السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين.
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ قَالَلَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ
وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ قَالَ فَبَلَغَ
ذَلِكَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي أَسَدٍ يُقَالُ لَهَا أُمُّ يَعْقُوبَ وَكَانَتْ
تَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَأَتَتْهُ فَقَالَتْ مَا حَدِيثٌ بَلَغَنِي عَنْكَ أَنَّكَ
لَعَنْتَ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ
وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ فَقَالَ عَبْدُ
اللَّهِ وَمَا لِي لَا أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَقَالَتْ الْمَرْأَةُ لَقَدْ
قَرَأْتُ مَا بَيْنَ لَوْحَيْ الْمُصْحَفِ فَمَا وَجَدْتُهُ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتِ
قَرَأْتِيهِ لَقَدْ وَجَدْتِيهِ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ{ وَمَا آتَاكُمْ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا }فَقَالَتْ الْمَرْأَةُ
فَإِنِّي أَرَى شَيْئًا مِنْ هَذَا عَلَى امْرَأَتِكَ الْآنَ قَالَ اذْهَبِي
فَانْظُرِي قَالَ فَدَخَلَتْ عَلَى امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمْ تَرَ شَيْئًا
فَجَاءَتْ إِلَيْهِ فَقَالَتْ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا فَقَالَ أَمَا لَوْ كَانَ
ذَلِكَ لَمْ نُجَامِعْهَا
Terjemahan Hadith
Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta
dibuatkan tatu, orang yang mencabut bulu kening dan orang yang meminta
dicabutkan bulu kening, orang yang menjarakkan gigi untuk kecantikan yang mengubah
kejadian Allah.Abdullah bin Mas’ud berkata: telah sampai berita ini kepada
seorang wanita dari Bani Asad iaitu Ummu Ya’qub. Beliau merupakan seorang yang
membaca al-Quran. Wanita tersebut datang kepada Ibn Mas’ud lalu bertanya apakah
hadith yang sampai kepada aku daripada engkau bahawa engkau melaknat pembuat
tatu, orang yang meminta dibuatkan tatu, orang yang meminta dicabutkan bulu
kening, orang yang menjarakkan gigi untuk kecantikan yang mengubah kejadian
Allah.Abdullah bin Mas’ud menjawab: Kenapakah aku tidak boleh melaknat orang
yang Rasulullah laknat sedangkan terdapat di dalam al-Quran. Lalu wanita
tersebut berkata:aku telah membaca al-Quran tetapi tidak menemuinya. Abdullah
bin Masud berkata jika engkau membacanya pasti engkau menemuinya .Firman Allah { وَمَا آتَاكُمْ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا }. Wanita tersebut kemudian berkata
aku melihatnya ada pada isteri engkau sekarang.Lalu Ibn Masud berkata pergilah
dan lihatlah isteriku. Kemudian wanita tersebut pergi menemui isteri Abdullah
namun beliau tidak mendapati apa yang beliau katakan tadi.Wanita tersebut
kemudian berkata kepada Abdullah aku tidak menemui apa yang aku katakana tadi.
Abdullah berkata jika ada aku tidak akan tinggal dengan isteriku.
.
Takhrij Hadith
Sahih al-Bukhari , Kitab Tafsir al-Quran, Bab wa ma atakumu
al-rasul fakhuzuhu
Sahih Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah Bab Tahrim fi’l al-wasilah
wa al-mustawsilah wa al-washimah
Ayat al-Quran berkaitan mengubah kejadian Allah (surah al-Nisa’
ayat 117-119)
إِنْ يَدْعُونَ
مِنْ دُونِهِ إِلاَّ إِنَاثًا وَإِنْ يَدْعُونَ إِلاَّ شَيْطَانًا مَرِيدًا
لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَال لأََتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
وَلأَُضِلَّنَّهُمْ وَلأُِمَنِّيَنَّهُمْ وَلآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ
آذَانَ الأَْنْعَامِ وَلآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ }
(1) الآْيَةَ .
