السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Pendahuluan
Artikel
ringkas ini adalah untuk menerangkan perbezaan di antara peradaban dan tamadun
bagi memenuhi keperluan subjek Peradaban Islam Dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.
Tamadun
Tamadun adalah suatu perkara yang bersifat abstrak dan
digunakan untuk menggambarkan kemajuan sesuatu masyarakat. Dalam bahasa Arab,
istilah seperti ‘umran, hadharah, bunyan, thaqafah, madaniyyah dan tamadun
adalah digunakan dalam pengertian tamadun.
Istilah terawal yang digunakan merujuk kepada tamadun ialah ‘umran yang
diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ketika membincangkan tentang sifat masyarakat
dalam kalangan manusia. Perkataan umran ini adalah terbitan dari perkataan
‘amara yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami orang, tinggal
menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam keadaan yang berkembang subur lagi
makmur daripada keadaan yang kering tandus atau terbiar dan binasa, kawasan
tanah yang ditanami dengan baik, sebuah rumah yang terpelihara. Ringkasnya ‘umran’
membayangkan pengertian kemakmuran[1].
Peradaban
Maksud
peradaban dari sudut bahasa menurut Ibn Manzur ialah daripada akar kata
‘hadara’ yang bermakna sesuatu yang nampak[2]. Arnold Toynbee menjelaskan bahawa kekuatan
spiritual (batiniah) memungkinkan seseorang untuk memanifestasikannya dalam
bentuk lahiriah (outward manifestation) yang kemudian disebut sebagai peradaban[3].
Dalam konteks Islam, Sayyid Qutb menyatakan bahawa keimanan adalah sumber kepada
peradaban. Keimanan yang dimaksud bukan sekadar kepercayaan kepada Tuhan, akan
tetapi telah menjadi kombinasi antara prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan
kemanusiaan. Oleh itu prinsip-prinsip peradaban Islam menurutnya adalah
ketakwaan kepada Tuhan, keyakinan kepada keEsaan Tuhan (tauhid), dan ketuanan
(supremacy) kemanusiaan di atas segala sesuatu yang bersifat material,
pengembangan nilai-nilai kemanusiaan, penjagaan dari keinginan bersifat haiwani,
penghormatan terhadap keluarga, dan sedar akan fungsinya sebagai khalifah Allah
di bumi berdasarkan petunjuk dan perintah-Nya[4]. Pada
pendapat penulis, teori ini lebih sesuai untuk menggambarkan peradaban yang
bermula dari kekuatan spiritual atau agama dan terpamer kepada akhlak, peribadi,
tingkah laku dan cara hidup manusia bersosial dan berinteraksi di antrasa satu
sama lain termasuklah dalam semua aspek antaranya ekonomi, politik, pentadbiran,
keselamatan dan sebagainya.
Kesimpulan
Pengajian peradaban dan tamadun adalah dua bidang ilmu
yang saling berkait dan agak sukar dibezakan. Pada pendapat penulis, pengajian
ilmu tamadun dan ada kaitannya dengan sejarah tamadun. Tamadun lebih memfokuskan
kepada teori, konsep asas dalam tamadun, sifat-sifat dan ciri-ciri secara
abstrak dan fizikal sesuatu tamadun. Manakala sejarah tamadun pula lebih
menumpukan kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun sama ada dari
segi pencapaian, kemajuan, sumbangannya dan faktor-faktor kemerosotan yang
menjadi punca kejatuhan kepada sesuatu tamadun tersebut. Oleh itu, penulis merumuskan
bahawa bahawa peradaban yang mulia dengan keimanan yang mantap bersumberkan
kepada al-Qur’an dan as-Sunnah akan melahirkan insan yang bertamadun dan ketamadunan
yang tinggi.
[1]
Nasruddin Yunos et all, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Pusat Citra Universiti,
UKM, hlm 2
[2] Ibnu
Manzur, Lisan al-‘Arab, Jilid 13, Beirut: Dar Sadir, T.Th, hlm 170-171.
[3] Dipetik
daripada Muhammad Abdul Jabbar Beg, dalam The Muslim World League Journal,
edisi November-Desember, 1983, hlm
38-42.
[4] Ibid
bagaimana pula dengan persamaan antara tamadun dan peradaban
ReplyDelete