Pages

Friday, 22 August 2014

Menyambut I'dilfitri mengikut sunnah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين.


Pengertian I'dilfitri:
I'du : Daripada perkataan  عَادَ يَعُوْدُ عِيْداً  , yang bermakna kembali.
Al Fitr : Fitrah semulajadi kejadian manusia. Iaitu bersih dari segala dosa dan tunduk sepenuhnya kepada kehendak Tuhannya.
I'dil fitr :  Ialah kembali semula kepada fitrah semulajadi manusia yang bersih daripada segala dosa-dosa dan tunduk sepenuhnya kepada Tuhannya.

Kenapa orang beriman gembira dengan hari raya?
Orang yang beriman berhak untuk bergembira pada hari raya kerana mereka berjaya membersihkan diri mereka dari segala dosa-dosa yang dilakukan selama ini  melalui ibadah  berpuasa di bulan Ramadhan dan mereka juga berjaya kembali semula kepada Tuhan mereka dengan menundukkan hawa nafsu mereka  kepada kehendak Tuhan mereka  melalui pelaksanaan semua perintah  dan larangan Allah dalam kehidupan mereka.

Hari raya bagi umat Islam hanyalah tiga
Iaitu :  Hari raya i'dil fitr, hari raya i'dil adha dan hari raya bagi setiap minggu iaitu hari jumuat. Tidak harus sama sekali umat Islam menyambut apa-apa perayaan selain dari tiga perayaan ini. Ini termasuklah menyambut hari lahir seseorang. Nabi sallallahu alayhi wasallam- adalah manusia paling mulia dan makhluk yang agung tetapi baginda tidak pernah menyambut hari lahirnya.

Amalan-amalan sunat pada hari raya
1.      Bertakbir : Bermula dari waktu tenggelam matahari hari terakhir Ramadhan sehingga mula solat I'dilfitr..

2.      Makan 3 biji kurma atau angka yang ganjil  5 atau 7 atau 9 sebelum pergi solat hari raya.

Dari Anas –radiyallahu anhu- Adalah  Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam-  tidak akan pergi pada hari raya  al fitri sehingga baginda makan beberapa biji kurma. [HR al-Bukhari]

Dalam riwayat lain : Dan baginda makannya secara berasingan (satu-satu).

Dalam riwayat lain: …..dan baginda makannya ikut bilangan ganjil. [HR al-Bukhari]

3.      Sunat dan amat di galakkan semua umat Islam keluar ke musalla atau masjid pada hari raya samada anak-anak gadis, kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak boleh solat iaitu yang kedatangan haid. Tujuannya untuk melihat dan mendengar kebaikan dan nasihat-nasihat agama melalui khutbah yang di sampaikan di samping bertujuan menunjukkan kekuatan umat Islam di hadapan musuh mereka.

Dari Ummu A'tiyyah –radiyallahu anha- telah berkata : Kami telah di perintah (oleh Rasulullah s.a.w.) agar mengeluarkan semua anak-anak gadis, wanita-wanita yang haid pada dua hari raya, agar mereka dapat menyaksikan kebaikan dan nasihat-nasihat umat Islam.  [Muttafaqun alay]

4.   Antara hikmah di sunatkan keluar beramai-ramai ialah agar kita menunaikan  tanggungjawab sosial iaitu memerhati dan mengambil berat tentang orang lain. Pada hari raya kita dapat tahu siapa yang susah hidupnya melalui pakaiannya. Mereka ini perlu di beri bantuan sosial.

5.      Di sunatkan solat dua hari raya di padang khas agar ia boleh menampung bilangan yang ramai termasuklah kanak-kanak. Nabi sallallahu alayhi wasallam-. dan khulafa al-Rasyidin solat hari raya di padang kecuali apabila hujan, maka baginda dan para sahabat solat di masjid nabawy..

6.      Di sunatkan bagi makmun pergi awal ke tempat solat dan dengan berjalan kaki. Sebaiknya selepas terbitnya matahari. Ini sekiranya rumahnya tidak jauh. Hikmahnya ialah agar orang Islam sentiasa bersegera dan berlumba untuk melakukan apa-apa kebaikan.

Dari Ali- radiyallahu anhu- telah berkata: Antara sunnah ialah keluar untuk solat hari raya berjalan kaki. [HR Al-Tirmiziy]

7.   Di sunatkan pergi ke tempat solat  dan pulang melalui jalan yang berbeza.  Hikmahnya ialah agar kesan tapak kakinya  lebih banyak dan ada di tempat yang berbeza dan setiap kesan tapak kaki ini akan menjadi saksi kepada tuannya atas amalan kebaikannya di akhirat nanti. Begitu juga antara hikmahnya ialah agar ia dapat memberi salam dan berdoa kepada orang yang lebih ramai apabila melalui jalan yang berbeza setiap kali berjumpa di jalan.