Maksudnya: Yang mereka sembah selain Allah itu tidak
lain hanyalah berhala dan dengan menyembah berhala itu mereka tidak lain
hanyalah menyembah syaitan yang durhaka.yang dilaknati Allah dan syaitan itu
mengatakan : Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian
yang sudah ditentukan untuk aku.dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka dan
akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong
telinga-telinga binatang ternak lalu mereka benar-benar memotongnya dan akan
aku suruh mereka merubah ciptaan allah lalu benar-benar mereka merubahnya
.barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah maka
sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
Pada masa Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah membelah
telinga unta betina jika melahirkan lima anak yang terakhirnya jantan.Mereka
mengharamkan atas diri mreka daripada mengambil faedah daripadanya. Setengah
pula berpendapat ,mereka memotong telinga binatang-binatang ternakan sebagai
ibadat kepada berhala=berhala mereka. Menurut kepercyaan Arab Jahiliyah
binatang-binatang yang akan dipersembahkan kepada berhala-berhala haruslah
dipotong telinganya lebih dahulu dan binatang yang seperti ini tidaklah boleh
ditunggangi atau dimanfaatkan malah
harus dilepaskan. Merubah ciptaan Allah ialah merubah yang diciptakan Allah
seperti mengebiri binatang.
Ibn Abbas, Al-Hasan, Mujahid ,Said bin Jubayr ,Said bin
al-Musayyab ,al-Suddi ,al-Dahhak ,al-Nakha’i menyatakan khalqi allah di
sini ialah agama allah sebagaimana firman { لاَ تَبْدِيلَ لِخَلْقِ الله } [
الروم : 30 ] أي : لدين اللَّه
Terdapat dua pendapat dalam isu ini:
1-
Allah telah memfitrahkan makhluknya kepada Islam
ketika mana keluarnya mereka daripada belakang Adam,Allah telah meminta
penyaksian manusia adakah Allah tuhan kamu lalu manusia menjawab Ya. Sesiapa
yang kufur maka dia telah mengubah fitrah Allah . ini disokong oleh sabda
rasulullah s.a.w
كل مَوْلُود
يُولَدُ على الفِطْرَة ، فأبواه يُهوِّدَانه ، ويُنَصِّرانه ، ويُمَجِّسانه
2-
Pendapat kedua menyatakan al-taghyir di sini membawa maksud
menukar halal kepada haram dan haram kepada halal.
Hasan, Ikrimah dan ramai ulama tafsir menyatakan
al-Taghyir ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud
sebagaimana hadith di atas.
Makna Kalimah
لَعَنَ
اللَّهُ
dilaknat- dosa besar
Laknat maksuddnya –jauh daripada rahmatallah
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ
وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ
حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً
Melainkan sesiapa yang bertaubat dan beriman dan
beramal dengan amalan salih mereka ialah golongabn ayang allah gantikan kejahatan
mereka dengan kebaikan dan adalah allah maha pengampun dan pengasih
وقال صلى الله عليه وسلم: التائب من الذنب كمن لا ذنب له. رواه ابن
ماجه وغيره، وصححه الشيخ الألباني.
Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang bertaubat dari
dosa seperti orang yang tiada dosa
الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ
Al-Washimah dan al-Mustawshimah ialah orang yang
mencucuk belakang tapak tangannya dengan jarum kemudian dimasukkan kuhl lalu
bertukar menjadi hijau.Dalam setengah riwayat al-washiyah wa
al-mustawsyiyah.al-washyi ialah al-tazayyun. Tempat tersebut menjadi najis
kerana wujudnya darah. Menyakitkan tubuh badan secara sengaja haram dalam islam
Bagi binatang al-washm harus bagi setiap anggota
melainkan wajah kerana nabi melarang memukul wajah dan washm pada wajah.
