Pages

Tuesday 21 August 2012

Kelebihan Menunaikan Solat Sunat Rawatib


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم



1.0       Pengenalan Kepada Solat

Perkataan solat dalam bahasa Arab bererti doa, yakni memohon kebaikkan. Allah S.W.T. berfirman:

 


Ertinya: Terjemahan:..Dan doakanlah untuk meraka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.[1]                                                                         

Dalam istilah ahli fiqh perkataan solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.  Sebab ia dinamakan solat kerana ia mengandungi doa yang merupakan unsur yang banyak didalamnya. Hal ini kerana menggunakan nama juzu’ untuk  maksud keseluruhannya. [2]

Solat mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang dapat dirumuskan seperti berikut:

a)    Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia akan sentiasa menyedarinya setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain. Solat yang dilakukan akan mengingatkan semula bahawa dia adalah hamba kepunyaan Allah SWT.

b) Solat memantapkan keyakinan manusia bahawa tidak ada pembantu dan pengurnia nikmat sebenar-benarnya selain Allah swt meskipun kelihatan di dunia banyak pihak dan sebab yang pada zahirnya membantu dan memberi nikmat. Tetapi pada hakikatnya hanya Allah yang memastikan semua itu untuk kemudahan manusia. Setiap kali manusia lupa dan hanyut kerana terpesona kepada sebab-sebab keduniaan yang zahir, solat akan mengingatkan bahawa penyebab yang sebenar hanyalah Allah. Dialah sahaja pembantu, pengurnia nikmat yang menjadikan kesusahan , pemberi manafaat yang menghidupkan dan yang mematikan.


c)   Dengan bersolat manusia dapat mengambil kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Hal ini demikian kerana manusia sentiasa terdedah kepada banyak maksiat pada setiap waktu sama ada disedarinya atau pun tidak. Maka  solat yang dilakukan berulang-ulang dari semsa ke semasa akan membersihkannya daripada maksiat dan kesalahan-kesalahan tersebut.

d)    Rasulluah SAW telah menjelaskan perkara tersebut di dalam hadith yang berikut:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ، هَلْ يَـبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ قَالُوا: لاَ يَـبْقَى دَرَنِهِ-أَيْ وَسَخِهِ- شَيْءٌ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَكَذَلِكَ الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ يَمْحُو اللهُ بِهِنَّ الخَطَايَا-الصَّغَائِرَ.
Maksudnya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan rumah salah seorang daripada kamu, lalu kamu mandi di sungai itu 5 kali setiap hari, adakah masih kekal kekotoran di badan kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: Tidak ada kekotoran yang kekal. Sabda Rasulullah SAW lagi: Begitulah juga solat lima waktu, Allah SWT menghapuskan dengannya dosa-dosa iaitu dosa-dosa kecil. [3]

e)    Solat merupakan santapan bagi aqidah keimanan kepada Allah yang berterusan dalam hati manusia. Segala pesona dunia dan bisikan syaitan sememangnya menjadikan manusia lupa kepada aqidah walaupun telah lama terterap di dalam hatinya. Kealpaan yang berterusan kerana menurutkan gelora hawa nafsu dan rakan-rakan akhirnya akan berubah menjadi ingkar. Ia umpama pokok kehabisan air, lambat laun akan layu dan mati dan akhirnya kering menjadi kayu api. Tetapi solat yang dilakukan dengan tekun oleh seseorang muslim akan menjadi santapan iman dan tidak mampu lagi dilemahkan atau dimusnahkan oleh segala kesulitan  dan ujian dunia.



2.0       Sejarah dan Kewajipan Solat

Ibadat sembahyang atau solat mula diwajibkan (difardukan) pada malam Isra, iaitu lima tahun sebelum Hijrah, menurut pendapat yang masyhur di kalangan ahli sejarah. Berdasar hadis Anas, beliau menyatakan. 

 

Maksudnya: Difardukan sembahyang ke atas Muhammad SAW pada malam Isra dengan 50 waktu. Kemudian ia dikurangkan sehingga menjadi lima waktu.” Kemudian Nabi Muhammad SAW  diseru, “Wahai Muhammad, sesungguhnya percakapan di sisiku tidak berubah; sesungguhnya bagimu lima waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu sembahyang.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan ia telah difardukan pada 27 Rejab. Pendapat ini diikuti oleh Ahl al-Amsar. [4]


3.0       Solat Sunat Rawatib

3.1       Takrif Solat Sunat Rawatib

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Sunat Rawatib terdiri daripada dua bahagian iaitu yang ditekankan pelaksanaannya (muakkad) dan yang tidak ditekankan pelaksanaannya (ghaira muakkad). Bagi solat sunat yang dikerjakan sebelum solat fardhu dikenali sebagai Qobliyah manakala bagi  solat sesudah solat fardhu dikenali sebagai Ba’diyah

Hikmah solat Qobliyah adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang ada kalanya terlalu sibuk hingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu kusyuk.