Dari Jaabir –radiyallahu anhu- Adalah  Rasulullah- –sallallahu alayhi wasallam- apabila hari raya, baginda pergi dan pulang di jalan yang berbeza. [HR Al-Bukhari]

8.. Antara zikir yang di baca  di antara  takbir-takbir  di dalam solat hari raya  berdasarkan hadith yang sohih ialah : 
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً وَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَسْلِيمًا كَثِيرًا
Maksudnya: Allah yang Maha Besar dengan kebesaran-Nya yang agung, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha suci Allah di waktu pagi dan petang, dan Allah telah berselawat ke atas baginda sallallahu alayhi wasallam-dan telah mensejahterakannya dengan kesejahteraan yang banyak.
                                       [HR Muslim (sehingga sebelum selawat)]

9. Di sunatkan memberi ucapan tahniah pada hari raya kepada sesiapa yang di jumpai dengan ucapan :    تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَmaksudnya : Semuga Allah menerima (segala amalan) dari kami dan (amalan) dari kamu.

10. Tidak mengapa berhibur atau berseronok pada hari raya sekiranya hiburan itu tidak melampau, tidak ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak melalaikan daripada tanggungjawab kepada Allah azza wajalla. Ini kerana pernah berlaku pada zaman Rasulullah- sallallahu alayhi wasallam- orang-orang Habsyah bermain pedang di dalam masjid Nabi – sallallahu alayhi wasallam-. pada hari raya dan A'isyah –radiyallahu anha- menontonnya di sebelah baginda – sallallahu alayhi wasallam-.

11. Adapun amalan ziarah kubur pada hari raya, ia bukanlan sunnah Nabi – sallallahu alayhi wasallam- dan tidak pernah juga di lakukan oleh para sahabat. Nabi – sallallahu alayhi wasallam- hanya membenarkan umatnya menziarahi kubur kerana satu tujuan sahaja iaitu untuk mengingatkan umatnya kepada kehidupan akhirat. Baginda pernah menziarahi kubur di waktu malam dan menangis apabila menziarahi kubur ibunya yang menyebabkan sahabat yang ada bersama baginda turut menangis.

Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam-: Sesungguhnya  aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahi ia agar (ziarah kubur itu) dapat mengingatkan kamu kepada kehidupan akhirat. [Hadith sohih- Riwayat al-Nasae'i, al-Tirmiziy, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

          Ini di tambah dengan perbezaan pendapat ulama tentang hukum ziarah kubur bagi wanita. Pendapat tiga mazhab , al-Syafe'i, Maliki dan Hanbali adalah makruh. Manakala mazhab Hanfi adalah haram berdasarkan hadith sohih : Sesungguhnya Nabi – sallallahu alayhi wasallam- melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. [HR Ahmad, al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]

Amalan sehari di hari raya boleh menghapuskan pahala puasa sebulan
1.      Melewatkan solat subuh di pagi raya. Ini adalah sifat munafiq iaitu berat dan malas untuk solat subuh berjemaah di masjid. Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam-  Solat yang paling berat bagi orang munafiq ialah solat Isyak dan solat Fajar, dan jikalau mereka mengetahui (kebaikan dan kelebihan solat berjamaah)  pada  kedua-duanya, sudak pasti mereka akan mendatang kedua-duanya walaupun dalam keadaan merangkak.   [Muttafaqun alay]

2.      Memakai pakaian yang cantik dan baru kerana riya'. Seharusnya memakai baju baru di hari raya hanya semata-mata  kerana Allah dan kerana ia adalah sunat

3.      Mendedah aurat bagi wanita di hadapan lelaki yang bukan muhram walaupun berada di dalam rumah.. Mendedah aurat bagi wanita khususnya adalah petanda yang jelas bahawa puasa mereka selama sebulan tidak menghasilkan sifat taqwa dan tidak di terima oleh Allah.

4.      Bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhram seperti duduk berdua-duaan atau keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhram.

5.      Bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan muhram, seperti antara sepupu, adik ipar lelaki dengan kakak ipar atau sebaliknya.

