Pages

Sunday, 23 March 2014

Mengubah Kejadian Allah SWT - hukumnya dari perspektif Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين. 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَلَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ قَالَ فَبَلَغَ ذَلِكَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي أَسَدٍ يُقَالُ لَهَا أُمُّ يَعْقُوبَ وَكَانَتْ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَأَتَتْهُ فَقَالَتْ مَا حَدِيثٌ بَلَغَنِي عَنْكَ أَنَّكَ لَعَنْتَ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَمَا لِي لَا أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَقَالَتْ الْمَرْأَةُ لَقَدْ قَرَأْتُ مَا بَيْنَ لَوْحَيْ الْمُصْحَفِ فَمَا وَجَدْتُهُ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتِ قَرَأْتِيهِ لَقَدْ وَجَدْتِيهِ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ{ وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا }فَقَالَتْ الْمَرْأَةُ فَإِنِّي أَرَى شَيْئًا مِنْ هَذَا عَلَى امْرَأَتِكَ الْآنَ قَالَ اذْهَبِي فَانْظُرِي قَالَ فَدَخَلَتْ عَلَى امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمْ تَرَ شَيْئًا فَجَاءَتْ إِلَيْهِ فَقَالَتْ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا فَقَالَ أَمَا لَوْ كَانَ ذَلِكَ لَمْ نُجَامِعْهَا
Terjemahan Hadith

Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta dibuatkan tatu, orang yang mencabut bulu kening dan orang yang meminta dicabutkan bulu kening, orang yang menjarakkan gigi untuk kecantikan yang mengubah kejadian Allah.Abdullah bin Mas’ud berkata: telah sampai berita ini kepada seorang wanita dari Bani Asad iaitu Ummu Ya’qub. Beliau merupakan seorang yang membaca al-Quran. Wanita tersebut datang kepada Ibn Mas’ud lalu bertanya apakah hadith yang sampai kepada aku daripada engkau bahawa engkau melaknat pembuat tatu, orang yang meminta dibuatkan tatu, orang yang meminta dicabutkan bulu kening, orang yang menjarakkan gigi untuk kecantikan yang mengubah kejadian Allah.Abdullah bin Mas’ud menjawab: Kenapakah aku tidak boleh melaknat orang yang Rasulullah laknat sedangkan terdapat di dalam al-Quran. Lalu wanita tersebut berkata:aku telah membaca al-Quran tetapi tidak menemuinya. Abdullah bin Masud berkata jika engkau membacanya pasti engkau menemuinya .Firman Allah { وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا }. Wanita tersebut kemudian berkata aku melihatnya ada pada isteri engkau sekarang.Lalu Ibn Masud berkata pergilah dan lihatlah isteriku. Kemudian wanita tersebut pergi menemui isteri Abdullah namun beliau tidak mendapati apa yang beliau katakan tadi.Wanita tersebut kemudian berkata kepada Abdullah aku tidak menemui apa yang aku katakana tadi. Abdullah berkata jika ada aku tidak akan tinggal dengan isteriku.
.
Takhrij Hadith

Sahih al-Bukhari , Kitab Tafsir al-Quran, Bab wa ma atakumu al-rasul fakhuzuhu
Sahih Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah Bab Tahrim fi’l al-wasilah wa al-mustawsilah wa al-washimah

Ayat al-Quran berkaitan mengubah kejadian Allah (surah al-Nisa’ ayat 117-119)
إِنْ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ إِلاَّ إِنَاثًا وَإِنْ يَدْعُونَ إِلاَّ شَيْطَانًا مَرِيدًا لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَال لأََتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا وَلأَُضِلَّنَّهُمْ وَلأُِمَنِّيَنَّهُمْ وَلآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَْنْعَامِ وَلآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ } (1) الآْيَةَ .

Maksudnya: Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah berhala dan dengan menyembah berhala itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka.yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan : Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan untuk aku.dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak lalu mereka benar-benar memotongnya dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan allah lalu benar-benar mereka merubahnya .barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

Pada masa Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah membelah telinga unta betina jika melahirkan lima anak yang terakhirnya jantan.Mereka mengharamkan atas diri mreka daripada mengambil faedah daripadanya. Setengah pula berpendapat ,mereka memotong telinga binatang-binatang ternakan sebagai ibadat kepada berhala=berhala mereka. Menurut kepercyaan Arab Jahiliyah binatang-binatang yang akan dipersembahkan kepada berhala-berhala haruslah dipotong telinganya lebih dahulu dan binatang yang seperti ini tidaklah boleh ditunggangi  atau dimanfaatkan malah harus dilepaskan. Merubah ciptaan Allah ialah merubah yang diciptakan Allah seperti mengebiri binatang.

