Pages

Tuesday, 10 June 2014

Hasad Yang Dibenarkan dalam Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ، ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين. 


عن عبد الله بن مسعود قال قال النبي صلى الله عليه وسلم لا حسد إلا في اثنتين رجل آتاه الله مالا فسلط على هلكته في الحق ورجل آتاه الله الحكمة فهو يقضي بها ويعلمها

Maksudnya: Tiada hasad melainkan dalam dua perkara iaitu seorang lelaki diberikan Allah harta lalu dia gunakannya dalam jalan yang benar dan lelaki yang diberikan Allah hikmah lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya.


عن سالم عن أبيه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا حسد إلا في اثنتين : رجل آتاه الله مالا فهو ينفقه آناء الليل وأناء النهار ، ورجل علمه الله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار
Maksudnya: Tiada hasad melainkan dalam dua perkara: lelaki yang diberikan Allah harta kemudian dia menginfaqkan sepanjang malam dan siang dan lelaki yang Allah ajarkan al-Quran kemudian dia mengamalkannya sepanjang malam dan siang


عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «لا حسد إلا في اثنتين رجل علمه الله القرآن فهو يتلوه آناء الليل وآناء النهار، فسمعه جار له، فقال: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل، ورجل آتاه الله مالاً فهو يهلكه في الحق، فقال رجل: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل

Maksudnya: Tiada hasad melainkan dalam dua keadaan: iaitu seorang lelaki yang Allah mengajarkannya al-Quran lalu beliau membacanya sepanjang malam dan siang lalu didengari oleh jirannya lalu jirannya berkata: Alangkah baiknya jika aku diberikan sebagaimana diberikan fulan tadi aku beramal sebagaimana dia beramal. Dan seorang lelaki yang diberikan Allah harta kemudian dia menggunakannya di jalan yang benar. Lalu lelaki tersebut berkata: Alangkah baiknya aku diberikan sebagaimana diberikan kepada fulan, aku beramal sebagaimana dia beramal

Hasad tidak dibenarkan melainkan dua keadaan atau yang dinamakan sebagai ghibtoh
Imam al-Bukhari meletakkan bab – al-Ightibat fi  al-‘ilm wa al-hikmah


Dalil daripada hadith nabi yang menunjukkan kepentingan ilmu dan harta

روى الترمذي في جامعه من حديث ابن مسعودـ رضي الله عنهـ عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «لا تزول قدما ابن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يُسأل عن خمس، عن عمره فيم أفناه؟ وعن شبابه فيم أبلاه؟ وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه؟ وما عمل فيما علم»، وعند الترمذي أيضا من حديث أبي برزةـ رضي الله عنهـ عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: لا تزول قدما عبد حتى يُسأل عن أربع، عن عمره فيم أفناه، وعن علمه ما فعل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه وفيمن أنفقه وعن جسمه فيم أبلاه.

Maksudnya: Tidak akan berlalu pergi kedua kaki anak Adam pada hari kiamat di sisi tuhannya sehinggalah dia ditanya lima perkara, tentang umurnya bagaimana dihabiskannya, waktu mudanya bagaimana digunakannya, mengenai hartanya bagaimana dia perolehi dan bagaimana dia menginfakkannya dan apakah amalannya daripada apa yang diketahuinya.

 (ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره) [الزلزلةـ 8

Doa dalam mencari rezeki
 اللهم أكفني بحلالك عن حرامك وبفضلك عمن سواك

Maksudnya: Ya Allah ya tuhanku, cukupkanlah aku dengan halalmu daripada harammu dan kelebihanmu daripada selain engkau

Beza antara harta yang diberikan kepada orang berilmu dengan harta yang diberikan kepada orang jahil
Hadith ini juga tidak bermaksud kita dibenarkan mencari-cari rahsia orang lain, bagaimana dia mengumpulkan harta dan seumpamanya

Bukti hasad yang dibenarkan (Ghibtoh) daripada ayat-ayat al-Quran

لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ http://audio.islamweb.net/audio/eQoos.gif[الصافات:61]،