6.      Makan terlalu banyak sehingga mengantuk dan solat tidak kyushuk.

7.      Hiburan yang melampau sehigga melalaikan kita dari melaksanakan tanggungjawab kepada Allah yang Maha Agong.

8.      Melewatkan solat lima waktu dengan alasan menziarahi sanak saudara atau terlalu kepenatan dan kekenyangan.Allah yang memerintahkan kita menyambut hari raya dan saling menziarahi untuk menguatkan hubungan silaturrahim dan Allah juga yang memerintahkan kita solat tepat pada waktunya. Ini kerana amalan pertama dan utama yang akan di hisab di akhirat nanti ialah solat buka ziarah atau kemeriahan hari raya.


Tanda-tanda puasa di terima:
1.      Suka pergi ke masjid dan sentiasa menjaga solat berjamaah lima waktu di masjid. Ini kerana kelebihan pahala solat berjemaah adalah 27 dibanding dengan solat berseorangan. Orang yang berjaya dalam ujian puasa akan menjadi orang yang cerdik  dan akan mengutamakan ganjaran pahala 27 berbanding satu.

2.      Selalu membaca dan mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran adalah pedoman hidup bagi setiap muslim di dunia dan penyelamat kepada setiap muslim di akhirat.

Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- : Bacalah al-Quran, maka seseungguhnya ia akan datang pada hari qiamat untuk memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. [HR Muslim]

3.      Sentiasa menjaga solat sunat rawatib 12 rakaat. Dari Ummu Habibah –radiyallahu anha- telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- berkata: Barangsiapa yang solat dua belas rakaat setiap hari dan malamnya maka akan di bina untuknya sebuah istana di syurga. [Riwayat Muslim-728]

Dalam riwayat al-Tirmiziy (seperti hadith di atas) dan di tambah: Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum fajar. [Riwayat al-Tirmiziy-415]

4.       Terus melakukan solat sunat witir setiap malam. Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam-:  Sesungguhnya Allah telah menambahkan kepada kamu dengan solat yang ianya lebih baik dari unta yang merah (harta yang paling mahal), kami bertanya: Apa dia wahai Rasulullah? Jawab Baginda: "Witir", iaitu apa yang (dilakukan) di antara solat isyak dan terbir fajar.
[Riwayat Abu Daud-1418, al-Timiziy-452, Ibn Majah- 116]

5.     Meninggalkan larangan-larangan yang biasa di lakukan sebelum Ramadhan seperti membuka aurat.  Firman Allah ta'ala yang bermaksud:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ahzab: 59]


6.      Tidak mengumpat dan membuang masa. Sabda Rasulullah –sallallahu alayhi wasallam- :Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jrannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja.  [Muttafaqun alay]

Thursday, 14 August 2014

Mengapakan syiah Imamiyah menggangap para imam mereka memiliki ismah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين


Ismah secara etimologi berasal dari kata 'a-sha-ma yang memiliki erti sama dengan ha-fi-dza iaitu menjaga. Dalam khazanah ilmu kalam Ishmah adalah penjagaan Allah terhadap hambanya akan perbuatan dosa atau kesalahan.[1] Ismah diperlukan pada seorang Nabi lantaran Nabi memiliki tugas utama sebagai penyampai risalah Ilahi kepada seluruh umat manusia. Baik yang beriman mahupun kepada manusia yang masih belum beriman kepada-Nya. Sifat ismah ini pun menjaga keunikan dan kemuliaan wahyu sehingga khabar dan berita yang disampaikan dapat dipercaya. Lebih jauh dalam kitab Ushulul Aqidah Fin Nubuwah, Assayyid Mahdi Ash Shadr menguraikan Ismah Nabi sebagai berikut:[2]

a.       Pertama: mustahil bagi Allah untuk mengutus seorang Rasul untuk menunjukkan yang hak dan mengajak manusia kepada yang baik, sedangkan dia terkotori oleh dosa.

b.      Kedua: jika seorang Nabi tidak memiliki Ismah, maka boleh sahaja dia berdosa. Dan hal ini mengakibatkan ketidakpercayaan manusia kepadanya.

c.       Ketiga: jika seorang Nabi boleh berdosa, maka manusia wajib mengikutinya, atau tidak. Jika diikuti maka bererti Allah memperbolehkan perbuatan dosa, dan jika tidak diikuti maka keberadaan Rasul tidak bererti apa-apa. Maka kedua hal itu mustahil.

d.      Keempat: jika Rasul boleh melakukan perakra yang berdosa, maka tidak lagi menjadi ikutan yang baik. Hal ini bertitik tolak dengan peranan Rasul sebagai ikutan ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.