Ibn Abbas, Al-Hasan, Mujahid ,Said bin Jubayr ,Said bin al-Musayyab ,al-Suddi ,al-Dahhak ,al-Nakha’i menyatakan khalqi allah di sini ialah agama allah sebagaimana firman { لاَ تَبْدِيلَ لِخَلْقِ الله } [ الروم : 30 ] أي : لدين اللَّه

Terdapat dua pendapat dalam isu ini:

1-                  Allah telah memfitrahkan makhluknya kepada Islam ketika mana keluarnya mereka daripada belakang Adam,Allah telah meminta penyaksian manusia adakah Allah tuhan kamu lalu manusia menjawab Ya. Sesiapa yang kufur maka dia telah mengubah fitrah Allah . ini disokong oleh sabda rasulullah s.a.w
كل مَوْلُود يُولَدُ على الفِطْرَة ، فأبواه يُهوِّدَانه ، ويُنَصِّرانه ، ويُمَجِّسانه
2-                  Pendapat kedua menyatakan al-taghyir di sini membawa maksud menukar halal kepada haram dan haram kepada halal.

Hasan, Ikrimah dan ramai ulama tafsir menyatakan al-Taghyir ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud sebagaimana hadith di atas.

Makna Kalimah

لَعَنَ اللَّهُ
dilaknat- dosa besar



Laknat maksuddnya –jauh daripada rahmatallah
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً
Melainkan sesiapa yang bertaubat dan beriman dan beramal dengan amalan salih mereka ialah golongabn ayang allah gantikan kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah allah maha pengampun dan pengasih
 وقال صلى الله عليه وسلم: التائب من الذنب كمن لا ذنب له. رواه ابن ماجه وغيره، وصححه الشيخ الألباني.

Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tiada dosa



الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ
Al-Washimah dan al-Mustawshimah ialah orang yang mencucuk belakang tapak tangannya dengan jarum kemudian dimasukkan kuhl lalu bertukar menjadi hijau.Dalam setengah riwayat al-washiyah wa al-mustawsyiyah.al-washyi ialah al-tazayyun. Tempat tersebut menjadi najis kerana wujudnya darah. Menyakitkan tubuh badan secara sengaja haram dalam islam


Bagi binatang al-washm harus bagi setiap anggota melainkan wajah kerana nabi melarang memukul wajah dan washm pada wajah.

Diriwayatkan daripada Anas, Shahr bin Hawshab, Ikrimah, Abu Salih= -al-taghyir bermaksud kasi, memotong telinga,mengeluarkan mata kerana ini satu penyeksaan kepada binatang 

Anas membenci mengasi binatang dansetengah ulama mengharamkannya


وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ

Al-mutanammisah ialah wanita yang membuang rambut/bulu yang ada pada wajahnya
Rambut atau bulu di muka terbahagi kepada beberapa bahagian
1-                  Rambut/Bulu yang haram untuk dibuang
2-                  Rambut/Bulu yang ulama berselisih padanya dari sudut membuangnya
3-                  Rambut/Bulu yang diharuskan oleh ulama untuk membuangnya

Ulama membahagikan rambut yang perlu dibuang dan tidak dibuang kepada tiga
Rambut yang datang perintah untuk membuangnya atau memndekkannya .ini dinamakan sebnagai sunan al-fitrah seperti bulu ari-ari, memotong misai mencabut bulu ketiak ,cukur atau pendekkan rambut pada musim haji atau umrah

Hadith aishah r.a rasulullah s.a.w bersabda: 10 daripada fitrah ,memotong misai,
membiarkan janggut ,siwak,memasukkan air ke hidung, memotong kuku ,membersihkan al-barajim, mencabut bulu ketiak ,mencukur bulu ari-ari

Rambut/Bulu yang ulama sepakat haram membuangnya ialah bulu kening
Manakala Rambut/bulu yang ulama berselisih pendapat mengenainya ialah bulu dahi
Al-nams khusus kepada bulu kening .Manakala rambut/bulu yang harus untuk dibuang ialah rambut/bulu pada atas mulut atau bawah mulut.Disuruh untuk dibuang supaya mengelakkan daripada menyerupai lelaki.

