Pages

Wednesday, 6 June 2012

Infak bukti keimanan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم




1.0         Menginfakkan harta di jalan Allah merupakan bukti iman, jalan bagi kehidupan umat, kejayaan Negara dan kesejahteraan umat manusia.

Islam  adalah amal, perbuatan yang lahir yang biasa saja hanya merupakan gaya, tidak keluar dari keikhlasan dan tidak bersumber dari ketaatan, sedangkan iman adalah keyakinan hati yang dinyatakan dalam tindakan Islam.  Akan tetapi perbuatan (Islam) sebagai gaya yang terbit lantaran menganggap bahawa perbuatan itu baik, bukan lantaran munafik, lebih dekat sebagai jalan kepada keyakinan iman.  Katakanlah, amal gaya itu sudah merupakan modal untuk sampai kepada amal yang bukan sebagai sekadar gaya.  Adapun dasarnya ialah firman Allah:

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَـٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٤﴾ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya:
Orang-orang Arab berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “kami telah Islam”. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". 


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Q. 49:14, 15)

Dalam ayat itu jelas sekali jihad dengan harta  didahulukan daripada jihat dengan jiwa sebagai bukti kebenaran iman dan kesungguhan pengakuan.

Ayat yang semakna sebagai bukti dengan ayat itu ialah ayat yang menerangkan bahawa mengelurkan harta itu haruslah dengan kemahuan sendiri dan harta yang dikeluarkan itu haruslah yang dicintainya: perbuatan tersebut merupakan bukti  iman yang pertama, yang diikuti dengan mendirikan solat dan mengelurkan zakat sebagai kewajiban yang harus ditunaikan, dan kemudian diikuti dengan melaksanakan semua pokok keutamaan dan budi pekerti yang mulia.  Firmannya:

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ ﴿١٧٧

Maksudnya:

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. ( Q. 2:177)

Tentang firman Allah yang diterjemahkan dengan “dan memberikan harta yang dicintainya”; ada dua pendapat:

Pertama: Memberikan harta yang yang dicintai dan disayangi itu sendiri, seperti juga tercantum dalam firman Allah:

 “kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan harta yang kamu cintai” (Q.3:92).

Kedua: Kata ganti orang yang ketiga (iaitu “nya”) pada yang “dicintainya” itu ganti dari Allah, ertinya: dicintai Allah, seperti firmannya:

“Dan mereka memberikan makanan atas cintaNya, kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang tertawan.”  (76:8)

Sehubungan dengan itu, bahawa mencintai Allah dan RasulNya adalah lebih utama dan lebih mulia daripada mencintai harta dan kesenangan dunia lainnya.  Orang akan dinilai sejauh mana kecintaan kepada Allah apabila ia berhadapan dengan segala yang diluar Allah dan RasulNya. 

Firman Allah keterangan Nya dibawah ini:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).  (Q. 9:24).

Salah satu ayat yang menerangkan keutamaan orang mukmim yang suka menginfakkan hartanya, mengungguli yang lain-lainnya itu, ialah firmanNya:

لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّـهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٩٥
Maksudnya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;  (Q. 4:95)

Kemudian firmanNya:

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلِلَّـهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا يَسْتَوِي مِنكُم مَّنْ أَنفَقَ مِن قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ ۚ أُولَـٰئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ الَّذِينَ أَنفَقُوا مِن بَعْدُ وَقَاتَلُوا ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّـهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١٠

Maksudnya: Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.  (Q. 57:10).

Ayat-ayat Al-Quran ada menerangkan infak harta dilihat dari berbagai segi kebaktian dan kebaikan, berisi perintah, larangan dan pensifatan: juga keterangan mengenai sedekah dan sebagainya, baik perbuatan maupun sifatnya.  Demikian pula keterangan mengenai zakat tercantum dalam ayat-ayat Al-Quran.  Pengambaran yang paling tinggi tentang sedakah dan infak ialah digunakan ungkapan “memberi pinjaman kepada Allah”, dan Dia menjanjikan kepada orang yang memberi pinjaman itu pahala yang berlipat ganda sebagai ganjaran, umpamanya surah 57:11 dan surah 64:17.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ ﴿١١

Maksudnya: Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!  (Q. 57:11).

إِن تُقْرِضُوا اللَّـهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّـهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ ﴿١٧

Maksudnya: Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat). (Q. 64:17)


2.0   Celaan terhadap kebakhilan, kesombongan dengan harta, riak dalam menginfakkannya

Allah berfirman:

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّـهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١٨٠

Maksudnya: Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?" (Q. 3:180)


Kemudian firmanNya dalam rangka menganjurkan untuk menginfakkan di jalan Allah harta benda hasil usaha yang baik ikhlas dan larangan riak, larangan menyebut-yebut infak agar di dengar dan di puji orang, larangan mengungkit yang biasa menyakitkan hati si penerima:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦٨

Maksudnya: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Q. 2:268).