Diriwayatkan daripada Anas, Shahr bin Hawshab, Ikrimah,
Abu Salih= -al-taghyir bermaksud kasi, memotong telinga,mengeluarkan mata
kerana ini satu penyeksaan kepada binatang
Anas membenci mengasi binatang dansetengah ulama mengharamkannya
وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ
Al-mutanammisah ialah wanita yang membuang rambut/bulu
yang ada pada wajahnya
Rambut atau bulu di muka terbahagi kepada beberapa
bahagian
1-
Rambut/Bulu yang haram untuk dibuang
2-
Rambut/Bulu yang ulama berselisih padanya dari sudut
membuangnya
3-
Rambut/Bulu yang diharuskan oleh ulama untuk membuangnya
Ulama membahagikan rambut yang perlu dibuang dan tidak
dibuang kepada tiga
Rambut yang datang perintah untuk membuangnya atau
memndekkannya .ini dinamakan sebnagai sunan al-fitrah seperti bulu ari-ari,
memotong misai mencabut bulu ketiak ,cukur atau pendekkan rambut pada musim
haji atau umrah
Hadith aishah r.a rasulullah s.a.w bersabda: 10
daripada fitrah ,memotong misai,
membiarkan janggut ,siwak,memasukkan air ke hidung,
memotong kuku ,membersihkan al-barajim, mencabut bulu ketiak ,mencukur bulu
ari-ari
Rambut/Bulu
yang ulama sepakat haram membuangnya ialah bulu kening
Manakala Rambut/bulu yang ulama berselisih
pendapat mengenainya ialah bulu dahi
Al-nams khusus kepada bulu kening .Manakala
rambut/bulu yang harus untuk dibuang ialah rambut/bulu pada atas mulut atau
bawah mulut.Disuruh untuk dibuang supaya mengelakkan daripada menyerupai
lelaki.
Rambut/bulu-bulu di pipi jika dibiarkan termasuk di bawah kategori
warak.Sesiapa yang takut kepada syubuhat maka dia telah mebersihkan agamanya
dan kehormatannya.
Ulama bersepakat mengenai pengharaman al-nams. Setengah
daripada mereka berpendapat ia haram melainkan diberikan izin oleh suami maka
menjadi harus.Setengah ulama pula berpendapat yang haram ialah mencabutnya
tetapi tidak mengapa mencukurnyakerana hadith ini menyebutkan tentang cabut.Setengah
ulama pula berpendapat al-nams yang dilarang ialah jika ada unsur penipuan atau
lambang kepada wanita –wanita jahat dan rendah nilai moralnya.
Pendapat yang tepat ialah haram al-nams secara mutlak
sama ada dengan dicabut atau dicukur, sama ada dengan izin suami atau tidak
sama ada sebab penipuan atau lambang
wanita yang rendah akhlaknya
Ibn ‘Abidin menjelaskan larangan daripada cabut rambut/bulu
ialah jika dilakukan untuk dilihat cantik pada orang lain.Tetapi jika pada
wajah wanita tersebut rambut/bulu yang mendatangkan rasa kurang senang pada
suaminya maka hendaklah dia membuangnyakerana wanita sinonim dengan kecantikan
dan perhiasan.
Al-Nams bermaksud: Mencabut rambut pada mana –mana
tempat di wajah sama ada daripada dua kening atau yang lain. Pendapat ini
merupakan pendapat al-Hanabilah dan setengah daripada al-Shafiiyah. Ini kerana
nas menyatakan secara umum
Pendapat kedua : al-nams khusus kepada kening
sahaja-pendapat ini dipegang oleh Abu Daud dan setengah fuqaha’.
Makruh bagi wanita mencukur rambutnya tanpa ada keuzuran.Ikrimah
berkata: nabi s.a.w melarang wanita daripada mencukur rambut kepalanya.Haram
mencukur rambutnya disebabkan sesuatu musibah.