Demikian makna Ismah Nabi yang menggambarkan betapa mulianya seorang Rasul atau utusan Allah. Oleh kerana itu, apa pun berita, cerita atau khabar tentang Nabi baik perkataan, perbuatan, dan ketentuannya yang berlawanan dengan erti ismah, maka patut dikritik atau malah boleh dicurigai kesohehan hadits itu.[3]

Menjawab soalan tentang bagaimana fahaman syiah yang menggangap bahawa para imam mereka mempunyai ismah, mari kita lihat terlebih dahulu latarbelakang syiah imamiyyah ini. Syiah Imamiyyah merupakan suatu isu yang sebenarnya berakar umbi daripada permasalahan politik yang berlaku pada zaman Sayyidina Ali, yang akhirnya telah meresapi permasalahan dasar dalam agama iaitu akidah. Ia bukan hanya sekadar perbezaan dari aspek amalan seperti perbezaan yang berlaku antara mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`e dan Hanbali, namun lebih besar lagi, ia turut melibatkan soal iktikad yang jelas bertentangan dengan akidah sejati Ahli Sunnah Wa Jamaah (AWSJ).[4]

Latarbelakang Syiah Imamiyah
Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia (firqah wa jama`ah). Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya. Sebagai contoh; “Syiah Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”. Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga orang Khalifah al-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad S.A.W. yang sah. Ia juga merujuk kepada suatu kelompok yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah).

Kelompok Syiah terpecah kepada beberapa kumpulan besar. Mereka terdiri daripada kelompok yang melampau dalam pegangan, kelompok yang lebih bersikap sederhana, dan kelompok yang bersikap pertengahan di antara kedua-dua kelompok yang awal tersebut. Umumnya, para ulama telah membahagikan Syiah kepada tiga kelompok yang terbesar. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang melampau (al-Ghaliyah)[5], Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah.[6]

Konsep al-Imamah (al-Wasi)[7]
Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu iktikad golongan Syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad S.A.W. adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra. Ia merupakan salah satu daripada rukun iman yang penting sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah menerima konsep al-imamah ini. Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan ASWJ dengan golongan Syiah. Hal ini disebabkan, imamah di sisi ASWJ adalah sabit berdasarkan persetujuan (al-ittifaq) dan pemilihan (al-ikhtiyar) yang dilakukan oleh umat Islam. Sebagai contoh, dalam menjelaskan perbezaan di antara rasul, imam dan nabi, mereka mengatakan bahawa :

Maksudnya :
Dalam hal ini, mereka telah menjadikan ayat al-Quran yang berbunyi:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحً۬ا وَإِبۡرَٲهِيمَ وَجَعَلۡنَا فِى ذُرِّيَّتِهِمَا ٱلنُّبُوَّةَ وَٱلۡڪِتَـٰبَ‌ۖ

Maksudnya:“dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima kitab-kitab agama”[8]

 “Perbezaan di antara rasul, nabi dan imam (adalah) bahawa rasul merupakan seorang yang bertemu dengan Jibril dan mereka melihat dan mendengar suara Jibril dan wahyu turun kepadanya dan kadang-kadang mereka melihat Jibril di dalam mimpi mereka seperti yang di alami oleh Nabi Ibrahim. Dan Nabi kadang-kadang mendengar suara (Jibril) dan kadang-kadang melihatnya tanpa mendengar suara. Dan imam, mereka adalah orang yang mendengar suara (Jibril) sedangkan mereka tidak melihat Jibril”.

Justeru, daripada petikan di atas, jelas bahawa selain daripada mengangkat darjat imam sehingga setaraf dengan para nabi dan rasul, mereka juga telah mendakwa bahawa imam turut menerima wahyu sebagaimana para nabi dan rasul walaupun cara menerima wahyu tersebut adalah berbeza. Mereka turut menyatakan bahawa iktikad tentang “imam” adalah salah satu juzuk daripada keimanan, kata mereka:

Maksudnya: “Apakah (maksud) mengenal Allah?: membenarkan Allah `azza wajalla, membenarkan RasulNya, dan (membenarkan) kepimpinan `Ali dan mengakui keimamannya dan imam-imam yang mendapat petunjuk `alayhissalam dan berlepas diri kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, inilah (yang dinamakan sebagai) mengenal Allah”.

Hal ini jelas bercanggahan dengan konsep iman yang menjadi pegangan ASWJ, di mana konsep iman yang sebenar adalah beriman dengan rukun iman yang enam tanpa turut memasukkan kepercayaan kepada imam sebagai salah satu perkara yang wajib diimani. Di samping itu, khalifah di sisi ASWJ hanyalah terdiri daripada orang biasa, kelahiran mereka persis seperti kelahiran manusia biasa dan darjat / kedudukan mereka tidak diangkat sehingga menyamai taraf nabi dan rasul.

