Pages

Wednesday, 1 November 2017

Perbandingan mengurus marah dari pendekatan Islam dan Barat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



1.1       Pengenalan

Marah merupakan salah satu perasaan yang wujud pada diri setiap manusia. Tanpa mengira bangsa, umur, gender, agama ataupun, warna kulit, sudah tentu manusia dibekalkan dengan perasaan ataupun emosi. Salah satu perasaan tersebut ialah marah. Marah dan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sering terjadi dalam masyarakat sama ada ianya di dunia Islam atau pun di dunia Barat. Setiap hari media massa arus perdana memaparkan kisah-kisah yang sering memeranjatkan kita akibat daripada emosi marah yang jika tidak dikawal dengan baik akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Kejayaan mengawal marah bukan diukur dari darjat, pangkat keturunan mahupun latarbelakang pendidikan seseorang. Kejayaan mengawal marah adalah terbit daripada kawalselia kendiri yang kuat sehinggan Rasulullah s.a.w pernah bersabda (Al-alBani 2003):

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika dia marah.”
(HR Bukhari No: 5649).

Fitrah kejadian manusia yang sempurna ialah cukup deria dan cukup rasa. Persoalannya ialah, adakah perasaan marah itu bersifat universal? Maka, kajian ini ditulis untuk membincangkan pendekatan marah daripada perspektif Islam dan Barat serta membuat analisis perbandingan di antara keduanya.

1.2       Permasalahan Kajian

Laporan akhbar pada 17hb Mei 2017, telah memaparkan tentang satu insiden mengenai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat MIG iaitu David Teo ditampar dihadapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over di dalam sebuah rancangan bual bicara di Putrajaya. Rancangan tersebut telah dikendalikan oleh Datuk Rosyam Nor selaku moderator. Insiden tersebut tercetus apabila Datuk David Teo yang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau yang duduk di ruang belakang tidak mendapat peluang untuk bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. Akibat geram, Sulaiman Yassin telah datang menampar Datuk David Teo dengan niat untuk mengajar agar Datuk David Teo menjaga adab ketika berhadapan dengan Perdana Menteri. Tindakan Sulaiman Yassin mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang tindakan beliau (Nurulanuar Mansor 2017). Persoalannya, adakah perlu mengajar adab sopan kepada non muslim dengan kekerasan?

            Manakala di Barat pula, iaitu kejadian di Miami, pada 12 September 2013, seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat dunia, Terry Jones kerana tindakannya ingin membakar hampir 3,000 naskhah al-Qur’an sempena ulang tahun serangan 11 September 2001. Jones berpendapat bahawa umat Islam merupakan pengganas oleh sebab itu, sumber kepada penganut umat Islam harus dibakar. Jones ketika itu merancang untuk membakar al-Qur’an secara terbuka ketika tahap ketegangan berada pada tahap yang tinggi di Asia Barat dan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Syria oleh kerajaan pimpinan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Tindakan Jones itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia antaranya Pakistan, Indonesia dan juga Malaysia. Umat Islam yang marah telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan AS di seluruh dunia (Anon 2013)

            Daripada kedua-dua insiden di atas, sama ada di dunia Barat atau pun dunia Islam perasaan marah memang wujud tetapi ia disebabkan oleh  situasi dan punca yang berbeza. Implikasi daripada insiden daripada emosi marah juga tidak sama dan ia bergantung kepada tahap penerimaan sesebuah masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk sebuah kajian dilakukan untuk memahami pendekatan marah menurut perspektif Barat dan Islam. Ia bukan sahaja merentasi konteks budaya, tetapi juga melibatkan pegangan agama yang berbeza.

1.2.1    Definisi Marah


Definisi marah menurut Islam boleh dijelaskan sama ada dari aspek bahasa dan istilah.

A.    Definisi marah dari sudut bahasa (Fakhir ‘Akil. 1985)
Marah ( اَلْغَضَبُ ) secara bahasa mempunyai beberapa makna, di antaranya ialah:

1. اَلسُّخْطُ (kemarahan) atau عَدَمُ الرِّضَى بِالشَّيْءِ (tidak meredhai sesuatu). Kita katakan: غَضِبَ عَلَيْهِ غَضْبًا وَمَغْضَبَةً, iaitu benci atau tidak redha, غَضِبَ لَهُ iaitu benci atau ia tidak redha kepada sesuatu kerananya.

2. اَلْعَضُّ عَلَى الشَّيْءِ (menggigit sesuatu). Kita katakan: غَضِبَتِ الْخَيْلِ عَلَى اللُّجْمِ, iaitu menggigit.

3. اَلْعَبُوْسُ (kemuraman). Kita katakan: نَاقَةٌ غَضُوْبٌ وَامْرَأَةٌ غَضُوْبٌ iaitu bermuram muka.

4. اَلْكِدْرُ فِي الْمُعَاشِرَةِ وَالْخُلُقِ (buruk dalam bergaul dan berakhlak). Kita katakan: هذَا غَضَابِي, iaitu buruk dalam bergaul dan berakhlak dengannya.

5. Perisai dari kulit unta yang dipakai dalam peperangan. اَلْغُضْبَةُ, iaitu kulit yang keras dari kambing ketika disamak.

Manakala menurut Kamus Dewan, marah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka (Kamus Dewan 2013). Dalam bahasa yang mudah, perasaan panas hati ini boleh berpunca akibat daripada ditipu, dihina, dicela, dibuli dan sebagainya. 

Kemarahan adalah emosi yang berguna apabila ia digunakan dengan baik. Marah boleh memotivasikan manusia untuk bertindak, merangsang anda untuk menjadi jujur ​​(mengatakan sesuatu yang anda memang bermaksud untuk mengatakannya). Marah juga memberi kekuatan untuk melindungi diri sendiri dan mempertahankan nilai-nilai mulia. Sebaliknya, jika marah tidak digunakan dengan sesuai, ia boleh membawa kepada pencerobohan dan memperkatakan mengenai perkara-perkara menyakiti hati orang lain sehingga boleh membawa kepada tindakan yang akan  dikesali (Salleh 2010).  

B.     Definisi Marah Dari Sudut Istilah (Fakhir ‘Akil. 1985)
Menurut al-Imam al-Ghazali di dalam karya beliau,  Ihya Ulumuddin, (Imam Al-Ghazali 2009), istilah, اَلْغَضَبُ iaitu perubahan dalam diri atau emosi yang dibawa oleh kekuatan dan rasa dendam demi menghilangkan gemuruh di dalam dada, dan yang paling besar dari marah adalah اَلْغَيْظُ, hingga mereka berkata dalam definisinya: “Kemarahan yang teramat sangat.”

