Pages

Thursday, 4 October 2012

Pertembungan Hak Dan Batil



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم



Bagi entry kali, saya memetik tazkirah yang telah dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.[1] Semoga ada manfaatnya dan diharap ianya boleh menjadi panduan hidup kita. Insya Allah.

 Firman Allah SWT: 


 A081
 Maksudnya: Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". 
[Surah Al-Israa' 17:81]


Huraian Ayat:
Pertembungan hak dan batil tetap berlaku seiring zaman dan waktu. Sepanjang peredaran itulah menyaksikan permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan alam. Allah swt mengutuskan para RasulNya bagi membantu hambaNya yang mahu menegakkan kebenaran di muka bumi.

Mereka yang diutuskan dari kalangan manusia bertujuan membawa Manhaj Rabbani (Islam) sentiasa mendapat tentangan dari pihak toghut ini. Musyrikin Quraisy Makkah bersama kuncu-kuncunya memerangi Islam pimpinan Rasulullah SAW. Pertarungan ini semakin sengit apabila mereka berganding bahu dengan ahli kitab yang sememangnya menyimpan dendam terhadap kebenaran. Ahli kitab yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani (Kristian) berjuang bermati-matian menghapuskan ajaran baru ini. Walaupun setelah musyrikin Makkah tunduk kepada kebenaran Islam, Yahudi dan Nasrani sentiasa mengatur langkah memerangi agama Islam tetapi umat Islam pimpinan Rasulullah berjaya mematahkan serangan tersebut.

Belajar melalui kekalahan yang mereka alami, kini mereka mengatur strategi baru untuk menghancurkan Islam dan pengikutnya. Strategi yang dipanggil al-ghazwul fikri (serangan pemikiran) ini sememangnya menyebelahi mereka ketika umat Islam lalai dengan kemewahan. Serangan yang diketuai oleh Yahudi ini menyebabkan umat Islam tertipu dan tersungkur. Mereka menyamar sebagai muslim dan membentuk kumpulan-kumpulan yang terkeluar dari ajaran Islam yang benar seperti Batiniyyah, Bahaiyah, kumpulan tariqat yang sesat dan sebagainya. Kumpulan sebegini dibentuk mengikut idea jahat Yahudi yang mengajak umat Islam meninggalkan jihad dan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi. Ajaran-ajaran baru diterapkan untuk amalan orang Islam yang jahil tentang hukum Islam yang sebenar.

Maksud hadith Rasulullah SAW :
"Angkan timbul pada akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidhoh, mereka menolak Islam ( pada hakikatnya ) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin."






[1] Tazkirah ini telah disusun dan disesuaikan dari buku : Gerakan Freemasonry, Orientalisme, Kristianisasi – Musuh menghancurkan Islam. Tulisan Hj Nik Azran Muhamed & Hj Mohd Mahadi Hj Isa



.

No comments:

Post a Comment