Rambut/bulu-bulu di pipi jika dibiarkan termasuk di bawah kategori warak.Sesiapa yang takut kepada syubuhat maka dia telah mebersihkan agamanya dan kehormatannya.
Ulama bersepakat mengenai pengharaman al-nams. Setengah daripada mereka berpendapat ia haram melainkan diberikan izin oleh suami maka menjadi harus.Setengah ulama pula berpendapat yang haram ialah mencabutnya tetapi tidak mengapa mencukurnyakerana hadith ini menyebutkan tentang cabut.Setengah ulama pula berpendapat al-nams yang dilarang ialah jika ada unsur penipuan atau lambang kepada wanita –wanita jahat dan rendah nilai moralnya.

Pendapat yang tepat ialah haram al-nams secara mutlak sama ada dengan dicabut atau dicukur, sama ada dengan izin suami atau tidak sama ada sebab penipuan atau  lambang wanita yang rendah akhlaknya

Ibn ‘Abidin menjelaskan larangan daripada cabut rambut/bulu ialah jika dilakukan untuk dilihat cantik pada orang lain.Tetapi jika pada wajah wanita tersebut rambut/bulu yang mendatangkan rasa kurang senang pada suaminya maka hendaklah dia membuangnyakerana wanita sinonim dengan kecantikan dan perhiasan.

Al-Nams bermaksud: Mencabut rambut pada mana –mana tempat di wajah sama ada daripada dua kening atau yang lain. Pendapat ini merupakan pendapat al-Hanabilah dan setengah daripada al-Shafiiyah. Ini kerana nas menyatakan secara umum

Pendapat kedua : al-nams khusus kepada kening sahaja-pendapat ini dipegang oleh Abu Daud dan setengah fuqaha’.

Makruh bagi wanita mencukur rambutnya tanpa ada keuzuran.Ikrimah berkata: nabi s.a.w melarang wanita daripada mencukur rambut kepalanya.Haram mencukur rambutnya disebabkan sesuatu musibah.

Rambut/bulu yang nas mendiamkannya tidak menyuruh untuk dihilangkan atau dikekalkan seperti bulu dua betis,tangan pipi dan dahi
Ulama berselisih dalam hal ini
Ada ulama yang mengatakan tidak harus ,menghilangkannya dengan berdalil ayat al-quran

Harus kekal atau buang.apa yang didiamkan oleh al-kitab dan al-sunnah maka dimaafkan
Tidak mengapa bagi wanita membuang misai,bulu di peha,betis lengan .



Hukum memelihara janggut

وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " خالفوا المشركين وفِّروا اللحى وأحفواالشوارب " .
Daripada Abdullah bin Umar berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: berbezalah dengan orang musyrik lebatkanlah janggut dan nipiskanlh misai

Hukum Mencabut Uban
عن عمرو بن شعيب ، عن أبيهِ ، عن جَدِّهِ - رضي الله عنه - ، عن النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - ، قال : (( لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ ؛ فَإنَّهُ نُورُ المُسْلِمِ يَوْمَ القِيَامَةِ )) حديث حسن ، رواه أبو داود، والترمذي، والنسائي بأسانيد حسنة ، قال الترمذي : (( هو حديث حسن )) .
Daripada Amru bin Shu’ayb daripada bapanya daripada datuknya r.a daripada nabi s.a.w bersabda: jangan mencabut uban sesungguhnya ia menjadi cahaya bagi muslim pada hari kiamat. Hadith hasan .diriwayatkan oleh abu daud ,al-tirmidhi,al-nasai dengan sanad yang hasan. Al-Tirmidhi menghukumkann sebagai hasan

وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ
Al-mutafallijat yang menjarakkan antara gigi-gigi , menajamkan gigi atau mencantikkan gigi.
Al-tafalluj juga dinamakan sebagai al-washr iaitu menajamkan gigi dan menjarakkannya .Biasanya dilakukan oleh wanita dewasa yang telah berumur supaya disangka bahawa dia muda