Rambut/bulu yang nas mendiamkannya tidak menyuruh untuk
dihilangkan atau dikekalkan seperti bulu dua betis,tangan pipi dan dahi
Ulama berselisih dalam hal ini
Ada ulama yang mengatakan tidak harus ,menghilangkannya
dengan berdalil ayat al-quran
Harus kekal atau buang.apa yang didiamkan oleh al-kitab
dan al-sunnah maka dimaafkan
Tidak mengapa bagi wanita membuang misai,bulu di
peha,betis lengan .
Hukum memelihara janggut
وعن عبد الله بن
عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " خالفوا
المشركين وفِّروا اللحى وأحفواالشوارب " .
Daripada Abdullah bin Umar berkata: aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: berbezalah dengan orang musyrik lebatkanlah janggut
dan nipiskanlh misai
Hukum Mencabut Uban
عن عمرو بن شعيب ،
عن أبيهِ ، عن جَدِّهِ - رضي الله عنه - ، عن النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - ،
قال : (( لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ ؛ فَإنَّهُ نُورُ المُسْلِمِ يَوْمَ
القِيَامَةِ )) حديث حسن ، رواه أبو داود، والترمذي، والنسائي بأسانيد حسنة ، قال
الترمذي : (( هو حديث حسن )) .
Daripada Amru bin Shu’ayb daripada bapanya daripada
datuknya r.a daripada nabi s.a.w bersabda: jangan mencabut uban sesungguhnya ia
menjadi cahaya bagi muslim pada hari kiamat. Hadith hasan .diriwayatkan oleh
abu daud ,al-tirmidhi,al-nasai dengan sanad yang hasan. Al-Tirmidhi
menghukumkann sebagai hasan
وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ
Al-mutafallijat yang menjarakkan antara gigi-gigi ,
menajamkan gigi atau mencantikkan gigi.
Al-tafalluj juga dinamakan sebagai al-washr iaitu
menajamkan gigi dan menjarakkannya .Biasanya dilakukan oleh wanita dewasa yang
telah berumur supaya disangka bahawa dia muda
الواصلة والمستوصلة
Menurut al-Qurtubi, malik berkata .al-wasl iaitu
penyambungan dengan apa sahaja sama ada bulu/rambut yang disambungkan ke
rambut. Setengah ulama mengharuskan meletakkan sesuatu di atas kepala tanpa
disambung.Yang dilarang ialah jika disambung.
Al-asilah ialah orang yang menyambungkan rambut wanita
dengan rambut wanita lainuntuk membanyakkan rambut wanita
من جاء في الصحيحين
عن سعيد بن المسيب قال: قدم معاوية المدينة فحطبنا وأخرج كُبَّة من شعر فقال: ما
كنتَ أرى أن أحداً يفعله إلا اليهود إنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه
الزور، وفي رواية أخرى(6) أنه قال: يا أهل المدينة أين علماؤكم؟ سمعت رسول الله
صلى الله عليه وسلم ينهى عن مثل هذا ويقول: (إنما هلكت بنو إسرائيل حين اتخذ هذه
نساؤهم).
Daripada Sa’id bin al-Musayyab berkata: muawiyah datang
ke Madinah lalu berkhutbah kepada kami kemudian mengeluarkan segumpal rambut
lalu berkata: aku tidak pernah melihat seseorang melakukannya melainkan Yahudi.
