا الْقَسِّيَّةُ
قَالَ ثِيَابٌ أَتَتْنَا مِنْ الشَّأْمِ أَوْ مِنْ مِصْرَ مُضَلَّعَةٌ فِيهَا حَرِيرٌ
قَالَ ثِيَابٌ أَتَتْنَا مِنْ الشَّأْمِ أَوْ مِنْ مِصْرَ مُضَلَّعَةٌ فِيهَا حَرِيرٌ
Daripada Abu Burdah berkata: Aku berkata kepada Ali apakah yang dimaksudkan
dengan qassi lalu ali menjawab : pakaian yang dibawa kepada kita daripada Syam
atau dari Mesir yang bercampur dengan sutera
Al-qassi dilarang
kerana bercampur antara sutera dengan bukan sutera. Ini merupakan pendapat
sebahagian sahabat seperti Ibn Umar dan tabiin seperti Ibn Sirin. Majoriti
ulama berpendapat harus memakai pakaian yang bercampur dengan sutera jika yang
banyak ialah bukan sutera
No comments:
Post a Comment