السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ قَالَ:
أَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلٌ فَقَالَ: يَا
مُحَمَّدُ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا فَبَابٌ
نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ. قَالَ:(( لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْباً مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ )). ]رواه أحمد[
Daripada ‘Abdullah bin Busr katanya: Seorang lelaki telah
datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya
syari’at-syari’at Islam telah banyak kepada kami, maka berilah kami suatu kaedah
yang kami dapat berpegang teguh dengannya. Baginda
bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”
[HR Ahmad]
Pengajaran hadith:
1.
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh orang-orang yang
beriman supaya sentiasa berzikir kepada-Nya dengan zikir yang banyak, dan
memuji-Nya dalam setiap keadaan. Firman Allah Ta’ala yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk
bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta
sebutan yang sebanyak-banyaknya.” [Al-Ahzab: 41]
Dalam ayat lain, Allah berfirman yang
bemaksud: “… Dan orang-orang lelaki yang
menyebut nama Allah dengan banyak serta
orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah dengan banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar.” [Al-Ahzab: 35].
Firman Allah Ta’ala juga yang maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring...” [Ali
Imran: 191]
2.
ZikruLLah dapat menenangkan jiwa dan meringankan beban
kerja yang berat, sebagaimana zikir yang di ajar oleh Rasullah SAW kepada
anaknya Fatimah tatkala Fatimah meminta khadim untuk membantunya dalam mengurus
rumahtangganya. Tetapi baginda meminta agar Fatiman selalu membaca zikir setiap
kali sebelum tidur yang mana zikir ini lenih baik daripada khadim. [Maksud
hadis sohih]
3.
Daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah SAW pernah
melalui sebuah bukit yang dinamakan sebagai ‘Jumdan’. Lalu baginda bersabda: “Berjalanlah melalui bukit ini, sesungguhnya
golongan al-Mufarridun telah mendahului.” Mereka bertanya: Siapakah
golongan al-Mufarrridun itu ya
Rasulullah? Baginda bersabda: “Mereka itu
adalah orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang banyak berzikir
(mengingati) kepada Allah.” [HR Muslim]
4.
Golongan Al-Mufarridun
dan al-Sabiqun yang disebutkan
oleh Nabi SAW di dalam hadith tersebut ialah orang yang sentiasa berzikir
kepada Allah, merasa seronok dan tehibur dengan berzikir kepada Allah.
5.
Kata Umar bin ‘Abdul ‘Aziz pada malam ‘Arafah ketika
hendak bertolak ke Muzdalifah: Bukanlah orang yang mendahului pada hari ini
(dikira) dari segi untanya berada di hadapan, tetapi orang yang mendahului itu
ialah orang yang diampunkan dosanya oleh Allah.
6.
Daripada ‘A’ishah, katanya: Adalah Rasulullah SAW
sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya. [HR Muslim] Maknanya:
Baginda sentiasa mengingati Allah ketika berdiri, berjalan, duduk dan ketika
berbaring, sama ada ketika berada dalam keadaan thaharah (suci) atau ketika berhadas.
7.
Kata Ibnu Mas’ud ketika menafsirkan firman Allah
Ta’ala: “… bertaqwalah kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa …” [Ali Imran: 102] Katanya: Hendaklah Dia
ditaati, bukan diderhakai. Dan hendaklah Dia diingati, bukan dilupakan. Serta
hendaklah Dia disyukuri, bukan diingkari. [Riwayat Hakim secara marfu’]
8.
Kata Zayd bin Aslam: Musa – alayhissalam – berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah
memberikan nikmat yang sangat banyak kepadaku. Maka tunjukkanlah aku sesuatu
amalan supaya aku dapat bersyukur kepada Engkau dengan sebanyak-banyaknya.
Allah berfirman: Berzikirlah kepada-Ku dengan sebanyak-banyaknya. Maka apabila
engkau mengingati Aku dengan banyak, sesungguhnya engkau telah mensyukuri-Ku.
Dan apabila engkau melupakan Aku, sesungguhnya engkau telah mengingkari-Ku.
9.
Kata al-Rabi’ bin Anas,
daripada sesetengah para sahabatnya: Tanda seseorang itu cinta kepada Allah
ialah dia banyak mengingati Allah, kerana sesungguhnya engkau sekali-kali tidak
akan mencintai sesuatu melainkan engkau banyak mengingatinya.
10. Kata Fathul Mushalli: Seseorang yang mencintai Allah tidak akan lalai
daripada berzikir kepada-Nya walaupun sekelip mata. Kata Zu al-Nun: Barangsiapa
yang hati dan lidahnya sentiasa sibuk dengan berzikir kepada Allah, Allah akan
mencampakkan cahaya kerinduan ke dalam hatinya (rindu kepada Allah).
11. Kata Ka’ab:
Sesiapa yang banyak berzikir kepada Allah, dia telah bersih daripada sifat
munafik. Barangsiapa yang tidak banyak berzikir kepada Allah, maka
tidak ada padanya nilai-nilai iman. Ini sesuai dengan maksud firman
Allah ta’la:
142. Sesungguhnya orang-orang munafik
itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura
beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu
daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula
apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya
bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
[Al-Nisa’:142]
12. Allah Azza
Wajalla mengingatkan orang-orang yang beriman agar mereka tidak di lalaikan
oleh anak-anak dan harta benda daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang di
lalaikan oleh anak isteri dan harta benda daripada mengingati Allah maka itulah
orang yang rugi dunia dan akhirat. Firman Allah ta’ala yang bermaksud:
9. Wahai orang-orang Yang beriman!
janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu
daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah),
sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. [Al-Munafiqun:9]
13. Sebahagian sahabat Ibrahim bin Adham yang tidur di sisinya berkata:
Setiap kali aku bangun pada waktu malam, aku akan mendapati Ibrahim bin Adham sedang
berzikir kepada Allah. Lalu aku pengsan, kemudian (setelah sedar) aku akan mengucapkan
takziah kepada diriku sendiri dengan membaca ayat: “Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.”