Marah menurut Ramli Awang dalam konteks kotemporari boleh ditakrifkan sebagai anger is an emotion which emanates from the heart. A person’s response to anger may be expressed in destructive behaviours such as hitting, slapping, punching, scolding, cursing and in more severe cases murder. Hearts is filled with anger contains resentment, feelings of envy and irritation, tendencies to grumble, gripe, complain and backbiting. The Malay Lexicon defines anger as flaring up furious, angry, wrath (Awang 2014).

Marah memiliki tanda-tanda yang boleh dilihat secara zahir akan keadaan marahnya diri seseorang tersebut. Antara  anda-tanda yang dikenal pasti adalah:

a)      Tegangnya urat dan otot disertai merahnya wajah dan kedua-dua mata
b)      Wajah yang muram dan dahi yang berkerut
c)      Anggota badan yang menggigil kerana menahan geram
d)     Degupan jantung yang kencang


1.3       Persoalan Kajian

Pada umumnya, persoalan kajian di dalam kajian ini adalah seperti berikut:
      i.                   Apakah pendekatan Islam dan Barat dalam mengurus perasaan marah?
    ii.                   Adakah terdapat perbezaan mengurus marah dari perspektif Islam dan Barat?
  iii.                   Bagaimanakah kedua-dua pendekatan mengurus marah dari perspektif Islam dan Barat boleh diambil iktibar dan pengajaran daripadanya?  


1.4       Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai tiga (3) objektif seperti berikut:
      i.               Menjelaskan pendekatan Islam dan Barat dalam mengurus perasaan marah
      ii.            Mengenalpasti perbezaan di antara kaedah mengurus marah daripada perspektif Islam dan Barat
    iii.            Mengambil pengajaran yang boleh dipelajari dari kedua-dua kaedah tersebut

1.5       Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan mengambil dan menganalisis maklumat dari jurnal, laporan akbar dan buku-buku ilmiah. Sumber di dalam penulisan kajian ini ialah melalui penyelidikan di Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia (PTSL, UKM), Perpustakaan Negara dan laporan akhbar. Istilah ini lazim disebut library research iaitu pengambilan data yang berasal dari buku-buku atau karya ilmiah yang terdiri dari sumber primer dan sekunder. Kajian literatur juga turut menggunakan sumber-sumber rujukan seperti kertas kerja penyelidikan, tesis, buku, jurnal dan prosiding sebagai panduan.


1.6       Metode Pengumpulan Data

Dalam usaha mengumpulkan data bagi penyusunan kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa metode untuk mendapatkan data yang diperlukan. Data itu diperolehi daripada beberapa sumber. Sumber-sumber data pula pada umumnya merupakan sumber pertama di samping menggunakan data dari sumber kedua. Dengan demikian diharapkan kajian ini diharap mempunyai nilai yang boleh dipertanggungjawabkan dari sudut objektif. Metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan analisis terhadap buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal dan kajian lepas yang ada hubungannya dengan masalah yang diteliti. Penyelidik melakukan penelitian dan pengolahan serta perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian.

 


2.1       Mengurus Marah Dari Pendekatan Islam

Allah s.w.t telah mencipta makhluknya yang bernama manusia dengan penciptaan yang sebaik-baiknya. Dikurniakan akal yang membezakan manusia dengan haiwan dan dikurniakan sebuah tanggungjawab yang suci iaitu sebagai khalifah untuk mengurus tadbir bumi. Manusia dihiasi dengan berbagai sifat dan perasaan yang melayakkannya menjadi mahkluk Allah s.w.t yang paling unik. Firman Allah s.w.t:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik penciptaan
Surah At-Tin : 4
           
Antaranya adalah sifat marah. Keperluan terhadap sifat marah adalah penting dalam diri manusia kerana manusia hidupnya bermaruah dan berjuang.Mengalami kemarahan bukanlah suatu yang buruk. Hakikatnya, ia adalah salah satu mekanisma pertahanan yang paling primitif yang dimiliki oleh manusia. Namun, sekiranya sifat marah ini tidak dikawal dengan baik ia akan menjerumuskan diri seseorang menjadi seseorang yang tidak berakal dan lebih teruk daripada haiwan.

Berbagai ciri dan karekter marah pada diri individu. Ada yang cepat marah, ada yang marahnya amat susah dan jarang sekali. Bagi mereka yang mengenali tahap marah dirinya sendiri dan mengetahui bagaimana mengurus emosinya itu ia akan mampu mengawal dan mengurus ia sebaiknya, namun sekiranya sifat marah tidak tahu bagaimana  mengenali dan mengendalikannya,kesan negatif akan terhasil daripada segala tindakkannya itu.

Kemarahan yang terjadi pada seseorang akan menjadi sangat bahaya. Kemarahan akan membinasakan hati dan merosakkan kebijaksanaan.  Barangsiapa yang tidak dapat menguasainya maka ia tidak akan sesekali mampu untuk mengurus emosi dan perasaannya.

Melihat realiti yang ada di tengah-tengah masyarakat pada hari ini, maka pengetahuan dan penelitian kepada sifat marah ini amat perlu dititik beratkan supaya amarah itu dapat dikendalikan dengan sebaik mungkin. Bab ini akan membincangkan konsep marah dalam perspektif Islam (merujuk kepada al-Qur’an dan As-sunnah), faktor-faktor yang meyebabkan manusia kepada marah serta kesan kemarahan tersebut kepada jasmani fizikal manusia disusuli dengan bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasi marah.

2.2       Marah Dalam Islam

Dalam Islam, marah terbagi dua, marah yang terpuji dan marah yang tercela. Islam menyeru umatnya agar menggunakan perasaan marah untuk kebaikan Islam yang selari dengan syariat dan ianya dihuraikan seperti berikut:

2.2.1    Marah Yang Terpuji

a)                  Marah yang terpuji, iaitu bila dilakukan dalam rangka membela diri, kehormatan, harta, agama, hak-hak umum atau menolong orang yang dizalimi. Hal ini dikuatkan dengan dalil yang banyak, di antaranya:

Sesungguhnya Allah s.w.t menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi, seperti dalam firman-Nya (Al-Qur’an n.d.):

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’”
[Al-Baqarah 2: 30]

Agar dapat melaksanakan tugas ini, manusia diciptakan meliputi tiga unsur iaitu terdiri daripada roh, akal dan jasad. Allah s.w.t telah menentukan bahawa Dia menjadikan jasad manusia untuk melayani roh, dan menjadikannya dalam keadaan baik untuk melayani roh tersebut selama manusia hidup di atas muka bumi, maka Allah s.w.t menciptakan padanya dua kekuatan:
  1. Pertama, kekuatan syahwat, tugasnya adalah mendatangkan setiap apa yang berguna bagi jasad dan memberikan makanan padanya.
  2. Kedua, kekuatan amarah, tugasnya adalah menolak setiap apa yang membahayakan jasad dan menghancurkannya.