الواصلة والمستوصلة
Menurut al-Qurtubi, malik berkata .al-wasl iaitu penyambungan dengan apa sahaja sama ada bulu/rambut yang disambungkan ke rambut. Setengah ulama mengharuskan meletakkan sesuatu di atas kepala tanpa disambung.Yang dilarang ialah jika disambung.
Al-asilah ialah orang yang menyambungkan rambut wanita dengan rambut wanita lainuntuk membanyakkan rambut wanita

من جاء في الصحيحين عن سعيد بن المسيب قال: قدم معاوية المدينة فحطبنا وأخرج كُبَّة من شعر فقال: ما كنتَ أرى أن أحداً يفعله إلا اليهود إنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور، وفي رواية أخرى(6) أنه قال: يا أهل المدينة أين علماؤكم؟ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم ينهى عن مثل هذا ويقول: (إنما هلكت بنو إسرائيل حين اتخذ هذه نساؤهم).

Daripada Sa’id bin al-Musayyab berkata: muawiyah datang ke Madinah lalu berkhutbah kepada kami kemudian mengeluarkan segumpal rambut lalu berkata: aku tidak pernah melihat seseorang melakukannya melainkan Yahudi. Rasulullah menganggapnya sebagai penipuan. Dalam satu riwayat, muawiyah berkata: wahai penduduk madinah di mana ulama kamu.sesungguhnya aku mendengar rasulullah mekarang perbuatan ini.baginda bersabda: sesungguhnya telah binasa bani israil ketika wanita-wanitanya melakukan perbuatan tersebut

Setengah ulama berpendapat sebab diharamkan al-wasl ialah mengambil manfaat daripada satu bahagian daripada manusia –pendapat ini dipegang oleh al-Hanafiyyah
Mereka memberikan alasan bahawa mengambil manfaat daripada bahagian manusia merupakan penghinaan kepad kemuliaan manusia –maka tidak harus
Manakala jumhur ulama berpendapat sebab diharamkan al-wasl ialah ialah unsur penipuan –pendapat ini dipegang oleh al-Shafiiyah dan al-Hanabilah
Tetapi jika dalam rawatan dan membuang keaiban disebabkan penyakit atau terbakar maka harus untuk ditanam

وفي الصحيحين عن أسماء بنت أبي بكر رضي الله عنها، قالت: جاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله، إن لي ابنة عروساً أصابتها حصبة، فتمزق شعرها أفأصله؟ فقال (( لعن الله الواصلة، والمستوصلة ))
Dalam al-Sahihayn daripada Asma’ bt Abu Bakr r.a  berkata: telah datang wanita kepada nabi s.a.w lalu bertanya wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai anak perempuan yang akan berkahwin namun rosak rambutnya adakah mungkin untuk aku menyambungnya lalu Rasulullah menjawab Allah melaknat orang yang menyambungkan rambutnya dan orang yang meminta untuk disambungkan rambutnya

Huraian Hadith

Dianggap satu penipuan.
Ulama menjelaskan di antara faktor di haramkan kerana perbuatan tersebut digunakan sebagai wasilah untuk melakukan zina
Tidak harus mengubah bentuk –bentuk anggota tubuh badan sama da amengecilkan atau membesarkan atau menambah atau menguranginya sama ada untuk kecantikan atau untuk suami atau orang lain

Larangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki sama ada dari sudut percakapan, pergerakan ,pakaian atau apa sahaja. Memakai make up dan mewarnakan kuku tetapi harus bagi wanita untuk memakai inai

والدليل ما أخرجه أحمد والبخاري عن أنس قال: «لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال»

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Bukharidaripada Anas berkata: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki .dalam riwayat lain rasulullah s.a.w melaknat

وفي رواية: «لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال، والمترجِّلات من النساء، وقال: أخرجوهم من بيوتكم، فأخرج النبي صلّى الله عليه وسلم فلانة، وأخرج عمر فلاناً»
Dalam satu riwayat Rasulullah s.aw melaknat lelaki yang meyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w bersabda: keluarkan mereka daripada rumah-rumah kamu. Nabi sa,w mengeluarkan seorang wanita dan Umar mengeluarkan seoramg lelaki
وأخرج أبو داود من حديث أبي هريرة قال: «أتي رسول الله صلّى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء، فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلم : ما بال هذا؟ قالوا: يتشبه بالنساء، فأمر به فنفي إلى النقيع، فقيل: يا رسول الله ، ألا تقتله؟ فقال....