[Al-Ma’idah: 54]
14. Kata Malik bin Dinar: Tidak ada sesuatu kelazatan pun yang dapat
menyamai kelazatan berzikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla pada orang-orang yang
beriman.
15. Adalah Abu Muslim al-Khulaniy banyak berzikir kepada Allah. Apabila
sebahagian manusia melihatnya, ia
mengingkari perbuatan Abu Muslim tersebut lalu berkata kepada
sahabat-sahabatnya: Adakah sahabat kamu ini seorang yang gila? Tatkala Abu
Muslim mendengarnya, beliau berkata: Tidak wahai saudaraku, akan tetapi inilah
ubat bagi mengubati penyakit gila.
16. Orang-orang yang mencintai Allah tidak akan merasa senang jika ada
sebarang perkara yang dapat menyibukkannya daripada berzikir kepada Allah.
Begitu juga tidak ada sesuatu pun yang lebih dia cintai daripada dapat
bersendirian dengan kekasihnya (Allah).
17. Kata ‘Isa – ‘alayhissalam: Wahai sekalian al-Hawariyyun! Perbanyakkanlah
perbualan kamu dengan Allah, dan kurangkanlah perbualan kamu dengan manusia.
Mereka bertanya: Bagaimanakah caranya supaya kami dapat perbanyakkan perbualan
dengan Allah? ‘Isa berkata: Bersendirianlah kamu dengan bermunajat kepada-Nya
dan berdoa kepada-Nya.
18. Firman Allah juga: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu
berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” [Al-Nisa’: 103] Iaitu solat
ketika dalam keadaan takut (peperangan). Kerana itu Allah berfirman: “Kemudian
apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah
sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).”
19. Allah Ta’ala juga berfirman dalam surah al-Jumu’ah: “Kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” [Al-Jumu’ah: 10] Allah
memerintahkan keseluruhannya, iaitu mencari kurniaannya dan jangan sekali-kali
lupa untuk memperbanyakkan berzikir
kepada-Nya.
20. Kata Abu Ubaydah bin Abdullah bin Mas’ud: Selagi mana hati seseorang
itu berzikir kepada Allah, maka ia sebenarnya berada di dalam solat, tidak
kiralah sama ada ia berada di pasar atau di mana-mana. Dan sekiranya dia
menggerakkan kedua-dua bibirnya, maka itu adalah lebih afdal.
Faedah:
1. Kesan daripada hati yang sentiasa berzikir kepada Allah ialah hati-hati
mereka akan gementar dan rasa takut
kepada Allah sehingga mata mereka mengalir air mata. Mereka juga di ketika
menhadapi apa-apa masalah kehidupan mereka akan menghadapi dengan hati yang
tenang dan sabar. Firman Allah ta’ala yang maksud:
2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya)
ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah
hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan
mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
[Al-Anfal: 2]
Firman Allah ‘Azza wa Jalla dalam menyifatkan
ciri-ciri orang yang bertaubat kepada-Nya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” [Al-Ra’d: 28]
Apabila
seorang pencinta mendengar nama orang yang dicintainya, pasti kegembiraannya
akan membuak-buak dan rasa gelisahnya akan berganda-ganda. Sabda Nabi SAW
kepada Ibnu Mas’ud: “Bacakanlah Al-Qur’an kepadaku.” Ia berkata: Adakah
patut aku membacakannya kepada engkau sedangkan Al-Qur’an itu diturunkan kepada
engkau? Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada
selainku.” Lalu Ibnu Mas’ud membacanya, dan Nabi SAW mengalirkan air mata.
[Muttafaqun ‘alayh]
Orang yang
selalu mengingati Allah juga termasuk dalam salah satu golongan yang dijanjikan
oleh Allah, yang akan dinaungi dengan naungan Allah pada hari yang tiada
naungan melaikan naungan-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “(Antaranya
ialah) Seseorang yang bersendirian mengingati Allah, lalu dia mengalirkan air
mata.”
2. Kita telah mengetahui bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla telah mewajibkan
ke atas para Muslimin dan Muslimat untuk mengingati-Nya setiap hari lima kali,
dengan menunaikan solat lima waktu. Dan disunatkan juga untuk berzikir selepas
solat yang tiada solat sunat selepasnya, iaitu: Solat Subuh dan Asar, dan
disyara’kan untuk berzikir selepas solat Subuh hingga terbitnya matahari, dan
selepas solat Asar hingga terbenamnya matahari. Dua waktu ini adalah waktu yang
paling afdal untuk berzikir, kerana itulah Allah SWT telah berfirman di dalam
Al-Qur’an: “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintah-Nya), dan dengan
tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau
menjadi dari orang-orang yang lalai.” [Al-A’raaf: 205]
Solat
Subuh dan Asar juga termasuk daripada solat Al-Bardan (sejuk), iaitu
sesiapa yang menjaga kedua-duanya, dia akan masuk ke dalam syurga.
syukran atas ilmunya..mohon dikogsi :)
ReplyDeleteJazakhallah khair. Sesungguhnya ini yang amat diperlukan
ReplyDeleteMohon berkongsi untuk diamalkan