Demikian pula Allah s.w.t menciptakan manusia anggota tubuh dan bahagian-bahagiannya untuk mengurus setiap kekuatan syahwat dan amarah. Allah s.w.t juga menciptakan baginya akal yang menjadi penasihat dan pemberi arahan bagi roh, dan bila kedua kekuatan syahwat dan amarah condong dari batas kewajaran, maka akal akan menasihati dan mengarahkan roh pada pentingnya kawal kendiri dengan kekuatan iman  agar keseimbangan dan kesempurnaan akan kembali kepada jasad. Allah s.w.t mengetahui bahawasanya akal kadang-kala gagal menerima nasihat kerana dorongan emosi marah aatau tekanan emosi, lalu Allah s.w.t menurunkan baginya sebuah sistem yang tergambar dalam Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya s.a.w yang akan menerangi jalannya, menunjukkannya kepada kebenaran, menjaga keseimbangan dan kesempurnaan antara seluruh aspek yang mana manusia disusun dengannya agar ia tetap menjadi peribadi yang normal, lurus yang tidak ada kekurangan atau penyimpangan padanya. Dengan demikian, marah diciptakan dalam diri manusia untuk melawan setiap sesuatu yang menghalangnya, serta menjaga kehormatan dan kesucian.

b)                  Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memuji para Sahabat Nabi s.a.w bahawasanya mereka adalah orang-orang yang keras dan tegas kepada kaum kafir,dan berlemah lembut sesama orang Islam. Dengan firman-Nya:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّار رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir,dan berlemah lembut sesame orang Islam”.
[Al-Fath 48: 29]

Keras terhadap kaum kafir apabila mereka melakukan kezaliman dan menindas orang Islam serta mempermainkan hak-hak orang Islam,sekiranya mereka menghormati hak-hak orang Islam mereka juga turut dihormati. Hubungan Orang Islam sesama Islam adalah hubungan Ukhuwwah Islamiah yang berlemah lembut serta menyayangi di antara satu sama lain sebagaimana firman-Nya:

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ﴿٨﴾وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari kurnia dari Allah dan keridhaan-(Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menyimpan keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Al-Hasyr 59: 8-9]

Ibnu Jarir r.a menerangkan maksud ayat
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ bahawa Muhammad Rasulullah s.aw dan para pengikutnya dari Sahabat yang hidup bersama beliau dalam agama ini, mereka keras terhadap orang-orang kafir, hati mereka tegas kepada mereka, dan rahmat mereka terhadap orang-orang kafir sangatlah sedikit.”

c)                  Allah Azza wa Jalla telah menyebutkan bahawasanya di antara sifat kelompok orang yang dipilih untuk melindungi agama-Nya  dan mengukuhkannya di dunia ini setelah dihalang oleh orang yang menghalangnya adalah kemuliaan mereka terhadap kaum kafir, sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir.”
[Al-Maaidah 5: 54]
d)     Di dalam ayat yang lain, Allah s.w.t berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
“Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahannam.Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
[At-Taubah 9: 73]

Adalah hal yang diketahui bahawasanya ketegasan terhadap mereka timbul dari amarah kepada mereka yang disebabkan oleh kekufuran dan kemunafikan mereka yang mengakibatkan rintangan bagi agama Allah s.w.t dan mengharapkan agama tersebut menjadi menyimpang.

e)      Dalam sifat Nabi s.a.w diterangkan:

((مَا خُيِّرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا، فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهِ فَيَنْتَقِمَ ِللهِ بِهَا ))

“Tidaklah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dihadapkan kepada dua pilihan melainkan beliau memilih yang paling mudah di antara keduanya selama tidak merupakan suatu dosa, namun bila sesuatu itu dosa beliau adalah orang yang paling menjauh darinya, dan tidaklah beliau membalas disebabkan dirinya kecuali kehormatan Allah s.w.t dilanggar, maka beliau marah kerananya.”

2.2.2    Marah Yang Tercela

Marah yang tercela adalah marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri, demikianlah yang dimaksud di sini. Terhadap pencelaan marah seperti ini banyak sekali khabar dan riwayat yang datang tentangnya. Adalah amat jelik bagi seseorang yang tidak dapat menahan perasaan marah. Malah untuk menghilangkan perasaan marah, Islam mempunyai pendekatan rohani dalam mendepaninya dengan ucapan أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. Antaranya berpandukan kepada hadits dari ‘Adi bin Tsabit r.a:

عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ: اسْتَبَّ رَجُلاَنِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوْسٌ، وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدِ احْمَرَّ وَجْهُهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنِّي َلأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ! لَوْ قَالَ: أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ )) فَقَالُوا لِلرَّجُلِ: أَلاَّ تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ قَالَ: إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُوْن
“Dari ‘Adi bin Tsabit, telah meriwayatkan kepada kami Sulaiman bin Shurad, ia berkata, ‘Ada dua orang yang saling mencaci di hadapan Rasulullah s.a.w sedangkan kami duduk di sekeliling beliau, salah seorang dari keduanya mencaci yang lainnya seraya marah-marah dengan wajah memerah.’ Lalu Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya aku mengetahui sebuah kalimat, apabila ia mengucapkannya maka apa yang didapatinya (kemarahan) itu akan hilang, iaitu apabila ia berkata: “أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk).” Mereka berkata kepada orang tersebut: ‘Apakah engkau tidak mendengarkan perkataan Nabi s.aw?’ Ia berkata: ‘Sesungguhnya aku bukan orang yang gila.”

Islam juga menyeru umatnya agar menjaga maruah diri dengan tidak cepat marah. Hadits dari Abu Hurairah r.a :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِيْ. قَالَ (( لاَ تَغْضَبْ )) فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

“Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi s.a.w: ‘Berikanlah nasihat kepadaku.’ Beliau berkata: ‘Janganlah engkau marah.’ Orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, beliau tetap berkata: ‘Janganlah engkau marah.’”[6]

Apabila ‘Umar r.a berkhutbah, beliau berkata dalam khutbahnya:

((أَفْلَحَ مِنْكُمْ مَنْ حُفِظَ مِنَ الطَّمَعِ، وَالْهَوَى، وَالْغَضَبِ ))
“Orang yang beruntung di antara kalian adalah orang yang terjaga dari ketamakan, hawa nafsu dan amarah.”

Dikatakan kepada ‘Abdullah Ibnul Mubarak, “Sebutkanlah kepada kami secara menyeluruh dalam satu kalimat tentang akhlak yang baik.” Maka ia berkata, “Meninggalkan amarah,” itulah hakikat marah dalam Islam.