Abu Daud mengeluarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata: telah didatangkan kepada Rasulullah s.a.w lelaki yang menyerupai wanita yang telah melakukan inai pada dua tangan dan kakinya .Rasulullah s,a.w bersabda:Apakah ini?Sahabat menjawab dia menyerupai wanita. Lalu dia dibuang ke al-Naqi’ .dikatakan kepada Rasulullah kenapa engkau tidak membunuhnya ....
.
Menentukan janin bayi tidak termasuk di bawah mengubh kejadian Allah. Penentuan janin ini biasanya berlaku sebelum terbentuknya/ wujudnya janin

قرار رقم: 173 (11/18)
بشأن الجراحة التجميلية وأحكامها
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته الثامنة عشرة في بوتراجايا (ماليزيا) من 24 إلى 29 جمادى الآخرة 1428هـ، الموافق 9 م 13 تموز (يوليو) 2007 م.
Pembedahan kecantikan boleh dilakukan jika mengembalikan peranan anggota tubuh badan manusia dan memperbaiki kecacatan dan mengembalikannya kepada asal

Pembedahan tidak membawa kemudaratan

Mendapat izin daripada pesakit

Pakar perubatan perlu memastikan bahaya yang mungkin timbul atau risiko apabila melakukannya

Tidak ada kaedah lain melainkan pembedahan

Lelaki yang cukup sifat kelakiannya sebagai lelaki dan wanita yang cukup sifat kewanitaanya sebagi wanita maka haram menukar jantina.Ini termasuk mengubah kejadian allah berdasarkan firman Allah
Pembedahan kecantikan – menghilangkan keaiban
Dalilnya: nabi s.a.w pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong hidungnya untuk menganbil hidung daripada emas.

Setengah fuqaha’ dan di antaranya al-hanabilah menyatakan tidak mengapa untuk mengambil sedikit daripada keningnya jika terlalu panjang
Mewarnakan rambut dengan hitam setnegah ulama tidak menyukainya .dan setngah ulam pula cenderung kepada haram.
Apa yang diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad,Abu Dawud sesungguhnya nabi s.a.w didatangkan dengan Abu Quhafah pada hari pembukaan kota mekah sedangkan kepalanya dan janggutnya putih maka rasulullah s.a.w bersabda: ubahkanlah dengan seautu jauhilah kehitaman.

Fitnah Wanita

Dalam al-Sahihayn menyebutkan daripada Usamah bin Zayd secara marfu’: tidak aku tinggalkan selepas ku ke atas umatku daripada fitnah lebih memberi mudarat kepada lelaki iaitu wanita
وفي الصحيحين عن أسامة بن زيد مرفوعا : « ما تركت بعدي على أمتي من فتنة أضر على الرجال من النساء » (4) وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه مرفوعا : « إن الدنيا حلوة خضرة ، وإن الله مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون فاتقوا الدنيا ، واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء » (5)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a sesungguhnya dunia mempunyai kemanisan dan kehijauan sesungguhnya allah melantik kamu sebagai khalaifah allah melihat apa yang kamu lakukan takutilah dunia dan takutilah wanita sesungguhnya fitnah pertama bani israil ialah wanita.

Hukum memindahkan organ
Rawatan dengan cara mengambil atau memindahkan anggota manusia lain tidak harus

Sesiapa yang terkena penyakit tidak harus merawat dengan menggantikannya daripada anggota manusia lain
Seseorang itu mengambil manfaat darip\da tubuh badannya untuk faedah dirinya sendiriuntuk tujuan pengubatan atau rawatan atau untuk menyelamatkan dirinya
Seperti keaiban atau selepas kebakaran , atau membawa rupa yang buruk
Harus sebagai qiyas harus ambil sesuatu dari tubuh badannya untuk dimakan jika dalam keadan darurat- shafiiyah dan zaydiyyah
Manakal dengan tujuan kecantikan melampau-lampau dalam kecantikan seperti memancungkan hidung adalah dilarang