Manakala hikmah solat sunat Ba’diyah bertindak bagi meyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melakukan solat fardhu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah r.a menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat sunat rawatib sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW seperti yang diringkaskan di Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Solat Sunat Rawatib Mengiringi Solat Fardu
FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh
2 rakaat
Muakkat
Tiada
Tiada
Zohor @ Jumaat
4 rakaat 
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
4 rakaat
2 rakaat
Muakkad - 2 rakaat
Asar
4 rakaat 
Tidak Muakkad
Tiada
sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib
2 rakaat
Tidak Muakkad
2 rakaat
Muakkad
Isyak
2 rakaat
Tidak Muakkad
2 rakaat
Muakkad

Dari segi istilah ialah Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib’ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beiringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian:
Sunat Rawatib yang "Muakkad" dan Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori iatu:
a)    Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
b)    Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Senarai Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah seperti berikut :
a.    2 Rakaat sebelum Solat Subuh
b.    2 Rakaat sebelum Solat Zohor;
c.    2 Rakaat selepas Solat Zohor;
d.    2 Rakaat selepas Solat Maghrib;
e.    2 Rakaat selepas Isyak.


Senarai Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah seperti berikut :
a.    2 Rakaat sebelum Solat Zohor ;
b.    2 Rakaat selepas Solat Zohor;
c.    2 Rakaat sebelum Solat Asar;
d.    2 Rakaat sebelum Solat Maghrib;
e.    2 Rakaat sebelum Isyak.


3.2       Hadith-Hadith Soheh Berkenaan Dengan Solat Sunat Rawatib

Berikut diperturunkan beberapa buah hadith soheh yang dipetik daripada beberapa buah kitab bagi menyokong tajuk tugasan kami ini. Antaranya ialah:

 

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar (r.a) beliau berkata: ‘’Saya sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s.a.w), iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dua rakaat lagi sebelum Subuh’. [Muttafaq’alaih]


                                      i.        Solat Sunat Subuh
Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh. Rakaat paling muakkad ialah dua rakaat sebelum Solat Subuh, sebagaimana riwayat al Bukhari bahawa Aishah r.a berkata:[5]

 

Maksudnya: Dari Aisyah r.a. katanya, Nabi SAW itu apabila sudah selesai bersembahyang dua rakaat fajar – solat sunnat sebelum Subuh – lalu beliau SAW berbaring pada sebelah lambung kanan yakni miring ke kanan. [Hadith Riwayat Bukhari] [6]

Makna Hadith:
Berbaring sesudah mengerjakan solat qobliyyah Subuh disyariatkan melalui sabda Nabi (saw) dan dikuatkan lagi dengan perbuatannya. Maksudnya adalah berbaring dalam waktu sebentar pada lambung sebelah kanan seraya menghadap kiblat. Tujuannya supaya seseorang itu sentiasa ingat tempat pembaringannya di dalam kubur nanti. Dengan demikian, dia berusaha sedaya upaya melakukan amal soleh sebagai bekalannya.

Sedangkan Mazhab Zahiri mengemukakan pendapat yang berlainan dengan mengatakan bahawa berbaring pada lambung kanan adalah wajib berlandaskan kepada makna zahir perintah yang terdapat di dalam hadis ini. Akan tetapi, apa yang  pada lambung sebelah kanan setelah mengerjakan solat sunat fajar.

Bukti inilah yang memalingkan hukum wajib pada perkataan perintah yang terdapat dalam hadis ini. Imam Malik menganggap makruh berbuat demikian apabila diniatkan sebagai sunat, tetapi beliau membolehkan apabila diniatkan sebagai istirehat.

Apa yang dikatanya ini berpegang kepada apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat Madinah dan perbuatan yang dilakukan oleh Ibn Umar (ra) yang menurut satu riwayat beliau sering melempari orang yang berbaring pada lambung setelah mengerjakan solat sunat fajar dengan batu kerikil.


 
Fiqh Hadis
Orang yang solat pada waktu malam hari din bersyariatkan berbaring pada lambung yang sebelah kanan untuk merehatkan tubuh dari keletihan setelah lama berdiri ketika mengerjakan qiyamullail supaya ketika mengerjakan solat Suboh, tubuh menjadi segar kembali dan penuh semangat.