2.2.3    Tingkatan Sifat Marah

Sesungguhnya Syeikh Mahfuzh telah merangkum hakikat amarah tersebut dengan cara yang mudah dan senang difahami dengan menukilkan riwayat dari Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Ihyaa’, dia (Imam Al-Ghazali 2009) mengatakan bahawa
amarah itu terdiri dari tiga tingkatan, iaitu:

a)                  Peringkat keperluan, yaitu amarah yang ditujukan untuk membela diri, agama, kehormatan, harta, membela hak-hak yang umum dan menolong orang yang dizhalimi. Disebabkan keadaan-keadaan itulah amarah diciptakan, ia diciptakan untuk suatu kebijaksanaan yang mendasar sebagai konsekuensi dari tabi’at makhluk dan memenuhi aturan masyarakat. Ini kerana sesungguhnya berlumba-lumba dalam kehidupan dan persaingan ini dalam memenuhi keinginan mengakibatkan adanya pembelaan yang kuat pada diri, agama, harta, kehormatan, dan hak-hak umum. Seandainya bukan karena hal itu, maka bumi ini akan hancur dengan merebaknya kekacauan yang meruntuhkan sistem-sistem kemasyarakatan.

Oleh kerana itu barangsiapa yang tidak mempunyai sifat marah mempertahankan diri dan kehormatannya maka mereka tidak akan dihormati dan terus dihina di sisi manusia atau ia akan menghadapi hinaan orang lain dengan berbagai macam hinaan layaknya haiwan yang tidak marah demi dirinya. Dan barangsiapa yang tidak marah kerana agamanya dipermainkan, maka sesungguhnya ia telah merendahkan dan membiarkan agamanya tidak dipertahankan dan tidak diperjuangkan. Dan barangsiapa yang tidak marah demi kehormatannya, maka secara mudah kehormatan dirinya akan diragut (As-Sa‘id 2005).

Dan barangsiapa yang tidak marah demi hartanya, maka ia tidak akan selamat dari rampasan orang lain terhadap hartanya, sehingga ia menjadi miskin dan papa, dan apabila tindakan merampas harta telah menyebar maka akan lumpuhlah sistem pekerjaan, bahkan transaksi-transaksi ekonomi akan lumpuh keseluruhannya, kilang-kilang akan tutup, pertanian akan hancur, dan manusia akan bersandar pada harta rampasan orang lain. Hal ini jika berterusania akan membawa kepada keburukan dan bencana dalam waktu terdekat mahupun waktu yang akan datang. Dan barangsiapa yang tidak cemburu akan hak-hak umum dan menolong orang yang dizalimi maka sesungguhnya ia telah menyimpang dari tabi’at yang Allah s.w.t telah menciptakan manusia di atasnya. Dalam hal yang sama, Imam asy-Syafi’i r.a berkata: “Barangsiapa yang dibuat marah namun ia tidak marah, maka ia adalah keledai.” Iaitu mempunyai tabi’at yang dungu, dan rasa malunya hilang, dalam hal ini Imam asy-Syafi’i mengisyaratkan dengan firman Allah Ta’ala:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ

“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.”
[Al-Baqarah 2: 251]
b)                  Tingkatan merugikan, yaitu ketiadaan sifat marah yang amat merugikan jiwa dan diri manusia. Kondisi seperti ini sangatlah terhina secara akal mahupun agama, kerana barangsiapa yang tidak marah demi dirinya, agama, kehormatan, harta, atau kemaslahatan umum, maka dia adalah pengecut, dia tidak berjalan di atas ketetapan-ketetapan Allah terhadap makhluk-Nya. Dalam hal seperti ini terdapat bahaya besar yang mengancam masyarakat, kerana akan menyebabkan kekacauan pada semua sistem kehidupan seperti yang telah Anda ketahui.
Sabda nabi:
إذا رأيت أمتي تهاب أن تقول للظالم يا ظالم فقد تودّع منهم"
“Apabila kau melihat ummatku takut mengatakan zalim kepada si penzalim,ketahuilah bahawasanya mereka sebahagian daripada si penzalim”..

c)                  Tingkatan yang berlebih-lebihan, yaitu amarah yang melampaui batas kewajaran, akal dan juga agama. Amarah itu berjalan dengan cepat di atas keburukan yang akhirnya akan mengakibatkan kehancuran dari arah yang tidak ia ketahui, dan mungkin saja amarahnya mengheret kepada melakukan suatu perkara yang pada akhirnya dia melakukan dosa besar dan memberi kesan negative dalam pelbagai kehancuran.

Merupakan hal yang sudah diketahui bahwa amarah dalam kondisi-kondisi seperti itu adalah tercela, baik secara akal mahupun agama. Berbezanya tingkatan celaan terhadapnya sesuai dengan perbezaan kuat atau lemahnya akibat yang ditimbulkannya, setiap kali bahayanya lebih besar maka amarah tersebut akan lebih kuat dan celaan padanya pun akan lebih banyak lagi..

2.3       Mengurus Marah Menurut al-Qur’an Dan al-Hadith

Islam bersendikan kepada dua sumber iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Dalam Islam banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyatakan larangan untuk marah. Berikut  beberapa ayat-ayat al-Qur’an yang menyatakan tentang larangan marah antaranya:

فَلْيَضْحَكُواقَلِيلًاوَلْيَبْكُواكَثِيرًاجَزَاءًبِمَاكَانُوايَكْسِبُونَ
Ertinya: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang mereka kerjakan
(Q.SAl-Taubah: 82)

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Ertinya: Barang siapa yang sabar dan suka memaafkan,sungguh hal yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan
(Q.S.As-Syura’: 43)

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Ertinya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh
(Q.S. Al-A’raf: 199)

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ertinya: Ketahuilah bahwa hanya dengan mengingat Allah maka hati tentram
(Q.S. Ar.Ra’ad: 28)

Berdasarkan ayat-ayat di atas maka kita mampu menguasai dan mengendalikan marah dengan cara:

a)      Memahami bahawa sifat marah merupakan pemberian daripada Allah yang mampu kita kendalikan.
b)      Umat Islam dibolehkan marah ketika melihat perintah Allah s.w.t dan syariah Allah diabaikan, dilanggar atau bahkan dipermainkan
c)      Marah hendaknya pada tempat yang sepatutnya
d)     Allah mecintai orang-orang yang pemaaf
e)      Segera mengingat nama Allah (berzikir) apabila marah
f)       Marah yang diperbolehkan adalah membela kehormatan diri, agama, harta, hak-hak umum atau menolong orangyang dizalimi
g)      Marah yang tercela adalah marah sebagai tindakan balas dendam demi dirinya sendiri

Manakala sumber kedua Islam pula daripada hadith-hadith Rasululllah s.a.w yang berhubungan dengan marah adalah antaranya seperti berikut:

“Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum mereda maka hendaklah dia berbaringlah”
(HR. Abu Daud)

            “Marah itu adalah bara api maka padamkanlah dia dengan berwudlu"
(HR. Baihaqi)
            “Penghapus setiap perselisihan adalah dua raka'at (solat sunnah)”

            Hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. Bahwa seorang lelaki berkata kepada Nabi: "Berilah aku wasiat beliau berkata: "Janganlah marah" Beliau mengulangi wasiat itu, Nabi Saw. mengatakan: "Janganlah marah"
(HR. Bukhari)
           
