السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين.
عن عبد الله بن مسعود قال قال النبي صلى الله عليه وسلم لا حسد إلا في اثنتين رجل آتاه الله مالا فسلط على هلكته في
الحق ورجل آتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها
Maksudnya: Tiada hasad
melainkan dalam dua perkara iaitu seorang lelaki diberikan Allah harta lalu dia
gunakannya dalam jalan yang benar dan lelaki yang diberikan Allah hikmah lalu dia
mengamalkannya dan mengajarkannya.
عن سالم عن أبيه عن النبي
صلى الله عليه وسلم قال : لا حسد إلا في
اثنتين : رجل آتاه الله مالا فهو ينفقه آناء الليل وأناء النهار ، ورجل علمه الله
القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار
Maksudnya: Tiada hasad melainkan dalam dua perkara: lelaki yang
diberikan Allah harta kemudian dia menginfaqkan sepanjang malam dan siang dan
lelaki yang Allah ajarkan al-Quran kemudian dia mengamalkannya sepanjang malam
dan siang
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «لا حسد إلا في اثنتين رجل علمه الله القرآن فهو يتلوه آناء الليل وآناء النهار، فسمعه جار
له، فقال: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل، ورجل آتاه الله مالاً
فهو يهلكه في الحق، فقال رجل: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل
Maksudnya: Tiada hasad melainkan dalam dua keadaan:
iaitu seorang lelaki yang Allah mengajarkannya al-Quran lalu beliau membacanya
sepanjang malam dan siang lalu didengari oleh jirannya lalu jirannya berkata:
Alangkah baiknya jika aku diberikan sebagaimana diberikan fulan tadi aku
beramal sebagaimana dia beramal. Dan seorang lelaki yang diberikan Allah harta
kemudian dia menggunakannya di jalan yang benar. Lalu lelaki tersebut berkata:
Alangkah baiknya aku diberikan sebagaimana diberikan kepada fulan, aku beramal
sebagaimana dia beramal
Hasad tidak dibenarkan melainkan dua keadaan atau yang dinamakan
sebagai ghibtoh
Imam al-Bukhari meletakkan bab – al-Ightibat fi al-‘ilm wa al-hikmah
Dalil daripada hadith nabi yang menunjukkan
kepentingan ilmu dan harta
روى الترمذي في جامعه من حديث ابن مسعودـ رضي الله عنهـ عن النبي صلى
الله عليه وسلم أنه قال: «لا تزول قدما ابن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يُسأل
عن خمس، عن عمره فيم أفناه؟ وعن شبابه فيم أبلاه؟ وعن ماله من أين اكتسبه وفيم
أنفقه؟ وما عمل فيما علم»، وعند الترمذي أيضا من حديث أبي برزةـ رضي الله عنهـ عن
النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: لا تزول قدما عبد حتى يُسأل عن أربع، عن عمره
فيم أفناه، وعن علمه ما فعل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيمن أنفقه وعن جسمه
فيم أبلاه.
Maksudnya: Tidak akan berlalu pergi kedua kaki anak
Adam pada hari kiamat di sisi tuhannya sehinggalah dia ditanya lima perkara,
tentang umurnya bagaimana dihabiskannya, waktu mudanya bagaimana digunakannya, mengenai
hartanya bagaimana dia perolehi dan bagaimana dia menginfakkannya dan apakah
amalannya daripada apa yang diketahuinya.
(ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره) [الزلزلةـ 8
Doa dalam mencari rezeki
اللهم أكفني بحلالك عن حرامك وبفضلك عمن سواك
Maksudnya: Ya Allah ya tuhanku, cukupkanlah aku dengan
halalmu daripada harammu dan kelebihanmu daripada selain engkau
Beza antara harta yang diberikan kepada orang berilmu dengan harta
yang diberikan kepada orang jahil
Hadith ini juga tidak bermaksud kita dibenarkan mencari-cari
rahsia orang lain, bagaimana dia mengumpulkan harta dan seumpamanya
Bukti hasad yang dibenarkan (Ghibtoh) daripada ayat-ayat al-Quran
لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلِ
الْعَامِلُونَ [الصافات:61]،
Maksudnya:Untuk kemenangan seperti ini
hendaklah berusaha orang –orang yang bekerja
فَلْيَتَنَافَسِ
الْمُتَنَافِسُونَ [المطففين:26]
Maksudnya:Untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba
Berbeza dengan hasad yang
dilarang sebagaimana sabda nabi:
لا
تنافسوا ولا تدابروا ولا تحاسدوا، وكونوا عباد الله إخواناً
Maksudnya: Janganlah kamu bersaing-saing
(dalam hasad)
Perbezaan antara Hasad dan Ghibtoh
Hasad- mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain
Ghibtoh- mengharapkan nikmat seperti orang lain tetapi tidak mengharapkan
hilangnya nikmat tersebut daripada orang tersebut.