Dan seterusnya ulama ahli tafsir mengertikan “al-fahsya” yang secara umum biasanya diterjemahkan dengan kejahatan, dengan makna bakhil.  Erti ayat itu ialah bahawa syaitan menghalang-halangi kamu menginfakkan harta di jalan Allah dengan jalan mengancam kamu dengan kemiskinan.  Agar tidak  jatuh dalam kemiskinan, syaitan menyuruh kamu berbuat bakhil yang biasa berakibat buruk dan berbahaya.

Setelah Allah memerintahkan supaya berbuat baik terhadap kedua orang tua, kerabat dekat, anak yatim, orang miskin dan tetangga,  Dia berfirman:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا ﴿٣٦ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil………………” (Q. 4:36, 37)

Tentang orang yang berikrar pada Allah, jika diberi kurnia, kebaikkan dan kekayaan , ia akan bersedekah, Dia berfirman:

فَلَمَّا آتَاهُم مِّن فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَّهُم مُّعْرِضُونَ ﴿٧٦
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّـهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ﴿٧٧

Maksudnnya: Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). (Q. 9:76, 77) dan firmanNya lagi:


هَا أَنتُمْ هَـٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ ۖ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ ۚ وَاللَّـهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم ﴿٣٨

Maksudnya: (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Q. 47:38).

Ertinya: Jika kamu membantah, yakni tidak mau menginfakkan harta mu pada jalan Allah, Dia akan menghancurkan kamu dengan memusnahkan Negara dan kedaulatanmu, lalu Dia akan mengganti kamu dengan kaum, bangsa lain yang suka menafkahkan hartanya untuk kemaslahatan umum, dalam bentuknya yang beragam, antaranya untuk mempertahankan agama dan menegakkan kebenaran serta keadilan dikalangan umat.  Firmannya lagi:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka…..(Q. 4:29)

Tentang penimbun harta Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٣٤﴾ يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَـٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ ﴿٣٥

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Q.9:34, 35).

Ini adalah ancaman atas penimbunan harta, tidak dibiarkan beredar supaya manfaatnya dapat diambil secara umum, juga ancaman atas harta yang hak-haknya ditahan, tidak dikeluarkan sebagaimana mestinya.

3.0          Zakat dan Sedekah
Allah swt berfirman:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ 

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, (Q. 2:261)
Rasullullah saw bersabda “Binasalah kebanyakan orang kecuali orang yang memandang hartanya sedemikian dan demikian”.

Ketahuilah bahawa orang yang menginfakkan harta ke jalan kebaikkan merupakan salah satu rukun agama.  Rahsia pembebanan kewajipan terhadapat harta adalah kerana ianya berhubung dengan kemasyalahatan negara dan masyarakat, menutup keperluan dan kekurangan.  Sesungguhnya harta itu disukai oleh setiap orang. Padahal mereka diperintahkan untuk mencintai Allah serta menyeru cinta pada keimanan itu sendiri, maka penyerahan harta dijadikan ukuran kecintaan mereka dan ujian terhadap pengakuan mereka.  Sesungguhnya segala yang disukai semua akan diserahkan demi yang paling dicintai oleh hati.  Dalam hal ini manusia terbahagi kepada tiga tahap:

1.      Golongan yang kuat.  Mereka ini adalah orang-orang yang menafkahkan kesemua yang dimilikinya, serta tidak menyimpan sesuatu untuk diri mereka sendiri.  Mereka telah sebagaimana dilakukan oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a. saat mempersembahkan semua hartanya. Rasullullah s.a.w. bertanya kepada nya: “apakah yang kamu tinggalkan untuk diri mu?” Abu Bakar menjawab:  “Allah dan Rasul-Nya.”  Nabi bertanya kepada Umar r.a.: “apakah yang kamu tinggalkan untuk diri mu?”.  Umar menjawab: Yang sama seperti itu.”  Yakni sama seperti disedekahkannya.  Kemudian Rasullulllah s.a.w. bersabda: “Perbezaan antara kamu berdua, sama seperti perbezaaan antara perkataan kamu berdua”.