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang menahan kemarahannya sedangkan ia mampu untuk melakukannya maka Allah azza wa jalla akan menyeru dia di hadapan seluruh manusia pada hari kiamat untuk dipilihkan baginya bidadari yang dikehendakinya”
(HR.Abu Daud)
           
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukanlah kuat itudengan mengalahkan musuh saat bergulat, akan tetapi kuat itu adalah orang yang bisa menguasai dirinya tatkala marah"
(HR. Bukhari Muslim)
           
Dari Anas ra berkata: “Aku berjalan bersama Rasulullah Saw. saat itu beliau memakai kain dari Najran yang kasar pinggirnya kemudian seorang Badui datang menghampirinya dan menarik kain itu dengan tarikanyang sangat kuat, sampai aku melihat pada leher Rasulullah Saw. di mana tarikan itu sampai membekas karena kuatnya tarikan tersebut, kemudian ia berkata: "Wahai Muhammad perintahkanlah (kepada kaummu untuk membagikan kepadaku harta dari Allah yang ada dipadamu, kemudian Nabi Saw. meliriknya sambil tersenyumlalu beliau memerintahkan untuk diberikan bagian tertentu baginya"
(HR. Bukhari Muslim)

            Hadits yang diriwayatkan al-Qomah bin Wail dari bapanya r.a beliau bercerita kepadanya: Aku duduk bersama Nabi s.a.w., tiba-tiba datanglah seseorang membawa orang yang sedang diborgol lalu dia berkata: "Ya Rasulullah dia telah membunuh saudaraku kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki yang diborgol tersebut: "Apakah engkau telah membunuhnya?", "Ya saya membunuhnya". Jawabnya. Beliau berkata: "Bagaimana engkau membunuhnya?" Orang itu menjawab: "Aku bersamanya mengambil dedaunan dari pohon untuk makanan ternak, kemudian ia mencelaku hingga membuatku marah kemudian aku memukulnya dengan kapak tepat pada batang lehernya akhirnya dia mati...”
(HR. Muslim)

             “Apabila salah seorang diantara kalian marah maka hendaklah dia diam"
(HR. Ahmad)

Berdasarkan hadits-hadits di atas, Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita bagaimana cara untuk mengendalikan sifat marah, iaitu:

i.            Apabila sedang marah hendaknya duduk, jika tetap marah hendaknya berbaring
ii.            Diam, bersikap tenang dan meninggalkan tempat tersebut
iii.            Berwudhu
iv.            Solat
v.            Sedar ketika diingatkan untuk tidak marah
vi.            Mengetahui akibat buruk dan kesan sikap marah yang tidak terkawal
vii.            Sentiasa berdoa
viii.            Berzikir
ix.            Memahami dan mengetahui bahawa Allah SWT mengurniakan derajat yang tinggi dan kedudukannya istimewabagi orang dapat mengendalikan marah
x.            Istirahat yang cukup supaya tidak mudah marah


Di dalam bab ini, kajian ini banyak merujuk kepada maklumat-maklumat yang lepas bagi menyokong hujah-hujah yang dibincangkan iaitu bagaimana Barat mengurus emosi marah. Jurnal, artikel dan teks-teks ilmiah yang majoriti ditulis oleh sarjana Barat digunakan sebagai sumber maklumat di dalam bab ini. Hasil penelitian dan analisis ke atas maklumat lepas, kajian ini mendapati bahawa dunia Barat membahagikan beberapa pendekatan mengikut bidang kepakaran dalam aspek tertentu. Berikut disenaraikan beberapa bidang tersebut dan huraian bagi setiap bidang akan dijelaskan mengikut sub topik.

3.1.2    Pendekatan Falsafah (Philosophical Approach)

Pendekatan falsafah dalam mengurus marah adalah kaedah yang paling tua di dalam disiplin sains kognitif. Ia bermula daripada falfasah Greek kuno yang pada awalnya memperihalkan tentang alam dan kemudiannya kepada persoalan etika, politik dan keindahan (Jay Friedenberg & Gordon Silverman 2012). Ahli falsafah menggunakan teknik berfikir dengan pertanyaan persoalan-persoalan umpamanya tentang apakah itu minda? Bagaimana manusia mengetahui tentang sesuatu kejadian? Bagaimana otak menyusun atur maklumat dan pengetahuan?          Kajian ini mendapati bahawa, dunia Barat menggunakan pendekatan falsafah sebagai asas kepada pendekatan-pendekatan lain terumata sekali dalam aspek mengkaji tingkah laku manusia.

3.1.3    Pendekatan Psikologi (Psychological Approach)

Berbanding dengan pendekatan falsafah, pendekatan secara psikologi boleh dianggap sebagai baru dan ia muncul pada abad ke-19. Pendekatan psikologi ini adalah pendekatan yang mengaplikasikan kaedah sains ke atas otak dan fenomena yang berkaitan dengannya. Pada peringkat awal, ahli psikologi menggunakan kaedah eksperimen makmal untuk merekod dapatan kajian dalam bentuk katalog berkenaan dengan maklumat mengenai idea mental dan menyelidik pelbagai kapasiti mental seperti penglihatan dan tahap memori. Kini, ramai ahli psikologi mengaplikasikan pendekatan saintifik ke atas otak dan tingkah laku.  

3.1.4    Pendekatan Kognitif (Cognitive Approach)

Pendekatan kognitif secara umumnya mula diperkenalkan pada tahun 1960-an. Pendekatan psikologi secara koginitif memberi penekanan baru terhadap kajian operasi mental dalaman. Ahli sains dan sains sosial Barat mengaplikasikan komputer sebagai metafora untuk minda dan menerangkan bahawa minda berfungsi dari aspek perwakilan dan pengiraan. Mereka berpendapat bahawa, minda adalah seperti sebuah komputer, ia dapat difahami dari segi pemprosesan maklumat (Jay Friedenberg & Gordon Silverman 2012)
.
            Kini, ramai ahli psikologi di Barat menggunakan teknik kognitif sebagai terapi untuk menanggani perasaan marah terutama sekali dalam aspek tingkah laku anti-sosial, yang dipamerkan oleh seseorang individu seperti menjerit, memberontak, pencerobohan, memudaratkan diri sendiri, ketidakpatuhan, berbohong, mencuri ataupun sebarang masalah tingkah laku terutama sekali di kalangan remaja (McCart et al. 2006).