Akhlak mulia mereka menyebabkan umat Islam memilih mereka sebagai khalifah dan mereka tidak menerima wahyu, bahkan penerimaan wahyu merupakan suatu perkara khusus bagi para anbiyadan rasul yang tidak sama sekali dianugerahkan oleh Allah kepada selain daripada mereka. Selain itu, khalifah merupakan pelaksana kepada undang-undang Islam dan sekiranya mereka didapati menyeleweng daripada landasan wahyu, maka gugurlah kewajipan mentaati mereka. Ini adalah kerana, di sisi ASWJ, tidak ada ketaatan bagi mereka yang melakukan maksiat terhadap al-Khaliq. Berhubung masalah ini juga, menurut al-Amidi, para ahl al-Haq yang terdiri daripada ahli sunnah dan ahl al-Hadith telah beriktikad bahawa penentuan bagi jawatan imamah (di sisi Syiah) atau khalifah (di sisi ASWJ) tidak sabit dengan nas.


Secara ringkasnya bolehlah dirumuskan bahawa Syiah Imamiyyah mengatakan bahawa para imam mereka itu memiliki ismah kerana mereka menyama kedudukan para imam mereka adalah sama dengan para nabi dan rasul.



[1] http://media.isnet.org/islam/Etc/Hadis01.html
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias, Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah Dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, hlm 2
[5] Ibid, hlm 15 (Syiah al-Ghaliyah merupakan golongan Syi`ah yang melampau dalam membesarkan Sayyidina Ali. Selain mengangkat darjat Sayyidina Ali melebihi darjat kenabian, mereka turut berpegang dengan iktikad al-hulul dan tanasukh al-arwah dengan mendakwa bahawa Allah menyerap masuk ke dalam jasad Nabi Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah. Mereka turut mendakwa bahawa imam-imam mereka adalah tuhan dan menyembahnya, manakala para pengikutnya adalah hamba bagi tuhan tersebut. Di samping itu, mereka mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan berkeyakinan bahawa dunia ini tidak akan binasa. Mereka juga telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah seperti perempuan-perempuan ajnabi, daging khinzir, arak dan judi. Menurut al-Asy`ari, kelompok Syiah al-Ghaliyah ini terpecah kepada lima belas kelompok iaitu; al-
Bayaniyyah, al-Janahiyyah, al-Harbiyyah, al-Mughiriyyah, al-Mansuriyyah, al-Khattabiyyah, al- Ma`mariyyah, al-Bazighiyyah, al-`Umayriyyah, al-Mufaddaliyyah, 11 (tiada nama), 12 (tiada nama), al- Syari`iyyah, al-Sabaiyyah dan 15 (tiada nama). Untuk keterangan lanjut, rujuk; al-Asy`ari (1969), op.cit., hlm. 66-88.)
[6] Ibid, hlm 15 (Golongan Syiah al-Zaidiyyah merupakan pengikut Zaid b. `Ali b. al-Husain b. `Ali b. Abi Talib. Mereka merupakan golongan Syi`ah yang paling hampir dengan ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan tidak mengkafirkan para sahabat. Ini adalah kerana, mereka berpegang dengan konsep جواز إمامة المفضول مع ق اٌم الأفضل . Berdasarkan pegangan ini juga, mereka tidak mengkafirkan dan tidak melaknat Abu Bakr dan Umar. Selain berpegang dengan konsep al-taqiyyah, mereka tidak mendakwa imam-imam mereka maksum dan tidak juga mendakwa bahawa imam-imam mereka mampu menghilangkan diri seperti mana yang telah diiktikadkan oleh golongan Isma`iliyyahlm. Golongan ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu; al-Jarudiyyah (pengikut Abi al-Jarud), al-Sulaymaniyyah (pengikut Sulaiman b. Jarir al-Zaidi) –turut dikenali sebagai al-Jaririyyah- dan al-Butriyyah pengikut al-Hasan b. Saleh b. Hayy). Menurut al-Baghdadi, golongan al-Butriyyah dan al-Sulaimaniyyah menghukum kafir terhadap golongan al-Jarudiyyah disebabkan golongan al-Jarudiyyah mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar, manakala al-Jarudiyyah pula telah menghukum kafir terhadap golongan al-Sulaimaniyyah dan al-Butriyyah disebabkan mereka tidak mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Walau bagaimanapun ketiga-tiga golongan Syiah ini bersepakat dalam mengatakan bahawa pelaku dosa besar akan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
[7] Ibid, hlm 20
[8] Surah al-Hadid 57: 26



Rujukan

1.      Al-Quran dan Terjemahan

2.      Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Akidah Islam, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2007