Dalil yang
menunjukkan ghibtoh di kalangan sahabat
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya orang fakir miskin
daripada kalangan muhajirin datang berjumpa Rasulullah s.a.w, lalu mereka berkata:orang-orang
kaya telah mendapat darjat yang tinggi dan nikmat yang tetap lalu Rasulullah
bertanya: apa maknanya. Mereka menjawab, mereka solat sebagaimana kami solat,
mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, mereka bersedekah dan kami tidak
bersedekah, mereka membebaskan hamba dan kami tidak membebaskan hamba, lalu
Rasulullah s.a.w bersabda, adakah aku tidak pernah memberitahu kamu mengenai
sesuatu yang membolehkan kamu mengejar orang yang mendahului kamu dan tidak ada
seseorang pun yang lebih baik dari kamu melainkan sesiapa yang memperbuat
seabgaimana yang kamu buat. Mereka berkata ya, ya Rasulullah. Rasulullah
berkata: kamu bertasbih, kamu memuji Allah dan bertakbir selepas setiap solat
sebanyak 33 kali. Setelah itu golongan fakir muhajirin datang lagi kepada Rasulullah
lalu mengkhabarkan bahawa saudara kami dari kalangan orang kaya telah mendengar
apa yang kami perbuat lalu mereka perbuat apa yang kami buat. Lalu Rasulullah
bersabda: itu adalah kelebihan yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendaki
Dalil
menunjukkan para sahabat berlumba-lumba mengejar kebaikan
عن جابر رضي الله عنه قال : قال رجل للنبي صلى الله عليه وسلم يوم أحد
أرأيت إن قتلت فأين أنا ؟ قال في الجنة فألقى تمرات كن في يده ثم قاتل حتى قتل.
متفق عليه
Daripada Jabir r.a: seorang lelaki berkata kepada nabi
s.a.w pada hari peperangan Uhud ,apakah pendapat engkau jika aku terbunuh ,di
mana aku? Nabi menjawab di dalam syurga lalu beliau membuang tamar yang ada di
tangannya lalu berjuang sehingga terbunuh.
قال الفضيل بن عياض : ( المؤمن يغبط ولا
يحسد ، الغبطة من الإيمان والحسد من النفاق
Al-Fudayl bin
‘Iyad menjelaskan : orang mukmin mempunyai sifat ghibtoh tetapi tidak hasad,
al-Ghibtoh daripada iman manakala hasad daripada sifat nifaq.
Hasad ialah kebencian dan kemarahan yang meluap apabila melihat keadaan dan
kehidupan orang yang didengki lebih baik.
Ayat-ayat yang
menceritakan mengenai Hasad di dalam al-Quran
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ
يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ
أَنفُسِهِمْ ) ( سورة البقرة – الآية 109
Dalil Buruknya Sifat Hasad
وَإِذَا قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ
فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ
عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ
قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ
الآخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم
مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّاراً حَسَداً مِّنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ
لَهُمُ الْحَقُّ
قال صلى الله عليه وسلم: « دبّ إليكم داء الأمم من قبلكم الحسد
والبغضاء
Sifat dengki dalam hadith
تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس , فمن مستغفر فيغفر له , ومن تائب
يتوب عليه , ويُرد أهل الضغائن بضغائنهم حتى يتوبوا
Maksudnya: Dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis: Sesiapa
yang memohon ampun maka Allah akan mengampunkannya, sesiapa yang bertaubat
Allah yang menerima taubatnya, ditolak orang yang berhasad dengki (hiqd) dengan
dengki mereka sehinggalah mereka bertaubat
Hukum hasad
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه
وسلم قال:« لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا، وكونوا
عباد الله إخواناً، ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث » رواه مسلم.
