السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام
على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه
بإحسان إلى يوم الدين.
Pengertian I'dilfitri:
I'du : Daripada perkataan عَادَ
يَعُوْدُ عِيْداً , yang bermakna kembali.
Al Fitr : Fitrah semulajadi kejadian manusia. Iaitu
bersih dari segala dosa dan tunduk sepenuhnya kepada kehendak Tuhannya.
I'dil fitr : Ialah
kembali semula kepada fitrah semulajadi manusia yang bersih daripada segala
dosa-dosa dan tunduk sepenuhnya kepada Tuhannya.
Kenapa orang beriman gembira dengan hari raya?
Orang yang beriman berhak untuk bergembira pada hari raya kerana
mereka berjaya membersihkan diri mereka dari segala dosa-dosa yang dilakukan
selama ini melalui ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan mereka juga
berjaya kembali semula kepada Tuhan mereka dengan menundukkan hawa nafsu
mereka kepada kehendak Tuhan mereka melalui pelaksanaan semua perintah dan larangan Allah dalam kehidupan mereka.
Hari raya bagi umat Islam hanyalah tiga
Iaitu : Hari raya i'dil
fitr, hari raya i'dil adha dan hari raya bagi setiap minggu iaitu hari jumuat.
Tidak harus sama sekali umat Islam menyambut apa-apa perayaan selain dari tiga
perayaan ini. Ini termasuklah menyambut hari lahir seseorang. Nabi – sallallahu alayhi wasallam-
adalah manusia paling mulia dan makhluk yang agung tetapi baginda tidak pernah
menyambut hari lahirnya.
Amalan-amalan sunat pada hari raya
1.
Bertakbir :
Bermula dari waktu tenggelam matahari hari terakhir Ramadhan sehingga mula
solat I'dilfitr..
2.
Makan 3 biji kurma
atau angka yang ganjil 5 atau 7 atau 9
sebelum pergi solat hari raya.
Dari Anas –radiyallahu anhu- Adalah Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- tidak akan pergi pada hari raya al fitri sehingga baginda makan beberapa biji
kurma. [HR al-Bukhari]
Dalam riwayat lain : Dan baginda makannya
secara berasingan (satu-satu).
Dalam riwayat lain: …..dan baginda makannya
ikut bilangan ganjil. [HR al-Bukhari]
3.
Sunat dan amat di
galakkan semua umat Islam keluar ke musalla atau masjid pada hari raya
samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu
yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan
nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang di sampaikan di samping bertujuan
menunjukkan kekuatan umat Islam di hadapan musuh mereka.
Dari Ummu A'tiyyah –radiyallahu anha- telah
berkata : Kami telah di perintah (oleh Rasulullah s.a.w.) agar mengeluarkan
semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya, agar mereka
dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat-nasihat umat Islam. [Muttafaqun alay]
4. Antara hikmah di sunatkan
keluar beramai-ramai ialah agar kita menunaikan
tanggungjawab sosial iaitu memerhati dan mengambil berat tentang orang
lain. Pada hari raya kita dapat tahu siapa yang susah hidupnya melalui
pakaiannya. Mereka ini perlu di beri bantuan sosial.
5.
Di sunatkan solat
dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai
termasuklah kanak-kanak. Nabi –
sallallahu alayhi wasallam-. dan khulafa al-Rasyidin
solat hari raya di padang kecuali apabila hujan, maka baginda dan para sahabat
solat di masjid nabawy..
6.
Di sunatkan bagi
makmun pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas
terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar
orang Islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan.
Dari
Ali- radiyallahu anhu- telah berkata: Antara sunnah ialah keluar untuk solat
hari raya berjalan kaki. [HR Al-Tirmiziy]
7. Di sunatkan pergi ke tempat solat
dan pulang melalui jalan yang berbeza.
Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya
lebih banyak dan ada di tempat yang berbeza dan setiap kesan tapak kaki ini akan menjadi
saksi kepada tuannya atas amalan kebaikannya di akhirat nanti. Begitu juga
antara hikmahnya ialah agar ia dapat memberi salam dan berdoa kepada orang yang
lebih ramai apabila melalui jalan yang berbeza setiap kali berjumpa di jalan.
Dari
Jaabir –radiyallahu anhu- Adalah Rasulullah- –sallallahu alayhi wasallam-
apabila hari raya, baginda pergi dan pulang di jalan yang berbeza. [HR
Al-Bukhari]
8.. Antara zikir yang di baca di antara
takbir-takbir di dalam solat hari
raya berdasarkan hadith yang sohih ialah
:
اَللهُ
أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
وَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسْلِيمًا
كَثِيرًا
Maksudnya: Allah yang Maha Besar dengan
kebesaran-Nya yang agung, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang
banyak, Maha suci Allah di waktu pagi dan petang, dan Allah telah berselawat ke atas baginda
sallallahu alayhi wasallam-dan telah mensejahterakannya dengan kesejahteraan
yang banyak.
[HR Muslim (sehingga sebelum selawat)]
9. Di sunatkan memberi ucapan tahniah pada hari raya kepada
sesiapa yang di jumpai dengan ucapan : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَmaksudnya : Semuga Allah menerima (segala
amalan) dari kami dan (amalan) dari kamu.
10. Tidak mengapa berhibur atau berseronok pada hari raya
sekiranya hiburan itu tidak melampau, tidak ada pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan dan tidak melalaikan daripada tanggungjawab kepada Allah azza
wajalla. Ini kerana pernah berlaku pada zaman Rasulullah- sallallahu alayhi
wasallam- orang-orang Habsyah bermain pedang di dalam masjid Nabi – sallallahu
alayhi wasallam-. pada hari raya dan A'isyah –radiyallahu anha- menontonnya
di sebelah baginda – sallallahu alayhi wasallam-.