3.      Ahmad Musthofa, Filsafat Islam, CV. Pustaka Setia, Bandung 2007

4.      Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, Iman Kepada Allah, Serial Aqidah Islam-1, Menurut al-Quran dan Hadits, (Terjemahan Shalahuddin abdul Rahman Yajji Lc), International Islamic Publishing House, Riyadh, 2008

5.      Dr Umar Sulaiman al-Asyqr, Siapakah Tuhanmu?, (Terjemahan Yusuf Syahrudin Lc), International Islamic Publishing House, Riyadh, 2000

6.      H.A. Mustofa,   Filsafat Islam, Pustaka Setia, Bandung, 2007

7.      Haji Said Haji Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Darul Makrifah, Kuala Lumpur, 2000

8.      Hidayatullah Mohd Syarif Aziz, Kisah 25 Nabi & Rasul, Pustaka Al-Shafa, Kuala Lumpur, 2009

9.      Ibrahim Madkour,  Filsafat Islam Metode dan Penerapan, Rajawali Press, Jakarta, 1988

10.  M. M. Syarif,  Para Filosof Muslim, Mizan, Bandung, 1996

11.  Majid Fahkry, Sejarah Filsafat Islam, Mizan, Bandung, 2001

12.  Muhammad ‘Utsman Najati,  Jiwa Dalam Pandangan Para Filosof Muslim, Pustaka Hidayah,  Bandung, 2002

13.  Ustaz Haji Osman Bin Jantan, Pedoman Ilmu Tauhid (Lengkap), Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 2009


Kertas Kerja/Artikel/Jurnal
1.      Haji Abdul Hamid @ Yusoff Bin Yunus (Pakar Rujuk Aqidah), Mengenal Ahli Sunnah Wa’ Jama’ah, JAKIM, Tahun 1426 H/2005M

2.      Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, (Akademi Kajian Ketamadunan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, 2006

3.      Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias, Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah Dan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Jabatan Agama Islam Selangor, 2011

4.      Muhammad Nur, Metafisika Mimpi,Telaah Filsafati terhadap Teori Mimpi C.G. Jung (1875-1961), Jurnal Filsafat, Ogos 2004, Jilid 37, No. 2

5.      Radwan Masmoudi, The Silenced Majority, Journal of Democracy April 2003, vol 14


Tuesday, 1 July 2014

Hadith Mengenai Menziarahi Orang Sakit

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين. 

وعن أبي عمارة البراء بن عازب رضي الله عنهما قال: (أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسبع، ونهانا عن سبع: أمرنا بعيادة المريض، واتباع الجنازة، وتشميت العاطس، وإبرار المقسم، ونصر المظلوم، وإجابة الداعي، وإفشاء السلام. ونهانا عن خواتيم -أو تختم- بالذهب، وعن شرب الفضة، وعن المياثر الحمر، وعن القسي، وعن لبس الحرير والإستبرق والديباج)، متفق عليه

Menziarahi orang sakit
فقد  جاء في جامع الترمذي عن علي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :ما من مسلم يعود مسلما مريضا غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح وكان له خريف في الجنة . حديث حسن
Maksudnya: Daripada Ali r.a berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: mana-mana dari kalangan orang Islam yang menziarahi orang Islam lain yang sakit pada waktu pagi melainkan akan mendoakan baginya 70 ribu malaikat sehingga ke petang. Manakala jika dia menziarahinya pada waktu petang melainkan akan didoakan baginya 70 ribu malaikat sehingga pagi dan baginya hasil di syurga.  

Menurut syeikh Taqiy al-Din teks hadith menunjukkan wajib menziarahi orang yang sakit. Perkara ini dijelaskan oleh Imam al-Bukhari. Jumhur fuqaha’ menghukumkan sebagai mandubah. Imam al-nawawi menukilkan ijmak bahawa tidak wajib. Berbeza dengan mazhab zahiriyah yang mewajibkannya

Rasullulah s.a.w sendiri melawat Yahudi yang sakit sebagaimana yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari begitu juga baginda menziarahi bapa saudaranya Abu Talib

Memilih waktu yang sesuai untuk menziarahi dan tidak menunggu terlalu lama  

Doa ketika menziarahi orang sakit

اللهم رب الناس أذهب البأس اشف أنت الشافي لا شافي إلا أنت شفاء لا يغادر سقما


Mengiringi Jenazah
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلِّيَ فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَ حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْن
Maksudnya: sesungguhnya Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang menyaksikan jenazah sehinggalah jenazah disembahyangkan maka baginya qirat dan sesiapa yang menyaksikan sehingga dikebumikan maka baginya 2 qirat. Dikatakan apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat. Rasulullah menjawab seumpama dua buah bukit yang besar.