Metode koginitif ini telah mengalami evolusi apabila para saintis menjalankan pengumpulan data daripada pelbagai kajian lepas dan menggabungkannya untuk mencari jawapan yang tepat terutamanya dalam aspek psikologi dan perubatan dan kaedah ini dipanggil sebagai kaedah kognitif meta-analisis. Pendekatan meta analysis merupakan pendekatan terapi terapeutik yang popular yang telah digunakan untuk mendepani pelbagai masalah seperti skizofrenia, gangguan psikotik, kemurungan dan dysthymia, gangguan bipolar, gangguan keresahan, gangguan somatoform, gangguan makan, insomnia, gangguan personaliti, kemarahan dan keganasan, tingkah laku jenayah, tekanan umum, implikasi kerana kesan pengambilan ubat dan perubatan, sakit kronik dan keletihan, kesusahan yang berkaitan dengan komplikasi kehamilan dan hormon wanita, masalah kanak-kanak dan dewasa warga tua (Hofmann et al. 2012).

Para saintis Barat juga turut memperkemaskan teknik rawatan terhadap pesakit mental iaitu dengan mewujudkan kaedah terapi tele-sidang perubatan (telemedicine) untuk mengurus marah. Tele-sidang video ini  ini diperkenalkan sebagai salah satu kaedah untuk mengatasi masalah kepada pesakit yang menetap di tempat yang jauh dengan pusat terapi seperti di kawasan pedalaman, golongan yang mengidap penyakit kronik yang susah untuk bergerak dan juga golongan warga emas. Rawatan secara tele-sidang ini juga disediakan kepada bekas tentera Amerika Syarikat yang mengalami gangguan tekanan (posttraumatic stress disorder) selepas berkhidmat di Afghanistan, Vietman dan Iraq (Morland et al. 2010).

Untuk mengatasi permasalahan penderaan kanak-kanak terutamanya di Amerika Syarikat, wujudnya terapi khas yang disediakan untuk membantu ibu bapa supaya mereka boleh berfikir secara kognitif apabila berhadapan dengan tekanan supaya mereka menggunakan akal yang rasional untuk mengelakkan ibu bapa tersebut melepaskan kemarahan terhadap anak-anak dan sekaligus mengelakkan kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak. Berdasarkan kepada kajian yang lepas menujukkan bahawa kemarahan ibu bapa terutama dari golongan berpendapatan rendah adalah dikaitkan dengan faktor kemiskinan, ditambah pula dengan tingkah laku anak-anak yang nakal. Ini telah menyebabkan ibu bapa menghadapi kesukaran untuk mempertimbangkan kewajaran semasa mengenakan hukuman (Sanders et al. 2004).

Kaedah terapi secara kognitif ini juga turut diperluaskan penggunaannya di penjara untuk membimbing para banduan mengurus marah. Ini berikutan dengan kadar keganasan yang tinggi oleh banduan semasa mereka meringkuk di dalam penjara. Program pengurusan marah ini diperkenalkan kerana memenuhi hak pesalah jenayah untuk mendapatkan hak yang adil setanding dengan perkhidmatan kaunseling yang disediakan kepada masyarakat awam yang lain  (Trimble et al. 2015).

3.1.5    Pendekatan Neurosains (Neuroscience Approach)

Dunia Barat sangat menghargai penyelidikan sains dan teknologi. Menurut Eysenck dan Keane (Michael W. Eysenck & Mark T. Keane 2005), dengan adanya kemajuan sains dan teknologi, bermakna manusia kini mempunyai banyak kaedah baru untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang struktur dan fungsi otak. Dengan sains,  kini kajian boleh membuktikan sesuatu proses yang berlaku di dalam otak, pada bahagian otak yang mana sesuatu proses itu berlaku, dan bila proses tersebut berlaku. Maklumat tersebut boleh membolehkan pengkaji untuk menentukan bahagian otak yang menghantar mesej arahan, di  mana bahagian-bahagian berbeza otak menjadi aktif apabila seseorang melaksanakan tugas. Ia juga membolehkan ahli sains untuk mengenalpasti sama ada manusia bertindak akibat daripada dua tugasan yang melibatkan bahagian otak yang sama dengan cara yang sama, atau sama ada terdapat perbezaan di antara keduanya.

Konsep pendekatan neurosains secara asasnya ialah cuba menerangkan kronologi berdasarkan peristiwa pada bahagian otak di peringkat perlaksanaan. Ia cuba menjelaskan peranan otak sebagai “hardware” dan “software” secara biologi dan bagaimana otak itu berfungsi.  Sungguhpun begitu, Friedenberg et al.  (Jay Friedenberg & Gordon Silverman 2012) menyatakan bahawa terdapat banyak peringkat dan skala tertentu untuk menerangkan fungsi otak dan tidak terdapat lagi pembuktian sains secara tepat dan jelas bahagian otak yang manakah yang  memproses maklumat secara kognitif. 

Rajah 1 : Empat Bahagian Daripada Cerebrals Cortex Di Hemisfera Kiri
Sumber: Gazzaniga et al. (Gazzaniga, M.S., Ivry, R., & Mangun 1998)


            Perkembangan kaedah neurosains ini banyak bergantung kepada perkembangan teknologi baru. Para saintis neurosains menggunakan pelbagai metode untuk mengukur bagaimana otak itu berfungsi. Ini termasuk positron pelepasan tomografi, berkomputer paksi tomografi dan pengimejan reasonance magnet (Jay Friedenberg & Gordon Silverman 2012).

Daripada pendekatan yang dinyatakan di atas, terdapat juga pendekatan lain yang diguna pakai oleh dunia Barat umpamanya Pendekatan Evolusi (Evolutionary Approach), Pendekatan Emosi (Emotiotion Approach), Pendekatan Sosial (Social Approach), Pendekatan  Kepintaran Buatan (Atificial Intelligence Approach) dan Pendekatan Robotik (Robotic Approach). Namun kajian ini tidak membincangkannya kerana mendapati bahawa pada masa kini pendekatan terapi secara kognitif paling banyak digunakan di Barat untuk mengurus emosi marah.


4.1       Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bab ini akan menganalisis perbandingan dua pendekatan bagaimana mengurus marah daripada perspektif Barat dan Islam.  Tujuan penyelidik menganalisis perbezaan di antara pendekatan Islam dan Barat adalah untuk memperjelaskan sama ada terdapat perbezaan ataupun persamaan mengurus marah daripada konteks Islam dan Barat.

            Hasil analisis berdasarkan kajian lepas, kajian ini mendapati bahawa pendekatan Barat dalam mengurus marah adalah bersifat kajian yang berterusan ke atas manusia dalam menghadapi situasi tertentu. Umpamanya bagi pesakit yang mengalami masalah mental, pesakit akan dikaji bagi menentukan kaedah terapi yang sesuai untuk mereka menerima kaunseling dan khidmat nasihat. Banyak kaedah yang digunakan untuk membantu pesakit mental mengenalpasti masalah mereka dengan mengajukan soalan-soalan supaya minda pesakit boleh berfikir secara kognitif agar mereka menggunakan fikiran dengan waras untuk mengurus marah (Coon et al. 2003)


            Kaedah Barat banyak bergantung kepada kajian saintifik untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan terapi ke atas pesakit mental (Dalton 2007). Setiap pesakit yang mengalami kemurungan akan dicatat setiap kali pertemuan seperti perubahan dan tindakbalas. Setiap catatan akan direkod dan rekod tersebut akan menunjukkan trend. Trend ini akan digunakan untuk memperbaiki sistem sedia ada dan mempertingkatkan dalam aspek penambahbaikan terapi. 