11. Adapun amalan ziarah kubur pada hari raya, ia bukanlan
sunnah Nabi – sallallahu alayhi wasallam- dan tidak pernah juga di
lakukan oleh para sahabat. Nabi – sallallahu alayhi wasallam- hanya
membenarkan umatnya menziarahi kubur kerana satu tujuan sahaja iaitu untuk
mengingatkan umatnya kepada kehidupan akhirat. Baginda pernah menziarahi kubur
di waktu malam dan menangis apabila menziarahi kubur ibunya yang menyebabkan
sahabat yang ada bersama baginda turut menangis.
Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam-: Sesungguhnya
aku pernah melarang kamu daripada
menziarahi kubur, maka sekarang ziarahi ia agar (ziarah kubur itu) dapat
mengingatkan kamu kepada kehidupan akhirat. [Hadith sohih- Riwayat al-Nasae'i,
al-Tirmiziy, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
Ini di tambah dengan perbezaan pendapat ulama
tentang hukum ziarah kubur bagi wanita. Pendapat tiga mazhab , al-Syafe'i,
Maliki dan Hanbali adalah makruh. Manakala mazhab Hanfi adalah haram
berdasarkan hadith sohih : Sesungguhnya Nabi – sallallahu alayhi wasallam-
melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. [HR Ahmad, al-Tirmiziy dan
Ibn Hibban]
Amalan sehari di hari raya boleh menghapuskan
pahala puasa sebulan
1.
Melewatkan solat
subuh di pagi raya. Ini adalah sifat munafiq iaitu berat dan malas untuk solat
subuh berjemaah di masjid.
Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam-
Solat yang paling berat bagi orang munafiq ialah solat Isyak dan solat
Fajar, dan jikalau mereka mengetahui (kebaikan dan kelebihan solat
berjamaah) pada kedua-duanya, sudak pasti mereka akan
mendatang kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak.
[Muttafaqun alay]
2.
Memakai pakaian
yang cantik dan baru kerana riya'. Seharusnya memakai baju baru di hari raya
hanya semata-mata kerana Allah dan
kerana ia adalah sunat
3.
Mendedah aurat
bagi wanita di hadapan lelaki yang bukan muhram walaupun berada di dalam rumah..
Mendedah aurat bagi wanita khususnya adalah petanda yang jelas bahawa puasa mereka
selama sebulan tidak menghasilkan sifat taqwa dan tidak di terima oleh Allah.
4.
Bergaul bebas
antara lelaki dan wanita yang bukan muhram seperti duduk berdua-duaan atau
keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhram.
5.
Bersalaman antara
lelaki dan wanita yang bukan muhram, seperti antara sepupu, adik ipar lelaki
dengan kakak ipar atau sebaliknya.
6.
Makan terlalu
banyak sehingga mengantuk dan solat tidak kyushuk.
7.
Hiburan yang
melampau sehigga melalaikan kita dari melaksanakan tanggungjawab kepada Allah
yang Maha Agong.
8.
Melewatkan solat
lima waktu dengan alasan menziarahi sanak saudara atau terlalu kepenatan dan
kekenyangan.Allah yang
memerintahkan kita menyambut hari raya dan saling menziarahi untuk menguatkan
hubungan silaturrahim dan Allah juga yang memerintahkan kita solat tepat pada
waktunya. Ini kerana amalan pertama dan utama yang akan di hisab di akhirat
nanti ialah solat buka ziarah atau kemeriahan hari raya.
Tanda-tanda puasa
di terima:
1.
Suka pergi ke
masjid dan sentiasa menjaga solat berjamaah lima waktu di masjid. Ini kerana kelebihan
pahala solat berjemaah adalah 27 dibanding dengan solat berseorangan. Orang
yang berjaya dalam ujian puasa akan menjadi orang yang cerdik dan akan mengutamakan ganjaran pahala 27
berbanding satu.
2.
Selalu membaca dan
mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap
muslim di dunia dan penyelamat kepada setiap muslim di akhirat.
Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi
wasallam- : Bacalah al-Quran, maka seseungguhnya ia akan datang pada
hari qiamat untuk memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal
dengannya. [HR Muslim]
3.
Sentiasa menjaga
solat sunat rawatib 12 rakaat. Dari Ummu Habibah –radiyallahu anha-
telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam-
berkata: Barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan malamnya maka
akan di bina untuknya sebuah istana di syurga. [Riwayat Muslim-728]
Dalam riwayat al-Tirmiziy (seperti hadith di
atas) dan di tambah: Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zohor,
dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum
fajar. [Riwayat al-Tirmiziy-415]
4.
Terus melakukan solat
sunat witir setiap malam. Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi
wasallam-: Sesungguhnya Allah
telah menambahkan kepada kamu dengan solat yang ianya lebih baik dari unta yang
merah (harta yang paling mahal), kami bertanya: Apa dia wahai Rasulullah? Jawab
Baginda: "Witir", iaitu apa yang (dilakukan) di antara solat isyak
dan terbir fajar.
[Riwayat Abu Daud-1418, al-Timiziy-452, Ibn
Majah- 116]
5.
Meninggalkan
larangan-larangan yang biasa di lakukan sebelum Ramadhan seperti membuka aurat.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak
diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ahzab:
59]
6.
Tidak mengumpat
dan membuang masa. Sabda Rasulullah –sallallahu
alayhi wasallam- :Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka
hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah
dan Hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jrannya, dan barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik
atau diam sahaja. [Muttafaqun alay]
No comments:
Post a Comment