Maksudnya:Untuk kemenangan seperti ini hendaklah berusaha orang –orang yang bekerja

*  فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ http://audio.islamweb.net/audio/eQoos.gif[المطففين:26]
Maksudnya:Untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba

Berbeza dengan hasad yang dilarang sebagaimana sabda nabi:
لا تنافسوا ولا تدابروا ولا تحاسدوا، وكونوا عباد الله إخواناً
Maksudnya: Janganlah kamu bersaing-saing (dalam hasad)


Perbezaan antara Hasad dan Ghibtoh

Hasad- mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain
Ghibtoh- mengharapkan nikmat seperti orang lain tetapi tidak mengharapkan hilangnya nikmat tersebut daripada orang tersebut.


Dalil yang menunjukkan ghibtoh di kalangan sahabat

وعن أبي هُريرة رضي الله عنه أن فقراء المُهاجرين آتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم ،فقالوا : ذهب أهل الدثور بالدرجات العلى، والنعيم المقيم فقال: (( وما ذاك؟ )) فقالوا يُصلون كما نُصلي، ويصومون كما نصومُ ويتصدقون ولا نتصدق، ويعتقون ولا نعتقُ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( أفلا أعلمكم شيئاً تدركون به من سبقكم، وتسبقون به من بعدكم، ولا يكونُ أحدٌ أفضل منكم إلا من صنع مثل ما صنعتم؟)) قالوا: بلى يا رسول الله، قال: (( تُسبحون وتحمدون وتكبرون ، دبر كل صلاة ثلاثاً وثلاثين مرة)) فرجع فقراءُ المُهاجرين على رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا: سمع إخواننا أهلُ الأموال بما فعلنا، ففعلُوا مثلهُ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ذلِك فضلُ الله يؤتيه من يشاءُ)) متفق عليه، وهذا لفظ رواية مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya orang fakir miskin daripada kalangan muhajirin datang berjumpa Rasulullah s.a.w, lalu mereka berkata:orang-orang kaya telah mendapat darjat yang tinggi dan nikmat yang tetap lalu Rasulullah bertanya: apa maknanya. Mereka menjawab, mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, mereka bersedekah dan kami tidak bersedekah, mereka membebaskan hamba dan kami tidak membebaskan hamba, lalu Rasulullah s.a.w bersabda, adakah aku tidak pernah memberitahu kamu mengenai sesuatu yang membolehkan kamu mengejar orang yang mendahului kamu dan tidak ada seseorang pun yang lebih baik dari kamu melainkan sesiapa yang memperbuat seabgaimana yang kamu buat. Mereka berkata ya, ya Rasulullah. Rasulullah berkata: kamu bertasbih, kamu memuji Allah dan bertakbir selepas setiap solat sebanyak 33 kali. Setelah itu golongan fakir muhajirin datang lagi kepada Rasulullah lalu mengkhabarkan bahawa saudara kami dari kalangan orang kaya telah mendengar apa yang kami perbuat lalu mereka perbuat apa yang kami buat. Lalu Rasulullah bersabda: itu adalah kelebihan yang Allah beri kepada sesiapa yang dikehendaki

Dalil menunjukkan para sahabat berlumba-lumba mengejar kebaikan

عن جابر رضي الله عنه قال : قال رجل للنبي صلى الله عليه وسلم يوم أحد أرأيت إن قتلت فأين أنا ؟ قال في الجنة فألقى تمرات كن في يده ثم قاتل حتى قتل. متفق عليه

Daripada Jabir r.a: seorang lelaki berkata kepada nabi s.a.w pada hari peperangan Uhud ,apakah pendapat engkau jika aku terbunuh ,di mana aku? Nabi menjawab di dalam syurga lalu beliau membuang tamar yang ada di tangannya lalu berjuang sehingga terbunuh.