Ibn al-Jawzi dalam bukunya Adab al-Nisa’ daripada Aishah berkata : Wahai wanita jauhilah mengubah wajah lalu seorang wanita bertanya mengenai inai lalu dijawab Aishah tidak mengapa inai. Lalu aishah berkata Rasulullah s.a.w melaknat al-saliqah,al-haliqah, al-khariqah,dan al-qashirah

Al-Qashirah yang menggunakan ubat pada wajahnya untuk mencantikkan warna kulit.
al-Saliqah ialah wanita yang meninggikan suara ketika ditimpa musibah
al-haliqiyah –wanita yang mencukur rambut ketika ditimpa musibah

.وأخرج الطبرى عن امرأة أبى إسحاق أنها دخلت على عائشة - وكانت شابة يعجبها الجمال -فقالت لها : المرأة تحف جبينها لزوجها، فقالت : أميطى عنك الأذى ما استطعت
Al-Tabari menegeluarkan daripada wanita abu ishaq yang berjumpa dengan aishah, wanita tersebut merupakan wanita yang sukakan kecantikan lalu dia bertanya kepada aishah seorang wanita mencantikkan dahinya untuk suaminyalalu Aishah berkata:buangkanlah apa sahaja yang engkau tidak sukai sekadar kemampuan engkau

Keaiban terbahagi dua:

Keaiban khalqiyyah- sebagai contoh mulut sumbing
Keaiban disebabkan penyakit seperti sopak atau kemalangan
Jasad ini milik allahyang dipinjamkan kepada kita
Menghilangkan kesan-kesan ketuaan


Kalau dilaknat- dosa besar

Tashqir al-wajh – menghilangkan kedutan-keduatan yang menampakkan ketuaan
Ulama membahagikan rambut yang perlu dibuang dan tidak dibunag kepada tiga

Rambut yang datang perintah untuk membuangnya atau memendekkannya .ini dinamakan sebagai sunan al-fitrah seperti bulu ari-ari, memotong misai mencabut bulu ketiak ,cukur atau pendekkan rambut pada musim haji atau umrah

Hadith Aishah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: 10 daripada fitrah ,memotong misai, membiarkan janggut ,siwak,memasukkan air ke hidung, memotong kuku ,embersihkan al-barajim, mencabut bulu ketiak ,mencukur bulu ari-ari
.
Rambut/bulu yang dilarang untuk membuangnya

وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " خالفوا المشركين وفِّروا اللحى وأحفوا
الشوارب " .
Daripada Abdullah bin Umar berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: berbezalah dengan orang musyrik lebatkanlah janggut dan nipiskanlh misai

Rambut/bulu yang nas mendiamkannya tidak menyuruh untuk dihilangkan atau dikekalkan seperti bulu dua betis,tangan pipi dan dahi. Ulama berselisih dalam hal ini Ada ulama yang mengatakan tidak harus menghilangkannya dengan berdalil ayat al-quran. Harus kekal atau buang.apa yang didiamkan oleh al-kitab dan al-sunnah maka dimaafkan

Tidak mengapa bagi wanita membuang misai,bulu di peha,betis lengan .

Pembedahan kecantikan – menghilangkan keaiban
Dalilnya: nabi s.a.w pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong hidungnya untuk mengambil hidung daripada emas.

Setengah fuqaha’ dan di antaranya al-hanabilah menyatakan tidak mengapa untuk mengambil sedikit daripada keningnya jika terlalu panjang
Mewarnakan rambut dengan hitam setnegah ulama tidak menyukainya .dan setngah ulam pula cenderung kepada haram.
Apa yang diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad,Abu Dawud sesungguhnya nabi s.a.w didatangkan dengan Abu Quhafah pada hari pembukaan kota mekah sedangkan kepalanya dan janggutnya putih maka rasulullah s.a.w bersabda: ubahkanlah dengan seautu jauhilah kehitaman.
Tidak mengapa dengan inai
Adakah laknat berlaku sehingga akhir umur

Laknat maksuddnya –jauh daripada rahmatallah
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً
Melainkan sesiapa yang bertaubat dan beriman dan beramal dengan amalan salih mereka ialah golongabn ayang allah gantikan kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah allah maha pengampun dan pengasih
 وقال صلى الله عليه وسلم: التائب من الذنب كمن لا ذنب له. رواه ابن ماجه وغيره، وصححه الشيخ الألباني.


Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tiada dosa

No comments:

Post a Comment