Itba’ jenazah – sunat
Makruh ketika menziarahi jenazah meninggikan suara walaupun dengan bacaan al-quran atau zikir.Dilarang senyum,ketawa berbincang hal dunia.


Ucapan bagi orang yang bersin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
Daripada nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: jika bersin salah seorang dari kamu maka sebutlah Alhamdulillah dan sebutlah saudaranya yarhamuka allah dan menjawablah saudaranya yahdikumullah wa yuslih balakum

-          Hukum jawab bersin –mustahab menurut imam nawawi dan hendaklah menutup muka

-          Jangan jawab bagi wanita
-       Jawab bersin bagi kali 1, 2 dan 3 tetapi bersin untuk kali keempat didoakan dengan kesembuhan
وفي صحيح البخاري – إن الله يحب العطاس ويكره التثاؤب
Dalam Sahih al-Bukhari- sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin dan tidak menyukai orang yang menguap


Menurut Ibn al-Qayyim : setengah ulama berpendapat tashmit (menjawab orang yang bersin)  itu fardu ain kerana hadith datang dengan lafaz wajib. Manakala ada ulama yang menghukumkan sebagai fardu kifayah seperti Ibn Rushd, Ibn al-‘Arabi, Abu Hanifah, dan majoriti mazhab Hanbali. Manakala sunat mengikut mazhab shafie

Melaksanakan Hak orang yang bersumpah
Sumpah yang dimaksudkan di sini ialah seperti seseorang itu bersumpah dengan nama Allah bahawa kita akan melakukan perkara atau perbuatan ini maka hendaklah kita tunaikan melainkan jika mendatangkan mudarat kepada kita. Sebagai contoh dia bersumpah untuk kita menceritakan kepadanya hal-hal peribadi yang melibatkan rumahtangga kita maka tidak wajar untuk ditunaikan

قال النبي عليه الصلاة والسلام من كان حالفا فليحلف بالله أو ليصمت
Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang bersumpah maka hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau diam


Jika kita bersumpah, kita disuruh untuk mengucapkan insyallah kerana melalui perkataan tersebut, Allah akan membantu kita melaksanakan sumpah tersebut dan tiada kaffarah kepada kita jika sumpah tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Menolong orang yang dizalimi
Menolong orang yang dizalimi bermaksud membantunya sama ada orang tersebut dizalimi dari sudut hartanya,kehormatannya atau jiwanya atau apa sahaja yang melibatkan haknya

قال الرسول عليه الصلاة والسلام انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا المظلوم يعني ندفع عنه الظلم فكيف نصر الظالم قال تمنعه من الظلم فذلك نصره
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: bantulah saudara engkau yang zalim atau dizalimi .Sahabat-sahabat bertanya yang dizalimi kita bantu bagaimana pula kita hendak membantu orang yang zalim .Rasulullah s.a.w menjawab halangilah dia daripada melakukan kezaliman maka itu menolongnya.

Surah al-Ahzab ayat 53
إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا
Maksudnya: Jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan keluarlah kamu


عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فمن دعي فلم يجب فقد عصى الله ورسوله- سنن أبي داود
Maksudnya: Daripada Ibn Umar berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang dijemput kemudian tidak memenuhinya sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Allah dan rasulnya. Riwayat Abu Daud
ولمسلم – إذا دعا أحدكم أخاه فليجب
Dalam riwayat Muslim: jika menjemput salah seorang dari kamu saudaranya maka penuhilah


وفي لفظ إذا دعي أحدكم إلى وليمة عرس فليجب
Dalam lafaz yang lain: JIka dijemput salah seorang dari kamu ke majlis perkahwinan maka penuhilah
Hukum memenuhi jemputan walimah al-‘urs wajib manakala jemputan-jemputan yang lain harus



Memberi dan Menyebarkan Salam

Surah al-Nur ayat 27
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Surah al-Nur ayat 61

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Tidakkah pernah aku tunjukkan kepada kamu kepada sesuatu jika kamu kamu lakukan maka kamu akan kasih mengasihi , sebarkanlah salam di antara kamu.

-      Menjawab salam fardu ain ke atas individu dan fardu kifayah ke atas jamaah -          Tambahan waw wajib ketika menjawab salam

-       Makruh beri salam kepada wanita bukan mahram melainkan kepada orang tua
-       Masuk rumah kosong atau masjid kosong hendaklah mengucapkan salam dengan lafaz
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

-          Tidak salah untuk berpeluk, mencium dahi dan tangan terutamanya bagi para ulama
-          Hukum memberi salam kepada orang bukan Islam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيقٍ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah memulakan salam kepada orang Yahudi dan Nasrani ,jika kamu berjumpa dengan salah seorang daripada mereka di jalan maka sempitkanlah jalan kepada mereka.