                                    ii.        Solat Sunat Zohor
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

 
 Rasulullah  bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” [7] [H.R. Abu Daud & Tirmidzi]

 

                                   iii.        Solat Sunat Asar
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda:

 

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum Asar.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.) [8]


                                   iv.        Solat Sunat Maghrib
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. 

 
Dari Anas r.a pula katanya: “Kita semua di zaman Rasulullah SAW bersembahyang dua rakaat sesudah terbenamnya matahari yakni sebelum Magrib. Ia ditanya: “Apakah Rasulullah SAW juga bersembahyang sunnah itu? Anas r.a menjawab: “Beliau SAW melihat lita bresembahyang dua rakaat itu, tetapi beliau SAW tidak menyuruh melakukannya dan tidak pula melarangnya. [HR Muslim][9]


                                    v.        Solat Sunat Isyak
Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. 
 
Saya bersembahyang bersama Nabi Muhammad SAW dua rakaat sesudah Isya’ dan juga hadithnya Abdullah bin Mughaffal yaktu sabda Nabi SAW: Antaranya dua azan dan iqamah – itu boleh melakukan solat sunnah. [Muttafaq ‘alaih][10]


4.0       Periwayatan Hadith

Rabi’ah ibn Malik al-Aslami al-Madani beliau termasuk salah seorang ahli shuffah dan pernah menjadi pembantu Nabi (s.a.w). Hadis yang diriwayatkannya berjumlah 12. Abu Salamah ibn Abdul Rahman, Nu’aim al-Majummar, dan Hanzhalah al-Aslami pernah mengambil riwayat hadis daripadanya. Muslim, Abu Daud, al-Termizi dan Ibn Majah turut menyebut hadisnya ini.

Dari Ibn Umar (r.a), berliau berkata: ‘’Saya sentiasa memelihara sepuluh rakaat yang pernah saya terima daripada Nabi (s’a’w) iaitu dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat lagi sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrub di dalam rumahnya, dua rakaat sesudah Isyak di dalam rumahnya, dan dua rakaat lagi sebelum Subuh. “ (Muttafaq’alaih) 

Dalam riwayat yang lain disebutkan: ‘’ Dua rakaat lagi sesudah solat Jumaat di dalam rumahnya. ‘’Menurut Riwayat Muslim disebutkan seperti berikut: Nabi (s.a.w) apabila fajar telah terbit tidak mengerjarkan solat (sunat) selain dua rakaat yang singkat.

4.1       Makna Hadith

Oleh kerana hati manusia cenderung menjauhi Allah dalam kebanyakan waktunya lantaran sibuk dengan urusan dunia,  maka ketika mengerjakan solat dia tidak dapat khusyuk dengan sepenuh hati, padahal solat merupakan munajat kepada Allah. Di sinilah letaknya solat Qabliyyah disyaratkan, supaya orang yang solat sudah bersedia untuk hadir dengan sepenuh hati dihadapan Allah dan bermunajat dengannya.

Disyaratkan pula solat sunat Ba’diyyah untuk menutup kekurangan yang dilakukan ketika mengerjakan solat fardu. Di antara rahmat Allah adalah kelalian yang dilakukan semasa mengerjakan solat fardu dapat ditutupi dengan mengerjakan solat sunat bagi menyempurnakan lagi  kekurangan samasa mengerjakan solat fardu. Ini semata-mata merupakan rahmat Allah (s.w.t).

Iman Ahmad meriwayatkan habis berikut daripada habis Tamim al-Dari bahawa Rasullulah (s.a.w) pernah bersabda:

‘’Mula-mula pemeriksaan yang dilakukan ke atas seseorang manusia pada hari kiamat kelak solat yang telah dilakukannya. Jika dia telah melakukannya dengan sempurna,maka dipastikan baginya pahala yang sempurna dan jika dia mengerjakannya dengan tidak sempurna, maka‘Allah berfirman kepada para malaikatnya:’’Periksakanlah oleh kamu apakah kamu dapati amalan sunat pada catatan hambaku yang dapat menjadikan sebagai pelengkap bagi u amalan fardunya?’’ Kemudian masalah Zakat pun demikan pula. Setelah itu semua amalan perbuatn diperlakukan dengan cara demikan.”



[1] Surah At-Taubah, 9:103
[2] Ensiklopedia Solat, hlm 23
[3] Hadith Riwayat Muttafaq ‘alaih
[4] Ensiklopedia Solat, hlm 25
[5] Ensiklopedia Solat, hlm 277
[6] Riyadhus Shalihin, Bab 198, Jilid 2, hlm, 1101
[7] Riyadhus Shalihin, hlm 1104
[8] Ibid, hlm 1106
[9] Ibid, hlm 1109
[10] Ibid, hlm 1110