قال الفضيل بن عياض : ( المؤمن يغبط ولا يحسد ، الغبطة من الإيمان والحسد من النفاق

Al-Fudayl bin ‘Iyad menjelaskan : orang mukmin mempunyai sifat ghibtoh tetapi tidak hasad, al-Ghibtoh daripada iman manakala hasad daripada sifat nifaq.

Hasad ialah kebencian dan kemarahan yang meluap apabila melihat keadaan dan kehidupan orang yang didengki lebih baik.

Ayat-ayat yang menceritakan mengenai Hasad di dalam al-Quran
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنفُسِهِمْ ) ( سورة البقرة – الآية 109

Dalil Buruknya Sifat Hasad

وَإِذَا قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَاناً فَتُقُبِّلَ مِن أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الآخَرِ قَالَ لأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّاراً حَسَداً مِّنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
قال صلى الله عليه وسلم: « دبّ إليكم داء الأمم من قبلكم الحسد والبغضاء


Sifat dengki dalam hadith
تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس , فمن مستغفر فيغفر له , ومن تائب يتوب عليه , ويُرد أهل الضغائن بضغائنهم حتى يتوبوا

Maksudnya: Dibentangkan amalan pada hari Isnin dan Khamis: Sesiapa yang memohon ampun maka Allah akan mengampunkannya, sesiapa yang bertaubat Allah yang menerima taubatnya, ditolak orang yang berhasad dengki (hiqd) dengan dengki mereka sehinggalah mereka bertaubat

Hukum hasad
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخواناً، ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث » رواه مسلم.

Daripada Anas bin Malik r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda janganlah kamu bermusuh-musuhan, jangan berhasad dengki dan jangan bercakap belakang dan jadilah hamba allah yang bersaudara dan tidak halal bagi seorang muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak bercakap) lebih dari tiga hari.

Perbezaan antara hasad dan Hiqd
Hiqd- menyimpan permusuhan di dalam hati dan mencari peluang untuk membalas. Dari sudut istilah pula ialah ingin membalas dendam dan melaksanakannya.

Nama-nama lain bagi al-hiqd- al-daghinah, al-nuqmah dan al-Ghil
Punca hiqd ialah sifat marah yang bersangatan, cara mengubatinya ialah buang sifat marah dan menggantikan cacian dengan pujian dan sifat takabbur kepada tawadu’


Sebab –sebab yang membawa kepada hasad
1-      Permusuhan dan pertelingkahan
2-      Ego dan bongkak
3-      Hendakkan jawatan dan pangkat
4-      Menunjuk-nunjuk
5-      Cinta dunia


Peringkat hasad
1-                Mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain walaupun nikmat tersebut tidak berpindah kepadanya
2-                  Mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang lain dan dia memperolehi nikmat tersebut
3-                  Mengharapkan memperolehi nikmat seperti orang lain supaya tiada beza dengan orang tersebut , jika tidak memperolehinya dia berharap nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut
4-             Ghibtoh- mengharapkan nikmat seperti orang lain

Kesan Hasad dan Hiqd
Sifat dengki lebih memberi kesan kepada orang yang berdengki daripada yang didengki
Perumpamaan: Bersabarlah ke atas dengki orang kerana kesabaran itu membunuh orang yang mempunyai sifat dengki
1-      Membawa perpecahan dan pertelingkahan
2-      Merupakan tipu daya syaitan
3-      Punca kepada lahirnya sifat hasad, tuduhan palsu, mereka-reka cerita dan mengumpat
4-      Iman tidak sempurna
5-      Permusuhan dalam masyarakat-sentiasalah manusia dalam keadaan baik selagi tidak berhasad dengki
6-      Hasad memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu

Perbezaan antara al-‘Ayn dan al-hasad
Sheikh Muhammad al-Amin al-Mukhtar al-Shanqiti berpendapat:
Orang yang berhasad dengki kemungkinan dengki kepada sesuatu yang tidak dilihat atau dengki kepada sesuatu yang akan terjadi
Manakala al-‘a’in  tidak akan terjadi melainkan terhadap perkara yang dilihat . Al-‘ayn kemungkinan berlaku disebabkan niat al-‘ain yang berharap untuk hilangnya nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau kemungkinan tiadanya niat tersebut. Atau mungkin dengan pandangannya sahaja terjadi al-‘ayn.
Hasad boleh berlaku dengan wujud atau dengan ketiadaan orang yang didengki. Manakala al-‘ayn mesti dengan kehadiran orang yang didengki
Al-‘ayn jika berlaku boleh menyebabkan seseorang itu pengsan, demam, sakit dan seumpamanya
Al-‘ayn yang disebabkan kemarahan dan kebencian yang bersangatan memberi kesan kepada orang lain.
Al’-ayn seperti ular yang boleh merosakkan pandangan mata dan menggugurkan kandungan wanita yang mengandung
Al’yn boleh memberi kesan kepada orang yang dituju dengan kuasa dan izin Allah.
Sifat Hasad biasanya diiringi dengan perbuatan
Dalam al-Quran tidak disebutkan mengenai al-‘ayn kerana al-‘ayn termasuk di bawah hasad.
Al-‘Ayn boleh berlaku tanpa melalui pandangan tetapi berlaku apabila disifatkan atau digambarkan kepada al-‘ain


Rawatan al-‘ayn

كان يؤمر العائن ، فيتوضأ ، ثم يغتسل منه المعين
Diperintahkan kepada al-‘ain lalu berwuduk dan kemudian air wuduk tersebut digunakan sebagai mandian orang yang terkena al-‘ayn


Thursday, 29 May 2014

Penjelasan bahagian mukjizat dan perbezaannya. Apakah yang dimaksudkan dengan irhas, karamah, ma’unah dan inahah?

سلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


i.            Jelaskan bahagian mukjizat dan perbezaannya. 

      Apakah yang dimaksudkan dengan irhas, karamah, ma’unah dan inahah?
Mukjizat adalah suatu hal yang luar biasa atau di luar kelaziman dan kebiasaan yang Allah berikan kepada para Rasul-Nya untuk menguatkan dan membuktikan kebenaran kerasulannya dan untuk melemahkan hujah musuh yang menentangnya. Setiap para Rasul yang diutus memiliki mukjizat yang sesuai dengan zamannya. Umpamanya antara mukjizat Nabi Musa ialah tongkat yang pada ketika itu begitu ramai ahli sihir yang hidup di zamannya. Mukjizat Nabi Isa yang boleh menyembuhkan penyakit buta pula kerana pada ketika itu ramai di kalangan orang Yahudi yang boleh mengubati penyakit.[1]

Mukjizat terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Mukjizat Maknawi
Mukjizat Maknawi bermaksud mukjizat yang sukar difahami dan tidak dapat  dilihat dengan jelas, kecuali menerusi penelitian, kajian dan pemikiran yang mendalam. Sebagai contohnya Al-Quran.[2]

  1. Mukjizat Hissi
Mukjizat Hissi bermaksud mukjizat yang dapat dilihat dengan jelas menerusi pancaindera. Yang mana ia tidak memerlukan kepada kajian yang mendalam. Sebagai contohnya ialah batu memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW serta Baginda terpelihara daripada dibunuh. [3]



                    i.            Irhas
Irhas ialah perkata luar biasa yang terdapat pada sesorang Rasul sebelum baginda di angkat menjadi Nabi dan Rasul[4].