Rasulullah menganggapnya sebagai penipuan. Dalam satu riwayat, muawiyah
berkata: wahai penduduk madinah di mana ulama kamu.sesungguhnya aku mendengar
rasulullah mekarang perbuatan ini.baginda bersabda: sesungguhnya telah binasa
bani israil ketika wanita-wanitanya melakukan perbuatan tersebut
Setengah ulama berpendapat sebab diharamkan al-wasl
ialah mengambil manfaat daripada satu bahagian daripada manusia –pendapat ini
dipegang oleh al-Hanafiyyah
Mereka memberikan alasan bahawa mengambil manfaat
daripada bahagian manusia merupakan penghinaan kepad kemuliaan manusia –maka
tidak harus
Manakala jumhur ulama berpendapat sebab diharamkan al-wasl ialah
ialah unsur penipuan –pendapat ini dipegang oleh al-Shafiiyah dan al-Hanabilah
Tetapi jika dalam rawatan dan membuang keaiban disebabkan penyakit
atau terbakar maka harus untuk ditanam
وفي الصحيحين عن أسماء بنت
أبي بكر رضي الله عنها، قالت: جاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا
رسول الله، إن لي ابنة عروساً أصابتها حصبة، فتمزق شعرها أفأصله؟ فقال (( لعن الله
الواصلة، والمستوصلة ))
Dalam al-Sahihayn daripada Asma’
bt Abu Bakr r.a berkata: telah datang
wanita kepada nabi s.a.w lalu bertanya wahai Rasulullah sesungguhnya aku
mempunyai anak perempuan yang akan berkahwin namun rosak rambutnya adakah
mungkin untuk aku menyambungnya lalu Rasulullah menjawab Allah melaknat orang
yang menyambungkan rambutnya dan orang yang meminta untuk disambungkan
rambutnya
Huraian Hadith
Dianggap satu penipuan.
Ulama menjelaskan di antara faktor di haramkan kerana
perbuatan tersebut digunakan sebagai wasilah untuk melakukan zina
Tidak harus mengubah bentuk –bentuk anggota tubuh badan
sama da amengecilkan atau membesarkan atau menambah atau menguranginya sama ada
untuk kecantikan atau untuk suami atau orang lain
Larangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki sama
ada dari sudut percakapan, pergerakan ,pakaian atau apa sahaja. Memakai make up
dan mewarnakan kuku tetapi harus bagi wanita untuk memakai inai
والدليل ما أخرجه
أحمد والبخاري عن أنس قال: «لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلم المتشبهين من
الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال»
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Bukharidaripada Anas berkata: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki-lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki .dalam riwayat lain
rasulullah s.a.w melaknat
وفي رواية: «لعن
رسول الله صلّى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال، والمترجِّلات من النساء، وقال:
أخرجوهم من بيوتكم، فأخرج النبي صلّى الله عليه وسلم فلانة، وأخرج عمر فلاناً»
Dalam satu riwayat Rasulullah s.aw melaknat lelaki yang
meyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda:
keluarkan mereka daripada rumah-rumah kamu. Nabi sa,w mengeluarkan seorang
wanita dan Umar mengeluarkan seoramg lelaki
وأخرج أبو داود من
حديث أبي هريرة قال: «أتي رسول الله صلّى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه
بالحناء، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم : ما بال هذا؟ قالوا: يتشبه بالنساء،
فأمر به فنفي إلى النقيع، فقيل: يا رسول الله ، ألا تقتله؟ فقال....
Abu Daud mengeluarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah berkata: telah didatangkan kepada Rasulullah s.a.w lelaki yang
menyerupai wanita yang telah melakukan inai pada dua tangan dan kakinya .Rasulullah
s,a.w bersabda:Apakah ini?Sahabat menjawab dia menyerupai wanita. Lalu dia
dibuang ke al-Naqi’ .dikatakan kepada Rasulullah kenapa engkau tidak
membunuhnya ....
.
Menentukan janin bayi tidak termasuk di bawah mengubh
kejadian Allah. Penentuan janin ini biasanya berlaku sebelum terbentuknya/
wujudnya janin
قرار رقم: 173
(11/18)
بشأن الجراحة
التجميلية وأحكامها
إن مجلس مجمع الفقه
الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته الثامنة عشرة
في بوتراجايا (ماليزيا) من 24 إلى 29 جمادى الآخرة 1428هـ، الموافق 9 م 13 تموز
(يوليو) 2007 م.