Daripada Anas bin Malik r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda
janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan berhasad dengki dan jangan bercakap
belakang dan jadilah hamba allah yang bersaudara dan tidak halal bagi seorang
muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak bercakap) lebih dari tiga hari.
Perbezaan antara hasad dan Hiqd
Hiqd- menyimpan permusuhan di dalam hati dan mencari peluang untuk
membalas. Dari sudut istilah pula ialah ingin membalas dendam dan
melaksanakannya.
Nama-nama lain bagi al-hiqd- al-daghinah, al-nuqmah dan al-Ghil
Punca hiqd
ialah sifat marah yang bersangatan, cara mengubatinya ialah buang sifat marah
dan menggantikan cacian dengan pujian dan sifat takabbur kepada tawadu’
Sebab –sebab yang membawa kepada hasad
1-
Permusuhan dan
pertelingkahan
2-
Ego dan bongkak
3-
Hendakkan
jawatan dan pangkat
4-
Menunjuk-nunjuk
5-
Cinta dunia
Peringkat hasad
1- Mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain walaupun nikmat
tersebut tidak berpindah kepadanya
2-
Mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain dan dia
memperolehi nikmat tersebut
3-
Mengharapkan memperolehi nikmat seperti orang lain supaya tiada
beza dengan orang tersebut , jika tidak memperolehinya dia berharap nikmat
tersebut hilang daripada orang tersebut
4-
Ghibtoh- mengharapkan nikmat seperti orang lain
Kesan Hasad dan
Hiqd
Sifat dengki lebih memberi kesan kepada orang yang berdengki
daripada yang didengki
Perumpamaan: Bersabarlah ke atas dengki orang kerana kesabaran itu
membunuh orang yang mempunyai sifat dengki
1-
Membawa perpecahan dan pertelingkahan
2-
Merupakan tipu daya syaitan
3-
Punca kepada lahirnya sifat hasad, tuduhan palsu, mereka-reka
cerita dan mengumpat
4-
Iman tidak
sempurna
5-
Permusuhan
dalam masyarakat-sentiasalah manusia dalam keadaan baik selagi tidak berhasad
dengki
6-
Hasad memakan
kebaikan sebagaimana api memakan kayu
Perbezaan
antara al-‘Ayn dan al-hasad
Sheikh Muhammad al-Amin al-Mukhtar al-Shanqiti berpendapat:
Orang yang berhasad dengki kemungkinan dengki kepada sesuatu yang
tidak dilihat atau dengki kepada sesuatu yang akan terjadi
Manakala al-‘a’in tidak akan
terjadi melainkan terhadap perkara yang dilihat . Al-‘ayn kemungkinan berlaku
disebabkan niat al-‘ain yang berharap untuk hilangnya nikmat yang diperolehi
oleh orang lain atau kemungkinan tiadanya niat tersebut. Atau mungkin dengan
pandangannya sahaja terjadi al-‘ayn.
Hasad boleh berlaku dengan wujud atau dengan ketiadaan orang yang
didengki. Manakala al-‘ayn mesti dengan kehadiran orang yang didengki
Al-‘ayn jika berlaku boleh menyebabkan seseorang itu pengsan, demam,
sakit dan seumpamanya
Al-‘ayn yang disebabkan kemarahan dan kebencian yang bersangatan
memberi kesan kepada orang lain.
Al’-ayn seperti ular yang boleh merosakkan pandangan mata dan
menggugurkan kandungan wanita yang mengandung
Al’yn boleh memberi kesan kepada orang yang dituju dengan kuasa dan
izin Allah.
Sifat Hasad
biasanya diiringi dengan perbuatan
Dalam al-Quran
tidak disebutkan mengenai al-‘ayn kerana al-‘ayn termasuk di bawah hasad.
Al-‘Ayn boleh berlaku tanpa melalui pandangan tetapi berlaku
apabila disifatkan atau digambarkan kepada al-‘ain
Rawatan al-‘ayn
كان يؤمر العائن ، فيتوضأ ، ثم يغتسل منه المعين
Diperintahkan kepada al-‘ain lalu berwuduk dan kemudian air wuduk
tersebut digunakan sebagai mandian orang yang terkena al-‘ayn
No comments:
Post a Comment