Kajian ini juga berpendapat bahawa kaedah mengurus marah di dunia Barat bukan sahaja mementingkan sains malahan juga bersifat klinikal dan juga berorentasikan sains sosial. Marshall dan Cooper (1976) di dalam (Sarason 2005) menyatakan jika tekanan tidak diatasi akan timbul banyak masalah kesihatan dan penurunan aktiviti harian. Malah, stres memberi kesan terhadap fisiologi, psikologi dan tingkahlaku. Antara kesan fisiologi adalah menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang dan lemah jantung. Kesan psikologinya pula adalah mudah muntah hilang semangat motivasi dan sebagainya. Manakala kesan terhadap tingkah laku adalah seseorang itu akan merasa mudah marah dan tidak melakukan kerja dengan sempurna. Manakala dalam bidang sains sosial juga banyak kajian lepas telah dibuat berkenaan dengan teknik pengurusan tekanan dicadangkan telah diubah di seluruh spektrum yang luas pendekatan, daripada menguruskan persekitaran kerja untuk mengurangkan sumber luar tekanan untuk menguruskan faktor intrapersonal individu (C. Mimura & P. Griffiths 2003)

            Manakala pendekatan Islam pula banyak menekankan aspek rohani dalam mengurus stress (Sham 2005) termasuklah emosi marah. Selain daripada pendekatan rohani seperti berzikir, solat (Nor Azah Abdul Aziz 2011), mengambil wuduk, berbaring, aktiviti senaman juga boleh mengurangkan stress (Syed Salim et al. 2010). Selain itu, kawalan diri yang tinggi juga membantu seseorang individu untuk mengurus emosi terutama ketika berinteraksi di tempat kerja juga boleh mempertingkatkan harga diri dan imej Islam (Syed Zakaria & Yahaya 2006).

            Islam juga turut mempunyai pendekatan sufi dalam mengurus marah terutamanya pembersihan hati melalui amalan-amalan perjalanan alam rohani untuk mencapai kesempurnaan jiwa. Peringkat tertinggi dalam alam rohani ialah kesempurnaan jiwa. Kesempurnaan jiwa itu tercapai apabila sifat-sifat mazmumah (sifat tercela) dihapuskan dan mewujukan sifat-sifat mahmudah. Oleh sebab itu, amalan zikir merupakan amalan harian yang diutamakan  dalam pendekatan sufi ke atas ahli sufi. Untuk mencapai kesempurnaan jiwa, seseorang ahli sufi perlu melalui perjalanan rohani dengan ilmu yang bersumberkan al-Qur’an dan as-Sunnah (Awang 2014).  

Selain itu, jiwa manusia sentiasa diuji dan salah satu ujian ialah perasaan marah. Dalam keadaan marah, umat Islam tidak boleh lari dari mengingati Tuhan atau berzikir untuk mendapat ketenangan hati kerana berzikir adalah salah satu cara mengingati Allah SWT sama ada dengan lidah mahupun hati seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Qur’an, surah (ar-Ra’d 13: 28):

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.

Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Kepelbagaian bentuk zikir yang telah dicatatkan dalam al-Qur’ān dan hadith dan telah disusun oleh para ulama perlu diamalkan dengan tertib dan berterusan. Sebutan yang betul dan memahami makna zikir juga patut di titik beratkan. Di kalangan ahli tariqat pula, mereka mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam mempraktikkan zikir ini seperti amalan zikir jahar (nyaring) dan amalan zikir sirr (perlahan).

Islam mempunyai kaedah tersendiri untuk menghadapi stress. Stres merupakan fenomena yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia. Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres kerana stres amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor kekeluargaan, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak. Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Stres yang sederhana mampu memberi motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stres yang berlebihan adalah merosakkan (Siti Noorsyafenas Safe & Ahmad Yunus Bin Mohd Nor 2016). Tekanan hidup akibat peperangan juga turut memberi kesan kepada emosi marah. Maka, umat Islam ada sumber yang diwarisi daripada junjungan besar Rasulullah s.a.w iaitu al-Qur’an dan as-sunnah.

Namun begitu terdapat perubahan dikalangan umat Islam dalam mengurus marah terutama bagi golongan yang terpaksa berhijrah ke negara-negara Barat akibat tekanan yang dihadapi semasa di negara sendiri seperti berhijrah ke Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah (Abdelzaher, Latheef & Abdelzaher 2017). Apabila berhijrah ke negara baru, golongan ini juga mengalami tekanan bukan sahaja dalam aspek perundangan seperti mendapatkan permit, visa dan sebagainya malah dibebani juga dengan isu silang budaya (cross cultural) umpamanya tidak dibenarkan menutup aurat, makan dengan menggunakan tangan, merotan anak-anak yang enggan solat dan sebagainya.  

Daripada kedua-dua pendekatan Barat dan Islam dalam menggurus marah, kajian ini mendapati memang terdapat perbezaan yang signifikan di antara keduanya. Walau bagaimanapun, Islam tidak menolak kemajuan sains yang dipelopori oleh dunia Barat. Maka, kajian ini berpendapat bahawa umat Islam boleh menggunakan pendekatan Barat dalam mengurus marah selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Kajian ini turut mendapati bahawa terdapat pakar motivasi, golongan pendidik dan golongan professional di Malaysia antaranya seperti Dato’ Dr Fadhilah Kamsah, Profesor Dato’ Dr Mohd Yusuf bin Othman, Profesor Dr Abdul Latif Samian, Profesor Dr Khairul Anwar @ Johari Mastor, Pahroh Mohamad Juoi dan Profesor Dr Muhaya Mohamad mengaplikasikan pendekatan Barat dan Islam di dalam program motivasi, penulisan dakwah dan kajian mereka. 

 



5.1       Kesimpulan

Sifat marah ini seumpama sebilah pedang. Sekiranya ia digunakan pada jalan yang benar dan betul, maka benar dan betullah kesan dan pengamalannya. Tetapi sekiranya ia digunakan pada jalan yang tidak benar sehingga tidak terkawal dan seumpamanya, maka ia akan merosakkan diri sendiri dan manusia yang berada di sekeliling kita. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh ikutan yang terbaik, dalam marahnya nabi ada dakwah dan teladan,dalam merahnya wajah Nabi s.a.w masih tetap ada kebenaran daripada segi tindakan dan perkataannya. Tiada contoh yang terbaik melainkan contoh daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w seperti mana sabda baginda s.a.w:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Tidaklah aku diutuskan kepada manusia melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang baik kepada manusia”.