Pembedahan kecantikan boleh dilakukan jika mengembalikan
peranan anggota tubuh badan manusia dan memperbaiki kecacatan dan
mengembalikannya kepada asal
Pembedahan tidak membawa kemudaratan
Mendapat izin daripada pesakit
Pakar perubatan perlu memastikan bahaya yang mungkin
timbul atau risiko apabila melakukannya
Tidak ada kaedah lain melainkan pembedahan
Lelaki yang cukup sifat kelakiannya sebagai lelaki dan
wanita yang cukup sifat kewanitaanya sebagi wanita maka haram menukar jantina.Ini
termasuk mengubah kejadian allah berdasarkan firman Allah
Pembedahan kecantikan – menghilangkan keaiban
Dalilnya: nabi s.a.w pernah mengizinkan seorang lelaki
yang terpotong hidungnya untuk menganbil hidung daripada emas.
Setengah fuqaha’ dan di antaranya al-hanabilah
menyatakan tidak mengapa untuk mengambil sedikit daripada keningnya jika
terlalu panjang
Mewarnakan rambut dengan hitam setnegah ulama tidak
menyukainya .dan setngah ulam pula cenderung kepada haram.
Apa yang diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad,Abu Dawud
sesungguhnya nabi s.a.w didatangkan dengan Abu Quhafah pada hari pembukaan kota
mekah sedangkan kepalanya dan janggutnya putih maka rasulullah s.a.w bersabda:
ubahkanlah dengan seautu jauhilah kehitaman.
Fitnah Wanita
Dalam al-Sahihayn menyebutkan daripada Usamah bin Zayd
secara marfu’: tidak aku tinggalkan selepas ku ke atas umatku daripada fitnah
lebih memberi mudarat kepada lelaki iaitu wanita
وفي الصحيحين عن أسامة بن
زيد مرفوعا : « ما تركت بعدي على أمتي من فتنة أضر على الرجال من النساء » (4) وعن
أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا : « إن الدنيا حلوة خضرة ، وإن الله مستخلفكم
فيها فينظر كيف تعملون فاتقوا الدنيا ، واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل
كانت في النساء » (5)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a sesungguhnya dunia mempunyai
kemanisan dan kehijauan sesungguhnya allah melantik kamu sebagai khalaifah
allah melihat apa yang kamu lakukan takutilah dunia dan takutilah wanita
sesungguhnya fitnah pertama bani israil ialah wanita.
Hukum memindahkan organ
Rawatan dengan cara mengambil atau memindahkan anggota
manusia lain tidak harus
Sesiapa yang terkena penyakit tidak harus merawat dengan
menggantikannya daripada anggota manusia lain
Seseorang itu mengambil manfaat darip\da tubuh badannya
untuk faedah dirinya sendiriuntuk tujuan pengubatan atau rawatan atau untuk
menyelamatkan dirinya
Seperti keaiban atau selepas kebakaran , atau membawa
rupa yang buruk
Harus sebagai qiyas harus ambil sesuatu dari tubuh
badannya untuk dimakan jika dalam keadan darurat- shafiiyah dan zaydiyyah
Manakal dengan tujuan kecantikan melampau-lampau dalam
kecantikan seperti memancungkan hidung adalah dilarang
Ibn al-Jawzi dalam bukunya Adab al-Nisa’ daripada
Aishah berkata : Wahai wanita jauhilah mengubah wajah lalu seorang wanita
bertanya mengenai inai lalu dijawab Aishah tidak mengapa inai. Lalu aishah
berkata Rasulullah s.a.w melaknat al-saliqah,al-haliqah, al-khariqah,dan
al-qashirah
Al-Qashirah yang menggunakan ubat pada wajahnya untuk
mencantikkan warna kulit.