Antara contoh secara ringkas ialah[5]:
§  Allah menghancurkan tentera bergajah untuk menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW.
§  Pengalaman waktu kecil Nabi Muhammad SAW sesudah berkhitan
§  Semasa Baginda SAW dalam pemeliharaan ibu susuan yang mana kehidupan ibu susuan tersebut telah bertukar kepada kehidupan dengan rezeki yang melimpah
§  Ketika Nabi Muhammad berniaga ke Syam, semasa Baginda di dalam perjalanan bersama sahabatnya Maisarah, Baginda berada di bawa naungan gumpalan awan sehingga Nabi SAW tidak pernah merasakan kepanasan terik matahari
§  Peristiwa Nabi Muhammad SAW yang dibedah oleh Jibril waktu itu, Baginda tidak mati


                  ii.            Karamah
Hal yang luar biasa yang terdapat pada para wali iaitu orang yang jelas soleh dan adil yang tidak mendakwakan kewalian dan kerasulan. Orang yang mendapat karamah itu ialah wali-wali Allah sahaja dan itu pun berlaku semasa wali-wali Allah itu masih hidup, supaya menjadi bimbingannya dapat diterima dan ikuti oleh orang ramai. Karamah merupakan fadhilah anugerah Allah terhadap hamba-Nya yang soleh.[6]

Antara contoh secara ringkas ialah[7]:
§    Karamah Umar bin Al-Khattab r.a yang menulis surat kepada sungai Nil yang airnya selalu naik melimpah sehingga merosakkan tanaman dan kehidupan penduduk yang berdekatan. Dalam suratnya beliau menulis:

“Jika anda pasang dengan perintah Allah, pasanglah!. Tetapi jika bukan dengan perintah Allah, memada-madailah sahaja.”

Sejak itu tidak berlaku lagi kejadian air pasang yang besar.

§     Dalam peristiwa yang lain, penduduk Madinah datang mengadu kepada Umar Al-Khattab r.a tentang perihal rumah mereka yang sering dijilat api. Lalu beliau mengatakan:

“Kalau terjadi kebakaran lagi, kibarkan pakaianku ini dan katakan: Ini kain Umar!”

Apabila dibuat yang demikian itu, api pun padamlah.

§  Kisah yang lain mencatatkan semasa Umar Al-Khattab membaca khutbah Jumaat, beliau telah memerintahkan orang ramai yang hadir naik ke atas bukit dari tempat beliau berkhutbah. Perkataan Umar itu dapat didengar oleh bala tenteranya daripada tempat yang telah terkepong. Lalu bala tentera Islam membawa pulang kemenangan. Di ceritakan oleh pasukan tentera tersebut mereka telah mendengar suara Umar yang memerintahkan mereka naik di atas bukit.


                iii.            Ma’unah
Ialah hal yang luar biasa yang terdapat pada orang biasa yang mukmin yang benar-benar soleh tetapi tidak menonjolkan dirinya dan orang mukmin itu tidak fasiq sebagai pertolonngan Allah. Kejadian itu dengan tiba-tiba terjadi atas dirinya. Bukan dibuat-buat dengan jalan mentera atau ada sebab-sebab, maka terjadi hal yang luar biasa itu. Kejadian itu berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT.[8]

                iv.            Inahah
Ihanah ialah perkara luar biasa yang berlaku pada orang awam dengan menggunakan tipu daya untuk mendapatkan sesuatu. Ihanah dilakukan dengan cara sihir, ilmu hitam, pukau, dan sebagainya. Umpamanya disebabkan mentera-mentera atau kebiasaan yang kejadian ini dapat ditiru oleh manusia dengan pengertian bahawa kejadian ini dapat ditandingi orang dan dapat dikalahkan orang apabila telah diketahui sebab-sebabnya.[9]

Contohnya ahli sihir di zaman Nabi Musa memperlihatkan kehandalan mereka dengan mencampakkan tali-temali lalu bertukar menjadi ular.[10]


[1] Ustaz Haji Osman bin Jantan, Pedoman Ilmu Tauhid (Lengkap), hlm 242
[2] Ab. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Akidah Islam, hlm 474
[3] Ibid, hlm 475
[4] Ibid, hlm 244
[5] Hidayatullah Mohd Syarif Aziz, Kisah 25 Nabi & Rasul, hlm 509 - 533
[6] Ibid, hlm 244
[7] Ibid, hlm 245
[8] Ibid, hlm 246
[9] Ibid
[10] Hidayatullah Mohd Syarif Aziz, Kisah 25 Nabi & Rasul, hlm 378