2.    Golongan pertengahan.  Mereka adalah orang-orang yang tidak mampu untuk mengosongkan tangan dari harta dengan sekaligus.  Akan tetapi, mereka menahannya bukan untuk dinikmati, melainkan untuk disedekah pada saat diperlukan.  Mereka berasa cukup untuk diri mereka dengan sesuatu yang menguatkanmya dalam menjalankan ibadah,  Apabila datang orang yang memerlukan, mereka segera menutup kefakiran dan keperluannya serta tidak membatasi dengan jumlah wang zakat.  Tujuan mereka yang jelas dalam menahan harta adalah menyisihkan untuk menutup segala keperluan.

3.    Golongan yang lemah.  Yakni orang-orang yang membatasi pada menunaikan zakat yang wajib.  Mereka tidak menambah dan mengurangkannya.  Ini adalah tahap mereka.  Sesaorang mengeluarkan harta sebanding dengan kecintaannya kepada Allah.  Aku tidak melihatmu mampu pada tahap golongan pertama dan kedua.  Akan tetapi, bersungguh-sungguhlah sehingga dapat melampaui golongan ketiga sampai akhir tahap orang-orang yang pertengahan.  Tambahlah disamping zakat ynag wajib, walaupun dengan sesuatu yang sedikit.  Sebab, hanya menunaikan zakat wajib adalah termasuk orang-orang yang kedekut.

Allah berfirman:
إِن يَسْأَلْكُمُوهَا فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ ﴿٣٧

Maksudnya: (Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu. (Q 47: 37)

Maka, bersungguh-sungguhlah kamu untuk bersedekah setiap waktu untuk urusan selain yang wajib, walaupun dengan sepotong roti sehingga dengan itu kamu dapat naik dari kedudukan orang-orang yang kedekut.  Apabila kamu tidak memiliki sesuatu, maka tidak semua sedekah harus dengan harta., Akan tetapi, dengan kata-kata yang santun, menolong keperluan orang lain, meziarahi orang sakit, dan menghantarkan jenazah (juga merupakan sedekah).  Intinya, kamu mencurahkan sesuatu yang mampu kamu lakukan, baik dari segi kedudukan, jiwa, mahupun perkataan untuk melegakan hati seorang muslim.  Semua itu dicatat sebagai sedekah bagimu.

Islam menuntut kita agar sentiasa memelihara solat, zakat dan sedekah kerana terdapat manafaar yang besar. Manafaat yang besar tersebut terbahagi kepada lima perkara.

1.    Rahsia.  Sebab, disebutkan dalam sebuah hadith bahawa sedekah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dapat meredakan kemarahan tuhan.  Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah dengan tangan kanan, sedangkan tangan kirinya tidak mengetahuinya, dia termasok dalam salah satu tujuh golongan yang akan di beri oleh Allah pada saat tiada naungan selain naungan- Nya.  Sesungguhnya Allah swt telah berfirman:

وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ

Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. (Q2:271)

Dengan itu, kamu terbebas dari riak.  Sesungguhnya riak itu boleh menguasai jiwa sesaorang dan membinasakan.  Riak di dalam hati berubah saat sesaorang diletakkan didalam kuburnya menjadi seekor ular.  Yakni, menyakiti seperti seekor ular.  Sedangkan kebakhilan menjelma dalam bentuk kala jengking.

Maksudnya dalam setiap berinfak sesaorang hendaklah bebas dari kehinaan sifat bakhil.  Apabila dia mencampurinya dengan riak, maka dia  seakan-akan menjadi kala jenking sebagai santapan ular.  Dia lepas dari sengat kala jenking, tetapi menguatkan badan ular.  Sebab, setiap sifat yang merosak yang ada di dalam hati, santapan dan makanan asasnya adalah menurut tuntutannya.

1.    Janganlah sekali-kali kamu mengungkit (sedekahmu).  Hakikat sifat ini adalah kamu memandang dirimu sebagai orang yang berbuat baik kepada fakir dan menganggap lebih unggul daripadanya.  Tanda-tandanya adalah kamu menuntut terima kasih darinya atau mencelanya kerana dia tidak menunaikan hakmu atasnya.  Akibat kerana celaanmu kepadanya, dia lebih memusuhi mu dibandingkan dengan sebelum kamu bersedekah kepadanya.  Hal itu menunjukkan bahawa kamu memandang dirimu mempunyai keutamaan yang lebih daripadanya.

Pengubatannya adalah, hendaklah kamu mengetahui bahawa dialah yang berbuat baik kepada mu dengan menerima hak Allah dari mu.  Ini kerana sesungguhnya di antara rahsia-rahsia zakat adalah mennyucikan hati dan membersihkannya dari kehinaan bakhil dan keburukkan sifat tamak.  Oleh kerana itu zakat membersihkan, yang dengannya boleh dicapai kesucian.  Seakan-akan dia adalah pencuci najis.

Alasan ini pula, Rasullulah saw dan keluarganya dilarang untuk mengambil zakat.