al-Saliqah ialah wanita yang meninggikan suara ketika
ditimpa musibah
al-haliqiyah –wanita yang mencukur rambut ketika
ditimpa musibah
.وأخرج الطبرى عن امرأة أبى إسحاق أنها دخلت على عائشة - وكانت شابة
يعجبها الجمال -فقالت لها : المرأة تحف جبينها لزوجها، فقالت : أميطى عنك الأذى ما
استطعت
Al-Tabari menegeluarkan daripada wanita abu ishaq yang
berjumpa dengan aishah, wanita tersebut merupakan wanita yang sukakan
kecantikan lalu dia bertanya kepada aishah seorang wanita mencantikkan dahinya
untuk suaminyalalu Aishah berkata:buangkanlah apa sahaja yang engkau tidak
sukai sekadar kemampuan engkau
Keaiban terbahagi dua:
Keaiban khalqiyyah- sebagai contoh mulut sumbing
Keaiban disebabkan penyakit seperti sopak atau
kemalangan
Jasad ini milik allahyang dipinjamkan kepada kita
Menghilangkan kesan-kesan ketuaan
Kalau dilaknat- dosa besar
Tashqir al-wajh – menghilangkan kedutan-keduatan yang menampakkan
ketuaan
Ulama membahagikan rambut yang perlu dibuang dan tidak
dibunag kepada tiga
Rambut yang datang
perintah untuk membuangnya atau memendekkannya .ini dinamakan sebagai sunan
al-fitrah seperti bulu ari-ari, memotong misai mencabut bulu ketiak ,cukur atau
pendekkan rambut pada musim haji atau umrah
Hadith Aishah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 10
daripada fitrah ,memotong misai, membiarkan janggut ,siwak,memasukkan air ke
hidung, memotong kuku ,embersihkan al-barajim, mencabut bulu ketiak ,mencukur
bulu ari-ari
.
Rambut/bulu yang dilarang untuk membuangnya
وعن عبد الله بن
عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " خالفوا
المشركين وفِّروا اللحى وأحفوا
الشوارب " .
Daripada Abdullah bin Umar berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: berbezalah dengan orang musyrik lebatkanlah janggut dan nipiskanlh
misai
Rambut/bulu yang
nas mendiamkannya tidak menyuruh untuk dihilangkan atau dikekalkan seperti bulu
dua betis,tangan pipi dan dahi. Ulama berselisih dalam hal ini Ada ulama yang
mengatakan tidak harus menghilangkannya dengan berdalil ayat al-quran. Harus
kekal atau buang.apa yang didiamkan oleh al-kitab dan al-sunnah maka dimaafkan
Tidak mengapa bagi wanita membuang misai,bulu di
peha,betis lengan .
Pembedahan kecantikan – menghilangkan keaiban
Dalilnya: nabi s.a.w pernah mengizinkan seorang lelaki
yang terpotong hidungnya untuk mengambil hidung daripada emas.
Setengah fuqaha’ dan di antaranya al-hanabilah
menyatakan tidak mengapa untuk mengambil sedikit daripada keningnya jika
terlalu panjang
Mewarnakan rambut dengan hitam setnegah ulama tidak
menyukainya .dan setngah ulam pula cenderung kepada haram.
Apa yang diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad,Abu Dawud
sesungguhnya nabi s.a.w didatangkan dengan Abu Quhafah pada hari pembukaan kota
mekah sedangkan kepalanya dan janggutnya putih maka rasulullah s.a.w bersabda:
ubahkanlah dengan seautu jauhilah kehitaman.
Tidak mengapa dengan inai
Adakah laknat berlaku sehingga akhir umur
Laknat maksuddnya –jauh daripada rahmatallah
إِلَّا مَنْ تَابَ
وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ
حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً
Melainkan sesiapa yang bertaubat dan beriman dan beramal dengan
amalan salih mereka ialah golongabn ayang allah gantikan kejahatan mereka
dengan kebaikan dan adalah allah maha pengampun dan pengasih
وقال
صلى الله عليه وسلم: التائب من الذنب كمن لا ذنب له. رواه ابن ماجه وغيره، وصححه الشيخ الألباني.
Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang bertaubat dari
dosa seperti orang yang tiada dosa
No comments:
Post a Comment