Hadith ini bertujuan untuk menunjukkan kekuatan Islam kepada bukan Islam. Namun hukum ini tidak boleh dilaksanakan disebabkan lemahnya umat Islam pada masa kini di mana umat Islam tunduk kepada kafir

أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jika member salam kepada kamu ahli kitab maka jawablah wa ‘alaikum

Memakai cincin emas
Khusus kepada lelaki sahaja
والتختم بالذهب خاص بالرجال فالرجل لا يحل له أن يلبس الذهب وأن يتختم بالذهب
لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال في رجل رأى عليه خاتما من ذهب قال يعمد أحدكم إلى جمرة من نار فيضعها في أصبعه أو قال في يده ثم نزع النبي صلى الله عليه وسلم الخاتم فرمى به فلما انصرف النبي صلى الله عليه وسلم قالوا للرجل خذ خاتمك انتفع به قال والله لا آخذ خاتما طرحه النبي صلى الله عليه وسلم
Nabi s.a.w pernah berkata kepada seorang lelaki yang memakai cincin daripada emas dengan sabdanya: salah seorang daripada kamu dengan sengaja mengambil bara dari api neraka lalu meletakkannya di jarinya atau sabda nabi di tangannya kemudian nabi mencabut cincin dan membuangkannya. Setelah nabi berlalu mereka berkata kepada lelaki tadi ambillah cincin engkau dan manfaatkanlah lalu lelaki tersebut menjawab aku tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh nabi s.a.w 

وقال عليه الصلاة والسلام في حديث علي بن أبي طالب أحل الذهب والحرير لإناث أمتي وحرم على ذكورها
Nabi s.a.w bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib dihalalkan emas dan sutera bagi wanita umatku dan diharamkan kepada lelakinya

Bagi wanita tidak mengapa memakai cincin emas atau gelang emas dengan syarat tidak membazir. Manakala berkaitan hadith larangan bagi wanita memakai rantai emas ia adalah hadith yang daif dan syaz.Namun yang penting hendaklah dikeluarkan zakatnya.Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang wanita dan ditangan anaknya gelang besar daripada emas lalu Rasulullah  

ولكن يجب على المرأة إذا كان عندها ما يبلغ النصاب من الحلي من الذهب أداء زكاته بأن تقومه كل سنة بما يساويه وتخرج منه ربع العشر لأن النبي صلى الله عليه وسلم رأى امرأة وفي يد ابنتها مسكتان غليظتان من الذهب يعني سوارين غليظين فقال أتودين زكاة هذا قالت لا قال أيسرك أن يسورك الله بهما سوارين من نار يوم القيامة فخلعتهما وأعطتهما النبي صلى الله عليه وسلم وقالت هما لله ورسوله


Minum dari bekas perak
Larangan ini umum melibatkan lelaki dan wanita. Dalam mazhab al-shafie terdapat pendapat daif yang menjelaskan  hukumnya makruh namun pendapat tersebut tidak diterima kerana terdapat ancaman bagi orang yang menggunakannya dengan balasan neraka. Setengah fuqaha’ meluaskan lagi skop larangan kepada berwuduk dan makan dengan bekas daripada perak

وقد ثبت النهي عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم حيث قال لا تشربوا في آنية الذهب ولا تأكلوا في صحافهما فإنها لهم في الدنيا ولكم في الآخرة

Larangan daripada miyasir
Tempat alas yang diletakkan di atas binatang .Yang diharamkan ialah jika ia daripada sutera.
Qassi
عَنْ أَبِي بُرْدَةَ قَالَ قُلْتُ لِعَلِيٍّ مَا الْقَسِّيَّةُ
قَالَ ثِيَابٌ أَتَتْنَا مِنْ الشَّأْمِ أَوْ مِنْ مِصْرَ مُضَلَّعَةٌ فِيهَا حَرِيرٌ

Daripada Abu Burdah berkata: Aku berkata kepada Ali apakah yang dimaksudkan dengan qassi lalu ali menjawab : pakaian yang dibawa kepada kita daripada Syam atau dari Mesir yang bercampur dengan sutera


Al-qassi dilarang kerana bercampur antara sutera dengan bukan sutera. Ini merupakan pendapat sebahagian sahabat seperti Ibn Umar dan tabiin seperti Ibn Sirin. Majoriti ulama berpendapat harus memakai pakaian yang bercampur dengan sutera jika yang banyak ialah bukan sutera