Rasullulah saw bersabda:   “Zakat adalah kotoran harta manusia.”  Apabila seorang fakir mengambil dari mu, bererti dia telah membersihkan mu.  Maka dia telah melakukan keutamaan kepada mu.


2.    Hendaklah kamu mengeluarkannya dari harta mu yang paling bagus dan baik.

Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah (Q2;62)

Allah swt berfirman:
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ

Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), (Q 2:267).

Nabi saw bersabda: sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik.”

Yakni, yang halal.  Maksudnya adalah menampakkan tahap kecintaan.  Manusia mementingkan yang dicintainya dengan yang lebih bernilai, bukan dengan yang lebih buruk.

3.    Hendaklah kamu memberi (sedekah) dengan wajah berseri-seri dan suka cita.  Kamu bergembiralah, tidak cemberu (keluh kesah).

Rasullulah saw bersabda:  “satu dirham mendahului seratus ribu dirham.”

Yang dikehendaki adalah satu dirham yang diberikan dengan kelapangan hati dan jiwa yang menawan, serta dari hati yang paling berharga dan terbaik yang dimilikinya, maka lebih utama dari seratus ribu yang disertai dengan kebencian.

4.    Hendaklah kamu memilih tempat dimana kamu bersedekah.  Iaitu pada orang yang bertakwa dan yang berilmu yang kamu boleh meminta pertolongan dengannya untuk melakukan ketaatan dan bertakwa kepada Allah, atau orang soleh tiang keluarga dan masih memiliki hubungan kekeluargaan.  Apabila sifat-sifat ini tidak terdapat dalam diri sesaorang, maka bersedekahlah dengan salah satunya.  Dengan memelihara kebaikan merupakan asas kepada segala urusan.  Sesungguhnya dunia hanyalah apa yang cukup untuk kehidupan bagi sesaorang dan bekalan menuju akhirat.

Rasullulah saw bersabda:  “Janganlah kamu makan kecuali makanan orang-orang yang bertakwa; dan janganlah memakan makananmu kecuali orang-orang yang bertakwa.”




Kesimpulan


Allah SWT mewahyukan didalam Al-Quran dan kepada Nabi saw dan sangat menganjurkan berinfak dan menjanjikan pahala yang besar bagi orang-orang yang beriman kepadaNya. Islam adalah satu-satunya agama yang memberi pencerahan kepada umat Islam. Islam datang membawa rahmat dengan datang membawa penyelesaian kepada isu-isu sosial masyarakat. 

Salah satu mala petaka yang jelas sekali, kita lihat bangsa bangsa  beragama Islam pada akhir abad ini, dilihat dari segi pergorbanan, sudah sangat tertinggal dibandingkan dengan bangsa bangsa lain (Bangsa yang kini besar dan kukuh).  Bangsa Islam sangat terbatas dalam kesedian dan kemahuan untuk mengorbankan harta demi berjihat di jalan Allah, padahal dengan itu kemerdekaan mereka terpelihara, kerajaan atau Negara  mereka tetap jaya dan kalimah Allah tetap mulia.  Bangsa Islam juga kalah oleh bangsa lain dalam mengeluarkan dana kepentingan-kepentingan lain saperti usaha-usaha  meningkatkan umat islam dalam aspek kehidupannya, bahawa ugama Islam adalah umat terhormat berkat agamanya, bahawa ugama Islam mengungguli agama-agama lain di dunia ini, juga membawa bukti bahawa semua bangsa menghendaki Islam untuk membersihkan peradaban manusia dari ketamakkan para hamba harta, kaum kapitalis yang fahamnya telah membuat berjuta umat manusia tidak berharga pada pandangannya, membersihkan peradaban manusia dari faham komunis yang mengacau kehidupan umat manusia, baik di bidang keagamaan, maupun dibidang etika. 




Rujukan


1.    Al-Quran  

2.    WAHYU ILAHI KEPADA MUHAMMAD oleh MUHAMMAD RASYID RIDLA Diterjemahkan dari bahasa Arab oleh J. Saifuddalat Al-Firdausy, Pustaka National Pte Ltd Singapura Cetakan kedua 1989

3.    Iman Al Ghazali 40 Prinsip Agama Penyucian Rohani untuk Meraih Akhlak Terpuji Al Hidayah House of Publishers Sdn Berhad, penterjemah Ustaz Mohd suhail. Cetakan Pertama 2012.

4.    Imam Nawawi (Terjemahan Drs Muclis Shabir, MA) Riyadhus Shalihin, Jilid 1 & 2, PT, Krya Toha Putra, Jakarta, Indonesia

No comments:

Post a Comment