Setiap manusia harus peka dengan persekitaran sekeliling dan mengkaji hubungan kompleks yang wujud antara kemarahan dan emosi serta antara kemarahan dan lain-lain tingkah laku, faktor pencetus kemarahan dan nilai-nilai. Pertama sekali, jika seseorang individu mempunyai semangat yang kuat, nilai-nilai yang tinggi, moral, etika dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidup, maka individu tersebut mempunyai pengaruh yang besar pada emosi marah dan mungkin mempunyai tingkah laku agresif. Sebaliknya, jika kemarahan individu tersebut berada pada tahap yang rendah, maka kemungkinan besar ia boleh menjadi penghalang untuk mencapai cita-citanya terutama dalam aspek tingkah laku bagaimana untuk bertindak. Emosi marah memang bersifat universal, namun punca dan faktor penyebabnya adalah berbeza. Malah, kesan daripada perasaan marah juga bergantung kepada tindakan yang didorong oleh panas hati seseorang. Marah adalah seumpama sebilah pisau yang jika tidak digunakan dengan bijak, ia akan membawa kesan buruk kepada manusia. Oleh yang sedemikian, manusia harus bijak mengurus marah.




Rujukan


Al-Qur’an

Abdelzaher, D., Latheef, Z. & Abdelzaher, A. 2017. Recovering from conflict and uncertainty post Arab Spring. International Journal of Conflict Management, 28(2), 222–244. doi:10.1108/IJCMA-02-2016-0005

Al-alBani, M. N. 2003. Ringkasan Shahih Bukhari. Jakarta: Gema Press.

Anon. 2013, September 13. Paderi kontroversi mahu bakar al-Qur’an ditahan. Utusan Malaysia,. Kuala Lumpur. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130913/lu_05/Paderi-kontroversi-mahu-bakar-al-Quran-ditahan

As-Sa‘id, K. 2005. Kitab Mawaaqif Ghadhiba fiihan Nabiyyu Shallallahu Alaihi Wa Sallam. Bogor: Pustaka Ibnu Katsir.

Awang, R. 2014. Anger Management: A Psychotherapy Sufistic Approach. Research Journal of Biological Sciences, 9(1), 13–15.

C. Mimura & P. Griffiths. 2003. The effectiveness of current approaches to workplace stres management in the nursing profession: an evidence based literature review. Journal of Occupational and Environmental Medicine,.

Coon, D. W., Thompson, L., Steffen, A., Sorocco, K. & Gallagher-Thompson, D. 2003. Anger and Depression Management: Psychoeducational Skill Training Interventions for Women Caregivers of a Relative With Dementia. The Gerontologist, 43(5), 678–689. doi:10.1093/geront/43.5.678

Dalton, R. 2007. Referrals for anger management groups: identifying suitability. The British Journal of Forensic Practice, 9(2), 24–31. doi:10.1108/14636646200700010

Fakhir ‘Akil. 1985. Mu‘jam ‘ilm al-nafs. Beirut: Dar al-‘Ilm Lil-Ma-layin.

Gazzaniga, M.S., Ivry, R., & Mangun, G. . 1998. Cognitive Neuroscience: The Biology of the Mind hlm.3rd Edisi . New York: W.W. Norton.

Hofmann, S. G., Asnaani, A., Vonk, I. J. J., Sawyer, A. T. & Fang, A. 2012. The efficacy of cognitive behavioral therapy: A review of meta-analyses. Cognitive Therapy and Research, 36(5), 427–440. doi:10.1007/s10608-012-9476-1

Imam Al-Ghazali. 2009. Ihya Ulumuddin. Shah Alam: Illuison Network Sdn Bhd.

Jay Friedenberg & Gordon Silverman. 2012. Cognitive Science hlm.2nd Edisi . Thousand Oaks, California: SAGE Publications Inc.

Kamus Dewan. 2013. hlm.4th Edisi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

McCart, M. R., Priester, P. E., Davies, W. H. & Azen, R. 2006. Differential effectiveness of behavioral parent-training and cognitive-behavioral therapy for antisocial youth: A meta-analysis. Journal of Abnormal Child Psychology, 34(4), 527–543. doi:10.1007/s10802-006-9031-1

Michael W. Eysenck & Mark T. Keane. 2005. Cognitive Psychology : A Student’s Handbook. East Sussex, England: Psychology Press Ltd.

Morland, L. A., Greene, C. J., Rosen, C. S., Foy, D., Reilly, P., Shore, J., He, Q. et al. 2010. Telemedicine for anger management therapy in a rural population of combat veterans with posttraumatic stress disorder: A randomized noninferiority trial. Journal of Clinical Psychiatry, 71(7), 855–863. doi:10.4088/JCP.09m05604blu

Nor Azah Abdul Aziz. 2011. Kaedah Menangani Stres dengan Solat. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 1–10.

Nurulanuar Mansor. 2017, May 18. Mahu tegur, minta hormati tuan rumah. Utusan Malaysia,. Kuala Lumpur. Retrieved from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-mahu-tegur-minta-hormati-tuan-rumah-1.483032

Salleh, M. R. 2010. Pengendalian Stress Dan Kebimbangan: Penialain Kognitif Dan Tingkah Laku. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sanders, M. R., Pidgeon, A. M., Gravestock, F., Connors, M. D., Brown, S. & Young, R. W. 2004. Does parental attributional retraining and anger management enhance the effects of the Triple P-Positive Parenting Program with parents at risk of child maltreatment? Behavior Therapy, 35(3), 513–535. doi:10.1016/S0005-7894(04)80030-3

Sarason, C. D. S. & I. G. 2005. Stress and emotion. Anxiety, anger and curiosity. New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Sham, F. M. 2005. Tekanan Emosi Remaja Islam. Islamiyyat, 27(1), 3–23.

Siti Noorsyafenas Safe & Ahmad Yunus Bin Mohd Nor. 2016. Pengurusan Stress Menurut Al-Quran dan Hadith. Al-Hikmah, 8(1), 3–18.

Syed Salim, S. S., Nasir, R., Salim, S. S. S. & Nasir, R. 2010. Kesan Kecerdasan Emosi ke atas Tekanan Kerja dan Niat Berhenti Kerja Profesyen Perguruan. Jurnal e-Bangi, 5(1), 53–68.

Syed Zakaria, S. A. (USM) & Yahaya, A. S. (USM). 2006. Tinjauan tentang reaksi emosi di tempat kerja: satu aspek pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Jurnal Teknologi, 44, 1–11.

Trimble, T. J., Shevlin, M., Egan, V., O’Hare, G., Rogers, D. & Hannigan, B. 2015. An evaluation of a brief anger management programme for offenders managed in the community using cross-lagged panel models. Journal of Criminal Psychology, 5(2), 124–136. doi:10.1108/JCP-02-2015-0006





No comments:

Post a Comment